You are on page 1of 18

Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda

[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 45

A Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda

SHARIAH HIGH COURT (TERENGGANU) — CIVIL CLAIM


MUTAAH NO 11200–016–0141 OF 2010
B
WAN MOHD ZAKRI SHHC CJ
19 JULY 2013

C Islamic Law — Divorce — Mutaah — Claim for mutaah — Husband working


as teacher with side income and debt liabilities — Claim for RM100,000 —
Whether claim reasonable — Whether wife entitled to mutaah — Whether amount
of mutaah that should be reasonably received by wife — Considerations in deciding
amount of mutaah
D
The plaintiff and the defendant had divorced and in the present claim, the
plaintiff claimed for RM100,000 as mutaah, from the defendant. The
defendant was a teacher with a salary of RM3,066.22 per month and an
income derived from oil palm and rubber trees in the estimation of RM800
E and RM700, respectively. The defendant’s existing liabilities were credit card in
the amount of RM900; teacher’s corporation in the sum of RM1571; monthly
car fuel of RM200; monthly car payment in the amount of RM530; housing
loan in the amount of RM697.19 per month and Angkasa in the sum of
RM430.20 per month. The defendant’s monthly total income was
F RM5693.61 while the liabilities that he had to settle were RM4328.39,
resulting in a balance of RM1,365.22 per month. The issues that arose were
whether the plaintiff had a right on the mutaah; and if the plaintiff had a right,
what was the amount of mutaah that should be accordingly received by the
plaintiff.
G
Held, ordering the defendant to pay mutaah in sum of RM10,000 to the
plaintiff:
Mutaah was a consolation gift from a husband to a wife who had been divorced
without a reason. The amount of mutaah claimed by the plaintiff which was
H RM100,000 was an unreasonable amount if compared to the financial abilities
and shortcomings of the husband. The defendant was not one who had strong
financial ability as he had debt liabilities. The defendant was ordered to pay
RM10,000 as mutaah to the plaintiff (see paras 60 & 61).

I [Bahasa Malaysia summary


Plaintif dan defendan telah bercerai dan dalam tuntutan ini, plaintif menuntut
bayaran mutaah sebanyak RM100,000 daripada defendan. Defendan
merupakan seorang guru yang berpendapatan RM3,066.22 sebulan dengan
sumber pendapatan daripada hasil kelapa sawit dan pokok getah dalam
46 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

anggaran RM800 dan RM700, masing-masing. Tanggungan defendan yang A


masih ada adalah kad kredit berjumlah RM900; koperasi guru sebanyak
RM1571; minyak kereta sebulan sebanyak RM200; bayaran kereta sebanyak
RM530 sebulan; pinjaman perumahan sebanyak RM697.19 sebulan dan
Angkasa sebanyak RM430.20 sebulan. Jumlah pendapatan defendan sebulan
adalah RM5693.61 manakala tanggungan yang perlu diselesaikan oleh B
defendan adalah RM4328.39, menjadikan pendapatan defendan hanyalah
berbaki RM1,365.22 sebulan. Isu yang timbul dalam kes ini adalah sama ada
plaintif berhak kepada mutaah; dan sekiranya plaintif berhak, berapakah kadar
mutaah yang wajar diterima oleh plaintif.
C
Diputuskan, memerintahkan defendan membayar mutaah sebanyak
RM10,000 kepada plaintif:
Mutaah ialah sebagai pemberian sagu hati daripada suami kepada seorang isteri
yang diceraikan tanpa sebab. Jumlah tuntutan mutaah yang dibuat oleh
plaintif RM100,000 adalah satu jumlah yang tidak munasabah jika D
dibandingkan dengan kemampuan dan kesusahan kewangan suami. Defendan
bukanlah seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi dari sudut
kewangan kerana masih banyak tanggungan hutang. Defendan diperintahkan
membayar RM10,000 sebagai mutaah kepada plaintif (lihat perenggan 9, 49 &
64).] E

Cases referred to
Ahmad Shah Ahmad Tabrani lwn Norhayati Yusoff [2004] 18(i) JH 33 (refd)
Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman [2005] 19(i) JH 124 (refd)
Hajah Ramlah lwn Nor Husin [1999] 13(i) JH 103 (refd) F
Ida Hidayati binti Taufik lwn Ahmad Shukri bin Kassim [2004] 18(ii) JH 266
(refd)
Jaliah lwn Abu Bakar [1987] 7(i) JH 72 (refd)
Mohd Farid bin Abdul Rahman lwn Rabihah binti Kamaruddin [2006] 21(i) JH
71 (refd) G
Norma @ Normek binti Ghazali lwn Mohd Zain [2005] 19(ii) JH 278 (refd)
Rokiah binti Haji Abdul Jalil lawan Mohamad Idris bin Syamsuddin (1990) 7(i)
JH 112 (refd)
Rokiah lwn Mohamed Idris [1986] 6(ii) JH 272 (refd)
Rusiah lwn Mohd Rafi Heinges [1999] 13(ii) JH 227 (refd) H
Safiyya lwn Ruzainee [2003] 16(i) JH 29 (refd)
Tengku Anum Zaharah lwn Dato’ Dr Hussein [1980] 3(i) JH 125 (refd)
Tengku Puteri Zainah lwn Dato’ Sri Mohd Najib [1998] 12(i) JH 1 (refd)
Timah lwn Abdul Rahman [2001] 14(ii) JH 297 (refd)
I
Legislation referred to
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 11(3)(b), 12(2)(b)
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 93
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 s 55
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 47

