You are on page 1of 11

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5600: PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


DALAM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU: 

Penilaian Kendiri : Portfolio Klien

PENSYARAH :
DR. DHARATUL NISSA BINTI PUAD MOHD KARIM

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)

1
1. LATAR BELAKANG KLIEN

1. Nama : Anis Yasmin binti Hafizan

2. Alamat : No. 2, Jalan Lampam 21, Taman T6 Puteri Resort,

81700 Pasir Gudang, Johor

3. Tarikh lahir : 27 Mei 2003

4. Bangsa : Melayu

5. Umur : 20 tahun

6. Pendidikan : Program Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi, UPM

7. Pekerjaan : Pelajar sepenuh masa

8. Maklumat perubatan : Tiada

2. LATAR BELAKANG UJIAN

Nama ujian : Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS)

Tujuan : 1. Untuk mengenal pasti bidang minat kerjaya dan jenis personaliti individu

2. Membantu individu memilih dan membuat penyesuaian kerjaya dengan

potensi diri.

3. Membantu individu mengenal pasti tahap keselarasan kerjaya.

4. Membantu individu membuat interprestasi dalam menyediakan perancangan

masa depan kerjaya yang lebih positif.

Tarikh : 17 Mei 2023

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jangkamasa : 10 hingga 15 minat

2
Masalah yang dinyatakan klien dan rujukan yang dibuat :

Semasa menjalankan ujian inventori minat kerjaya kepada klien, klien tidak menyatakan

sebarang isu atau permasalahan yang ingin dinyatakan. Ini adalah kerana hasil dapatan yang

diperolehi adalah sama dengan aliran pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi yang sedang

diikuti oleh klien. Ianya merujuk kepada hasil ujian Self-Directed Search oleh John L. Holland

mendapati skor yang diperolehi oleh klien adalah tinggi di bahagian I-Investigative. Oleh itu,

saya telah merujuk kepada buku Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis yang ditulis oleh

Prof. Sidek Mohd Noah (2020) untuk memperkukuhkan pemahaman saya terhadap klien.

3. PEMERHATIAN TINGKAH LAKU KLIEN

Sewaktu menjalankan ujian Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) kepada klien. Kaunselor

mendapati individu ini mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu,

rasional, menyisih diri dan agak pendiam. Kemungkinan ia disebabkan tempat ujian yang

dilaksanakan adalah di perpustakaan dan keadaan dalam suasana senyap. Oleh itu, klien tidak

banyak soalan yang ingin diajukan kepada kaunselor.

4. SIFAT UJIAN

NAMA UJIAN : INVENTORI MINAT KERJAYA SIDEK (IMKS)

Inventori Minat Kerjaya Sidek atau singkatannya IMKS telah dibina oleh Sidek Mohd Noah

(1996) berasaskan Teori Pemilihan Kerjaya Holland dan Kamus Pengkelasan Pekerjaan yang

diterbitkankan oleh Jabatan TenagaRakyat. Alat ukuran ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B dan mengandungi 160 item. Alat ukuran ini juga mempunyai pekali

kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu 95. Hasil daripada kajian interkorelasi yang

3
melibatkan alat ukuran piawai lain yang popular seperti SDS dan BMRM menunjukkan bahawa

alat ukuran ini mempunyai kesahan gagasan yang tinggi. Alat ukuran IMKS boleh digunakan

untuk menentukan minat kerjaya individu terhadap aktiviti pekerjaan dalam bidang-bidang yang

berikut:

1) Tema Realistik : Pertanian dan perhutanan, perkhidmatan perlindungan, pekerjaan

berkemahiran, kejuruteraan.

2) Tema Investigatif : Matematik dan sains, kaitan dengan perubatan, perubatan.

3) Tema Artistik : Seni dan hiburan, persuratan dan perundangan.

4) Tema Sosial : Sukan, perkhidmatan persendirian, perkhidmatan sosial.

5) Tema Enterprising : Pentadbiran perniagaan, analisis perniagaan, urus niaga.

