You are on page 1of 12

Date and Time: Sunday, 11 June 2023 8:35:00AM MYT

Job Number: 198980645

Document (1)

1. Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57
Client/Matter: -None-
Search Terms: Khairuazura
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2023 LexisNexis
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57
Shariah Law Reports (ShLR)

SHARIAH HIGH COURT (KUALA TERENGGANU)


ISMAIL YAHYA ShHCJ
SUMMONS NO 11200–038–00229 OF 2011 FASAKH CLAIM, 11005–014–0742 OF 2011
20 December 2011

Case Summary
Islamic Law — Shariah civil procedure — Interim orders — Order relating to assaults, hadhanah and
immovable property — Fasakh divorce proceeding on-going — Application to set aside — Whether valid
circumstances justifying setting aside established — Whether maintaining interim order necessary —
Syariah Court Civil Procedure (Terengganu) Enactment 2001 ss 197, 198, 200, 201 & 202

Islamic Law — Shariah High Court — Jurisdiction — Ex parte interim order — Whether within jurisdiction of
the Shariah High Court — Syariah Court Civil Procedure (Terengganu) Enactment 2001 ss 187 & 196

The applicant/plaintiff demanded that the solemnisation of her marriage to the respondent/defendant, which was
held on 10 August 1989 be dissolved on the grounds that the respondent/defendant had been declared bankrupt,
which caused the latter failed to carry out his duties as the leader of the family. Further, the respondent/defendant
also had another wife, and this often caused the respondent/defendant to physically and mentally abused the
applicant/plaintiff. The court had previously issued an ex parte interim order to the applicant/plaintiff. The said
interim order provided, inter alia, that the respondent shall refrain from harassing or intruding in any way on the
applicant, the applicant's marital home and on her business premises known as Rnaz Jewels Sdn Bhd. Further, the
interim order had provided temporary custody (hadhanah) of the four children to the applicant. The plaintiff/applicant
in the ex parte interim order also claimed a certain sum as maintenance for the four children. The
respondent/defendant had made an application to set aside the ex parte interim order in the Shariah High Court of
Terengganu. Consequently, the applicant/plaintiff filed a reply in response to the application to set aside the ex
parte interim order.
Held, maintaining the ex parte interim orders until final order:
(1) In considering the inter parte interim order application, the issue of avoiding things that cause harm,
damage or injury (darar) is preferred. For avoiding harm, the court was on the view that the order
restraining the respondent from harassing or intruding in any way the applicant shall be maintained until
there is a final order in the case of the fasakh claim filed by the applicant/plaintiff (see paras 21 & 23).
(2) Since the fasakh claim between the applicant/plaintiff and the respondent/defendant is still pending, the
properties' categorised as jointly acquired property should be preserved as to avoid it from being harmed,
damaged or injured (darar). It is possible that the said property could be sold and transferred to other
individuals. These are the things that cause harm, damage or injury (darar) on the property (see para 25).
(3) Besides the above, at the initial stages the business premises could have been registered and owned by
the respondents/defendants, however, it is now owned by and belonging to the applicant/plaintiff. This
issue could only be resolved through a trial or a sulh meeting. Therefore, the court was of the view that the
interim order on the matrimonial home and business premises shall remain until there is a final decision
concerning it (see para 26).
(4) In addition, to avoid things that cause harm, damage or injury (darar), an order of temporary custody
(hadhanah) of the four children and the visitation rights should be maintained until a final decision is made.
In relation to the maintenance of the four children, the court ordered that the appropriate child support and
the amount should be paid by the respondent/defendant to every child was a sum of RM400 per month
effective from December 2011 until a final order is made (see paras 30 & 39).