A Quranic verses referred to


Surah al-Baqarah (2): 236, 241

Books referred to
Hasyiah I’aanah al-Talibin, Abi Bakr Usman bin Muhammad (1995), Beirut,
B Juz 3, Dar al-Kutub al Ilmiah pp 595, 596
Hasyiah Qalyubi wa Umairah, by Syihabuddin Ahmad bin Ahmad Salamh
al-Qalyubi, Juz 3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah, (1st Ed), p 441
I’aanah al-Talibin, Juz 3, Dar al-Fikr, p 356
Mughni al-Muhtaj, Juz 3, p 249
C
Raudhah al-Talibin, by Abi Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyki,
corroborated by Syeikh Adil Ahmad Abdul Maujud (2000), Beirut, Vol 5,
Dar al-Kutub al-Ilmiah, p 637

D
Wan Mohd Zakri ShHC CJ:

[1] Kes tuntutan mutaah ini telah difailkan oleh plaintif pada 15 Mac 2010.
E Isu dalam kes ini ialah plaintif menuntut bayaran mutaah daripada defendan.
Dalam pernyataan tuntutan plaintif, plaintif menuntut:
(a) bayaran mutaah RM 100,000,00;
(b) bayaran terus ke dalam akaun plaintif;
F
(c) apa-apa relief yang difikirkan patut dan suai manfaat oleh mahkamah;
(d) kos ke atas defendan.

G [2] Dalam pernyataan defendan:


(a) defendan meletakkan segala beban pembuktian ke atas plaintif;
(b) defendan tidak bersetuju dengan kadar yang dituntut.

H [3] Dalam kes ini ini, apa yang mahkamah perlu putuskan ialah:
(a) bidang kuasa mahkamah;
(b) sama ada plaintif berhak atau tidak kepada mutaah;
I (c) sekiranya plaintif berhak, berapakah kadar mutaah yang patut plaintif
terima.
48 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

BIDANG KUASA MAHKAMAH A

[4] Seksyen 11(3)(b) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001


memperuntukkan:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — B

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua


tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubung dengan — C

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran


perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehaliman (faraq)
atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara
suami isteri; (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang D
berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i);

[5] Seksyen 55 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam E


1985 memperuntukkan ‘Selain dari haknya untuk memohon nafkah,
seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh
suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada
mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan
apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang F
betul, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut
menurut Hukum Syara”.

[6] Surah al-Baqarah ayat 236:


G
Bermaksud:
Tidaklah salah jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka atau
(sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka dan berilah mut’ah kepada
mereka. Suami yang senang menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian
saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) H
berbuat kebaikan.

[7] Berdasarkan nas undang-undang dan syarak yang disebut di atas,


mahkamah ini memutuskan bahawa ianya berbidang kuasa dalam
I
memutuskan permohonan ini.

[8] Walau bagaimanapun, s 12(2)(b) Enakmen Mahkamah Syariah


(Terengganu) 2001 telah menetapkan seperti berikut:
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 49

A Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —


(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan
memutuskanya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak
melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak
B termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

[9] Dalam kes ini, jumlah tuntutan yang dibuat oleh pihak plaintif adalah
sebanyak RM100,000.
C
[10] Persoalannya yang perlu dijawab adakah Mahkamah Tinggi Syariah
berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini.

[11] Saya telah melihat keseluruhan prosiding ini. Saya tidak menemui
D sebarang notis atau permohonan bantahan awal dibuat oleh pihak defendan
semasa kes ini disebut dan sehinggalah didengar oleh hakim bicara Mahkamah
Tinggi Syariah yang terdahulu.

[12] Saya juga merujuk kepada s 93 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah


E Syariah (Terengganu) 2001 iaitu mengenai tatacara pemindahan prosiding
daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 93 Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi
pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada
F Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
menghantar kepada Pendaftara Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala
dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan
Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18
kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.
G
[13] Apa yang ingin disentuh dan dilihat dalam peruntukan s 93 ini ialah
bukannya cara-cara pemindahan prosiding dibuat, tetapi saya ingin
menyentuh mengenai semangat sekyen ini iaitu Mahkamah Tinggi Syariah
boleh mendengar sesuatu prosiding yang telah difailkan di bawah bidang kuasa
H Mahkamah Rendah Syariah.

[14] Oleh yang demikian saya berpendapat Mahkmah Tinggi Syariah ini
berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan ini.

I SAMA ADA PLAINTIF BERHAK ATAU TIDAK KEPADA MUTAAH

[15] Surah al-Baqarah ayat 241:


Bermaksud:
50 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati) A


dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib ke atas orang-orang
yang bertaqwa.