6) Tema Conventional : Pekerjaan perkeranian.

Pentadbiran IMKS

Pentadbiran IMKS mestilah ditadbir di dalam bilik yang selesa dan kondusif. Bilik mestilah

mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin serta jauh daripada

kebisingan dan gangguan-gangguan lain. Bilik yang mempunyai kemudahan hawa dingin adalah

lebih baik dan sangat digalakkan. Sebelum ujian ditadbirkan, arahan-arahan ujian yang perlu

mestilah diberitahu kepada klien. Arahan-arahan seperti cara menjawab soalan, masa untuk

menyelesaikan ujian dan arahan-arahan khusus tentang sesuatu ujian adalah antara perkara-

perkara yang mesti diterangkan kepada pengambil ujian. Klien atau individu yang mengambil

ujian juga perlu diingatkan agar mematuht segala arahan yangterkandung pada muka surat depan

kertas ujian.

4
Pembentukan Profil IMKS

Kaedah mengira skor dan pembentukan profil ujian adalah seperti yang terkandungdalam manual

ujian. Panduan tentang cara mengira skor dan pembentukan profil ujian mestilah diikuti

sepenuhnya untuk mendapatkan skor dan profil yang betul. Walaupun cara mengira skor dan

pembentukan profil ujian adalah mudah, namun pentadbir ujian mestilah berhati-hati agar tidak

membuat kesilapan. Kesilapan kecil mungkin akan memberi kesan yang besar kepada

interprestasi profil ujian.

Pentafsiran IMKS

Bidang minat yang menunjukkan skor yang tinggi ialah bidang yang sangar diminati, sementara

skor yang rendah pula bidang minat yang tidak diminati oleh klien. Oleh yang demikian

kaunselor mestilah memberi perhatian kepada bidang-bidang minat yang mendapat skor tinggi

terutama tiga bidang minat yang mendapat skor tertinggi. Walaupun IMKS mempunyai bidang

minat yang mengkhusus seperti yang disenaraikan di bawah, namun 16 bidang minat khusus ini

boleh diringkaskan kepada enam tema minat yang disarankan oleh Holland iaitu Realistik,

Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional (Holland 1978, 1985, 1996).

Panduan mengenai cara untuk mengubah skor dalam 16 bidang minat kepada enam bidang

seperti yang disarankan oleh Holland adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah.

5
Jadual 1 Panduan mengubah skala IMKS ke dalam bentuk Holland

Jenis Realistik

Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik atau

mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka

bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik ialah Jurutera

Awam, Jurutera Keratapi, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta, Juruteknik

Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan dan Tukang Kayu (Sidek Mohd Noah, 2016).

Jenis Investigatif

Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari

sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui

penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik

6
serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan

Investigatif ialah Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Ahli Kaji cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani,

Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji bintang, Ahli Kimia, Ahli Kaji bumi, Penyelidik Sains dan

Antropologis (Sidek Mohd Noah, 2016).

Jenis Artistik

Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.

Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang

berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-

ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contoh

pekerjaan Artistik ialah Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu,

Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun, Penghias Rumah

dan Arkitek (Sidek Mohd Noah, 2016).

Jenis Sosial

Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.

Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta

membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata

serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat

kebajikan. Contoh pekerjaan Sosial ialah Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai

Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya dan

Kaunselor Peribadi (Sidek Mohd Noah, 2016).

7
Jenis Enterprising

Jenis personaliti Enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan

manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus

individu lain. Mereka juga pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka

adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan

Enterprising ialah Spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah

Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual

Insurans (Sidek Mohd Noah, 2016).

Jenis Conventional

Jenis personaliti Conventional adalah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.

Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan

Aplikasi Ujian Psikometrik dalam Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya kemahiran dalam

mengguna nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan

mengikut arahan. Contoh pekerjaan Conventional ialah Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan,

Akauntan, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai

Harta, Jurujual Insuran sdan Kerani Insurans (Sidek Mohd Noah, 2016).