Pemohon/plaintif menuntut supaya akad nikah perkahwinannya dengan responden/defendan, yang telah diadakan
pada 10 Ogos 1989 dibubarkan atas alasan bahawa responden/defendan telah diisytiharkan bankrap yang
menyebabkan responden/defendan gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga. Responden/defendan juga
mempunyai seorang lagi isteri yang menyebabkan pemohon/plaintif sering didera secara mental dan fizikal oleh
responden/defendan. Mahkamah sebelum ini telah mengeluarkan perintah interim secara sebelah pihak kepada
Page 2 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

pemohon/plaintif. Perintah interim secara sebelah pihak memperuntukkan, antara lain, bahawa responden
hendaklah menahan diri daripada menganggu atau mencerobohi dengan apa cara sekalipun ke atas pemohon, ke
atas rumah perkahwinan milik pemohon, ke atas premis perniagaan bernama Rnaz Jewels Sdn Bhd milik
pemohon, hak jagaan sementara (hadhanah) ke atas empat orang anak diberikan kepada pemohon.
Plaintif/pemohon dalam permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak ada menuntut
sejumlah amaun bagi nafkah sementara untuk empat orang anak. Responden/defendan telah membuat
permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
Lanjutan dari itu, pemohon/plaintif telah memasukkan ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu jawapan
kepada permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte.

Diputuskan, mengekalkan perintah-perintah interim sehingga ada perintah muktamad:


(1) Dalam membuat pertimbangan kepada permohonan perintah interim secara inter parte ini, isu bagi
menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) adalah
diutamakan. Bagi maksud mengelakkan kemudaratan, mahkamah berpendapat bahawa perintah bahawa
responden menahan diri daripada menganggu atau mencerobohi dengan apa cara sekalipun ke atas
pemohon hendaklah terus dikekalkan sehingga ada perintah muktamad dalam kes tuntutan fasakh yang
telah difailkan oleh pemohon/plaintif (lihat perenggan 21 & 23).
(2) Oleh kerana ada tuntutan fasakh antara pemohon/plaintif dengan responden/defendan yang masih
berjalan, maka harta yang boleh jadi termasuk dalam harta sepencarian hendaklah dihindari dari perkara-
perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar). Persoalan seperti boleh jadi
harta berkenaan itu dijual, dipindah milik kepada lain-lain individu dan seumpamanya adalah merupakan
perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) ke atas harta-harta
tersebut (lihat perenggan 25).
(3) Selain dari itu, boleh jadi pada masa permulaannya, premis perniagaan didaftar dan dimiliki oleh
responden/defendan, tetapi pada masa ini telah menjadi milik dan kepunyaan pemohon/plaintif. Isu ini
menjadi persoalan dan hendaklah diselesaikan sama ada melalui perbicaraan atau melalui majlis
pertemuan sulh. Oleh itu mahkamah berpendapat perintah interim ke atas rumah perkahwinan dan premis
perniagaan hendaklah terus dikekalkan sehingga ada keputusan muktamad mengenainya (lihat perenggan
26).
(4) Seterusnya, bagi menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan
(darar), perintah jagaan sementara (hadhanah) ke atas hak jagaan empat orang anak dan hak melawat
anak-anak hendaklah terus dikekalkan sehingga ada keputusan muktamad. Berkaitan dengan tuntutan
nafkah sementara untuk empat orang anak, mahkamah memerintahkan bahawa nafkah anak yang sesuai
dan patut dibayar oleh responden/defendan ke atas tiap-tiap orang anak adalah sebanyak RM400 sebulan
pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Disember 2011, sehinggga ada perintah yang muktamad (lihat
perenggan 30 & 39).

Legislation referred to

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 187, 196, 197, 198, 200, 201, 202

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 ss 71, 72, 80(1)


Quranic Verses referred to

Surah al-Baqarah (2):231

Surah al-Baqarah (2):233

Surah al-Ma'idah (5):641


Books referred to

al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu by Dr Wahbah Zuhaily, Juz 9, (3rd Ed), Darul Fikr, Damsyek, at p 828

al-Nafaqat, Sahih Bukhari, Vol 3, Juz 7, at p 85

al-Qada' fil Islam by Muhammad Salam Madkur, Matbaah al 'Alamiyah, Kaherah, 1964, at p 54
Page 3 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

Kifayatul Akhyar by al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, Juz 2, Sulaiman Marie (Eds), Singapore, at
p 93

Ismail Yahya ShHCJ

[1]Setelah meneliti: tuntutan fasakh, permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak, serta
permohonan mendapatkan perintah interim secara inter parte, daripada pemohon/ plaintif, dan permohonan
mengenepikan perintah sementara ex parte daripada responden/defendan, maka pada hari ini yang arif hakim telah
membuat penghakiman seperti berikut:

[2]Kes yang berada di hadapan saya ini pada asalnya sebahagian dari kes ini dikendalikan oleh Yang Arif Tuan Hj
Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu. Pada 1 November 2011 yang lalu,
Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad telah memindahkan persoalan-persoalan yang menjadi isu dalam kes ini yang
telah dikendalikannya, kepada saya atas alasan ada dari kalangan pihak-pihak yang bertikai tidak mahu
meneruskan kes di hadapan Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad.

