Professional Documents
Culture Documents
Held, affirming the marriage between the applicant and the respondent:
G
(1) Taking into consideration that all the pillars and conditions of a valid
marriage have been satisfied, this court affirms, according to hukum
syarak, the solemnisation of the marriage between the applicant and
respondent on 10 June 2011 at Masjid Bandar Sungai Golok,
Narathiwat, Thailand, with RM5,000 maskahwin. The said marriage H
was solemnised by Mustafa bin Abdullah acting as wali am, who at that
time had the authority in the district of Narathiwat, Thailand.
Therefore, the marriage was declared as valid according to ss 10 and
107(1) of the Administration of Islamic Family Law Enactment
(Terengganu) 1985 (see paras 35–36). I
[8] Daripada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa seseorang lelaki boleh
berkahwin dengan seorang perempuan. Setelah berlakunya akad nikah antara
mereka berdua, mereka bebas bergaul mesra antara mereka dengan penuh
ketenangan, kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT. Dalam ayat yang G
lain, Allah SWT berfirman maksudnya:
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih
mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula
(isteri-isteri kamu itu) telah pun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
H
(Surah al-Nisa’, ayat 21)
B Rukun-rukun nikah itu lima perkara iaitu; sighah, pengantin perempuan, dua
orang saksi lelaki, pengantin lelaki dan wali.
[12] Rukun kedua adalah pengantin perempuan. Dalam kes ini, pengantin
F perempuan ialah Sulaini bt Mat Hassan, responden. Berdasarkan iqrar yang
dibuat oleh pemohon dan responden, responden, semasa perkahwinan ini
pengantin perempuan adalah seorang anak dara dan belum pernah berkahwin.
Beliau sekarang bekerja sebagai seorang tukang jahit dan beralamat
penyampaian di 3741, Jalan Masjid Kampung Pak Madah, Bukit Payung,
G 21400 Marang, Terengganu.
hubungan susuan pula, ialah ibu susu dan saudara perempuan susuan A
sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat 23 surah al-Nisa’ iaitu
sambungan ayat tadi yang berbunyi yang bermaksud:
Diharamkan kamu berkahwin dengan … ibu-ibu kamu yang telah menyusu kamu
dan saudara-saudara susuan kamu … B
(b) neneknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari
sebelah ibu;
H
(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu
perempuannya atau, cucu lelakinya hingga ke bawah;
(e) anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau
saudara perempuan hingga ke bawah;
Md Ghani bin Abdul Rashid v Sulaini bt Mat Hassan (Wan
[2013] 1 ShLR Mohd Zakri ShHCJ) 27
(g) emak saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.
B
(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana yang
berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan-
(c) nenek tirinya iaitu isteri atau suami kepada nenek lelakinya
D atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau
sebelah ibu;
(d) menantunya;
E
(e) anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah.
G (4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai dua isteri pada satu masa
jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui
nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari
jenis yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki,
menjadi perkahwinan antara mereka tetap tidak sah disisi hukum
syara.
H
[18] Rukun ketiga, dua orang saksi. Mengenai syarat-syarat saksi, disebut
28 Shariah Law Reports [2013] 1 ShLR
[19] Mengenai sabitan keadilan saksi nikah, di dalam Kitab Mughni Muhtaj
oleh Muhammad Khatib As Syarbini (meninggal dunia pada 977 Hijriah),
pada ms 195 Jil Ketiga oleh Al Maktabah Al-Ma’rifah, Beirut, Lubnan, E
(Cetakan Pertama) 1997, ada menyatakan:
Yang bererti:
Dan sah suatu perkahwinan melalui kesaksian yang tersembunyi keadilannya iaitu
kedua-duanya dikenali bersifat adil pada zahirnya bukannya secara batin dengan F
diketahui secara percampuran tanpa perlu diuji keadilannya di sisi Hakim
mengikut pendapat yang sahih. Ini kerana zahir seorang muslim itu bersifat adil
dan perkahwinan itu sesuatu yang biasa berlaku antara manusia dan orang awam.
