You are on page 1of 1

Kepada Ruj.

Kami : SKTDH2/00-1/9/1(2)
Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tarikh : 13 Januari 2020
Tahun 4, 5 dan 6
SK Taman Dato’ Harun (2)

Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN TENTANG PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI
PERSEKOLAHAN DAN PERHIMPUNAN BULANAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah di rujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah ini telah memutuskan untuk
melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum pada hari persekolahan dan perhimpunan bulanan
kokurikulum seiring dengan surat pekeliling ikhtisas Bil 8/2007 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia agar menyarankan semua sekolah melaksanakan pemakaian
kokurikulum ini.
3. Jesteru, murid-murid digalakkan memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari
Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan. Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya memakai
pakaian seragam pasukan badan beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya. Murid-
murid juga boleh memilih memakai pakaian seragam kelab atau persatuan ataupun baju sukan
berkolar.
4. Murid-murid juga digalakkan memakai pakaian seragam beruniform pada hari
pertama minggu ketiga setiap bulan iaitu perhimpunan bulanan kokurikulum. Perhimpunan ini
akan dikendalikan oleh murid dan dibimbing oleh guru-guru.

5. Pemakaian pakaian kokurikulum pada ketetapan jadual yang telah dilampirkan


bersama surat ini. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah
.................................................
(HJH ROSLAWATI BT NUZI.)
Guru Besar,
SK Taman Dato’ Harun 2

You might also like