[3]Pada awalnya saya bercadang menyampaikan penghakiman saya mengenai permohonan mengenepikan
perintah sementara ex parte daripada responden/ defendan dan permohonan mendapatkan perintah interim secara
inter parte, daripada pemohon/plaintif sebagai akibat dari permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara
sebelah pihak yang telah diperolehi oleh pemohon/plaintif daripada mahkamah ini pada 19 September 2011 ini,
pada 3 November 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun hajat saya ini tidak dapat dilaksanai oleh kerana saya
dipanggil untuk menunaikan fardhu haji secara tergesa-gesa. Oleh kerana itulah ianya terpaksa ditetapkan pada
hari ini.

[4]Saya mengambil kesempatan kepada pihak-pihak pada hari ini supaya bersetuju atas perpindahan kes ini.
Seruan saya ini dibuat oleh kerana mulai 29 November 2011 yang lalu Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail,
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, telah pun bersara wajib.

[5]Menurut turutan kes, permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak yang telah
diperolehi oleh pemohon/plaintif pada 19 September 2011 itu adalah merupakan prosiding yang berbangkit sebagai
akibat dari tuntutan fasakh yang telah dibuat oleh pemohon/plaintif dan didaftarkan dalam Mahkamah Rendah
Syariah Daerah Kuala Terengganu, juga pada hari yang sama; 19 September 2011.

[6]Pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, KP 690103–11–6622, menuntut supaya akadnikah


perkahwinannya dengan responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik, KP 610505–11–5005, yang telah diadakan
pada 8 Muharram 1410 bersamaan 10 Ogos 1989 dibubarkan atas alasan bahawa responden/defendan telah
diisytiharkan bankrap yang menyebabkan responden/defendan gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga.
Dalam suasana sedemikian, responden/defendan mempunyai seorang lagi isteri yang menyebabkan
pemohon/plaintif sering didera secara mental dan fizikal oleh responden/defendan.

[7]Setelah mendengar permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak daripada
pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, pada 19 September 2011, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
dibawah kendalian Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu, pada masa itu, telah mengeluarkan perintah interim secara sebelah pihak kepada pemohon/plaintif,
Khairuazura bt Abd Rahman seperti berikut:

1. Saya putuskan permohonan pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) untuk mendapatkan
perintah sementara ini dibenarkan dan diluluskan oleh mahkamah.

2. Saya perintah bahawa pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) hendaklah tinggal berasingan
dengan responden, Che Rosli bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005) sementara menunggu perbicaraan tuntutan fasakh No
11005–014–0742 Tahun 2011 oleh pemohon terhadap responden di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala
Terengganu di putuskan.

3. Saya perintah responden, Che Rosli bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005), dan/atau mana-mana warisnya atau agen-
Page 4 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

agennya atau mana-mana orang suruhannya hendaklah menahan diri daripada menganggui atau mencerobohi dengan
apa cara sekalipun ke atas pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622).

4. Saya perintah responden dan/atau warisnya atau agen-agennya hendaklah menahan diri daripada
memasuki,menganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas rumah perkahwinan milik pemohon,
Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) di alamat PT 1141 P, Jalan Kenanga Batu Burok, 20400 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.

5. Saya perintah responden dan/atau warisnya atau agen-agennya hendaklah menahan diri daripada memasuki,
menganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas premis perniagaan bernama RNAZ JEWELS SDN BHD
milik pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) yang beralamat perniagaannya di No 19, Pasar
Kedai Payang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

6. Saya perintah hak jagaan sementara (hadhanah) ke atas empat orang anak:

a) Iyllyana bt Che Rosli (Sijil Beranak No 497616)

b) Iylmiera bt Che Rosli (Sijil Beranak No 978234)

c) Iskandar Nik bin Che Rosli (KPT No 990720–11–5099)

d) Izhakimi Nik bin Che Rosli (KPT No 030116–11–0365)


('anak-anak tersebut') diberikan kepada pemohon, iaitu ibu kepada anak tersebut, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT
690103–11–6622) sehingga ada perintah lain dibuat ke atasnya.

