You are on page 1of 12

Date and Time: Wednesday, 15 July, 2020 9:22:00 PM MYT

Job Number: 121188420

Document (1)

1. Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff, [2009] 3 SHLR 145
Client/Matter: -None-
Search Terms: aku ceraikan kau talak satu tidak pun senang sikit tiga
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2020 LexisNexis
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff [2009] 3 SHLR 145
Shariah Law Reports (ShLR) · 14 pages

SHARIAH SUBORDINATE COURT (HULU SELANGOR)


SALEHAN YATIM SHSubCJ
CIVIL SUIT NO 10008–054–0158 OF 2007
9 August 2007

Case Summary
Islamic Law — Divorce — Talaq — 'Kalau kau keluar dari sini (bilik dalam rumah) saya ceraikan awak talaq
satu, tidak pun senang sikit 3' — Uttered outside court and without permission of court - Confirmation of
talaq — Whether divorce effected — Whether conditions for valid divorce established — Islamic Family Law
Enactment (Selangor) 2003 ss 2, 4, 45 & 52

Islamic Law — Islamic evidence — Iqrar — Whether admissible and sufficient to effect divorce — Syariah
Evidence (Selangor) Enactment 2003 s 17

Islamic Law — Jurisdiction — Matrimonial matters — Divorce — Whether within jurisdiction of the court —
Whether applicant living or resident in Selangor — Administration of the Religion of Islam Enactment
(Selangor) 2003 ss 2, 4, 45, 57 & 61(2)(b)(i)

The parties were married on 18 January 2001 and had two children from this marriage. The plaintiff alleged that on
23 June 2007, at about 3.40pm, the defendant had uttered a divorce as follows: 'Kalau kau keluar dari sini (bilik
dalam rumah) saya ceraikan awak talaq satu, tidak pun senang sikit 3'. The incident occurred in the house of her
in-laws in Seremban, Negeri Sembilan. The plaintiff, at the material time, was in a state of purity. The plaintiff then
defied the conditional divorce (ta'liq talaq) by leaving the room and the house immediately thereafter. The defendant
admitted the said allegation of the plaintiff. During trial, the defendant stated his intention for uttering the said words
were as follows: 'saya tidak mahu isteri saya keluar dari rumah itu, jika isteri saya keluar dari bilik, jatuh talaq tiga'.
When uttering the conditional divorce, the defendant was sane, was not induced by anyone and there was no
reconciliation (ruju') between them subsequent to the conditional divorce. The issue in this case was whether the
conditional divorce was affected and whether the plaintiff had breached the said conditions.

Held, affecting the divorce vide triple talaq:


(1) From the structure of the sentence, 'Kalau kau keluar dari sini (bilik dalam rumah) saya ceraikan awak
talaq satu, tidak pun senang sikit 3', a divorce is affected upon the happening of the future event and
when the person referred to in the condition breaches the condition set by the defendant. Therefore, in this
case, the condition could be withdrawn until the wife had breached the said condition (see para 29).

(2) Upon hearing the evidence of the plaintiff and the admission of the defendant, the court was convinced that
triple talaq was affected at first instance, amounting to three talaq, if the plaintiff breached the conditional
divorce (see para 40). [*146]
(3) The court also considered the admission or confession by the defendant of his condition before, during and
subsequent to uttering the said divorce on the plaintiff. From the admission, it was clear that the defendant
was conscious of what he was doing before uttering the divorce. The plaintiff also admitted the above and
that the defendant was not induced by others to utter the said divorce. Further, there was no reconciliation
(ruju') between them subsequent to the said pronouncement (see para 49).
(4) Apart from the above, there was no element of coercion from others to the extent of placing him in fear or
under threat of bodily injury or to the extent of being killed. Thus, the element of duress according to hukum
Syarak was not established. The defendant, under the given circumstances, should have remained calm
and acted rationally from what had transpired either by remaining silent or should have taken other
initiatives so as to avoid uttering divorce (see para 50).

