You are on page 1of 5

PROGRAM PENDIDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN,


SERIAN SARAWAK

KERTAS KERJA:
PROGRAM TERAPI UNTUK AUTISM (ProTUA)

Fasa I 2022

TEMPAT:
2B Murni

TARIKH:

Kolaborasi Bersama:
Unit Terapi

DISEDIAKAN OLEH:
MAHAZIQAH FARHAH BT MAHMUD
KERTAS KERJA
PROGRAM TERAPI UNTUK AUTISMA (ProTUA)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK SERIAN, SERIAN SARAWAK

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi terdiri daripada murid yang mengalami


beberapa ketidakupayaan dari segi emosi, mental, dan fizikal. Ketidakupayaan
mereka menghadkan mereka dalam pelaksanaan pembelajaran seperti pelajar
arus perdana. Oleh itu, kurikulum pendidikan khas disesuaikan dengan
ketidakupayaan pelajar supaya lebih fleksibel dan membolehkan guru-guru
pendidikan khas mengubahsuai pelaksanaan aktiviti pengajaran bagi mencapai
objektif pembelajaran. Pengubahsuaian ini perlu bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar pendidikan khas.

2.0 PENGENALAN

Attwood (2016) mendefinisikan autisme sebagai sesuatu yang tidak boleh


dicapai melalui pilihan sendiri, ia juga bukan kesan atau tindak balas daripada
gaya keibubapaan yang tertentu. Bayi yang dilahirkan dan kemudiannya
didiagnos mengalami autisme mempunyai otak yang diwayar secara berbeza
dan bukan rosak. Daripada definisi tersebut, kita dapat simpulkan bahawa
autisme merupakan satu kondisi dan bukan penyakit, di mana kanak-kanak
tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu. Kebanyakan mereka yang kurang
pengetahuan dan ilmu berkaitan autisme akan melabel dan mengatakan
'penyakit autism'. Apabila ramai yang menggunakan istilah tersebut ketika
membincangkan topik berkenaan di dalam media massa seperti televisyen dan
radio, ramai yang menjadi keliru. Segelintir ibu bapa yang mempunyai anak
autistik juga berasa kurang senang dengan istilah 'penyakit autism'. Istilah
penyakit biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang boleh dirawat melalui ubat-
ubatan yang dipreskripsi oleh doktor dan juga dikaitkan dengan sesuatu yang
boleh berjangkit.
3.0 RASIONAL

Autisme merupakan gangguan perkembangan saraf yang rumit di mana otak


individu yang didiagnos dengan autisme tidak berfungsi seperti individu yang
lain. Kanak-kanak dengan autisme biasanya mempunyai kesukaran dalam
interaksi sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dalam aktiviti dan
kemahiran bermain yang terhad. Keperluan ransangan dan terapi secara
langsung atau tidak membantu autisma meningkatkan kemahiran hidup yang
membolehkan kanak-kanak menjadi lebih berdikari dan dapat mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti. Untuk kanak-kanak dengan autisme, ProTUA
akan lebih tertumpu pada kemahiran bermain, strategi pembelajaran, aktiviti
kehidupan harian dan sensori integrasi.

4.0 OBJEKTIF
Tujuan program ini adalah untuk ;
a. Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Khas.
b. Meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak dengan autisme di rumah dan di
sekolah melalui usahasama ahli dan pakar terapi.
c. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid berkeperluan khas.
d. Membantu guru dan ibu bapa dalam berhadapan dengan isu dan stigma
masyarakat mengenai ASD.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : ZAILAN BIN JEMAN


(Guru Besar SK SERIAN)
: RAMEDAN BIN TEKAT
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi : DIZON BIN GEMBANG
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Penyelaras Program : MAHAZIQAH FARHAH BT MAHMUD
(Guru PPKI 2B Murni)

AJK Hubungan Luar : DIZON AK GEMBANG


: NELLIA AK RIDI
AJK Teknikal / Tempat : AMIRUL NAIM BIN RAZALI
NORHISHAMMUDIN BIN NEN
AJK Jamuan : SARINA BINTI IBRAHIM
FREDA RINYA
AJK Disiplin/Keselamatan : LINGKAI NESIAH
KAMBERI ALI
AJK Fotografi/Video : SUHAIDA BINTI RESOL
AJK Pelaporan : MAHAZIQAH FARHAH BT MAHMUD
AJK

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


7.0 TENTATIF PROGRAM
8.0 PENUTUP

You might also like