7. Saya benarkan responden, Che Rosli bin Che Nik, (KPT 610505–11-5005), untuk melawat anak-anak tersebut pada
masa-masa yang sesuai dan munasabah dengan syarat memaklumkannya terlebih dahulu kepada pemohon, Khairuazura
bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622).

8. Saya benarkan responden, Che Rosli bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005) untuk memfailkan apa-apa bantahan
terhadap perintah sementara ini di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaannya; sekiranya ada.

9. Saya perintah bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–
6622).

[8]Tindakan pemohon/plaintif memperolehi perintah interim secara sebelah pihak di dalam Mahkamah Tinggi
Syariah itu telah dibantah oleh responden/defendan. Responden/defendan telah membuat permohonan
mengenepikan perintah sementara ex parte di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, yang juga telah
didengar di hadapan Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu pada 19 Oktober 2011. Lanjutan dari itu, pada 27 Oktober 2011 pemohon/plaintif telah memasukkan
ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu jawapan kepada permohonan mengenepikan perintah sementara
ex parte.

[9]Sampai pada peringkat ini, saya difahamkan oleh Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail, Hakim Kanan
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu bahawa beliau telah bersedia untuk membuat apa-apa perintah. Walaupun
begitu atas adanya bantahan dari pihak-pihak yang terlibat, maka Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail telah
memindahkan fail kes ini kepada saya untuk saya membuat keputusan mengikut pemerhatian saya ke atas
pernyataan tuntutan dalam tuntutan fasakh, permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah
pihak, serta permohonan mendapatkan perintah interim secara inter parte (yang merupakan jawapan kepada
permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte daripada responden/defendan), daripada
pemohon/plaintif, dan permohonan mengenepikan perintah sementara ex parte daripada responden/defendan,
serta nota keterangan dalam kes ini setakat yang telah dicatat oleh Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail,
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

[10]Saya berpendapat persoalan pertama yang menjadi isu di dalam kes di hadapan saya ini ialah, adakah
Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan untuk
mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak? Mengenai persoalan ini, suka saya jelaskan mengikut
Page 5 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

undang-undang bahawa interim atau interlokutori adalah merupakan perintah injunksi sementara. Mengenai
persoalan ini, s 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, sebelum atau selepas
pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberi injunksi, sama ada atau tidak tuntutan
untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan
yang mendesak.
(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex
parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas
dan ringkas lagi padat —
(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu;
(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu,
termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan kepada defendan atau, jika
butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak diberikan;
(d) tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan mungkin akan
ditegaskan olehnya, sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu atau kepada tuntutan bagi injunksi
itu;
(e) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak
memberikan injunksi secara ex parte;
(f) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang seumpamanya telah
dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan
terdahulu itu; dan
(g) tentang relief yang sebenarnya dipohon.
(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis,
Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah
mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara itu.
(5) Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau apa-apa perintah terhadap mana-mana pegawai
Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injunksi atau pembuatan perintah itu memberikan relief yang tidak
mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis.

[11]Seksyen 196 Enakmen yang sama memperuntukkan:

Bab ini [Bab 2 — Perintah Interim] terpakai hanya bagi Mahkamah Tinggi Syariah.

[12]Injunksi merupakan salah satu remedi yang kebiasaannya dipohon sama ada oleh pihak plaintif atau defendan
dengan tujuan:
(a) untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membawa kepada
kecederaan atau kerosakan kepada orang lain;
(b) untuk menghalang sesuatu pihak daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang;
(c) untuk menyuruh sesuatu pihak mengembalikan barang atau hak orang lain yang telah dirampasnya; atau
(d) untuk mengekalkan hak seseorang dalam menikmati harta atau hak milik hartanya.

[13]Injunksi juga merupakan remedi yang penting mengikut hukum syarak melalui kaedah fiqh yang
memperuntukkan bahawa:
(a) sesuatu darar dengan cara mana sekali pun ia berlaku hendaklah dihapuskan;
(b) sesuatu darar itu tidak boleh dihapuskan dengan melakukan darar yang sama kerosakannya;
(c) menolak kerosakan didahulukan dari mengambil kemaslahatan; dan
Page 6 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

(d) kemudaratan itu hendaklah dihapuskan sekadar yang boleh.