[16] Kitab I’anah al-Talibin, Juz 3, ms356, Dar al-Fikr, tanpa tahun:
B
Maksudnya:
Bayaran mut’ah wajib ke atas suami yang telah menceraikan isterinya setelah
disetubuhi di mana perceraian itu bukan berpunca dari perbuatannya (isteri)
seperti isteri murtad atau difasakhkan nikah disebabkan keaiban suami.
C

[17] Kitab Hasyiah I’anah al-Talibin, oleh Abi Bakr Usman bin Muhammad
(1995), Beirut, Juz 3, Dar al-Kutub al Ilmiah ms 595 yang menyebut:
Wajiblah ke atas suami memberi mut’ah terhadap isteri yang telah disetubuhi D
sekalipun ia seorang amah dengan sebab penceraian yang penceraian itu berlaku
bukan sebab isteri @ bukan kerana kematian salah seorang daripada keluarganya.

[18] Merujuk kepada kes Rokiah binti Haji Abdul Jalil lawan Mohamad Idris
bin Syamsuddin (1990) 7(i) JH 112, panel rayuan di dalam alasannya E
menyebut:
Dalam kes ini jelas penceraian itu berlaku dengan talaq oleh suami terhadap isteri
sekalipun ada tanda-tanda nusyuz tetapi nusyuz tidak menafikan hak mut’ah
sekiranya ini berlaku. F

[19] Merujuk kepada pernyataan tuntutan plaintif dan pembelaan


defendan, fakta yang dipersetujui dan tidak dipertikaikan ialah:
(a) plaintif dan defendan telah berkahwin pada 6 Disember 1984 di G
Marang, Terengganu;
(b) plaintif dan defendan bercerai di MRSD Marang pada 18 Januari
2010;
(c) tempoh perkahwinan selama 20 tahun; H
(d) hasil perkahwinan memperolehi anak seramai lima orang.

[20] Dalam soal balas peguam plaintif kepada defendan pada 30 Januari
2013, defendan ada menjawab ‘saya hanya tidak setuju kadarnya tetapi mut’ah
I
saya setuju’.

[21] Adapun halangan bekas isteri mendapat mutaah adalah sebagaimana


disebut dalam Kitab Hasyiah I’aanah al-Talibin, Juz 3, ms 596:
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 51

A Menyalahi masalah apabila penceraian itu berlaku disebabkan oleh isteri seperti
isteri memeluk agama Islam sama ada isteri murtad, isteri memiliki suaminya, fasik
isteri kerana keaiban isteri. Ataupun disebabkan kedua-dua suami isteri seperti
kedua-duanya jadi murtad. Ataupun disebabkan kedua-duanya suami isteri seperti
kedua-duanya jadi murtad. Atau dengan sebab suami memilih isteri seperti suami
B memilih isteri selepas ia bernikah dengannya maka dalam masalah tersebut isteri
tidak berhak mendapat mut’ah.

[22] Berdasarkan keterangan plaintif dan defendan, tidak timbul isu-isu


seperti di bawah telah disentuh:
C
(a) murtad;
(b) aib yang ada pada diri perempuan:
cth — alat kelamin ‘ratak’ (ketumbuhan daging); atau
D — alat kelamin ada ‘qaram’ (ketumbuhan tulang).
(c) aib suami:
cth — gila;

E
— mati pucuk;
— papa kedana.
Oleh yang demikian saya memutuskan defendan berhak kepada mutaah.

BERAPAKAH KADAR MUTAAH YANG DEFENDAN BERHAK


F
Kriteria-kriteria kadar mutaah

[23] Mengenai kadar mutaah ini, saya merujuk kepada firman Allah dalam
G Surah al-Baqarah, ayat 236:
Bermaksud:
Tidaklah salah jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka atau
(sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka dan berilah mut’ah kepada
H mereka. Suami yang senang menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang
susah menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang
patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

[24] Di dalam Kitab Hasyiah I’aanah al-Talibin, Juz 3, ms 595 ada


I menyatakan seperti berikut:
Kadar mut’ah ialah kadar yang dipersetujui oleh kedua pihak itu. Atau pendapat
lain ialah kadar yang harus dijadikan sebagai maskahwin. Dan setengah kadar
mut’ah itu tidak kurang daripada tiga puluh dirham.
52 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

[25] Dalam Kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah, oleh Syihabuddin Ahmad A


bin Ahmad Salamh al-Qalyubi, Juz 3, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah,
(Cetakan Pertama), ms 441 menyebut:
Dan disunatkan bahawa mut’ah itu tidak kurang daripada tiga puluh dirham.
Pendapat lain pula berkata mut’ah itu sesuatu yang sedikit yang boleh dijadikan
B
harta. maka jika kedua suami isteri bersetuju atas kadar mut’ah yang tertentu maka
eloklah kadar mut’ahnya

[26] Dalam Kitab Raudhah al-Talibin, oleh Abi Zakaria yahya bin Syaraf
al-Nawawi al-Dimasyki, ditahkik oleh Syeikh Adil Ahmad Abdul Maujud C
(2000), Beirut, Jilid 5, Dar al-Kutub al-Ilmiah, ms 637 ada menyebut:
Disunatkan bahawa isteri yang dicerai itu diberi mut’ah sebanyak tiga puluh
dirham.
D
[27] Adapun kadar mutaah yang wajib ialah sebagaimana yang disebut
dalam Kitab Hasyiah I’aanah al-Talibin, Juz 3, ms 596 seperti berikut:
Adapun kadar mut’ah yang wajib jika kedua-dua belah bersetuju dengan sesuatu
yang tertentu maka itulah kadar mut’ahnya.
E