Plaintif dan defendan telah bernikah pada 18 Januari 2001. Hasil daripada pernikahan tersebut, mereka telah
dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Plaintif mendakwa bahawa pada 23 Jun 2007 lebih kurang jam 3.40
Page 2 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

petang, defendan telah melafazkan cerai luar mahkamah dengan lafaz: 'Kalau kau keluar dari sini (bilik dalam
rumah) saya ceraikan awak talaq satu, tidak pun senang sikit 3'. Kejadian ini berlaku di rumah mertua plaintif di
Seremban, Negeri Sembilan dan pada ketika itu plaintif dalam keadaan suci. Plaintif telah melanggar ta'liq talaq di
mana dia telah mengaku keluar dari bilik dan rumah tersebut pada masa tersebut. Defendan mengakui dakwaan
plaintif. Semasa dalam keterangan, defendan menjelaskan bahawa maksud lafaz tersebut ialah 'saya tidak mahu
isteri saya keluar dari rumah itu, jika isteri saya keluar dari bilik, jatuh talaq tiga'. Semasa lafaz tersebut defendan
dalam keadaan waras dan tiada paksaan mana-mana pihak serta tidak rujuk semula selepas perceraian tersebut.
Fakta yang menjadi isu dalam kes ini adalah sama ada lafaz ta'liq talaq tersebut boleh menggugurkan talaq tiga
dan sama ada lafaz ta'liq tersebut telah dilanggar oleh plaintif atau tidak.

Diputuskan, mensabitkan cerai dengan talaq tiga:


(1) Dapat difahami dari struktur lafaz 'kalau kau keluar dari sini aku ceraikan kau talaq satu tidak pun
senang sikit tiga' bahawa talaq tersebut adalah tergantung dan berlaku pada masa akan datang sehingga
pihak yang dimaksudkan dalam ta'liq melanggar syarat-syarat yang diucapkan oleh defendan. Maka dalam
kes ta'liq ini tidak boleh ditarik balik sehingga pihak isteri dalam kes ini melanggar syarat-syarat yang
terkandung dalam ta'liq tersebut (lihat perenggan 29).

(2) Mahkamah setelah mendengar keterangan plaintif dan pengakuan defendan telah mensabitkan bahawa
telah gugur talaq tiga kali pertama dan berjumlah sebanyak tiga talaq terhadap plaintif sekiranya pihak
plaintif melanggar syarat-syarat ta'liq talaq (lihat perenggan 40). [*147]
(3) Mahkamah juga mengambilkira iqrar atau pengakuan defendan berkenaan keadaannya sebelum, semasa
dan selepas melafazkan talaq terhadap plaintif. Berdasarkan pengakuan defendan jelas menunjukkan
bahawa defendan sedar dan mengetahui apa yang berlaku sehingga menyebabkan defendan melafazkan
cerai. Plaintif juga memberitahu mahkamah bahawa defendan dalam keadaan sedar dan tiada paksaan
oleh mana-mana pihak. Beliau juga tidak rujuk semula selepas melafazkan cerai (lihat perenggan 49).
(4) Mahkamah dapati bahawa tiada unsur-unsur paksaan daripada mana-mana pihak pada ketika itu yang
boleh sampai ketahap yang boleh mengancam atau memberi kemudharatan sehingga boleh
mencederakan tubuh badan hatta mengancam nyawa defendan dan tidak juga memenuhi konsep
paksaan menurut hukum Syarak. Defendan sepatutnya terlebih dahulu boleh berfikir dan bersabar dengan
keadaan yang berlaku sama ada secara berdiam diri atau mengambil inisiatif lain untuk mengelakkan
daripada berlakunya lafaz talaq (lihat perenggan 50).]

Notes

For cases on Islamic law generally, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 478–719.

For cases on matrimonial matters, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 553–560.

For cases on talaq divorce, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 521–525.

Cases referred to

Mohd Zuhdi bin Mohd Nawawi dan Norsharifah bt Sharif (2004) Jld XVII Bhg II JH 175. (refd)

Sharif ah Laila bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif bin Arshad [2004] 1 ShLR 71; (1994) 9 Bhg 1 JH 16 (refd)

Legislation referred to

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 ss 3, 17(1), (2), 3

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ss 54, 61(3)(b), 62(2)(b)

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 ss 2, 4, 45, 57

Quranic verses referred to

Surah al Baqarah (2): 229


Page 3 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

Surah an Nahl (16): 106

Surah al Ahzab (33): 28

[*148]
Books referred to

Al Fiqh al-Islami wa-Adillatuh by Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dar al-Fikr (2002) Juz 7 p 386, Juz 8 pp 6115–6116

Al Mufassol Fi Ahkam al-Mar'ah wal-Baitil Muslim Fi al-Syariah al-Islamiyyah by Dr Abdul Karem Zaidan,
Muassasah al-Risalah (1997) Juz 8

Al Qawa'ed al-Fiqhiyyah by Ali Ahmad An-Nadwi, Dar al-Qalam, Damshik, (1994)

Hasyiah Ianatul Thalibin, Dar al-Fikr (1998) Juz 4 pp 3, 8–9

I'anah al-Talibiin Juz 3 p 382, Juz 4 p 27

Kifayah al-Akhyar f_Hill Ghayah al-Ikhtisar by Imam Taqiyuddin Abi Bakr bin Muhammad Juz 2 p 388

Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifati Maa'ni alfaz al-Minhaj by Imam Muhammad bin Muhammad al-Khateb al-Syarbini,
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut (1994) Juz 4 pp 268, 458, 470–472

Nizhom al-Usrah fi al-Islam by Dr Muhammah Uqlah, Maktabah al-Hadithah (1990) Juz 3

Syarah Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah by Dr Mahmud Ali As-Sarthawi, Darul Fikr (1997)

Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran by Muhammad Ali al-Sobuni, Dar Ihya al-Turath al-Arabi Juz 1

Plaintiff and defendant in person.

Salehan Yatim HMTSy:


FAKTA KES

[1]Kes ini merupakan tuntutan plaintif iaitu Marziana binti Marzuki (No K/P 810308-09-5072) yang beralamat di
alamat No AG 12 Apartmen Seri Mawar Jalan Anggerik 3, Bukit Sentosa 2 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Manakala pihak defendan, Mohd Afandi bin Mohd Yusof (No K/P 800326-05-5243).

[2]Plaintif dan defendan telah bernikah pada 18 Januari 2001. Hasil daripada pernikahan tersebut, mereka telah
dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

[3]Isteri mendakwa bahawa suami melafazkan cerai luar mahkamah dengan lafaz: 'Kalau kau keluar dari sini (bilik
dalam rumah) saya ceraikan awak talaq satu, tidak pun senang sikit 3' pada 23 Jun 2007 lebih kurang jam 3.40
petang. Kejadian ini berlaku di rumah mertua plaintif (ibubapa defendan) beralamat di No 74 Kampung Baru
Temiang Seremban Negeri Sembilan. Plaintif dalam keadaan suci.

[4]Defendan mengakui dakwaan plaintif. Maksud beliau semasa dalam keterangan di dalam mahkamah pada 16
Julai 2007, 'maksudnya ialah saya tidak mahu isteri saya keluar dari rumah itu. Jika isteri saya keluar dari bilik,
jatuh talaq tiga'. Defendan dalam keadaan waras dan tiada paksaan mana-mana [*149]
pihak serta tidak rujuk semula. Soalnya sama ada lafaz ta'liq talaq tersebut boleh menggugurkan talaq tiga atau
tidak. Kemudian sama ada lafaz ta'liq tersebut telah dilanggar oleh plaintif atau tidak.

ALASAN PENGHAKIMAN

[5]Kes ini merupakan tuntutan plaintif iaitu Marziana binti Marzuki (No K/P 810308-09-5072) yang beralamat di
Page 4 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

alamat No AG 12 Apartmen Seri Mawar Jalan Anggerik 3, Bukit Sentosa 2 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Manakala pihak defendan, Mohd Afandi bin Mohd Yusof (No K/P 800326-05-5243).

[6]Plaintif dan defendan telah bernikah pada 18 Januari 2001. Hasil daripada pernikahan tersebut, mereka telah
dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

[7]Isteri mendakwa bahawa suami melafazkan cerai luar mahkamah dengan lafaz: 'Kalau kau keluar dari sini (bilik
dalam rumah) saya ceraikan awak talaq satu, tidak pun senang sikit 3' pada 23 Jun 2007 lebih kurang jam 3.40
petang. Kejadian ini berlaku di rumah mertua plaintif (ibubapa defendan) beralamat No 74 Kampung Baru Temiang
Seremban Negeri Sembilan. Plaintif dalam keadaan suci.

[8]Defendan mengakui dakwaan plaintif. Maksud beliau semasa dalam keterangan di dalam mahkamah pada 16
Julai 2007 'maksudnya ialah saya tidak mahu isteri saya keluar dari rumah itu. Jika isteri saya keluar dari bilik,
jatuh talaq tiga'. Defendan dalam keadaan waras dan tiada paksaan mana-mana pihak serta tidak rujuk semula.
Soalnya sama ada lafaz ta'liq talaq tersebut boleh menggugurkan talaq tiga atau tidak. Kemudian sama ada lafaz
ta'liq tersebut telah dilanggar oleh plaintif atau tidak.

[9]Di dalam menentukan sama ada sabit atau tidak berlakunya perceraian sebagaimana yang didakwa antara
plaintif dan defendan, mahkamah terlebih dahulu telah meneliti beberapa perkara seperti berikut:
(1) Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan peruntukan undang-
undang yang sedia ada.
(2) Adakah lafaz tersebut lafaz talaq secara sarih atau kinayah.
(3) Adakah lafaz tersebut ta'liq talaq.
(4) Adakah ta'liq tersebut sudah dilanggar oleh plaintif.