[14]Seksyen 187 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 pula memperuntukkan:
(1) Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau
selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau tersirat, maka
permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarah selainnya
oleh Mahkamah, didengar di dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.
(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan
bagi permohonan itu.
(3) Sesuatu permohonan di bawah Bab ini [Bab 1 — Prosiding Interlokutori] boleh dibuat secara ex parte
melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.

[15]Terdapat beberapa ayat al-Quran yang melarang orang Islam daripada melakukan kerosakan atau
kemudaratan (darar), antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu
pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang
mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka);
… ' (Surah al-Baqarah (2):231)

[16]Bidang kuasa satu-satu mahkamah sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau hukum
syarak. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada' fil
Islam, terbitan Matbaah al 'Aalamiyah, Kaherah, 1964, yang mana pada ms 54 beliau yang bermaksud:

Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa
perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu mempunyai bidangkuasa
tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang
perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa
bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak
diberi kepadanya.

[17]Mengikut hukum syarak, mana-mana hakim yang dilantik dengan bidang kuasa al-taqlid al-khas hendaklah
bergantung kepada kuasa al-taqlid al-khas itu. Bidang kuasa al-taqlid al-khas hakim-hakim Mahkamah Syariah
Terengganu adalah menurut bidang kuasa tiap-tiap mahkamah yang diperuntukkan di dalam mana-mana enakmen
yang menjelaskan kuasa masing-masing, termasuklah beberapa peruntukan dalam Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, sebagaimana yang disebut di atas.

[18]Oleh yang demikian, saya berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar dan memutuskan permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak.

[19]Persoalan kedua yang menjadi isu ialah, pada 19 Oktober 2011 Yang Arif Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail,
Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah mendengar permohonan mengenepikan perintah
sementara ex parte yang telah dikeluarkan oleh mahkamah, yang dibuat oleh responden/defendan. Ini bermakna
permohonan interim secara ex parte oleh pemohon/plaintif telah menjadi permohonan interim inter parte. Perintah
interim merupakan remedi yang penting mengikut hukum syarak. Allah SWT dengan tegas melarang manusia dari
melakukan kerosakan dan kemudaratan (darar). Antaranya firman Allah yang bermaksud:

… sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Al-Ma'idah (5):64)

[20]Dalam kaedah fiqh terdapat kaedah 'bahaya mesti dihapuskan.' Kaedah ini antara lain membawa maksud,
sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) mestilah dihapuskan dan perkara
yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) itu juga hendaklah dihilangkan sama.

[21]Menurut peruntukan undang-undang, perintah interim adalah salah satu kaedah sementara bagi menjauhi
perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar), pada ketika mana-mana
prosiding sedang berjalan. Seksyen 197 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001
memperuntukkan:
Page 7 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

(1) Tertakluk kepada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, mengikut budi bicaranya, untuk
memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan
apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan
disokong dengan afidavit.

[22]Seksyen 198 Enakmen yang sama memperuntukkan:

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa perintah interim di bawah Bab ini.

[23]Oleh yang demikian dalam membuat pertimbangan kepada permohonan perintah interim secara inter parte ini,
isu bagi menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) adalah
diutamakan. Bagi maksud mengelakkan kemudaratan, saya berpuas hati bahawa perintah interim berbunyi:
2. SAYA PERINTAH bahawa Pemohon, Khairuazura Binti Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) hendaklah
Tinggal Berasingan dengan Responden, Che Rosli Bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005) sementara
menunggu perbicaraan Tuntutan Fasakh No: 11005–014-0742–2011 oleh Pemohon terhadap Responden
di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu di putuskan.
3. SAYA PERINTAH Responden, Che Rosli Bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005), dan/atau mana-mana
warisnya atau agen-agennya atau mana-mana orang suruhannya hendaklah menahan diri daripada
menganggui atau mencerobohi dengan apa cara sekalipun ke atas Pemohon, Khairuazura Binti Abd
Rahman, (KPT 690103–11–6622).

[24]hendaklah terus dikekalkan sehingga ada perintah muktamad dalam kes tuntutan fasakh yang telah difailkan
oleh pemohon/plaintif.

