You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SKTDH2/00-1/9/1( 1 )
Tarikh : 25 April 2022
Kepada
Ibu Bapa/ Penjaga Murid
Tahun 4, 5 dan 6
SK Taman Dato’ Harun (2)

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN MENGIKUTI PERJUMPAAN MINGGUAN KOKURIKULUM DAN SUKAN


MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah di rujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah ini telah membuat ketetapan untuk mengadakan
aktiviti mingguan kokurikulum dan sukan bagi murid-murid Tahun 4,5,dan 6 mengikut ketetapan
bermula pada 11 Mei 2022 hingga 09 November 2022 pada setiap hari Rabu. Pihak sekolah
mengadakan perjumpaan pada setiap minggu seperti ketetapan berikut.

Hari Masa Tahun


Rabu 1.00 ptg – 3.00 ptg Murid Tahun 4, 5 dan 6

3. Adalah diharapkan agar tuan/puan dapat memastikan kehadiran dan menyusun perjalanan anak
jagaan tuan/puan ke sekolah pada hari dan masa tersebut. Untuk pengetahuan tuan/puan,
permohonan pelepasan kelas agama telah pun dibuat oleh pihak sekolah dan tuan/puan juga boleh
memaklumkan sendiri kepada pihak sekolah agama sebagai sokongan.

4. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(HJH ROSLAWATI BT NUZI)


Guru Besar
SK Taman Dato’ Harun 2
Ruj. Kami : SKTDH2/00-1/9/1( 1 )
Tarikh : 25 April 2022

Kepada
SRA TAMAN DATO HARUN
SRA KAMPUNG MEDAN 1
SRA KAMPUNG MEDAN 2
SRA BANDAR KINRARA 5
KAFA (I) NAHDATUL ISLAMIAH
KAFA (I) AL-ISLAH
TAHFIZ AL-UKHWAH

Tuan/Puan
PEMBERITAHUAN PERUBAHAN WAKTU MENGIKUTI PERJUMPAAN MINGGUAN KOKURIKULUM DAN
SUKAN MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah di rujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah ini telah membuat ketetapan untuk mengadakan
aktiviti mingguan kokurikulum dan sukan bagi murid-murid Tahun 4,5,dan 6 mengikut ketetapan
bermula pada 11 Mei 2022 hingga 09 November 2022 pada setiap hari Rabu. Pihak sekolah
mengadakan perjumpaan pada setiap minggu seperti ketetapan berikut.

Hari Masa Tahun


Rabu 1.00 ptg 3.00 ptg Murid Tahun 4, 5 dan 6

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJH ROSLAWATI BT NUZI)


Guru Besar,
SK Taman Dato’ Harun 2

You might also like