[28] Di dalam kes Ida Hidayati binti Taufik lwn Ahmad Shukri bin Kassim
[2004] 18(ii) JH 259, KHS, Dato’ Johdi bin Toha dalam penghakimannya
menyebut:
Tidak ada penentuan nas mengenai kadar mut’ah yang perlu dibayar kepada isteri F
yang diceraikan. Para fuqaha’ membuat ijtihadnya mengenai kadarnya. Ulama’
Hanafi menetapkan bayaran mut’ah merupakan tiga pakaian iaitu pakaian
basahan, pakaian tudung kepala dan pakaian yang menutup aurat dari kepala
hingga ke kaki. Ulama’ Shafie pula berpendapat bahawa pemberian mut’ah adalah
tidak kurang daripada 30 dirham atau barang yang sama nilai dengannya ini adalah G
serendah-rendahnya yang disunatkan. Setinggi mut’ah ialah bayaran tebusan
khadam (hamba) dan yang sederhana ialah pakaian. Disunatkan mut’ah itu ialah
juga kadarnya sampai separuh daripada mahar mithli.

[29] Yang tersebut di atas adalah mengenai mutaah yang dipersetujui oleh H
kedua-dua pihak. Jika sekiranya bertelingkah mengenai kadarnya maka
perkara ini hendaklah dirujuk kepada hakim. Ini telah dinyatakan di dalam
Kitab Hasyiah I’aanah al-Talibin, Juz 3, ms 596:
Jika berlaku perselisihan antara kedua belah pihak kadar mut’ah maka hakimlah I
yang akan menentukan mengikut kadar kedua belah pihak, pihak suami dilihat
pada segi kemampuan dan sudut keturunan dan sifatnya.

[30] Dalam Kitab Mughni al-Muhtaj, Juz 3, ms 249 ada menyatakan:


Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 53

A Jika berlaku perselisihan antara kedua belah pihak tentang kadar mut’ah maka kadi
yang menentukan kadar mut’ah itu mengikut ijtihadnya setelah melihat keadaan
kedua belah pihak mengenai kemampuan suami dan keturunan serta sifat-sifat
isteri.

B [31] Dalam kes Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman [2005]
19(i) JH 124, HMTS Kuala Lumpur dalam penghakimannya telah menyebut:
Dasar mut’ah adalah keredhaan kedua-dua pihak tetapi jika tidak tercapai
persetujuan, maka penentuan boleh dibuat qadhi. Penentuan kadar telah
C digariskan oleh syarak dengan nilai kedudukan kaya atau miskinnya suami serta
sifat dan keadaan isteri. Sifat ialah perwatakan dan keadaan pula ialah kedudukan
keluarga atau status keluarga dalam masyarakat. Kaya dan miskin ialah nilai semasa
dari segi perolehan dan pemilikan. Tentang kadar yang harus diberikan tidaklah
ditetapkan oleh syarak tetapi diserahkan mengikut keadaan semasa seperti yang
terkandung di dalam surah al-baqarah ayat 236 yang disebut sebelum ini, iaitu
D pemberian menurut ukuran kemampuannya sebagai kewajipan aatas orang-orang
yang berbuat kebaikan.

[32] Nas-nas yang disebut di atas adalah sekadar menyentuh mengenai kadar
E asas yang menjadi panduan kepada mahkamah untuk memutuskan sesuatu
jumlah mutaah jika ada persetujuan, atau jika tidak ada persetujuan,
terpulanglah pada ijtihad hakim itu sendiri.

[33] Jelas sebahagian besarnya lebih menyarankan kepada melihat kepada


F kemampuan atau kesusahan suami dalam menentukan kemusabahan ke atas
mutaah.

[34] Soalnya, apakah formula yang perlu diikuti oleh mahkamah ini untuk
memutuskan kadar yang difikirkan munasabah?
G
[35] Dalam mencari formula yang perlu diikuti oleh mahkamah untuk
memutuskan kadar yang difikirkan munasabah, suka saya merujuk kepada
beberapa kes yang terdahulu dari Jurnal Hukum.
H (a) Dengan meletakkan kadar mutaah sama seperti nafkah, iaitu
keperluan harian.
Dalam kes Rokiah lwn Mohamed Idris [1986] 6(ii) JH 272, mahkamah
menyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan mutaah atas
khidmat yang diberikan seperti mencuci, memasak dan menjaga
I rumahtangga. Jumlah yang dituntut dinilaikan sebagai RM1 yang
jumlah keseluruhannya ialah RM12,697 untuk tempoh 35 tahun tiga
bulan dan lima hari. Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan telah
menolak cara pengiraan ini dan memerintahkan suami membayar
sebanyak RM6,500 berdasarkan status kewangan suami dan status
54 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