Sekiranya diambilkira sifat adil secara batin maka perlulah diketahui secara teliti
dan menghadirkan saksi yang bersifat sedemikian, nescaya akan menyusahkan dan
menyukarkan manusia. G
[21] Dalam kes ini, dua saksi lelaki iaitu Mohamad Asmawi bin Mohd
Md Ghani bin Abdul Rashid v Sulaini bt Mat Hassan (Wan
[2013] 1 ShLR Mohd Zakri ShHCJ) 29
A Tajuddin dan Mansor bin Mahmud telah hadir di dalam majlis akad nikah itu,
telah memberi keterangan di dalam mahkamah. Kedua-dua saksi ini
mempunyai ingatan yang baik mengenai fakta akad nikah perkahwinan
pemohon dengan responden.
B
[22] Rukun keempat, pengantin lelaki. Dalam kes ini, pengantin lelaki ialah
Md Ghani bin Abdul Rashid, pemohon. Berdasarkan iqrar yang dibuat oleh
pemohon sendiri dan juga responden, semasa perkahwinan ini pengantin lelaki
adalah seorang suami kepada seorang isteri. Beliau sekarang bekerja sebagai
C
seorang peniaga dan beralamat penyampaian di 3741, Jalan Masjid Kampung
Pak Madah, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu. Mengenai
syarat-syarat bagi rukun keempat ini, mahkamah merujuk kepada Kitab Al
Muktamad fi al Fiqh al Syafie, karangan Professor Doktor Muhammad al
Zuhaily, cetakan kedua 1431H/2010, terbitan Dar al Qalam Juz Keempat ms
D 59 menyatakan:
Maksudnya:
(2) Tertentu
F
(4) Ada keahlian iaitu seorang yang baligh, berakal dan mampu
G menguruskan diri
[24] Mengenai rukun nikah kelima iaitu wali. Fakta dalam kes ini ialah
pemohon dan responden telah diakadnikahkan dengan memakai wali am di
dalam Wilayah Narathiwat, Thailand. Wali am yang mengakad nikah
30 Shariah Law Reports [2013] 1 ShLR
pernikahan ini bernama Hj Mustafa bin Abdullah. Dalam kes ini adakah Hj A
Mustafa bin Abdullah berhak menjadi wali kepada Suliani bin Mat Hassan,
responden?
[26] Ini telah dijelaskan dalam Kitab Iaanah al-Taalibin, oleh Al-Sayyid
al-Bikri Ibn al-Sayyid Muhammad Shatho al-Dimyaatti, (selesai karangan D
kitab ini pada hari Isnin, 23 Shawwal 1300), Cetakan Darul Fikr, Beirut,
Labenon, (Cetakan Pertama) 1418H/ 1997M, Juz 3, ms 314 ada disebut
matan Fathul Mu’in berbunyi:
Yang bererti: E
Setelah tidak ada lagi orang yang berhak menjadi wali mengikut tertib nasab
(keturunan) atau tidak ada lagi orang yang memerdehekakannya (jika pengantin
perempuan itu asalnya adalah hamba kemudian dimerdehekakan), maka yang
berhak menjadi wali ketika itu ialah Qadi atau Naib Qadi menurut sebagai mana
sabda Rasulullah SAW, ‘al-Sultan adalah menjadi wali bagi wanita yang tidak ada F
wali. Yang dimaksudkan dengan al-Sultan di dalam sabda Rasulullah SAW itu ialah
sesiapa yang memegang kekuasaan kewalian sama ada Imam atau Qadi atau
naib-naib mereka.
[27] Di dalam kes ini Hj Mustafa bin Abdullah bukanlah wali nasab kepada G
Suliani bt Mat Hassan, responden kerana wali nasab kepada Suliani bt Mat
Hassan ialah bapanya yang bernama Mat Hassan bin Ibrahim. Jadi adakah Hj
Mustafa bin Abdullah berhak menjadi wali am/wali sultan kepada Suliani bt
Mat Hassan?