[24]Dalam hubungan rumah tangga pasangan yang bahagia atau pada masa sesuatu pasangan suami isteri itu
masih dalam berbahagia, mereka boleh memperolehi sebanyak mana pun harta sepencarian. Harta sepencarian
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang, bolehlah disimpulkan sebagai:
(a) Pertama: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa menurut
syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak, dengan usaha bersama mereka;
(b) Kedua: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat-kuasa menurut
syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan
itu; dan
(c) Ketiga: aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada
sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan
oleh hukum syarak oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

[25]Perintah interim adalah salah satu kaedah sementara bagi menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan
bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar), pada ketika mana-mana prosiding sedang berjalan, mengikut hukum
syarak dan undang-undang. Oleh kerana ada tuntutan fasakh antara pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd
Rahman, KP 690103–11–6622, dengan responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik, KP 610505–11–5005, yang
masih berjalan, maka harta yang boleh jadi termasuk dalam harta sepencarian hendaklah dihindari dari perkara-
perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar). Persoalan seperti boleh jadi harta
berkenaan itu dijual, dipindah milik kepada lain-lain individu dan seumpamanya adalah merupakan perkara-perkara
yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau kemudaratan (darar) ke atas harta-harta tersebut.

[26]Selain dari itu, boleh jadi pada masa permulaannya, premis perniagaan didaftar dan dimiliki oleh
responden/defendan, tetapi pada masa ini telah menjadi milik dan kepunyaan pemohon/plaintif. Isu ini menjadi
persoalan dan hendaklah diselesaikan sama ada melalui perbicaraan atau melalui majlis pertemuan sulh. Oleh itu
saya berpendapat perintah interim ke atas harta-harta berikut hendaklah terus dikekalkan sehingga ada keputusan
muktamad mengenainya:

4. Saya perintah responden dan/atau warisnya atau agen-agennya hendaklah menahan diri daripada
memasuki,menganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas rumah perkahwinan milik pemohon,
Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) di alamat PT 1141 P, Jalan Kenanga Batu Burok, 20400 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Page 8 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

5. Saya perintah responden dan/atau warisnya atau agen-agennya hendaklah menahan diri daripada memasuki,
menganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas premis perniagaan bernama RNAZ JEWELS SDN BHD
milik pemohon, Khairuazura bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622) yang beralamat perniagaannya di No 19, Pasar
Kedai Payang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

[27]Mengenai perintah interim ke atas hadhnah, al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, (ulama' mazhab
Shafie kurun kesembilan Hijrah), dalam kitab Kifayatul Akhyar, Juz Kedua, ms 93, cetakan Sulaiman Marie,
Singapura, yang bermaksud:

Hadonah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka lebih
menaruh kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan tugas
memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul dengan kanak-kanak.

[28]Seksyen 201 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 [En. Tr. 12/85], jika Mahkamah
berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah seseorang kanak-kanak dalam
apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang hadhanah
kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-
merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang
mendesak dan demi kepentingan keadilan atau perlindungan pemohon atau kanak-kanak itu didapati bahawa
campur tangan serta-merta Mahkamah adalah perlu.

[29]Subseksyen 80(1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 pula memperuntukkan:

Tertakluk kepada seksyen 81, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa
ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

[30]Oleh yang demikian, saya berpendapat bagi menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan
atau kemudaratan (darar), perintah interim ke atas hak jagaan anak dan hak melawat anak-anak seperti berikut
hendaklah terus dikekalkan sehingga ada keputusan muktamad:

6. Saya perintah hak jagaan sementara (hadhanah) ke atas empat orang anak:

a) Iyllyana bt Che Rosli (SIJIL BERANAK NO 497616)

b) Iylmiera bt Che Rosli (SIJIL BERANAK NO 978234)

c) Iskandar Nik bin Che Rosli (KPT NO 990720–11–5099)

d) Izhakimi Nik bin Che Rosli (KPT NO 030116–11–0365)

('Anak-anak tersebut') diberikan kepada pemohon, iaitu ibu kepada anak tersebut, Khairuazura BT Abd Rahman, (KPT
690103–11–6622) sehingga ada perintah lain dibuat ke atasnya.

7. Saya benarkan responden, Che Rosli bin Che Nik, (KPT 610505–11–5005), untuk melawat anak-anak tersebut pada
masa-masa yang sesuai dan munasabah dengan syarat memaklumkannya terlebih dahulu kepada pemohon, Khairuazura
bt Abd Rahman, (KPT 690103–11–6622).

[31]Saya turut berpendapat bagi menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan bahaya, kerosakan atau
kemudaratan (darar), nafkah anak perlu juga dibuat perintah secara interim. Seksyen 202 Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 [En. Tr. 12/85], jika
Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-
apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah
terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah
Page 9 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan terus berkuat kuasa
sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.
(2) Jika permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah berkenaan dengan suatu perintah interim
untuk mendapatkan nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian
melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang
bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah kanak-kanak itu berkeupayaan untuk
membayar nafkah yang dipohon itu.

[32]Seksyen 72 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 pula, antara lain, memperuntukkan:
(1) Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah
mana-mana anaknya —
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau
(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan
seseorang lain.

[33]Peruntukan undang-undang di atas adalah menepati kehendak hukum syarak. Antaranya Allah SWT berfirman
yang bermaksud:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang
ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris
juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada) … (Surah al-Baqarah (2):233)

[34]Di dalam Sahih Bukhari, Jil Ketiga, Juz Ketujuh, ms 85, kitab Al-Nafaqat yang bermaksud:

Diriwayatkan bahawa Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa suaminya,
Abu Sufyan adalah lelaki kedekut dengan dia tidak memberi nafkah yang cukup kepada isterinya itu dan anaknya hingga
menyebabkan Hindun mengambil sendiri dari harta Abu Sufyan tanpa pengetahuan Abu Sufyan bagi mencukupi nafkah
kedua-duanya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hindun, 'Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi
mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya.'

[35]Saya berpendapat perintah Rasulullah SAW kepada Hindun di dalam hadith di atas adalah perintah injunksi
dalam bentuk suruhan untuk mengambil sebahagian dari harta bagi mencukupi nafkah, kerana ketiadaan nafkah
yang mencukupi akan menyebabkan darar kepada isteri dan anak.

[36]Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, karangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, (ulama' mazhab
Shafie kurun kesembilan Hijrah), Juz Kedua, ms 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, yang bermaksud:

Pembiayaan hadonah tertanggung ke atas bapa kerana pembiayaan hadonah itu adalah diperlukan sama seperti nafkah.

[37]Dalam menjelaskan kadar nafkah anak yang wajib ditanggung oleh pihak yang diwajibkan menanggungnya, Dr
Wahbah Az-Zuhaily di dalam kitabnya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz Kesembilan, terbitan Darul Fikr,
Damsyek, cetakan ketiga, 1989M/1409H, pada ms 828, yang bermaksud:

Para fuqaha bersependapat bahawa sesungguhnya nafkah kerabat yang terdiri daripada anak, dan anak kepada anak
(cucu) ditetapkan dengan kadar yang mencukupi keperluan mereka, merangkumi roti atau bahan-bahan pelengkap bagi
makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan penyusuan sekiranya dia masih menyusu. Ia adalah mengikut
kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan. Nabi s.a.w. telah bersabda
kepada Hindun, yang bermaksud, 'Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak
kamu dengan sebaiknya.' Oleh yang demikianlah ia diukur dengan kadar keperluan.

'Andainya anak yang dibiayai itu memerlukan khadam (orang suruhan) yang akan membantunya dalam segala
Page 10 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

keperluannya, maka adalah menjadi kewajiban bapa menyediakan khadam berkenaan itu kerana ia adalah merupakan
antara ciri-ciri penyempurnaan kepada keperluan anak berkenaan itu.'