BIDANG KUASA

[10]Mahkamah berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini berdasarkan s 62(2)(b)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ('EPAIS') yang memperuntukkan bahawa:

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —

(a) … [*150]

(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah
Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak
termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

[11]Seksyen ini dibaca bersama s 61(3)(b)(i) EPAIS yang memperuntukkan bahawa:

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah–

(a) …

(b) dalam bidangkuasa malnya mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak
dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan
dengan —
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami
isteri;

[12]Selain daripada itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 ('EUUKIS') iaitu melalui s 57
yang mana secara khusus memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengesah dan mendaftarkan
perceraian yang berlaku di luar mahkamah. Seksyen 57 EUUKIS memperuntukkan:
Page 5 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar
Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu
melaporkan kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah
sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak,
maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125 —
(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
(b) merekodkan perceraian itu; dan
(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi
pendaftaran.

[13]Dari peruntukan undang-undang di atas, jelaslah bahawa kuasa menentukan sah atau tidaknya sesuatu
perceraian itu diberi kepada mahkamah ini secara khusus berbanding tidak ada peruntukan seumpama itu
sebelum EUUKIS dikuatkuasakan. Setelah pindaan dilakukan dengan memasukkan peruntukan yang khusus ke
dalam EUUKIS maka permohonan yang lebih jelas boleh dibuat.

[14]Mengenai pemastautinan, plaintif dan defendan telah memenuhi syarat mastautin yang diberikan di bawah
EUUKIS. Berdasarkan keterangan plaintif, beliau menetap atau tinggal di alamat No AG 12 Apartmen Seri Mawar
Jalan Anggerik 3, Bukit Sentosa 2 48300 Rawang, [*151]
Selangor Darul Ehsan. Manakala defendan pula selepas melafazkan talaq masih tinggal di alamat No AG 12
Apartmen Seri Mawar Jalan Anggerik 3, Bukit Sentosa 2 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

[15]Fakta-fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa permohonan ini telah memenuhi kehendak peruntukan s 4
dan juga s 45 EUUKIS yang hanya memerlukan pemastautinan salah satu pihak ketika permohonan dibuat adalah
di Negeri Selangor.

[16]Seksyen 4 EUUKIS pula memperuntukkan:

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal
dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri
itu.

[17]Manakala s 45 EUUKIS juga menyebut bahawa:

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan
Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami
melafazkan talaq kecuali —
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan dibawah Enakmen ini; atau

(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu diserahkan adalah
dalam Negeri Selangor.

[18]Seksyen 2 EUUKIS juga memperuntukkan 'bermastautin' ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya
bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Mahkamah merujuk kepada kes Shafifah Laila bt Syed Shamdin
lwn Abdul Latif bin Arshad [2004] 1 ShLR 71; (1994) 9 1 JH 16, di mana Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah
menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat di dalam s 2 EUUKIS tersebut hanya
mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan,
tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.

[19]Setelah berpuashati bahawa plaintif dan defendan telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang dinyatakan
dan berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan Selangor, mahkamah ini berpendapat ia mempunyai
Page 6 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini.

FAKTA YANG MENJADI ISU

[20]Isu utama adalah bagaimana mahkamah hendak menentukan sah atau tidak sesuatu perceraian itu
sebagaimana yang telah dilafazkan oleh defendan terhadap plaintif.

[21]Untuk tujuan ini, mahkamah merujuk kepada kitab Hasyiyah I'anayah al-Talibiin Juz 4 ms 3, terbitan Dar Al-Fikr
(1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin: [*152]

Rukunnya (talaq) itu ada lima iaitu: suami, lafaz (sighah), niat (qasad), tempat menjatuhkan talaq (isteri) dan kekuasaan
menjatuhkan talaq.

[22]Dalam kes ini, defendan telah memenuhi rukun pertama iaitu suami yang sah, Islam yang mukallaf dan aqil
baligh.

[23]Mengenai rukun talaq yang kedua pula iaitu as-sighah atau lafaz yang digunakan, sebagaimana yang terdapat
di dalam kitab Kifayah al-Akhyar fi Hill Ghayah al-Ikhtisar Juz 2 ms 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 ada disebutkan
iaitu:

Talaq itu ada dua bahagian, iaitu yang nyata (sarih) dan yang sindiran (kinayah).