sosial isteri. Bagaimanapun, dalam kes Jaliah lwn Abu Bakar [1987] A
7(i) JH 72, kiraan mut’aah sebanyak RM50 sebulan untuk tempoh 15
tahun perkahwinan telah dikurangkan kepada lapan tahun atas
permintaan suami dan telah diterima oleh mahkamah. Apapun
keputusannya, kes Jaliah ini adalah bertentangan dengan keputusan
jawatankuasa panel Rayuan dalam kes sebelumnya yang tidak B
menerima pengiraan dalam bentuk ini.
(b) Kadar mutaah adalah lebih rendah dari kadar nafkah
Dalam kes Hajah Ramlah lwn Nor Husin [1999] 13(i) JH 103, YA C
hakim telah mengambil pendekatan bahawa kadar mutaah hendaklah
lebih rendah daripada kadar nafkah yang diterima oleh isteri pada
setiap bulan. Oleh itu YA hakim telah menetapkan jumlah mutaah
iaiatu satu perempat (1/4) daripada jumlah nafkah yang diterima
untuk sebulan dan dijumlahkan dengan tempoh perkahwinan. Jumlah D
keseluruhan ialah RM43,200. Pengiraan dalam bentuk ini tidak
diterima oleh Jawatankuasa Panel Rayuan seperti yang diputuskan
oleh Prof Ahmad Ibrahim dalam kes Tengku Puteri Zainah lwn Dato’
Sri Mohd Najib [1998] 12(i) JH 1, di mana tiada nas yang khusus
mengenainya dan mutaah bukanlah nafkah walaupun ianya kelihatan E
seperti hampir sama.
(c) Melihat kepada kedudukan pihak-pihak, status kewangan suami dan
taraf kehidupan isteri
Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato’ Dr Hussein [1980] 3(i) JH F
125, oleh sebab pihak-pihak daripada keluarga yang berada dan isteri
juga merupakan kerabat diRaja, jumlah yang diperuntukkan ialah
RM25,200.
Dalam kes Tengku Puteri Zainah lwn Dato’ Sri Mohd Najib [1998] G
12(i) JH 1, perayu telah meminta responden menyenaraikan harta alih
dan harta tak alih bagi tujuan pengiraan mutaah. Bagaimanapun,
permohonan perayu telah ditolak oleh mahkamah kerana
bertentangan dengan tujuan mutaah itu sendiri. Untuk tujuan
tersebut mahkamah meletakkan prinsip pengiraan mutaah hendaklah H
mengikut kemampuan bekas suami dan kedudukan bekas isteri.
(d) Mengambil kira tempoh perkahwinan
Dalam kes Timah lwn Abdul Rahman [2001] 14(ii) JH 297, plaintif
menuntut RM100,800 sebagai mutaah dengan mengambil kira usia I
perkahwinan selama 25 tahun yang dikira sebanyak RM8 sehari.
Jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh defendan. YA hakim
mengambil kira plaintif yang terpaksa tinggal di rumah saudara mara
sehingga kes selesai. Dia juga mungkin menerima prasangka buruk
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 55

A daripada masyarakat akibat penceraian tersebut. Jumlah mutaah yang


dibenarkan ialah 1/3 daripada jumlah yang dipohon.
Dalam kes Rusiah lwn Mohd Rafi Heinges [1999] 13(ii) JH 227,
plaintif menuntut mutaah sebanyak RM22,550 dengan perkiraan
B sebanyak RM5 sehari di samping tuntutan-tuntutan lain. mahkamah
telah merujuk kepada keputusan kes terdahulu dan mengambil
keputusan untuk tidak mengikat keputusan dengan apa-apa yng telah
diputuskan. Mengambil kira kemampuan suami dan keturunan serta
sikap isteri, mahkamah mensabitkan tuntutan mutaah sebanyak
C RM5,000 kerana defendan tidak mempunyai kemampuan untuk
membayar mutaah sebagaimana yang dituntut.
Dalam kes Safiyya lwn Ruzainee [2003] 16(i) JH 29, plaintif menuntut
mutaah sebanyak RM41,052.50 iaitu RM7.50 sehari selama 15 tahun.
YA hakim bersetuju dengan kiraan tersebut dan memerintahkan
D bayaran mutaah sebanyak RM27,373.00 selama 15 tahun kahwin
dengan kadar RM5 sehari. Dengan mengambil kira kemampuan
defendan yang bekerja sebagai arkitek dan lamanya tempoh
perkahwinan.
E Dalam satu kes lain,kes Ida Hidayati binti Taufik lwn Ahmad Shukri
bin Kassim [2004] 18(ii) JH 266, mahkamah melihat kepada lamanya
tempoh perkahwinan danmelihat kepada kemampuan suami serta
taraf kedudukan isteri. Jumlah yang dibenarkan ialah RM48,000
daripada jumlah asal yang dipohon iaitu RM144,000.
F
(e) Mutaah tidak diasaskan kepada kiraan jumlah harta yang terkumpul
Dalam kes Tengku Puteri Zainah lwn Dato’ Sri Mohd Najib [1998]
12(i) JH 1, perayu menuntut sebanyak RM5,000,000 sebagai bayaran
mutaah. Perayu berhujah responden adalah seorang yang
G berkemampuan dan memiliki jumlah harta yang banyak. Perayu
bagaimanapun gagal membuktikan jumlah harta-harta tersebut.
Jawatankuasa Rayuan memutuskan jumlah harta yang dipunyai oleh
suami tidaklah menjadikan sebagai asas dalam menentukan kadar
mutaah. Sebaliknya mahkamah menegaskan bahawa mutaah
H merupakan bayaran saguhati yang ditentukan dengan melihat kepada
kemampuan suami dan kedudukan isteri bukan jumlah harta yang
telah dikumpulkan. Mahkamah dalam kes ini tidak bersetuju dengan
amalan yang diamalkan oleh Mahkamah Syariah Singapura yang
menetapkan kadar mutaah sebanyak RM1 sehari kerana tidak terdapat
I nas atau amalan yang boleh menyokong amalan tersebut.
(f ) Berdasarkan pendapat tahunan
Di dalam kes Ida Hidayati binti Taufik lwn Ahmad Shukri bin Kassim
[2004] 18(ii) JH 266, mahkamah menolak pembahagian mutaah
56 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

berdasarkan peratusan daripada jumlah pendapat tahunan A


memandangkan tidak ada nas yang khusus mengenainya.
(g) Kemampuan suami, kedudukan isteri dan pengorbanan sepanjang
perkahwinan
B
Amalan yang paling kerap dilaksanakan di Mahkamah Syariah dalam
menentukan kadar mutaah ialah dengan merujuk kepada nas syarak
iaitu melihat kepada susah senang suami dan kedudukan isteri
disamping melihat kepada pengorbanan isteri sepanjang perkahwinan
mereka. Dalam kes Ahmad Shah Ahmad Tabrani lwn Norhayati Yusoff C
[2004] 18(i) JH 33, Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan
sejumlah RM50,000 sebagai satu bayaran yang munasabah
berbanding RM250,000 yang dituntut oleh responden. Mahkamah
Rayuan mengambil kira kemampuan suami yang bependapatan
RM9,000 sebulan sebagai seorang jurutera perunding dan D
pengorbanan isteri yang berhenti kerja bagi menumpukan perhatian
kepada keluarga. Dalam kes Norma @ Normek binti Ghazali lwn Mohd
Zain [2005] 19(ii) JH 278, dalam kes ini Mahkamah Rayuan
memutuskan jumlah RM10,000 sebagai munasabah berbanding
dengan RM5,000 sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah E
Rendah sebelumnya dengan mengambil kira pendapatan suami
sebanyak RM2,400 sebulan daripada pencen bulanan bekas Ahli
parlimen Malaysia bagi kawasan Bachok dan perayu sebagai seorang
yang mempunyai taraf dan kedudukan yang baik dalam masyarakat
dan dihormati. F

Dalam kes lain, Mohd Farid bin Abdul Rahman lwn Rabihah binti
kamaruddin [2006] 21(i) JH 71, HMTS Kuala Lumpur telah
memutuskan perayu membayar mutaah sebanyak RM 30,000 iaitu
dengan mengekalkan jumlah yang diputuskan oleh Mahkamah G
Rendah Syariah di mana jumlah tersebut dianggap munasabah dan
berkemampuan berbanding pendapatan kasar perayu sebanyak
RM18,000 sebulan.
H
[36] Berdasarkan kepada kes-kes yang telah dirujuk seperti mana di atas tadi,
saya mendapati bahan Mahkamah Rayuan juga lebih banyak berpegang
kepada:
(a) kemampuan dan kesusahan suami;
I
(b) melihat juga kepada kedudukan pihak-pihak, status kewangan suami,
serta taraf kehidupan isteri.
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 57

A [37] Oleh yang demikian, dalam menentukan kemunasabahan kadar


mutaah dalam kes ini saya akan lebih merujuk kepada fakta-fakta:
(a) kemampuan dan kesusahan suami;
(b) kedudukan pihak-pihak serta status kehidupan isteri.
B
Kedua-dua perkara di atas, saya berpendapat perlulah saling sokong
menyokong antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kemampuan
kewangan adalah faktor yang lebih utama untuk dipertimbangkan kerana saya
berpendapat tidak semestinya taraf serta kedudukan yang baik dalam
masyarakat itu bermakna telah mempunyai kemampuan keluarga yang tinggi
C
dan banyak.

[38] Dalam penentuan kadar ini juga, saya berpendapat matlamat asal
mutaah seperti pengorbanan isteri, menutup malu, kesedihan dan sebagainya
D perlu diambil kira.