[38]Dalam menjelaskan peruntukan hukum syarak di atas, s 71 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga
Islam (Terengganu) 1985, memperuntukkan:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah
menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam
jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal,
pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada
kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah
Hukum Syara', supaya menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah, kanak-kanak, jika
bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat
mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

[39]Plaintif/pemohon dalam permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara sebelah pihak ada menuntut
sejumlah amaun bagi nafkah sementara untuk empat orang anak. Dalam keadaan sedemikian, saya berpendapat
mahkamah hendaklah melihat kewujudan imbangan kemudahan (balance of convenience) seperti perkara yang
dipohon injunksi itu adalah serius, permohonan itu bertujuan untuk menghalang dari berlakunya lebih kerosakan
atau kemudaratan pada masa akan datang, dan mahkamah merasakan bahawa adalah lebih baik permohonan
pemohon/plaintif itu diluluskan. Oleh yang demikian saya berpuas hati bahawa perintah sementara nafkah anak
yang sesuai dan patut dibayar oleh responden/defendan ke atas tiap-tiap orang anak adalah sebanyak RM400
sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Disember 2011, sehinggga ada perintah yang muktamad.

[40]Saya berpendapat kos perintah interim secara inter parte ini patut dan adil ditanggung oleh masing-masing
pihak. Oleh kerana prosiding permohonan ini mengikut undang-undang didengar dan diputuskan dalam Mahkamah
Tinggi Syariah, dan beberapa tuntutan yang berbangkit dari prosiding ini, seperti hak jagaan anak dan juga tuntutan
ke atas harta sepencarian juga Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidang kuasa, maka saya berpendapat saya
kena membuat arahan supaya kesemua kes yang berbangkit dari permohonan ini hendaklah didengar dan
diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Syariah; termasuk tuntutan fasakh yang telah difailkan oleh pemohon/plaintif.

[41]Dengan ini saya membuat perintah-perintah seperti berikut:

[42]Saya perintah Khairuazura bt Abd Rahman, KP 690103-11-6622 pemohon/plaintif hendaklah tinggal


berasingan dengan responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik, KP 610505-11-5005 sementara menunggu
perbicaraan Tuntutan Fasakh No 11005-014-0742 Tahun 2011 oleh pemohon/plaintif selesai secara muktamad;

[43]Saya perintah responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik dan/atau mana-mana warisnya atau ejen-ejennya
atau mana-mana orang suruhannya hendaklah menahan diri daripada menganggui atau mencerobohi dengan apa
cara sekalipun ke atas pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman;

[44]Saya perintah responden/defendan dan/atau warisnya atau ejen-ejennya hendaklah menahan diri daripada
memasuki, menganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas rumah perkahwinan milik
pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, di alamat PT 1141 P, Jalan Kenanga Batu Burok, 20400 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman.

[45]Saya perintah responden/defendan dan/atau warisnya atau ejen-ejennya hendaklah menahan diri daripada
memasuki, mengganggui dan menceroboh dengan apa cara sekalipun ke atas premis perniagaan bernama RNAZ
JEWELS Sdn Bhd milik pemohon/plaintif, Khairuazura bt Abd Rahman, yang beralamat perniagaannya di No 19,
Pasar Kedai Payang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

[46]Saya perintah hak jagaan anak (hadhanah) ke atas empat orang anak-anak berikut:

(a) Iyllyana bt Che Rosli (SIJIL BERANAK NO 497616)

(b) Iylmiera bt Che Rosli (SIJIL BERANAK NO 978234)

(c) Iskandar Nik bin Che (KPT NO 990720–11–5099)


Page 11 of 11
Khairuazura bt Abd Rahman v Che Rosli bin Che Nik [2012] 3 SHLR 57

Rosli

(d) Izhakimi Nik bin Che Rosli (KPT NO 030116–11–0365)

('Anak-anak tersebut') diberikan kepada pemohon/plaintif, iaitu ibu kepada anak-anak tersebut, Khairuazura bt Abd
Rahman, KP 690103–11–6622, sehingga ada perintah lain dibuat ke atasnya.

[47]Saya benarkan responden/defendan, Che Rosli bin Che Nik, untuk melawat anak-anak tersebut pada masa-
masa yang sesuai dan munasabah dengan syarat memaklumkannya terlebih dahulu kepada pemohon/plaintif,
Khairuazura bt Abd Rahman;

[48]Saya perintah bahawa kos dalam permohonan mendapatkan perintah interim secara inter parte ini ditanggung
oleh masing-masing pihak; dan

[49]Saya membuat arahan supaya kesemua kes yang berkait dengan permohonan ini hendaklah diangkat ke
dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu untuk pendengaran dan keputusan.
Ex parte interim orders to be maintained until final order.
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

End of Document

You might also like