[24]Lafaz cerai dengan perkataan talaq adalah sebagaimana firman Allah SWT:

Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu boleh ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu)
dengan cara yang makruf (sepatutnya) atau melepaskan (menceraikan) dengan cara yang baik.

Surah al-Baqarah(2) :229

[25]Manakala lafaz cerai dengan perkataan sarahah (lepas) pula sebagaimana firman Allah:

Wahai nabi (Muhammad SAW) katakanlah kepada isteri-isterimu, jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan
perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku lepaskan (cerai) kamu dengan cara yang baik.

Surah al-Ahzab (33): 28

[26]Lafaz 'cerai' adalah terjemahan 'talaq' dari bahasa arab kepada bahasa Melayu kerana masyhur
penggunaannya di kalangan orang Melayu dan 'cerai' adalah lafaz terang (sarih). Nas kitab Mughni Muhtaj, Juz 4
ms 458:

Terjemahan lafaz talaq dengan bahasa selain Arab adalah sarih mengikut pendapat Mazhab Syafie.

[27]Dalam kes ini plaintif atau isteri mendakwa bahawa defendan atau suami telah melafazkan cerai luar
mahkamah dengan lafaz: 'Kalau kau keluar dari sini (bilik dalam rumah) saya ceraikan awak talaq satu, tidak pun
senang sikit 3' pada 23 Jun 2007 lebih kurang 3.40 petang. Defendan dalam keadaan waras dan tiada paksaan
mana-mana pihak.

[28]Mahkamah berpendapat lafaz suami adalah ta'liq talaq sebagaimana di dalam kitab I'anah al-Talibiin Juz 4 ms
27 ada menyebut yang bermaksud:

Harus ta'liq talaq seperti membebaskan hamba dengan syarat. Tidak harus menarik balik padanya sebelum wujud sifat.
Tidak jatuh talaq sebelum wujud syarat.
Page 7 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

[29]Ini dapat di lihat dengan struktur ayat tersebut di mana penggunaan perkataan defendan: 'Kalau kau keluar dari
sini aku ceraikan kau talaq satu tidak pun senang sikit tiga', di mana dapat difahami di sini bahawa talaq [*153]
tersebut adalah tergantung dan berlaku pada masa akan datang sehingga pihak yang dimaksudkan dalam ta'liq
melanggar syarat-syarat yang diucapkan oleh suami atau defendan. Maka dalam kes ta'liq ini tidakboleh ditarik
balik sehingga pihak isteri dalam kes ini melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam ta'liq tersebut. Fakta yang
diakui oleh kedua-dua pihak bahawa plaintif telah keluar dari bilik dan rumah tersebut pada masa tersebut (hari
yang sama iaitu 23 Jun 2007). Mahkamah berpuashati bahawa isteri telah melanggar ta'liq talaq di mana isteri telah
mengaku keluar dari rumah lebih kurang jam 3.50 petang pada hari yang sama.

[30]Dalam kes ini lafaz ta'liq talaq tersebut boleh dikategorikan kepada lafaz talaq secara sarih (nyata). Menurut
Imam Taqiyuddin bin Abu Bakar ada juga menjelaskan bahawa lafaz talaq yang sarih tidak lagi berhajat kepada
niat, iaitu dengan memetik pendapat Syeikh Abu Sujak:

Lafaz talaq yang sarih itu ada tiga; at-Thalaq, al-Firaq (pisah) dan as-Sarah (lepas). Talaq sarih juga tidak berhajat kepada
niat.

[31]Defendan mengakui dakwaan plaintif. Apabila mahkamah teliti lafaz tersebut agak mengelirukan dengan ayat
'… tidak pun senang sikit tiga …'. Maka mahkamah bertanya defendan ketika soalan mahkamah pada 16 Julai
2007 di mana defendan mengakui bahawa maksud lafaz 'Kalau kau keluar dari sini (bilik dalam rumah) saya
ceraikan awak talaq satu, tidak pun senang sikit 3' ialah 'saya tidak mahu isteri saya keluar dari rumah itu, jika
isteri keluar dari bilik, jatuh talaq tiga.' Mahkamah dapati semasa lafaz talaq oleh defendan, keadaan defendan
tiada paksaan mana-mana pihak. Mereka tidak rujuk semula selepas perceraian tersebut.

[32]Berdasarkan pengakuan defendan, maka mahkamah menerima pengakuan tersebut. Mahkamah telah
mengaitkan persoalan mengenai iqrar bagi mensabitkan perceraian yang dipohon dalam kes ini dan merujuk
kepada kitab I'anah al-Talibiin Juz 3 ms 382 ada diperuntukkan yang berbunyi:

Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas
dirinya. Iqrar disebut juga sebagai i'tiraf.

[33]Di dalam kitab I'anah al-Talibiin Juz 4 ms 27 ada menyebut yang bermaksud:

Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya
disabitkan dengan iqrar adanya talaq oleh suami.

[34]Dalam kitab Mughni Al-Muhtaj Jil 3 ms 268 cetakan oleh Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah 1994 dan kitab Hasyiah
I'anah al-Talibiin ms 381 cetakan Maktabah At-Taufiqiyyah ada menyebutkan:

Rukun iqrar itu ada empat perkara, iaitu; (1) Muqirrun (orang yang beriqrar); (2) Muqarrun lahu (orang yang diiqrarkan
untuknya oleh orang yang beriqrar); (3) Sighah (ucapan atau kata-kata iqrar) dan (4) Muqirrun bihi (hak yang diiktiraf oleh
pihak yang beriqrar).

[*154]

[35]Manakala qaedah fiqhiyyah juga ada menyatakan:

Seseorang itu terikat berdasarkan pengakuannya.

[36]Selain itu peruntukan s 17 EUUKIS ada juga menyatakan:


(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat,
menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain berkenaan
dengan sesuatu hak.
Page 8 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

[37]Seksyen 17(2) EUUKIS yang sama menyatakan:

Apa-apa Iqrar hendaklah dibuat

(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil, baligh dan 'adil.

[38]Sayangnya dalam kes ini, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut. Oleh itu pengakuan atau iqrar plaintif dan
defendan telah diterima sepenuhnya oleh mahkamah setelah memenuhi peruntukan Syarak dan juga peruntukan s
17(1) dan (2)(a) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

[39]Manakala rukun ketiga perceraian iaitu qasad, oleh kerana lafaz talaq tersebut adalah sarih, jelas dan terang
serta wujudnya perkataan cerai dan talaq yang dilafazkan oleh defendan, dan ianya cukup untuk membayangkan
serta mencerminkan niat defendan bagi menceraikan plaintif. Mengikut pendapat Mazhab al-Shafie, jika suami
melafazkan dengan terus terang (sarih) dikira jelas dan jatuh talaq walaupun tanpa niat sebagaimana diterangkan
di dalam kitab Kifayah al-Akhyar fi Hill Ghayah al-Ikhtisar Juz 2 ms 388, terbitan Dar Al-Khair 1994 sebelum ini.

[40]Berkenaan jumlah talaq yang dilafazkan, mahkamah setelah mendengar keterangan plaintif dan pengakuan
defendan telah mensabitkan bahawa telah gugur talaq tiga kali pertama dan berjumlah sebanyak tiga talaq
terhadap plaintif sekiranya pihak plaintif melanggar syarat-syarat ta'liq talaq. Ini berdasarkan lafaz yang telah
disebut atau dilafazkan oleh defendan. Mengikut pendapat jumhur fuqaha' (imam-imam Mazhab yang empat dan
az-Zhohiriyyah) gugur tiga talaq sekiranya suami melafazkan cerai dengan talaq tiga, iaitu dengan satu lafaz sama
ada sebelum melakukan hubungan suami isteri atau sebaliknya dan walaupun dalam satu majlis. Ini selaras
dengan ijma' ulama':

Telah disepakati bahawa bilangan tiga talaq itu akan sempurna (terlaksana) sama ada seseorang lelaki (suami) itu
mentalaq seseorang perempuan(isteri) satu persatu atau menghimpunkannya ketiga-tiga dalam satu kalimah (ucapan)
seperti berkata: 'Awak tertalaq tiga'. Ini menurut jumhur ulama' berlainan dengan az-Zahiriyyah. (Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu, Juz 7, ms 386)

[41]Dalam masa yang sama mahkamah tidak pula menafikan pendapat lain (Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-
Jauziyyah dan Az-Zaidiyyah serta Az-Zhohiriyyah) yang mengatakan talaq tiga dengan sekali lafaz adalah dikira
gugur satu talaq sahaja.

[*155]

[42]Mahkamah berpendapat dan berpegang bahawa setiap pendapat ada dalil-dalil dan hujah-hujah yang
tersendiri berdasarkan prinsip yang digunapakai dalam sesuatu mazhab. Oleh itu pada pendapat saya semua
pendapat yang dibincangkan dan diputuskan oleh parafuqaha' adalah benar dan betul semuanya dengan meraikan
juga prinsip yang digunapakai dalam menentukan (mengistinbatkan) sesuatu hukum berlandaskan sama ada al-
Quran dan al-Sunnah bagi setiap mazhab. Sebagaimana yang dimaklumi di dalam kes permohonan ini, plaintif dan
defendan adalah orang Melayu dan beragama Islam mengikut mazhab Shafie melainkan ada bukti yang
mengatakan sebaliknya. Maka dalam kes ini wajarlah sekiranya saya putuskan bahawa persoalan mengenai talaq
adalah mengikut mazhab Shafie memandangkan pernikahan pihak-pihak juga dijalankan mengikut mazhab yang
sama. Ini bersesuaian dengan cara bagaimana fatwa diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang
mengikut qaul muktamad mazhab Shafie sebagaimana s 54 EPAIS yang memperuntukkan bahawa:
(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di
bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-
pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.
(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu
keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah
mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.
(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab
itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam,
Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad
daripada mana-mana mazhab yang empat itu.
Page 9 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

[43]Di dalam kes rayuan Mohd Zuhdi bin Mohd Nawawi dan Norsharifah binti Sharif (2004) Jld XVII Bhg II (JH) 175,
hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan memutuskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Rendah
Syariah Jelebu mensabitkan gugur talaq tiga terhadap lafaz tiga secara sekaligus dikekalkan berdasarkan alasan
bahawa pihak-pihak bermazhab Shafie dan si suami sedar akan kesan bagi talaq tiga.

[44]Mengenai rukun keempat bagi perceraian iaitu kepada siapa lafaz tersebut ditujukan, melalui keterangan
plaintif dan iqrar oleh defendan, lafaz talaq itu memang ditujukan kepada plaintif, Marziana bt Marzuki iaitu isteri
yang sah kepada defendan dan tidak berada dalam iddah bain serta ketika itu dalam keadaan suci.

[45]Mengikut pendapat jumhur fuqaha' termasuklah ulama' as-Shafi'eyyah talaq yang dilafazkan oleh seseorang
suami terhadap isteri yang sedang didatangi haid adalah dalam kategori bid'ei. Hukumnya adalah haram kerana
menyalahi sunnah Rasulullah SAW dan talaq tetap berlaku (gugur) sekiranya telah sempurna rukun-rukun talaq
yang diperlukan. Ini berdasarkan hadith:

Diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatha' dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim serta Imam al-Nasaie
tentang Abdullah bin Umar bahawa dia pernah menceraikan isterinya yang sedang haidh pada masa [*156]
Rasulullah SAW maka Sayyidina Umar segera bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masalah itu. Rasulullah SAW
memerintahkan kepadanya:

Suruh dia supaya merujuknya, kemudian ditahannya (tunggu) hingga mema-suki masa suci, kemudian haidh dan
memasuki masa suci kembali, kemudian set-elah itu terserah padanya jika dia mahu menahannya atau menceraikannya
sebelum sempat disentuhnya, maka itulah iddahnya yang diizinkan Allah SWT untuk menceraikan isteri-isteri.

[46]Perkataan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah perintah supaya Ibn Umar merujuk
kembali isterinya dan tidak ada rujuk melainkan setelah berlakunya talaq. Inilah pandangan jumhur fuqaha'
berdasarkan umum nas (hadith) dan talaq tetap berlaku sama ada dalam keadaan suci atau haidh.

[47]Berkenaan rukun kelima, iaitu wilayah 'alaih (keupayaan suami menceraikan isteri), defendan dalam iqrar dan
keterangannya telah menyatakan bahawa ketika melafazkan talaq tersebut defendan berada di dalam keadaan
sedar dan faham dengan apa yang dilafazkan. Defendan juga berada dalam keadaan berakal, siuman, baligh serta
faham tentang implikasi lafaz cerai tersebut dan melafazkan dengan kerelaan sendiri.

[48]Mahkamah berpendapat meskipun suami mendakwa telah melafazkan talaq ketika marah, talaq tetap gugur
dan boleh disabitkan. Ini berdasarkan kitab Hasyiah I'anatul al-Thalibiin, Juz 4 ms 8–9 menyatakan:

Telah bersepakat fuqaha' Shafie menyatakan gugur talaq dalam keadaan marah sekalipun orang yang mendakwa itu telah
hilang perasaan ketika marah.

[49]Di samping itu mahkamah juga mengambilkira iqrar atau pengakuan defendan berkenaan keadaan beliau
sebelum, semasa dan selepas melafazkan talaq terhadap plaintif. Berdasarkan pengakuan defendan semasa
memberi keterangan jelas menunjukkan bahawa defendan sedar dan mengetahui apa yang berlaku sehingga
menyebabkan defendan melafazkan cerai. Plaintif juga memberitahu mahkamah bahawa defendan dalam keadaan
sedar dan tiada paksaan oleh mana-mana pihak. Beliau juga tidak rujuk semula selepas melafazkan cerai pada 23
Jun 2007.

[50]Mahkamah dapati bahawa tiada unsur-unsur paksaan daripada mana-mana pihak untuk menceraikan
defendan pada ketika itu yang boleh sampai ketahap yang boleh mengancam atau memberi kemudharatan
sehingga boleh mencederakan tubuh badan hatta mengancam nyawa defendan dan tidak juga memenuhi konsep
paksaan menurut hukum Syarak. Defendan sepatutnya terlebih dahulu boleh berfikir dan bersabar dengan
keadaan yang berlaku sama ada secara berdiam diri atau mengambil inisiatif lain untuk mengelakkan daripada
berlakunya lafaz talaq.

[51]Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang dipaksa
kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman kepada Allah SWT (dia tidak berdosa).
Page 10 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

Surah an-Nahl(16):106

[*157]

[52]Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmidzhi yang berbunyi:

Diangkat (tidak diambil kira) dari umatku tentang tiga perkara, kesalahan (tak disengajakan), lupa dan perkara yang
dipaksa ke atasnya.

[53]Secara ringkasnya dapat difahami daripada dalil-dalil tersebut bahawa Allah SWT telah menggugurkan
perkiraan (hisab) bagi mereka yang dipaksa untuk melakukan sesuatu perbuatan. Dan Allah SWT juga tidak
mengambilkira perbuatan seseorang mukmin yang dipaksa mengucapkan perkataan atau melakukan perbuatan
yang boleh merosakkan akidah atau memurtadkannya. Maka lebih utama untuk Allah SWT tidak mengambilkira
lafaz talaq yang dilafazkan dalam keadaan terpaksa (iaitu memenuhi tahap yang digariskan oleh para fuqaha').

[54]Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj Jil 4 ms 470–472 ada menyatakan bahawa
talaq yang dilafazkan oleh seseorang yang dipaksa adalah tidak berlaku atau tidak gugur sebagaimana yang
disebut:

Dan tidak berlaku talaq (bagi mereka) yang dipaksa (melafazkan talaq) …

[55]Dan disebut lagi berkenaan syarat-syarat paksaan:

Syarat paksaan iaitu (1) orang yang memaksa berkuasa melakukan; (2) orang yang dipaksa tidak boleh mengelak diri
sama ada lari atau sebagainya; (3) orang yang dipaksa menyangka jika ia enggan melakukan akan berlakulah apa yang
menakutkan kerana tidak terlaksana lemah melainkan tiga perkara ini.

[56]Mahkamah berpendapat semua rukun-rukun talaq dipenuhi sebagaimana dalam kitab Hasyiah I'anah al-
Thalibiin Juz 4 ms 3, terbitan Dar Al-Fikr (1998) ada menyatakan matan Fath Al-Muin:

Rukunnya (talaq) itu ada lima iaitu: suami, lafaz (sighah), niat (qasad), tempat menjatuhkan talaq (isteri) dan kekuasaan
menjatuhkan talaq.

[57]Oleh itu, mahkamah boleh sabitkan tiga talaq sebagaimana lafaz suami.

[58]Dalam hadith Rasulullah SAW bersabda:

Tiga perkara jika bersungguh-sungguh dipandang benar, jika bermain-main pun dipandang benar iaitu nikah, talaq, dan
ruju'.

KEPUTUSAN

[59]Berdasarkan alasan tersebut, mahkamah memerintahkan seperti berikut:


(1) Mahkamah memutuskan bahawa lafaz yang dilafazkan oleh defendan pada 23 Jun 2007 adalah talaq ta'liq
yang jelas, sah dan boleh menggugurkan talaq jika dilanggar.
(2) Mahkamah sabitkan cerai telah berlaku di antara defendan dengan plaintif dengan talaq tiga pada 23 Jun
2007 kali pertama berjumlah tiga [*158]
talaq secara talaq bain kubra di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah.
(3) Mahkamah perintahkan perceraian tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.
Page 11 of 11
Marziana bt Marzuki v Mohd Afandi bin Mohd Yusoff

(4) Mahkamah perintahkan Sijil Nikah (Negeri Sembilan) No siri 044431 bilangan 16/2001 dibatalkan.
(5) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini, hendaklah mengemukakan notis rayuan
dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
(6) Alasan penghakiman penuh akan disediakan sekiranya ada rayuan.

Divorce vide triple talaq affected.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

End of Document

You might also like