H
[28] Perkara ini telah diperuntukkan di dalam kitab Kitab Mughni Muhtaj
oleh Muhammad Khatib As Syarbini (meninggal dunia pada 977 Hijriah),
pada ms 211 Jil Ketiga oleh Al Maktabah Al-Ma’rifah, Beirut, Lubnan,
(Cetakan Pertama) 1997, ada menyebut:
I
Yang bererti:
Andainya wali yang akrab ghaib, sama ada wali itu daripada nasab ataupun yang
memerdehekakan melebihi dua marhalah dan tidak ada wakilnya hadir di dalam
majlis akadnikah itu, atau jarak jauh yang mengharuskan qasar sembahyang, maka
Md Ghani bin Abdul Rashid v Sulaini bt Mat Hassan (Wan
[2013] 1 ShLR Mohd Zakri ShHCJ) 31
A perempuan itu hendaklah dikahwinkan oleh Sultan iaitu Sultan negeri perempuan
itu berada semasa akadnikah itu dijalankan atau Naib Sultan tersebut, bukan Sultan
negeri lain daripada negeri perempuan itu berada semasa akadnikah itu, dan tidak
boleh diakadnikah oleh wali yang lebih jauh menurut tertib nasab kewalian pada
pendapat yang asoh.
B
[29] Di dalam Kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, oleh Dr Wahbah
Az-Zuhaily, (Cetakan Kedua) Tahun 1405H/ 1985M, Juz Pertama, di ms 75
pada menerangkan jadual ukuran dan sukatan ada menyebut:
C Yang beerti:
Satu Farsakh: adalah bersamaan 3 batu atau sejauh 5544 meter iaitu sekira-kira satu
setengah jam perjalanan.
Satu Barid Arabi: adalah bersamaan 4 Farsakh atau 22176 meter atau 22176
D kilometer atau sekira-kira enam jam perjalanan.
Masafat al qasr bagi musafir: adalah bersamaan 88,704 kilometer, di sisi Mazhab
Hanafi, lebih kurang 96 kilometer.
E [30] Di dalam kes ini bapa kepada Suliani bt Mat Hassan bernama Mat
Hassan bin Ibrahim semasa akad nikah antara pemohon dengan responden
dilangsungkan berada di Kuala Terengganu. Mengikut perkiraannya jarak
antara Kuala Terengganu dari Masjid Bandar Sungai Golok, Narathiwat
Thailand, tempat di mana akad nikah dilangsungkan adalah kira-kira 200 km,
F melebihi jarak jauh dua marhalah atau jarak jauh masafat al qasr.
[31] Di sini timbul persoalan adakah Haji Mustafa bin Abdullah ini adalah
seorang Sultan ataupun Qadi di Wilayah Narathiwat, Thailand? Mengenai
persoalan ini, walaupun tidak dibuktikan oleh pemohon dan responden serta
G saksi-saksi yang hadir, mahkamah mendapat maklumat melalui surat daripada
Haji Muhammad Liki, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat,
Selatan Thailand, melalui suratnya, bertarikh 9 Zulkaedah 1426H / 11
Disember 2005M, yang antara memaklumkan bahawa Hj Mustafa bin
Abdullah adalah salah seorang yang berhak menikah bagi pasangan yang tidak
H mempunyai wali (wali meninggal dunia/ wali jauh lebih daripada dua
marhalah daripada tempat aqad nikah) di dalam Wilayah Narathiwat,
Thailand yang telah menerima istikhlaf dan lafaznya daripada Qadi Syarie
Wilayah Narathiwat dan diberi gelaran dengan nama ‘wali am’.