[39] Mengenai faktor kemampuan dan kesusahan suami serta kekuatan


kewangan yang ada, setelah meneliti kepada keterangan suami iaitu defendan
dalam kes ini.
E
[40] Defendan seorang guru berijazah, lulusan UKM, Bangi dalam bidang
Dakwah dan Kepimpinan. Sebelum masuk universiti, defendan seorang guru
sekolah rendah dengan pendapatan RM800 iaitu sekitar tahun 1984. Setelah
keluar dari universiti bekerja di sekolah menengah dan pada masa keterangan
F direkodkan pada 11 Oktober 2011 di hadapan hakim bicara, Shaikh Ahmad
bin Ismail, defendan bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Tengku Lela
Segara, Marang, Terengganu dengan pendapatan sebulan RM3,066.22
(merujuk kepada D2, ikatan dokumen defendan).
G
[41] Defendan juga telah memberi keterangan berkaitan tanggungan yang
masih ada:
(a) Credit card CIMB Bank RM400 sebulan;

H (b) Credit card Bank Islam RM500 sebulan;


(c) Koperasi guru masih berbaki RM1,571;
(d) Minyak kereta RM200 sebulan;
(e) Bayaran gadaian kereta kepada CIMB Bank RM530 sebulan.
I
[42] Selain itu, merujuk kepda D5-ikatan dokumen defendan, defendan
juga ada potongan gaji untuk bayaran berikut:
(a) Pinjaman perumahan — satu RM697.19 sebulan.
58 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

(b) Angkasa RM430.20 sebulan. A

[43] Selain daripada itu, dalam jawapan defendan terhadap soalan balas oleh
peguam plaintif pada 30 Januari 2012, defendan mengaku beliau ada sumber
pendapatan lain iaitu:
B
(a) hasil kelapa sawit seluas 4 ekar, anggaran RM800 sebulan;
(b) hasil daripada pokok getah seluas 1 1/2 akar anggaran RM700 sebulan
(lebih kurang).
C
[44] Saya mendapati, berdasarkan keterangan defendan, jumlah pendapatan
defendan sebulan adalah RM5,693.61 manakala tanggungan yang perlu
diselesai oleh defendan adalah RM4,328.39.
Ini bermakna pendapatan defendan hanyalah berbaki RM1,365.22 sebulan.
D
[45] Mahkamah juga telah merujuk kepada keterangan plaintif sebagaimana
yang telah direkodkan di hadapan hakim bicara, Tuan Hj Shaikh Ahmad bin
Ismail pada 9 Januari 2011, di mana plaintif telah meminta mutaah
RM100,000 daripada defendan tetapi tidak ada keterangan jelas kenapa
RM100,000. E

[46] Mahkamah juga mendapati plaintif tidak membuktikan jumlah


pendapatan defendan yang sebenarnya dan tiada keterangan dan bukti oleh
plaintif bahawa defendan seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi
dari segi kewangan. F

[47] Mahkamah merujuk kepada jawapan plaintif semasa di soal balas oleh
peguam defendan pada 8 Jun 2011 yang sebagaimana yang telah direkodkan di
hadapan Hakim Bicara Tuan Hj Shaikh Ahmad bin Ismail. Plaintif telah G
menyatakan bahawa sepanjang hidup dengan defendan, hutang defendan
banyak. Defendan berhutang untuk dirinya sendiri dan defendan juga
berhutang untuk menguruskan kebun getah dan kelapa sawit. Plaintif juga
telah bersetuju bahawa defendan ada banyak hutang dan liabiliti kewangan
sewaktu bercerai. H

[48] Plaintif juga mengaku bahawa defendan masih mempunyai banyak


tanggungan hutang seperti bayar rumah RM700 sebulan, kereta Waja
TAA3955, RM600 dan juga pinjaman koperasi guru tetapi plaintif tidak tahu
jumlahnya. I

[49] Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan saya, ternyata di sini


defendan bukanlah tergolong dalam golongan orang yang mempunyai
kemampuan kewangan yang tinggi.
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 59

A [50] Seterusnya dari segi kedudukan pihak-pihak serta status isteri:


(a) plaintif dalam tuntutan ini bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah
Agama Khairiah, Kuala Terengganu;
(b) manakala defendan dalam kes ini juga seorang guru di Sekolah
B Menengah Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu.

[51] Jika dilihat pada kedudukan isteri iaitu plaintif dalam kes ini, plaintif
adalah seorang yang diihormati dalam masyarakat begitu juga defendan. Ini
adalah kerana guru adalah seorang yang dihormati dalam masyarakat dan
C mendapat kedudukan atau status yang agak dihormati biarpun tidaklah sampai
digelar sebagai ‘public figure’ dalam masyarakat. Oleh yang demikian, denga
penceraian yang berlaku, sudah tentu sedikit sebanyak memberikan kesan yang
buruk kepada kedua-dua pihak terutamanya plaintif sebagai bekas isteri
seperti:
D
(a) menjejaskan kerjaya;
(b) tekanan peribadi;
(c) persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja.
E
[52] Walau bagaimanapun, tiada keterangan oleh plaintif yang menyatakan
akibat daripada penceraian ini, plaintif telah dicerca dan dihina oleh
masyarakat dan juga rakan-rakan di tempat kerja.

F [53] Tidak ditemui juga dalam keterangan plaintif dan keterangan defendan
mengenai latar belakang keluarga plaintif dan defendan sama ada mereka ini
tergolong dalam golongan bangsawan yang ternama atau sebaliknya.

[54] Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa plaintif dan defendan
G
lebih tergolong dalam taraf kehidupan yang hampir sama dan mempunyai
kedudukan yang setara dalam masyarakat, iaitu tidak rendah dan tidak tinggi.

[55] Seterusnya mahkamah juga melihat kepada faktor pengorbanan isteri,


H menutup malu serta kesedihan yang dialami oleh plaintif.

[56] Saya berpendapat, walaupun tiada keterangan plaintif yang menyentuh


dengan lanjut berkaitan malu dan kesedihannya akibat penceraian ini, namun
setiap penceraian sudah tentu memberikan kesan yang berat terhadap plaintif.
I
[57] Menjadi lumrah masyarakat di Malaysia akan memperkatakan sesuatu
yang kadang-kadang membuat sangka yang buruk kepada pasangan yang
bercerai apabila diketahui mereka. Punca-punca penceraian pasangan akan
sentiasa dikorek dan diselidiki.
60 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

[58] Dari segi pengorbanan isteri, secara umumnya sumbangan isteri tidak A
langsung boleh dinafikan dalam tempoh berumahtangga sama ada terhadap
kerjaya suami mahupun pengorbanan terhadap anak-anak.

[59] Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada alasan-alasan yang


diberikan seperti mana di atas yang dinilai dari segala keterangan pihak-pihak B
yang telah direkodkan di hadapan hakim bicara; maka saya berpendapat
bahawa:
(a) defendan bukanlah seorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi
dari sudut kewangan; C
(b) defendan adalah seorang yang masih banyak tanggungan hutang yang
perlu diselesaikan;
(c) defendan dan plaintif adalah pihak-pihak yang dihormati dalam
masyarakat dinilai dari sudut kejayaan mereka tetapi tidaklah dari D
golongan bangsawan yang ternama;
(d) kesan penceraian tetap memberikan kesan buruk dan rasa malu
plaintif terhadap masyarakat serta mendatangkan tekanan kepada
plaintif;
E
(e) sumbangan plaintif sebagai isteri kepada defendan semasa dalam
tempoh perkahwinan tetap ada dan tidak dipertikaikan.

[60] Dan akhir sekali suka mahkamah mengingatkan kepada pihak-pihak


bahawa mutaah: F
(a) bukan nafkah semasa isteri;
(b) bukan nafkah semasa anak-anak dalam tanggungan;
(c) bukan nafkah kebelakangan isteri dan anak-anak dalam tanggungan;
G
(d) bukan nafkah iddah isteri;
(e) bukanlah harta sepencarian suami dan isteri;
(f ) bukanlah harta sepencarian suami dan isteri.
Kerana perkara-perkara tersebut di atas hendaklah dituntut secara berasingan. H
Tetapi mutaah ialah sebagai pemberian sagu hati daripada suami kepada
seorang isteri yang diceraikan tanpa sebab dan sebagai pemberian menurut
yang patut, lagi menjadi satu kewajiban atas orang (yang mahu) berbuat
kebaikan.
I
Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda
[2014] 2 ShLR (Wan Mohd Zakri ShHC CJ) 61

A [61] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan dari awal hingga akhir alasan
penghakiman di atas, saya berpendapat bahawa jumlah tuntutan mutaah yang
dibuat oleh plaintif RM100,000 adalah satu jumlah yang tidak munasabah jika
dibandingkan dengan:
B (a) Kemampuan dan kesusahan suami dalam soal kewangan;
(b) Kedudukan dan status plaintif dan defendan dalam masyarakat;
(c) Kesan sampingan terhadap plaintif akibat penceraian ini dalam
pandangan secara umum dan tidak dibuktikan.
C
[62] Saya juga melihat bahawa kesusahan untuk memulakan hidup baru
plaintif selepas bercerai adalah berkait rapat juga dengan tempoh iddah
penceraian kerana dalam tempoh iddah tersebut plaintif masih belum
D dianggap boleh terus bebas daripada defendan kerana masih mempunyai hak
untuk merujuk semula plaintif pada bila-bila masa dalam tempoh iddah
tersebut.

[63] Dan sepatutnya pendapatan bulanan suami sama-sama dinikmati oleh


E isteri, tetapi akibat penceraian, pendapatan bulanan suami tidak lagi dinikmati
bersama dengan isteri termasuk dalam tempoh iddah.

KEPUTUSAN

F
[64] Selepas mempertimbangkan permohonan plaintif dan setelah meneliti
keterangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka mahkamah dengan ini
memutuskan bahawa:
(a) Saya memerintahkan defendan, Sapiee bin Muda, KPT:
G
550909–11–5085 membayar mutaah kepada plaintif, Adnan Hawa bt
Mohamad, KPT: 560709–11–5300 sebanyak RM10,000;
(b) Saya memerintahkan defendan, Sapiee bin Muda, KPT:
550909–11–5085 menjelaskan bayaran mutaah tersebut kepada
H plaintif, Adnan Hawa bt Mohamad, KPT: 560709–11–5300 dalam
tempoh 7 bulan daripada perintah ini dikeluarkan dan bayaran
hendaklah dibuat secara terus melalui akaun plaintif sama ada secara
sekali gus atau ansuran dalam tempoh tersebut;
I
62 Shariah Law Reports [2014] 2 ShLR

(c) Saya memutuskan tiada kos diperintahkan. A

Defendant ordered to pay mutaah of RM10,000 to plaintiff.

Reported by Afiq Mohamad Noor B

You might also like