5. GAMBARAN DIAGNOSTIK

Kekuatan klien

Setelah menganalisis skor yang telah dibuat, mendapati klien mempunyai skala I-Investigatif

yang tinggi iaitu mempunyai perkaitan dengan pengiraan logik, rasional serta analitik dalam

8
mencipta dan menggunakan hukum-hukum dan teori-teori secara logik atau empirik. Individu ini

berhubung kait dengan membuat hipotesis atau andaian berasaskan huraian yang bersistematik

dalam membuat penemuan baru, penerokaan dan penyelesaian masalah sains melalui

eksperimen, uji kaji, klinikal, kajian kes, tinjauan dan sebaliknya. Selain itu, individu ini

berkaitan dengan perubatan iaitu melibatkan amalan yang berkaitan dengan penggunaan alat-

alatan, sumber, prinsip-prinsip amalan, kaedah dan perkhidmatan sokongan ke arah membantu

serta menaikkan prestij kesihatan dan perubatan sama ada dari segi teori atau amalan. Individu

ini juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik, suka pemerhatian, menyelidik, seorang

yang ingin tahu, berdikari, rasional, sederhana, teliti dan bijak. Manakala dari segi pekerjaan pula

melibatkan amalan yang berkaitan dengan penggunaan dan pengaplikasian hukum-hukum,

prinsip-prinsip, teori-teori dan teknik dalam urusan pencegahan, pemulihan dan rawatan

penyakit-penyakit. Bidang kerjaya bagi kelompok Investigative adalah sesuai dengan pekerjaan

yang bekerja bersendirian dan lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia,

doktor dan lain-lain.

Kelemahan klien

Kelemahan klien dapat dikesan melalui skor IMKS iaitu pada skala R-Realistik yang rendah.

Individu ini menunjukkan tiada minat terhadap amalan yang berkaitan dengan tanah-tanih,

tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam buana serta kehidupan liar. Bidang ini juga melibatkan amalan

yang berkaitan dengan kecekapan atau kemahiran bekerja dengan menggunakan tenaga manusia,

mesin atau alatan teknik sama ada ringan atau berat.

9
6. CADANGAN

1. Pemilihan tempat

Pemilihan tempat yang sesuai memainkan peranan yang penting ketika menjalankan ujian

inventori kerjaya. Suasana di perpustakaan yang terlalu senyap menyukarkan kaunselor

untuk berkomunikasi secara berkesan dan membuat pentaksiran skor kepada klien.

Berkemungkinan akan menganggu pelajar lain yang sedang mengulang kaji pelajaran.

Oleh itu, cadangan tempat yang sesuai adalah di bilik perbincangan atau di tempat yang

terbuka agar pentaksiran dapat dijalankan dengan lebih baik dan positif. Secara tidak

langsung akan menggalakkan komunikasi secara dua hala di antara kaunselor dengan

klien.

2. Persediaan klien

Persediaan klien untuk menjalankan ujian inventori kerjaya juga penting agar klien dapat

memberi tumpuan sepenuhnya tentang apa yang dikehendaki oleh kaunselor. Justeru,

persetujuan klien untuk menjalani ujian perlulah diambil kira terlebih dahulu agar dapat

dimanfaatkan pertemuan di antara kaunselor dengan klien.

7. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, ujian Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS) ini mempunyai pekali

kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu .95. Nilai kesahan ini membuktikan bahawa

kebolehpercayaan instrumen yang dijalankan dan skor yang ditunjukkan oleh klien sangat

10
bertepatan dengan minat kerjaya yang diminati selari dengan aliran pengajian yang sedang klien

ikuti di universiti.

Disediakan oleh :

zulfadli
.................................................................................

(MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH)

No. Matrik : GS64561

Pelajar Master Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling

Tumpuan Program Pencegahan Dan Pemulihan Dadah (3PD SPADA)

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

11

You might also like