I [32] Mengenai hukum wali istikhlaf, sesorang qadi di sesuatu negeri atau
wilayah berkenaan boleh mengarahkan seseorang faqih di dalam negeri atau
wilayahnya menjadi wali ke atas perempuan-perempuan yang putus wali di
dalam wilayah itu secara istikhlaf dan melafazkannya. Perkara ini disebut di
dalam Kitab Iaanatul al-Taalibin Matan Fathul Mu’n oleh Al-Sayyid al-Bakri
32 Shariah Law Reports [2013] 1 ShLR
[33] Namun, akad nikah dengan wali Sultan atau wakilnya ini hendaklah
dipenuhi syarat-syarat sebagaimana diperuntukkan di dalam kitab yang sama,
Juz Ketiga ms 314 yang menghuraikan matan Fathul Mu’in berbunyi:
D
Yang bererti:
Qadi hendaklah mengahwinkan perempuan-perempuan yang putus walinya
dengan lelaki yang sekufu’ dengannya, tidak boleh dengan lelaki yang tidak sekufu’
dengannya, dan perempuan itu telah baligh. Perkahwinan seperti ini hendaklah
dimana sewaktu akadnikah diadakan perempuan tersebut berada di dalam kawasan E
kekuasaan Qadi itu sekalipun sekadar melalui kawasan itu walaupun semasa
perempuan itu memberi keizinan untuk melangsungkan akadnikah itu kepada wali
perempuan itu masih berada di luar kawasan kekuasaan Qadi. Adapun jikalau
sewaktu dijalankan akadnikah perkahwinan, perempuan itu berada di luar kawasan
kekuasaan Qadi, maka Qadi itu tidak boleh melakukan akadnikah perempuan itu F
walaupun dia telah memberi izin untuk dikahwinkan semasa dia berada di dalam
kawasan kekuasaan Qadi, sekalipun calon suaminya berada di dalam kawasan
kekuasaan Qadi, kerana Qadi itu berkait dengan perempuan bukan dengan calon
suami.
G
[34] Mahkamah berpuas hati bahawa semasa akad nikah antara pemohon
dengan responden itu dilangsungkan, Hj Mustafa bin Abdullah adalah wali am
yang ada bidang kuasa kewalian menikahkan perempuan yang putus wali atau
walinya berada melebihi dua marhalah atau kadar masafat al qasr di dalam
Wilayah Narathiwat, Thailand. Mahkamah juga berpuas hati semua H
syarat-syarat di atas telah dipenuhi sebagaimana iqrar daripada pemohon dan
responden. Oleh itu mahkamah berpuas hati bahawa rukun kelima nikah di
dalam kes ini telah dipatuhi sepenuhnya.
B [36] Oleh kerana akad nikah itu sah mengikut hukum syarak maka ianya
hendaklah diiktiraf sebagai sah menurut undang-undang mengikut
peruntukan s 10 dan sub-s 107(1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Terengganu) 1985.
C
[37] Atas permohonan pemohon, permohonan ini dipanggil untuk
perbicaraan di dalam mahkamah terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu, di Kuala Terengganu dengan kehadiran pemohon dan responden,
setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak dan
saksi-saksi, maka pada hari ini yang arif hakim telah membuat
D
perintah-perintah seperti berikut:
(a) Saya sabit akad nikah perkahwinan antara Md Ghani bin Abdul
Rashid, No KP: 580502–11–5099, pemohon dengan Sulaini bt Mat
Hassan, No KP: 830123–11–5194, responden, yang mana akad nikah
E telah dilangsungkan pada 8 Rejab 1432 Hijriah bersamaan 10 Jun
2011 dengan berwalikan wali am bernama Hj Mustafa bin Abdullah
dengan mas kahwin sebanyak RM5,000 dan akad nikah telah
diadakan di Masjid Bandar Sungai Golok, Narathiwat, Thailand
adalah sah mengikut hukum syarak.
F
(b) Saya memberi pengiktirafan perkahwinan sebagaimana yang tersebut
di atas, adalah sah menurut undang-undang mengikut peruntukan di
bawah s 10 dan sub-s 107(1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Terengganu) 1985.
G (c) Saya akui adanya 2 orang saksi yang hadir antaranya: