You are on page 1of 19

Date and Time: Monday, 25 September 2023 3:49:00PM MYT

Job Number: 206519367

Document (1)

1. Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108
Client/Matter: -None-
Search Terms: nurul huda binti ismail v nurrizal
Search Type: Natural Language
Narrowed by:
Content Type Narrowed by
MY Cases -None-

| About LexisNexis | Privacy Policy | Terms & Conditions | Copyright © 2023 LexisNexis
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran [2009] 1 SHLR 108
Shariah Law Reports (ShLR) · 26 pages

SHARIAH SUBORDINATE COURT (HULU SELANGOR)


SALEHAN YATIM ShSubCJ
SUMMONS NO 10008–014–0052 OF 2005
28 June 2007

Case Summary
Islamic Law — Islamic family law — Divorce — Fasakh — Cruelty and failure to provide maintenance —
Whether established — Whether allegation of wife nusyuz established — Islamic Family Law (Selangor)
Enactment 2003 s 53

Islamic Law — Shariah civil procedure — Appearance in court — Defendant's failure to appear despite
numerous postponements — Whether trial could proceed despite defendant's absence — Shariah Court
Civil Procedure (Selangor) Enactment 2003 s 121(1)(b)

The parties herein were married on 21 February 2004. They had no children. Since their misunderstanding in June
2004, the parties had been staying separately, the plaintiff, with her parents in Batu Caves and the defendant, in
Seremban. Since then, neither the defendant nor his agent provided her with maintenance. The plaintiff filed this
application to dissolve the marriage on the ground, inter alia, that the defendant had failed or neglected to provide
her with maintenance for a period exceeding three months. As the defendant had failed to attend the court hearing,
the court proceeded to hear the case in his absence.
Held, allowing the application:

(1) The court was satisfied that the defendant had failed to provide maintenance to the plaintiff for a period of
approximately seven months namely, from June 2004 to 1 February 2005 (end of the allegation — the date
the case was filed). As from the above, it had exceeded the three month period (see para 47).
(2) Throughout the said period, no application was made to the court by the defendant to declare the plaintiff
nusyuz. Further, from the time she left the matrimonial home to the date this case was filed, there had
been no proof or sign that the defendant had taken necessary steps to influence her to return to him. It was
only when the application for fasakh divorce was filed that the defendant alleged in his defence that the
plaintiff was nusyuz (see para 61).
(3) Although the plaintiff was staying separately, the defendant was obliged to maintain her as long as she
remains his wife. Her rights for maintenance may only be affected when an order has been issued by the
Shariah Court that she had been nusyuz (see para 77).

Plaintif dan defendan telah berkahwin pada 21 Februari 2004 dan hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan
cahayamata. Sejak berlaku [*109]
perselisihan, iaitu sejak bulan Jun 2004, pasangan tersebut tinggal berasingan sejak perkahwinan iaitu plaintif telah
tinggal di rumah ibu dan bapanya di Batu Caves, Selangor Darul Ehsan manakala defendan tinggal di Seremban.
Dalam tempoh tersebut, defendan atau wakil defendan tidak memberi nafkah kepada plaintif. Plaintif telah
memohon supaya perkahwinannya dengan defendan dibubarkan melalui fasakh berasaskan alasan, antara lain,
bahawa defendan telah telah cuai atau gagal memberi nafkah zahir melebihi tempoh tiga bulan gagal.
Memandangkan defendan telah dengan sengaja tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah membenarkan kes ini
diteruskan perbicaraan walaupun tanpa kehadiran defendan.

Diputuskan:

(1) Mahkamah berpuas hati bahawa defendan telah tidak memberi nafkah kepada plaintif selama lebih kurang
tujuh bulan iaitu sejak Jun 2004 sehingga tarikh 1 Februari 2005 (tarikh tamat dakwaan — tarikh daftar
kes). Ini melebihi tempoh tiga bulan (lihat perenggan 47).
(2) Sejak tempoh tersebut, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh defendan sama ada mengadu di
mahkamah atau sebagainya untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Sejak tarikh plaintif
Page 2 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

keluar rumah sehingga kes difailkan, tiada wujud sebarang tanda atau bukti tentang usaha defendan untuk
mengajak plaintif kembali ke pangkuan defendan. Hanya selepas permohonan cerai secara fasakh
difailkan, defendan memfailkan tuntutan balas untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz
(lihat perenggan 61).
(3) Walaupun plaintif tidak tinggal bersama, defendan wajib memperuntukkan nafkah kepada plaintif selagi
mana plaintif masih lagi merupakan isteri defendan. Tindakan yang boleh menghalang plaintif daripada
menerima nafkah sebagai isteri hanyalah akan berlaku jika ada pensabitan nusyuz terhadapnya
dikeluarkan oleh perintah mana-mana Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia (lihat perenggan 77).]

Notes

For cases on divorce generally, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 506–526.

For cases on Islamic law generally, see 8 Mallal's Digest (4th Ed, 2006 Reissue) paras 478–719.
Cases referred to

Abdul Hanif lwn Rabiah 53 JH(2) 11 (refd)

Fakhariah Lokman lwn Johari Zakaria (unreported)

Hairun Mohd Sharif lwn Omar Mohd Noor [2004] CLJ (Sya) 75 (refd)

Hasanah bt Abdullah lwn Ali bin Muda (1999) JH (1420)H (refd)

Mat Rasip Manap lwn Zainabi bt Ibrahim (unreported)


[*110]

Norazian bt Mohd Yusof lwn Khairul Azmi bin Mohd Rasid (unreported)

Rosnani bt Abd Ghani lwn Zulkifli (unreported)

Shaheila bt Abdul Majid lwn Roslan bin Aziz (unreported)

Sharifah Laila bt Syed Shamdin v Abdul Latif bin Arshad [2004] ShLR 71; (1994) 9 Bhg 1 JH 16 (refd)

Wan Shalihudin Wan Ibrahim lwn Raja Suzana Raja Nasron (unreported)
Legislation referred to

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ss 61(3)(b), 61(3)(b)(i), 62(2)(b)

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 ss 72, 73, 74, 75, 82, 83(1), 85(1), (2), (3), (4)

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003 ss 7, 51, 66, 121(1)(b), (c), (2), 187

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 ss 2, 4, 45, 45(1)(c), 53(1)(b), (d), (h), (i), (l), 60 (1),
(2)(a), (b), (c), 130
Quranic verses referred to

Surah an-Nisa' (4): 34

Surah al-Talak, ayat 7


Books referred to

Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Dr Ahmad Al-Husary, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah (1968), p 727

Al-Fiqh Al-Islami Wa 'Adilatuh, Juz 7, p 527

Al-Maraqi (tafsir), Juz 5, p 29


Page 3 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

Al-Qurtubi (tafsir), Juz 5, p 172

'Ianah At-Talibin, Jil 4, p 84

Kamus Dewan

Kifayah al-Akhyar, Juz 2, p 48

Mausua'h Al-Maaarif, Midad Abdul Tawwab, Iskandariayyah Egypt 1986, p 646

Mu'in al-Mubin, Juz 4, p 83

Ruhul Maani, Al-Alusy, Juz 5, p 25

Sunan al-Matalib bin Syarki Raudi al-Matalib

Nor Azmi bin Mohd Arif (Azmi bin Dato' Dr Mohd Rais with him) (Zulkifli Yong Azmi & Co) for the plaintiff.
Defendant unrepresented.

Salehan Yatim HMRSy:


FAKTA KES

[1]Plaintif dan defendan telah berkahwin pada 21 Februari 2004 di Masjid Taman Melati Batu Caves Selangor atas
kenalan kedua-dua belah [*111]
pihak keluarga masing-masing dengan berwalikan bapa plaintif. Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan
cahayamata. Selepas bernikah plaintif telah tinggal di rumah ibu dan bapa plaintif di alamat No 38 Jalan Bidara 2/1
Taman Bidara Selayang Batu Caves, Selangor Darul Ehsan manakala defendan tinggal di TBK 2/6 Taman Bukit
Kepayang Seremban. Oleh kerana plaintif bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Selayang yang
berhampiran dengan rumah ibu bapa plaintif maka plaintif tinggal bersama ibu bapanya. Defendan pula bekerja
sebagai Eksekutif Kanan Petronas di Kuala Lumpur City Centre ('KLCC') dan berulang-alik ke Seremban. Mereka
tinggal berasingan sejak perkahwinan. Defendan ada datang ke rumah ibu bapa plaintif lebih kurang dua kali dalam
seminggu dan kadangkala bermalam di rumah tersebut. Sejak berlaku perselisihan, defendan tidak lagi tinggal
bersama atau terus tinggal berasingan dengan plaintif sama ada di rumah ibu bapa plaintif atau rumah defendan
sejak Jun 2004 sehingga sekarang. Dalam tempoh tersebut, defendan atau wakil defendan tidak memberi nafkah
kepada plaintif.

[2]Maka plaintif bertindak mendaftarkan kes ini pada 1 Februari 2005. Seterusnya, plaintif atas nasihat peguam
syarienya telah memohon untuk meminda permohonan yang difailkan dengan memasukkan penyata tuntutan
pindaan iaitu perceraian secara fasakh pada 30 Mac 2005 dan seterusnya sehingga ke hari ini di mana keputusan
kes ini akan dibacakan.

[3]Dalam permohonan pindaan plaintif, plaintif memohon mahkamah penceraian secara fasakh berdasarkan
peruntukan s 53(1)(b), (d), (h), (i) dan (l) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 (EUUKIS).
Manakala defendan dalam penyata pembelaan memohon mahkamah seperti berikut:
(1) Menolak permohonan plaintif dengan:
(i) memerintahkan plaintif taat semula kepada defendan sebagai pasangan suami isteri yang sah;
(ii) jika plaintif engkar, mohon mahkamah mengisytiharkan plaintif telah nusyuz seperti s 60(2)(a) (b) &
(c), dan;
(iii) plaintif disabitkan penalti kerana menganiaya suami dengan pampasan.

[4]Plaintif telah memfailkan satu permohonan di bawah s 53 EUUKIS namun telah dipinda penyata tuntutan plaintif
dalam seksyen yang sama. Dalam kes ini, plaintif telah diwakili oleh peguam syarie plaintif En Nor Azmi bin Mohd
Arif dan Azmi bin Dato' Dr Mohd Rais dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co manakala defendan tidak diwakili oleh
mana-mana peguam syarie dan telah membela dirinya sendiri.
Page 4 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

[5]Dalam kes ini pada setiap kali perbicaraan defendan tidak hadir dan mohon kes ini ditangguhkan dengan alasan
cuti sakit. Kes ini telah diteruskan tanpa kehadiran defendan kerana defendan telah sengaja tidak hadir ke
mahkamah setelah mahkamah memberi notis kepada defendan. Defendan memohon penangguhan hanya dengan
menelefon mahkamah dan faks surat cuti sakit atau MC setiap kali perbicaraan diadakan tanpa [*112]
mengemukakan surat cuti sakit sebenar pada perbicaraan selanjutnya. Sedangkan perbicaraan telah dijalankan
beberapa kali semasa keterangan plaintif dan juga saksi-saksi plaintif seramai empat orang. Perbicaraan termasuk
sebutan kes telah pun dijalankan selama lebih dua tahun sejak kes didaftarkan 1 Februari 2005 sehingga hujah
difailkan pada 25 April 2007. Perbuatan defendan seolah-olah hendak melambatkan masa mahkamah. Mahkamah
tidak ada pilihan lain kecuali meneruskan perbicaraan sebagaimana s 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Selangor) 2003('ETMMSS').
ALASAN PENGHAKIMAN

Bidang kuasa

[6]Mahkamah berpendapat bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengar kes ini seterusnya
memutuskan kes ini berdasarkan s 4 EUUKIS memperuntukan:

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang
tinggal dalam negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri Selangor tetapi tinggal di luar
negeri itu.

[7] Seksyen 45 EUUKIS memperuntukkan:

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan
mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami
melafazkan talak kecuali:
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini;

(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut hukum syarak; dan

(c) jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam
negeri Selangor.

[8]Kedua-dua pihak telah bernikah pada 21 Feruari 2004, dijalankan dan telah didaftarkan di Daerah Gombak,
Selangor Daru Ehsan dengan No Siri Sijil Pendaftaran 145832 Bilangan Daftar 07/2005 (salinan 1–91/2004). Ini
adalah berdasarkan kepada surat perakuan nikah pihak-pihak yang ditender kepada mahkamah dan tiada
sebarang bantahan dibuat ke atas dokumen tersebut.

[9]Mengenai pemastautinan, telah memenuhi syarat yang diberikan di bawah EUUKIS. Berdasarkan penyata
tuntutan plaintif, mahkamah berpuas hati plaintif telah tinggal di alamat No 38 Jalan Bidara 2/1 Taman Bidara
68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan melalui lampiran salinan kad pengenalan plaintif selain ianya tidak
dibantah oleh defendan pada mana-mana peringkat prosiding. Manakala defendan pula mempunyai alamat
penyampaiannya di alamat Level 72 Tower 1 Petronas Twin Towers Kuala Lumpur City Centre 50080 Kuala
Lumpur. Ianya jelas bahawa [*113]
permohonan ini memenuhi kehendak s 45(1)(c) EUUKIS yang hanya memerlukan pemastautinan satu pihak
sahaja adalah di negeri Selangor. Seksyen 2 EUUKIS memperuntukkan 'bermastautin' ertinya tinggal tetap atau
pada kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

[10]Di dalam kes Sharifah Laila bt Syed Shamdin v Abdul Latif bin Arshad [2004] ShLR 71; (1994) 9 Bhg 1 JH 16
Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat dalam
s 2 Enakmen tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu kawasan atau pada lazimnya
tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.
Berdasarkan peruntukan s 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ('EPAIS') yang
menyatakan bahawa:

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidang kuasa Mal, mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara
Page 5 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk
hadhanah dan harta sepencarian).

[11]Mahkamah merujuk pula s 61(3)(b) Enakmen yang sama telah memperuntukkan:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah


(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan
kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri.

[12]Dari peruntukan-peruntukan di atas, jelaslah mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan permohonan ini.
FAKTA YANG MENJADI ISU

[13]Dalam kes ini, ada beberapa fakta utama yang perlu mahkamah putuskan. Isu-isu tersebut adalah seperti
berikut:
(1) Sama ada kes boleh diteruskan tanpa kehadiran defendan dengan alasan cuti sakit.
(2) Sama ada defendan lazim menyakiti plaintif sehingga menjadikan kehidupan plaintif teraniaya dengan
penganiayaan tersebut seperti dikehendaki s 53(1)(h)(i) dan (ii) EUUKIS.

(3) Isu yang berkaitan sama ada defendan cuai memperuntukkan nafkah kepada plaintif seperti dikehendaki s
53(1)(b) EUUKIS. [*114]
(4) Sama ada mahkamah boleh mengisytiharkan plaintif adalah seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan
tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut hukum Syarak.

[14]Sebelum mahkamah pergi lebih jauh dan mengulas lanjut berkaitan isu-isu di atas secara satu persatu dan
terperinci, adalah lebih baik mahkamah merujuk kepada pendapat-pendapat ulama mu'tabar berkaitan keharusan
permohonan isteri mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya di dalam kitab 'Ianah At-
Talibin, Jil 4, ms 84 ada menyebut:
Peruntukan fasakh itu untuk mengelakkan kemudaratan kepada perempuan itu.
[15]Selain itu, dalam kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa 'Adilatuh, Juz 7, ms 527 telah memberi panduan kepada hakim
untuk merungkaikan dan membubarkan perkahwinan disebabkan syiqaq atau adanya kemudaratan dan pergaulan
yang buruk dalam rumahtangga. Ianya berbunyi seperti berikut:

Dan dari segi kemudaratan pula ialah suami menyakiti isterinya dengan kata-kata ataupun perbuatan seperti memaki
hamun, memburukkan peribadi sehingga menjejaskan reputasi, memukul sehingga luka, mendorong atau memaksa
melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan Allah, meninggalkan isterinya dan tidak menegurnya tanpa sebab yang
diharuskan dan lain-lain lagi yang seumpamanya.

[16]Mahkamah juga merujuk kepada s 53 EUUKIS ada menyebut seperti di bawah:

53(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum Syarak adalah
berhak untuk mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada
alasan-alasan yang berikut, iaitu:
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu
tahun;

(b) bahawa suami telah cuai dan telah tidak mengadakan peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya
(nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada
masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
Page 6 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo
atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan
itu sebelum umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu; [*115]
(h) Bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain —

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan
hukum syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu dari menggunakan hak-haknya di sisi
undang-undang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil
mengikut kehendak-kehendak hukum Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan
menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang
yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31/52] dan
sakit otak adalah dari jenis atau setakat menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah hukum
Syarak.

2Mana-mana orang yang berkahwin mengikut hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran
perkahwinan atau fasakh atas alasan isteri atau suami menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

3Tiada suatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1) (c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan
suami atau isteri telahpun menjalani hukuman satu tahun dari hukuman itu.

4Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1) (e) mahkamah hendaklah, atas permohonan suami,
membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu
bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu
perintah boleh dibuat atas alasan itu.

5Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati
mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu
ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah
bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

[*116]

[17]Merujuk kembali kepada kes yang dibicarakan di hadapan mahkamah ini, mahkamah merasakan adalah lebih
baik jika mahkamah mengulas satu persatu alasan-alasan plaintif dalam kes ini dan juga tuntutan balas defendan
sebelum mahkamah memutuskan sama ada permohonan ini diluluskan ataupun sebaliknya.

Isu pertama adalah sama ada kes boleh diteruskan tanpa kehadiran defendan dengan alasan cuti sakit

[18]Dalam kes ini pada setiap kali perbicaraan defendan tidak hadir dan mohon kes ini ditangguhkan dengan
alasan cuti sakit. Defendan selalu mohon kes ditangguhkan dengan menelefon kepada mahkamah dan faks surat
cuti sakit atau MC setiap kali perbicaraan diadakan tanpa mengemukakan surat cuti sakit sebenar pada
perbicaraan selanjutnya. Isunya sekarang adakah mahkamah terikat dengan alasan cuti sakit untuk menangguhkan
Page 7 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

sesuatu kes perbicaraan? Mahkamah dapati tiada surat pekeliling atau arahan yang jelas tentang penerimaan
sesuatu sijil sakit yang membolehkan defendan gagal hadir ke mahkamah. Sebelum itu mahkamah juga merujuk
kepada Arahan Amalan No 3 Tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam bab
Penangguhan Kes Atas Alasan Cuti Sakit:

Saya ingin menarik perhatian YAA kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil
1 Tahun 2004 pada 8–9hb Jun 2004 Tahun 2004 bersamaan 19–20hb. Rabiulakhir, 1425H di Subang Jaya, Selangor di
Subang Jaya, Selangor bersamaan 19-20 Rabiulakhir 1425H telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai
arahan amalan berhubung pengemukaan Sijil Cuti Sakit bukanlah syarat mutlak bagi permohonan penangguhan kes.
Penerimaan sesuatu Sijil Cuti Sakit tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

nArahan ini berkuatkuasa mulai 8 Jun 2004.

[19]Apatah lagi defendan telah gagal mengemukakan sijil sakit sebenar pada hari berikutnya hanya faks sahaja.
Inilah kes perbicaraan yang agak pelik pernah saya kendalikan sepanjang saya menjadi hakim. Pada pendapat
mahkamah perbuatan defendan seolah-olah hendak melambatkan masa mahkamah. Setelah mahkamah
berpuashati peluang telah diberikan kepada defendan untuk hadir terlebih dahulu, maka, mahkamah tidak ada
pilihan lain kecuali meneruskan perbicaraan sebagaimana s 121(1)(b) ETMMSS:

121(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran —

(a) tiada satu pihak pun hadir, mahkamah boleh membuang tindakan itu;

(b) defendan tidak hadir, mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan
tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c) plaintif tidak hadir, mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan
balas.

2Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (b) atau
tuntutan balas defendan di bawah perenggan (c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.

[*117]

[20]Kes ini telah dibenarkan untuk meneruskan perbicaraan walaupun tanpa kehadiran defendan kerana defendan
telah sengaja tidak hadir ke mahkamah setelah mahkamah memberi notis kepada defendan. Sedangkan
perbicaraan telah dijalankan beberapa kali semasa keterangan plaintif dan juga saksi-saksi plaintif seramai empat
orang. Perbicaraan termasuk sebutan kes telah pun dijalankan selama lebih dua tahun sejak kes didaftarkan 1
Februari 2005 sehingga hujah difailkan pada 25 April 2007.

Isu yang kedua adalah sama ada defendan lazim menyakiti plaintif sehingga menjadikan kehidupan plaintif
teraniaya dengan penganiayaan tersebut seperti dikehendaki s 53(1)(h)(i) EUUKIS

[21]Dalam permohonan ini, plaintif telah memohon supaya perkahwinannya dengan defendan dibubarkan melalui
fasakh berasaskan alasan bahawa defendan telah menganiayanya dengan memukulnya. Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, di bawah s 52(1)(h)(i) memperuntukkan bahawa seorang perempuan
yang berkahwin di bawah hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan
perkahwinan atau untuk fasakh atas telah lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan
oleh perlakuan aniaya.

[22]Untuk mahkamah mendapatkan penjelasan berkaitan prinsip-prinsip asas dalam pembuktian kes-kes sebegini
mahkamah merujuk kepada kes Hairun Mohd Sharif lwn Omar Mohd Noor [2004] CLJ (Sya) 75, Yang Amat Arif
Tan Sri Dato' Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa di dalam ajaran Islam suami diberi hak memukul isteri
sekiranya terdapat tanda-tanda isteri dikhuatiri nusyuz seperti dalam al-Quran surah an-Nisa' (4):34:

Dan wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan dari tempat tidur mereka dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Page 8 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

[23]Sudah dijelaskan dalam ayat Allah ini bahawa tindakan memukul isteri adalah hanya boleh berlaku pada
peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan setelah juga isteri itu dipisahkan dari tempat tidur. Walau bagaimanapun
yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pukulan yang dibenarkan kepada suami-suami sebagai pengajaran
kepada isterinya. Untuk menjelaskan prinsip tersebut mahkamah melihat kepada tafsiran ulama'-ulama muktabar
terhadap ayat tersebut seperti berikut.

[24]Al-Qurtubi di dalam tafsirnya, Juz 5, ms 172 menyatakan pukul dalam ayat ini adalah pukul adab dan maksud
daripadanya antara lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran. Al-Alusy dalam Ruhul
Maani, Juz 5, ms 25 menyatakan pukul yang bukan menyakiti dengan sekira-kiranya tidak mencederakan dan tidak
mematahkan tulang. Sementara al-Maraqi di dalam tafsirannya, Juz 5, ms 29 pula berpendapat pukul ialah pukul
yang tidak menyakiti yang bersangatan seperti pukul dengan tangan atau tongkat kecil.
[*118]

[25]Selain itu, sebelum apa-apa keputusan dibuat adalah wajar untuk mahkamah memahami apa yang dikendaki
oleh peruntukan tersebut dalam kes-kes perceraian secara fasakh melalui penganiayaan suami. Untuk tujuan
memahaminya perkataan seperti 'lazim' dan 'menyakiti' sendiri haruslah difahami terlebih dahulu. Mahkamah
merujuk dalam Kamus Dewan, 'lazim' bermakna biasa, selalu, ghalib, telah umum, kerap, acapkali, berkali-kali,
seringkali. Sementara 'menyakiti' bermakna mempersakiti menyebabkan berasa sakit dan termasuk apa jua
perbuatan atau perkataan.

[26]Seperti yang dijelaskan oleh Yang Amat Arif Hakim Jawatankuasa Rayuan dalam kes di atas bahawa perkara
pokok di bawah s 52(1)(h) yang harus difahami adalah penganiayaan (cruelty) oleh suami terhadap isteri dan
sebagai contoh, enam ilustrasi telah dinyatakan di dalam perenggan kecil (i) hingga (vi). Contoh-contoh ini
hendaklah dianggap sebagai 'antara lain'. Penganiayaan di bawah s 52(1)(h) boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu
dalam bentuk mental atau fizikal. Perkataan 'lazim menyakiti' (atau 'habitual assault') di dalam contoh (i) di bawah
seksyen tidak bermakna memukul secara fizikal. Di dalam bahasa perundangan, ada perbezaan antara perkataan
'assault' dan 'battery'. Perkataan 'battery' bermakna memukul dengan cara fizikal, tetapi perkataan 'assault' tidak
begitu.

[27]Oleh yang demikian, perkataan 'lazim menyakiti' hanya relevan dalam kes penganiayaan berbentuk mental
seperti menyakiti hati dan perasaan yang hanya timbul apabila berlaku acapkali dalam jangkamasa dan oleh itu
berkehendakkan 'lazim' atau 'habitual' dibuktikan oleh isteri. Kuasa mahkamah membubarkan perkahwinan atau
fasakh kerana perbuatan yang menyebabkan berlakunya 'dharar' terhadap isteri adalah berdasarkan kepada
mazhab Maliki. (Midad Abdul Tawwab, Mausua'h Al-Maaarif, Iskandariayyah Egypt 1986, ms 646).

[28]Berdasarkan Dr Ahmad Al-Husary, Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, ms


727, Mesir), prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana 'aniaya' atau 'dharar' ini tidak disyariatkan
terhadap tubuh badan sahaja, malahan lebih luas dari itu termasuk enggan bercakap dengan isteri,
membelakangkan isteri atau memalingkan muka darinya semasa di katil, mengutamakan memberi layanan kepada
perempuan lain selain isteri, memukul dengan pukulan yang menyakiti dan seterusnya dan tidaklah disyariatkan
pukulan itu dilakukan berulang kali dan lazim.

[29]Pada satu peringkat lain, pembuktian terhadap dakwaan pukul itu haruslah ditanggung oleh yang mendakwa
iaitu plaintif. Namun apa yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pembuktian itu boleh diterima oleh
mahkamah? Dalam hal ini dan untuk menjelaskan lagi prinsip mahkamah terhadap tahap pembuktian kes-kes
penderaan seperti ini mahkamah suka merujuk kepada kes rujukan iaitu Abdul Hanif lwn Rabiah 53 JH(2) 11.
Dalam kes rayuan tersebut Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam penghakimannya
ada menyebut seperti berikut: [*119]

… Tidaklah munasabah memerlukan seorang isteri yang mendakwa ia dipukul oleh suaminya mengadakan saksi-saksi
seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila memukul isterinya akan memanggil dua orang saksi lelaki atau dua
orang saksi perempuan dan seorang saksi lelaki untuk menyaksikan pukulan itu. Dalam perkara seperti itu tidak perlu
keterangan diberi secara syahadah, dan memadai ia diberi sebagai baiyinah dan qarinah.

[30]Berdasarkan pendapat di atas, adalah jelas bahawa pembuktian keskes sebegini boleh dibuktikan secara
baiyinnah dan qarinah sahaja sepertimana prinsip ini terpakai di dalam kes Shaheila bt Abdul Majid lwn Roslan bin
Aziz. Berbalik kepada kes ini, plaintif telah mendakwa bahawa defendan telah lazim menyakiti plaintif sama ada
secara fizikal ataupun mental. Dalam hal ini, adalah lebih baik mahkamah mengulas isu ini secara satu persatu.

[31]Dalam keterangan plaintif bahawa defendan mempunyai keinginan seks ganas dan bertindak ganas semasa
Page 9 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

mengadakan hubungan kelamin dengan plaintif sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan mental kepada
plaintif. Defendan telah menggunakan jari-jarinya untuk menjolok masuk terus ke serviks (faraj) plaintif semasa
plaintif tidur dan tidak sedar. Defendan terus melakukan perbuatan itu walaupun dibantah oleh plaintif.

[32]Plaintif juga mendakwa bahawa defendan mengalami masalah berat badan yang keterlaluan dan mengalami
'sleep apnea syndrome' yang menyebabkan defendan sukar untuk tidur secara mengiring. Akibatnya defendan
hanya boleh tidur secara menelentang sahaja. Defendan tidak boleh tidur atau beraksi secara meniarap. Keadaan
ini menyebabkan hubungan seks tidak memuaskan dan mengakibatkan defendan mula bertindak ganas terhadap
plaintif. Defendan telah diagnosis oleh pihak hospital telah mengalami 'sleep apnea syndrome'. Akibat daripada
hubungan kelamin tersebut plaintif merasa fobia dengan kehadiran defendan. Plaintif mendakwa beliau merasa
tidak selamat untuk tinggal bersama defendan. Plaintif juga mendakwa bahawa defendan mengalami tekanan
mental yang tidak terkawal.

[33]Dalam kes ini pihak defendan menafikan dakwaan plaintif melalui pembelaan yang difailkan oleh defendan
pada 22 April 2005. Namun sepanjang keterangan plaintif dan saksi plaintif, defendan tidak hadir dengan alasan
sedang mendapat rawatan doktor.

[34]Dalam isu ini, mahkamah mendapati bahawa berkaitan dakwaan plaintif bahawa defendan menyakiti plaintif
yang bersalahan dengan hukum Syarak ataupun menyakiti plaintif secara fizikal adalah tidak dibuktikan.
Mahkamah dalam perbicaraan mendedahkan oleh plaintif bahawa defendan bertindak keinginan yang ganas dan
bertindak kasar semasa melakukan hubungan kelamin. Namun tiada dikemukakan keterangan lain walaupun
secara qarinah bahawa perkara tersebut memang berlaku. Apatah lagi, tiada satu laporan perubatan ditenderkan
kepada mahkamah bagi menyokong dakwaan itu. Selain itu, kejadian defendan menjolok jarijarinya terus masuk ke
dalam serviks (faraj) plaintif tidak dibuktikan dengan [*120]
jelas sama ada perkara tersebut benar-benar menyakiti plaintif dengan berlakunya pendarahan melalui servik
plaintif. Malahan tiada keterangan saksi-saksi plaintif yang menguatkan dakwaan tersebut secara qarinah yang
memuaskan hati mahkamah yang dapat membuktikan berlakunya kejadian untuk secara spesifik.

[35]Plaintif gagal membuktikan bahawa penyakit 'sleep apnea syndrome' sedang dideritai oleh defendan pada
masa kini atau dalam tempoh perkahwinan mereka. Namun, mahkamah menerima keterangan saksi pakar (saksi
plaintif keempat) mahkamah bersetuju dengan keterangan pakar Dr Abdullah Sani Mohamed, pakar sakit telinga,
hidung dan tekak HUKM bahawa penyakit ini adalah kronik dan ada pesakit yang sembuh dengan rawatan dan
tidak sembuh. Penyakit ini boleh berulang dan pesakit akan mengalami kesan-kesan sama ada jangka panjang
seperti mengidap sakit jantung dan darah tinggi atau jangka pendek seperti mengantuk siang hari berlebih-lebihan
dan tidak dapat mengawal emosi ketika marah, tidak dapat mengawal tingkah laku sebab tidak cukup tidur.

[36]Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa dakwaan plaintif itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar diterima dan
mahkamah wajar menolaknya walaupun berkemungkinan berlaku.

[37]Manakala dakwaan plaintif bahawa defendan telah mengalami tekanan mental iaitu kemurungan dan kadang-
kadang defendan tidak boleh tidur. Plaintif juga mendakwa bahawa beliau juga mengalami tekanan mental
disebabkan kelakuan defendan. Mahkamah dapati tiada laporan perubatan yang menyokong dakwaan plaintif
bahawa defendan mengalami tekanan mental berpunca daripada penyakit 'sleep apnea syndrome'. Mahkamah
dapati bahawa kemungkinan telah berlaku kejadian-kejadian yang mana ianya boleh menyebabkan mental plaintif
terdera dan disakiti. Namun dalam isu sebegini, mahkamah beranggapan walaupun wujud kejadian-kejadian itu
yang mana ianya boleh menyakiti plaintif secara mental tetapi ianya masih tidak cukup untuk membuktikan bahawa
defendan menyakiti plaintif secara mental. Dalam isu-isu sebegini, mahkamah seharusnya diberitahu oleh plaintif
tentang kesan-kesan yang berlaku terhadap kejadian-kejadian yang menimpa plaintif.

[38]Dalam membuktikan sesuatu perbuatan dan tindakan itu boleh memberi kesan kepada mental plaintif
seharusnya plaintif mendapatkan keterangan pakar untuk membantunya membuktikan bahawa tindakan-tindakan
defendan itu sememangnya menyakiti plaintif secara mental ataupun menganggu emosi plaintif yang boleh
menyebabkan plaintif teraniaya dengan tindakan defendan. Bagi mahkamah intipati penting dalam isu sebegini
adalah kesan perlakuan atau tindakan defendan tersebut sejauh mana memberi kesan terhadap plaintif. Oleh itu,
sekali lagi mahkamah mendapati bahawa dakwaan plaintif itu tidak dibuktikan dan alasan ini sukar diterima dan
mahkamah wajar menolaknya walaupun ia mungkin berlaku.
[*121]

Isu yang seterusnya adalah defendan cuai memperuntukkan nafkah kepada plaintif seperti dikehendaki s 53(1)(b)
EUUKIS
Page 10 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

[39]Sebelum mahkamah mengulas lanjut isu ini, haruslah difahami apakah yang dimaksudkan dengan pengertian
yang dimaksudkan oleh hukum Syarak terlebih dahulu. Untuk ini, mahkamah merujuk kepada kes Rosnani bt Abd
Ghani lwn Zulkifli, hakim bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar bin Ahmad yang kini merupakan
hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan pengertian nafkah
tersebut. Menurutnya dalam kes tersebut:

Nafkah adalah segala yang dibelanjakan kata nafkah hanya dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada
tiga perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari suaminya itu ada tujuh iaitu (1) makan; (2) lauk; (3)
pakaian; (4) kebersihan; (5) pakaian; (6) perkakas rumah tempat tinggal; dan (7) khadam, jika biasa berkhadam.
Kesimpulannya adalah wajib suami memberi nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di dalam
syarah Kitab Raudh al-Thalib, Juz 3, Bahagian an-Nafkah, ms 426.

[40]Selain itu, ianya telah dijelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nisa' yang berbunyi:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana
orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan
yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-
perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika
mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan
pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

[41]Dalam kes Hairun bt Mohd Sharif lwn Omar Mohd Noor yang mana dalam kes ini, Yang Amat Arif Tan Sri Dato'
Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa berdasarkan qaul Imam Shafie, yang memutuskan bahawa perkahwinan
hanya boleh difasakhkan setelah dibicarakan dan diputuskan oleh kadi atau hakim mahkamah, dan hak untuk
fasakh tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti berikut:
(1) tiada kuasa memberi belanja makan dan minum;
(2) tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut;
(3) tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut; dan
(4) tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.

[42]Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si suami tidak mempunyai
harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah kadi atau hakim itu memberi tempoh tiga hari. [*122]
Kemudian selepas tiga hari serta malamnya tiada juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu
separuh nafkah yang biasa) maka barulah kadi atau hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut. Ini adalah
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW:

Telah bersabda Rasullullah SAW berkenaan seorang laki-laki yang tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya
hendaklah dipisahkan antara keduanya.

[43]Berdasarkan hukum fiqh yang yang tersebut dalam kitab Sunan al-Matalib bin Syarki Raudi al-Matalib:

Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas
perkahwinannya. Dan bahawa jika ia (isteri) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan membelanjakan wang ringgitnya
sendiri untuk dirinya dengan perkiraan perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu terlepas dari
kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia (isteri) memilih fasakh, maka ia berhak berbuat demikian.

[44]Berdasarkan kepada keterangan keterangan plaintif, defendan didakwa telah cuai memperuntukkan nafkah
yang cukup kepada plaintif yang mana keterangan ini disokong oleh saksi-saksi plaintif iaitu;
(a) Che Jariah bt Yeop Hashim — ibu plaintif (saksi plaintif 1);
(b) Asrul Amin bin Ismail — adik plaintif (saksi plaintif 2); dan
(c) Ahmad Iskandar bin Kamaruzzaman — saudara plaintif (saksi plaintif 3).
Page 11 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

[45]Mahkamah berpuashati bahawa defendan telah cuai memberi nafkah zahir bermula Mei 2005. Ini berdasarkan
qarinah bahawa plaintif telah tinggal di rumah kediaman ibu bapa plaintif beralamat No 38 Jalan Bidara 2/1 Taman
Bidara Selayang 68100 Batu Caves Selangor sejak Jun 2004. Ini disebabkan pada masa itu, plaintif bekerja di
Hospital Selayang sebagai pegawai perubatan. Rumah keluarga plaintif berdekatan dengan tempat kerja plaintif.
Manakala defendan pada masa itu tinggal di TBK 2/6 Taman Bukit Kepayang Seremban Negeri Sembilan. Mereka
tinggal berasingan sejak perkahwinan. Defendan ada datang ke rumah ibu bapa plaintif lebih kurang dua kali dalam
seminggu dan kadangkala bermalam di rumah tersebut. Sejak berlaku perselisihan, defendan tidak lagi tinggal
bersama atau terus tinggal berasingan dengan plaintif sama ada di rumah ibu bapa plaintif atau rumah defendan
sejak Jun 2004 sehingga sekarang. Dalam tempoh tersebut, defendan atau wakil defendan tidak memberi nafkah
kepada plaintif. Defendan juga tiada harta yang boleh dijadikan nafkah plaintif. Sejak itu, mahkamah berpuashati
defendan sudah tidak memberi nafkah zahir dan batin.

[46]Qarinah di atas boleh menyebabkan satu tanggapan boleh dibuat bahawa nafkah tidak diberikan dalam tempoh
tersebut sebagaimana s 82 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.
82 Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil
perhatian akan perjalanan biasa [*123]
kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang
tertentu.
MISALAN

Mahkamah boleh mengganggap —

(a) bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan;

(b) bahawa perjalanan biasa urusan telah diikuti dalam halhal tertentu.

Berdasarkan qaedah fiqhiyyah bahwa al aslu al dam bermaksud: asal sesuatu itu adalah tiada. Dalam kes nafkah, suatu
perkara yang mendatang (al-wujud) adalah didahului oleh asal (al-dam) iaitu ketiadaan nafkah.
[47]Mahkamah berpuashati bahawa defendan sudah tidak memberi nafkah kepada plaintif selama lebih kurang
tujuh bulan sejak Jun 2004 sehingga tarikh 1 Februari 2005 (tarikh tamat dakwaan — tarikh daftar kes). Ini melebihi
tempoh tiga bulan.

[48]Keterangan ini disokong oleh kedua-dua saksi plaintif. Mahkamah menerima kesaksian saksi plaintif
sebagaimana s 83(1) EKMSS.
83(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau
bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak
berprasangka.

Huraian — Seseorang Islam adalah disifatkan adil jika dia menunaikan obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan
agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.
[49]Dan juga s 85(1), (2), (3), (4) EKMSS:

85(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai
syahadah dan bayyinah.

2Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan keterangan ibu bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai
syahadah dan bayyinah.

3Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

4Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai bayyinah.

[50]Mahkamah berpuashati bahawa plaintif tidak pernah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah sebagai
isteri yang nusyuz. Oleh itu masih berkelayakan menerima nafkah.

Isu yang seterusnya adalah sama ada mahkamah boleh mengisytiharkan plaintif adalah seorang isteri yang
derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut hukum Syarak

[51]Dalam tuntutan balas, defendan telah memohon kepada mahkamah supaya mengisytiharkan plaintif adalah
Page 12 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

seorang isteri yang derhaka (nusyuz) dan tidak berhak mendapat nafkah yang layak baginya menurut hukum
[*124]
Syarak beralasan plaintif keluar rumah tanpa kebenaran defendan dan setelah dipujuk engkar dan enggan
mengikut kehendak defendan sebagai suami, plaintif enggan dan cuai menjalankan tanggungjawabnya sebagai
isteri, plaintif tidak lagi taat kepada suami dan tidak tinggal di tempat yang dikehendaki oleh defendan.

[52]Tujuan defendan berbuat demikian adalah seperti yang telah maklum adalah untuk mendapatkan perintah
supaya plaintif tidak berhak menerima nafkah dalam tempoh selama plaintif dan defendan tinggal berasingan.
Ianya sesuai dengan pendapat-pendapat ulamak muktabar seperti di bawah:

[53]Sementara itu, dalam kitab Mu'in al-Mubin, Juz 4, ms 83, ada menyebut:

Dan apabila didapati seorang tidak taat pada suaminya adalah ia menjadi nusyuz dan tidak wajib suami memberi nafkah
selama dalam nusyuz.

[54]Dalam kitab Kifayah al-Akhyar, Juz 2, ms 48, ada menyebut:

Dan apabila seseorang nusyuz gugur ia daripada menerima nafkah, pakaian dan giliran.

[55]Selain itu, permohonan defendan tersebut adalah berdasarkan sebab yang jelas iaitu berasaskan tindakan-
tindakan plaintif yang tidak disukai oleh defendan antaranya seperti di bawah.

[56]Berdasarkan kepada keterangan plaintif, sekitar tahun 1996 defendan telah menghalau plaintif dengan
mengheret dan mencengkam tangan plaintif dengan kuat dan kasar serta membuang baju-baju plaintif keluar dan
mengunci pintu. Dalam keadaan itu, plaintif telah menelefon SP1 dan ibunya untuk mengambilnya dan selepas dua
hari plaintif kembali ke rumah kelamin mereka di Subang Jaya. Pada bulan Mei 2000, plaintif telah melarikan diri
sekali lagi dari rumah kelamin mereka kerana disebabkan tidak tahan dengan apa yang didakwanya sebagai satu
penganiayaan oleh defendan. Menurut plaintif, sepanjang Mei 2000 sehingga Disember 2000, plaintif telah
melarikan diri dari rumah kelamin dan pulang ke rumah ibunya beberapa kali. Perkara ini turut diakui oleh defendan
dalam keterangannya, plaintif ada melarikan diri dari rumah kelamin pada 17 Mei 2000 dan kembali semula pada
26 Jun 2000. Pada 27 Jun 2000, plaintif keluar semula dan kembali semula selepas empat hari.

[57]Manakala pada 10 Julai 2000, plaintif ada melarikan diri selama dua hari dan pada 19 Julai 2000 selama
sehari. Defendan juga menambah, selain tarikh-tarikh di atas, plaintif ada juga melarikan diri pada 26 Julai 2000
selama dua hari dan selepas itu pada 4 Ogos 2000 sehingga 15 Ogos 2000, 25 Ogos 2000 sehingga 1 September
2000, 3 September 2000 sehingga 4 September 2000 dan pada 14 Oktober 2000 sehingga 18 Oktober 2000.
Selepas itu, plaintif dan defendan tinggal bersama sehingga bulan Disember 2000. Menurut defendan, plaintif
keluar dari rumah kali terakhir pada bulan Disember 2000 dan selepas itu tidak pernah pulang semula ke rumah
kelamin.
[*125]

[58]Berdasarkan pemahaman mahkamah ini adalah antara tindakantindakan yang dikatakan oleh defendan keluar
rumah tanpa izin selain perkara-perkara di atas yang disebutkan terlebih dahulu sehingga menyebabkan defendan
memohon supaya plaintif diisytiharkan nusyuz oleh mahkamah ini. Persoalannya, adakah mahkamah boleh
membenarkan tuntutan balas defendan ini? Dalam mencari penyelesaian berkaitan isu ini mahkamah merujuk
kembali kepada surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

Dan wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan dari tempat tidur mereka dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

[59]Berdasarkan ayat di atas, adalah jelas bahawa sebelum apa tindakan untuk mengisytiharkan isteri sebagai
nusyuz, suami perlulah melalui ketigatiga peringkat yang telah dijelaskan oleh ayat di atas. Dengan kata lain, suami
haruslah berusaha memberi bimbingan dan nasihat supaya isteri mereka tidak melakukan tindakan-tindakan yang
boleh menjerumuskan mereka sebagai isteri yang nusyuz. Dalam kes ini, tidak dijelaskan oleh defendan apakah
tindakan-tindakan yang defendan lakukan dalam usaha menasihati plaintif supaya kembali kepadanya sama ada
melalui kaunseling atau pun kaedah yang disebutkan di atas.

[60]Selain itu mahkamah juga merujuk kepada kes Fakhariah Lokman lwn Johari Zakaria yang mana hakim bicara
Page 13 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

kes ini menyebut bahawa kes nusyuz tidak boleh ditimbulkan semasa kes nafkah tanpa terlebih dahulu seseorang
suami memohon perintah mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Di dalam kes tersebut, Yang Amat Arif Hakim
Rayuan, Tan Sri Mohamed Azmi telah menyebut:

Walaupun boleh dikatakan perlu diputuskan bahawa seorang isteri tidak nusyuz dan berhak mendapat nafkah, kami
berpendapat dalam kes ini suami tidak pernah memohon perintah mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Keterangan
yang diberi dalam kes ini menunjukkan isteri itu tidak lagi tinggal bersama suami selepas 25 November 1986, suami tidak
membuat apa-apa aduan kepada mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak mengambil langkah untuk mendapat
perintah nusyuz dari mahkamah. Kami berpendapat jika suami itu betul-betul ingin isterinya balik tinggal dengannya dia
seharusnya berusaha supaya perkara itu dapat diselesaikan di luar atau di hadapan mahkamah. Di dalam al-Quran, kita
dapat banyak nasihat dan pedoman mengenai perkara ini. Umpamanya di dalam surah al-Baqarah (2):231 yang disebut
maksudnya:

… Bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan
janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudharat kerana kamu hendak melakukan kezaliman
terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.

[61]Kes di atas telah menjelaskan bahawa perlunya dan menjadi tanggungjawab defendan dalam kes ini
mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Sedikit
persamaan di antara kes yang dirujuk dan kes ini iaitu plaintif telah tidak lagi tinggal bersama dengan defendan
sejak Jun 2004 sehingga kini. [*126]
Dan sejak itu juga, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh defendan sama ada mengadu di mahkamah atau
sebagainya untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Sejak tarikh plaintif keluar rumah sehingga
kes difailkan, tiada wujud sebarang tanda atau bukti tentang usaha defendan untuk mengajak plaintif kembali ke
pangkuan defendan. Hanya selepas permohonan cerai secara fasakh difailkan, defendan memfailkan tuntutan
balas untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz. Pada pandangan mahkamah, berdasarkan kepada
fakta kes berkaitan isu ini, kes di atas yang dirujuk oleh mahkamah telah menjelaskan secara jelas tentang
pendirian mahkamah berkaitan isu ini.

[62]Sebenarnya pada pandangan mahkamah, sebelum sesuatu permohonan perisytiharan nusyuz dibuat terhadap
seseorang isteri, adalah menjadi kewajipan pada mahkamah ini meneliti dan membicarakan kes tersebut.
Pensabitan nusyuz hanya boleh dibuat oleh mahkamah ini sahaja dan apabila mahkamah berpuashati bahawa
wujud tanda-tanda bahawa seseorang isteri telah nusyuz. Ini bermakna perisytiharan tersebut banyak bergantung
kepada bukti-bukti yang kukuh yang mana menjadi tanggungjawab ke atas suami membuktikannya jika suami itu
mendakwa isterinya nusyuz. Kebiasaannya, berdasarkan perundangan Syariah masa kini, defendan mempunyai
dua kaedah atau cara untuk mengisytiharkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz sama ada melalui kes mal ataupun
kes jenayah.

[63]Selain itu, penggunaan s 60(1) dan (2) EUUKIS oleh defendan sebagai hujah untuk membolehkan mahkamah
mensabitkan plaintif sebagai isteri yang nusyuz juga adalah tidak relevan sama sekali. Seksyen berkenaan
sebenarnya adalah seksyen yang menerangkan kesan-kesan yang akan berlaku terhadap plaintif sekiranya plaintif
diisytiharkan oleh mahkamah ini sebagai nusyuz. Selain itu, seksyen tersebut juga menjelaskan selama mana
tempoh nusyuz dan bila tempoh tersebut akan tamat. Untuk mengisytiharkan seseorang itu nusyuz ataupun
permohonan tersebut boleh difailkan dalam kes mal selain daripada dalam tuntutan balas, ianya boleh difailkan
berdasarkan s 61(3)(b)(i) EPAIS. Manakala dalam kes jenayah pula, perlulah merujuk kepada s 130 EUUKIS di
dalam bahagian penalti.

[64]Secara umumnya mahkamah sependapat dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Arif Tuan Hakim
Zainor Rashid bin Hassin semasa membentangkan kertas kerja yang bertajuk 'Isteri Nusyuz, Suami Nusyuz:
Prosedur, Perlaksanaan dan Isu-Isu Di Mahkamah Syariah' di dalam Seminar Anjuran Persatuan Peguam Syarie
Malaysia bersama Jabatan Syariah Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang beliau
berpendapat bahawa ketiga-tiga cara ini dirasakan sesuai dijadikan panduan kerana ianya tidak bertentangan
dengan apa yang diperuntukan di dalam ss 7, 66 dan 187 ETMMSS seperti di bawah:

Pertama: Notis Permohonan Ex-Parte (Prosiding Interlokutori)

[65]Tindakan permulakan dengan notis permohonan secara ex parte boleh dilakukan oleh suami untuk
mendapatkan pengesahan bahawa isteri [*127]
Page 14 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

telah nusyuz. Kebiasaannya permohonan secara ex parte boleh didengar dengan kehadiran satu pihak iaitu plaintif
untuk mendapatkan sesuatu perintah, manakala pihak defendan hanya diberi peluang untuk menjawabnya selepas
menerima perintah tersebut. Merujuk kepada Arahan Amalan No 2 Tahun 2002, Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia permohonan ex parte hendaklah dimulakan prosidingnya di Mahkamah Tinggi Syariah.

[66]Di dalam kes nusyuz, biasanya cara ini dilakukan oleh pihak suami untuk mendapatkan pengesahan dokumen
yang pernah dihantar oleh suami (biasanya surat mengarahkan isteri balik hidup bersama atau supaya taat)
dianggap sebagai suatu perintah yang sah dan keingkaran untuk mematuhinya boleh dianggap menghina
mahkamah dan dikenakan contoh kes Mat Rasip Manap lwn Zainabi bt Ibrahim dan Wan Shalihudin Wan Ibrahim
lwn Raja Suzana Raja Nasron. Secara ringkasnya, di dalam permohonan ex-parte ini suami hanya memohon
perintah untuk mendapatkan pengesahan bahawa surat yang telah dihantar kepada isterinya adalah boleh
dianggap sebagai suatu perintah yang sah dan keingkaran mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan
nusyuz ataupun tidak menurut perintah.

[67]Di dalam membuat permohonan secara ex parte ini pihak suami perlu mengemukakan afidavit. Di samping itu,
ia juga dikehendaki mengemukakan salinan kad pengenalan, salinan surat nikah, salinan surat dari Pejabat Agama
Islam Daerah, salinan surat yang dihantar kepada pihak isteri dan bukti penerimaan surat itu oleh pihak isteri. Di
samping itu, permohonan secara ex parte juga tertakluk kepada Arahan Amalan No 11 Tahun 2003, Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia. Bagi pihak isteri pula, selepas ia menerima perintah tersebut ia boleh memfailkan
notis bantahan dalam tempoh empat belas hari selepas perintah itu diterima. Tindakan ini boleh dirujuk di dalam
kes Mat Rasip Manap lwn Zainabi bt Ibrahim dan Wan Shalihudin Wan Ibrahim lwn Raja Suzana Raja Nasron.
Berdasarkan kepada keterangan di atas dan kes yang dikemukakan, boleh dikatakan antara prosiding untuk
permohonan mengesahkan isteri telah nusyuz secara ex parte ialah:
(i) aduan di Pejabat Agama;
(ii) proses khidmat nasihat/rundingcara;
(iii) menghantar surat kepada isteri supaya balik dan taat (biasanya secara AR register);
(iv) memfailkan kes di mahkamah (sekiranya usaha di peringkat (ii) dan (iii) gagal. Permohonan dibuat dengan
notis ex parte berserta afidavit;
(v) perbicaraan di mahkamah untuk mendapatkan perintah pengesahan;
(vi) penyerahan perintah kepada pihak isteri (jika diluluskan);

(vii) pihak isteri membuat bantahan (dalam tempoh 14 hari selepas terima perintah); dan [*128]
(viii) keputusan muktamad dari mahkamah (perbicaraan secara inter partes).

Kedua: Saman

[68]Tindakan yang perlu diambil oleh suami untuk membuat permohonan mengesahkan isteri telah tidak taat
(nusyuz) secara ini akan dibicarakan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak setelah prosiding berkaitan dengan
saman sepertimana diperuntukkan dalam Bahagian III, Bab 2 ETMMSS disempurnakan. Sekiranya ada pihak yang
tidak hadir ada beberapa tindakan boleh dibuat, antaranya:
(i) sekiranya pihak plaintif tidak hadir kes boleh dibuang. Ini sesuai dengan peruntukan sub-s 121(1)(c)
ETMMSS;
(ii) sekiranya pihak defendan tidak hadir kerana saman tersebut belum dapat diserahkan mahkamah boleh
menangguhkan kes tersebut. Ini sesuai dengan peruntukan sub-s 121(2) ETMMSS;
(iii) sekiranya pihak defendan tidak hadir dan notis telah diterima, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Ini
bersesuaian dengan peruntukan s 51 ETMMSS.

[69]Secara ringkasnya, tindakan yang perlu diambil untuk mengesahkan isteri telah nusyuz berpandukan prosedur
ini ialah:
(i) aduan di Pejabat Agama Islam Daerah;
(ii) proses khidmat nasihat/rundingcara;
(iii) pihak suami menghantar surat/dokumen kepada isteri supaya kembali semua dan taat (surat AR register);
Page 15 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

(iv) memfailkan kes jika usaha (ii) dan (iii) gagal. Permohonan difailkan dengan saman dan penyata tuntutan;
dan
(v) perbicaraan dan keputusan muktamad akan dikeluarkan oleh mahkamah.

Ketiga: Pembelaan dan Tuntutan Balas

[70]Selain daripada memulakan sendiri prosiding untuk pensabitan nusyuz, seseorang suami boleh melaksanakan
prosiding nusyuz setelah menerima saman daripada isteri. Tindakan membuat pembelaan oleh seseorang suami
terhadap tuntutan yang dibuat oleh seseorang isteri dalam tuntutan nafkah, perceraian ta'liq atau fasakh beserta
dengan tuntutan balas supaya isteri tersebut disabitkan sebagai seorang yang nusyuz adalah merupakan antara
cara yang boleh digunakan untuk mensabitkan seseorang isteri itu nusyuz. Dalam tindakan ini pihak suami hanya
perlu menunggu saman dan penyata tuntutan yang difailkan dan membuat pembelaan dan tuntutan balas dalam
tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah. Ini selari dengan peruntukan s 66 ETMMSS. Sekiranya telah ada
keputusan mengenai nusyuz sebelum kes tersebut, isu nusyuz [*129]
tidak boleh dijadikan tuntutan balas. Ini sepertimana dijelaskan melalui Arahan Amalan No 11 Tahun 2001, Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia. Secara ringkasnya, sekiranya isu nusyuz ingin ditimbulkan dalam pembelaan,
tindakan yang perlu diambil untuk mengesahkan isteri telah nusyuz berpandukan ialah:
(i) aduan di Pejabat Agama Islam Daerah;
(ii) proses khidmat nasihat/rundingcara;
(iii) pihak suami menghantar surat/dokumen kepada isteri supaya kembali semua dan taat (surat AR register);
(iv) terima saman;
(v) failkan pembelaan dan tuntutan balas;
(vi) perbicaraan; dan
(vii) keputusan mahkamah.

[71]Manakala dalam kes jenayah, secara ringkasnya pendakwaan kes nusyuz oleh pendakwa syarie atau pegawai
penguatkuasa agama adalah seperti berikut:
(i) aduan oleh suami kepada penguatkuasa agama;
(ii) penguatkuasa agama membuat siasatan;
(iii) penguatkuasa agama memanjangkan kes untuk diteliti oleh pendakwa;
(iv) pendakwa mendaftarkan kes;
(v) pihak mahkamah mendaftar dan menentukan tarikh sebutan dan perbicaraan;
(vi) saman dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada tertuduh;
(vii) tuduhan akan dibacakan dan perbicaraan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan; dan
(viii) mahkamah akan membuat keputusan.

[72]Bagi kes dakwaan yang dibuat oleh seorang pengadu tindakan pendakwaan yang berjalan adalah seperti
berikut:
(i) aduan pihak suami dihadapan hakim. Ini berdasarkan peruntukan sub-s 74(1) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No 3 Tahun 2003.
(ii) mahkamah arahkan penguatkuasa agama membuat siasatan;
(iii) penguatkuasa agama mengemukakan hasil siasatan kepada mahkamah ataupun memanjangkan kes
untuk diteliti oleh pendakwa (lebih baik panjangkan kepada pendakwa);

(iv) pendakwa mendaftarkan kes; [*130]


(v) pihak mahkamah mendaftar dan menentukan tarikh sebutan dan perbicaraan;
(vi) saman dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada tertuduh;
(vii) pengadu mohon kebenaran mendakwa;
Page 16 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

(viii) tuduhan akan dibacakan dan perbicaraan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan; dan
(ix) mahkamah akan membuat keputusan.

[73]Di dalam kes mal, beban pembuktian adalah terletak kepada pihak plaintif. Sekiranya ianya dijadikan sebagai
satu pembelaan dan tuntutan balas oleh pihak defendan, pembuktian untuk membuktikan isteri itu nusyuz terletak
pada pihak suami yang membuat tuntutan balas tersebut. Ini selari dengan kaedah.
Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang ingkar.
Dan ianya selari dengan peruntukan s 72, 73, 74 dan 75 EKMSS. Plaintif bertanggungjawab untuk membuktikan
segala dakwaan dan alasanalasan permohonan beliau. Seksyen-seksyen tersebut memperuntukkan bahawa:

72 Beban mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada pada orang yang mengatakan atau
menegaskan sesuatu fakta (al Muddaie) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan
sesuatu fakta (al Mudd'a'alaih).

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau
tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah
membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat membuktikan kewujudan sesuatu fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan
terletak pada orang itu.

74 Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding adalah terletak pada orang yang akan gagal sekiranya tiada
apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.

75 Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan mahkamah
mempercayai tentang kewujudan fakta itu.

[74]Di dalam kes Norazian bt Mohd Yusof lwn Khairul Azmi bin Mohd Rasid, Yang Amat Arif hakim menyatakan:

Mengikut undang-undang sesiapa mendakwa, beban pembuktian adalah terletak di atasnya, lihat s 72 Enakmen
Keterangan Syariah 1991 tetapi pihak defendan tidak membawa saksi seperti dikehendaki oleh Syarak.

[75]Di dalam kes jenayah pula, selari dengan kaedah:

Pada asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungan.

[76]Dalam kes yang dibicarakan di hadapan mahkamah ini, mahkamah mendapati selain dari pengakuan plaintif
bahawa plaintif keluar dari rumah kelamin, defendan tidak membuktikan apa-apa yang membolehkan [*131]
mahkamah ini mensabitkan plaintif telah nusyuz. Semasa perbicaraan berlangsung tiada bukti yang jelas oleh
defendan yang menunjukkan tindakan-tindakan di atas diambil oleh defendan atau qarinah lain yang boleh
menguatkan dan membuktikan dakwaan defendan adalah benar. Dakwaan defendan ini sebenarnya tidak
dibuktikan dengan apa pembuktian yang sepatutnya dan oleh yang demikian mahkamah berpendapat dakwaan
tersebut gagal dibuktikan dan wajar ditolak tuntutan balas defendan tersebut.

[77]Pada anggapan mahkamah, walaupun plaintif tidak tinggal bersama, defendan wajib memperuntukkan nafkah
kepada plaintif selagi mana plaintif masih lagi merupakan isteri defendan. Tindakan yang boleh menghalang plaintif
daripada menerima nafkah sebagai isteri hanyalah akan berlaku jika ada pensabitan nusyuz terhadapnya
dikeluarkan oleh perintah mana-mana Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Prinsip telah dijelaskan di dalam kes
Hasanah bt Abdullah lwn Ali bin Muda (1999) JH (1420)H, Yang Arif hakim berpendapat:

Mengikut hukum Syarak seorang isteri yang ditalak dengan talak raj'ie tidak berhak kepadanya nafkah 'iddah jika dianya
melakukan nusyuz. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, Juz 2, ms 82 diperuntukkan yang bererti —

Jika seseorang menceraikan isterinya yang sedang nusyuz kepadanya, maka isteri tersebut tidak berhak mendapat
tempat tinggal selama dalam 'iddah kerana isterinya itu tidak berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal menurut
dasar pernikahan.
Page 17 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

[78]Selain itu, ia turut dinyatakan secara jelas di dalam kes Norazian bt Mohd Yusof lwn Khairul Azmi bin Mohd
Rasid Yang Amat Arif Hakim menyatakan:

Mengikut undang-undang sesiapa mendakwa, beban pembuktian adalah terletak di atasnya, lihat s 72 Enakmen
Keterangan Syariah 1991 tetapi pihak defendan tidak membawa saksi seperti dikehendaki oleh Syarak.

Di dalam kes ini, defendan telah menyatakan bahawa isterinya plaintif adalah nusyuz kerana menggugurkan anak, keluar
rumah tanpa izin dan dakwaan ini semua adalah merupakan dakwan yang diperlukan saksi yang mencukupi berbanding
kepada plaintif, oleh itu saksi penting di dalam kes ini ialah bapa/ibu kepada defendan harus dipanggil, malahan doktor
juga harus dipanggil.

Oleh kerana kes telah pun sampai ke tahap keputusan, mahkamah tiada pilihan lain selain menyatakan bahawa dakwaan
ke atas plaintif adalah ditolak dan dia (plaintif) berhak mendapat nafkah 'iddah malahan tiada dibuktikan di mana juga
mahkamah bahawa plaintif adalah nusyuz.

[79]Sebagaimana yang dijelaskan oleh mahkamah dalam isu yang ketiga di atas, plaintif sehingga kini masih lagi
merupakan isteri defendan yang taat kerana tiada sebarang perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadap plaintif
yang menyatakan plaintif adalah seorang isteri yang nusyuz. Walaupun mungkin ada tanda-tanda perlakuan
nusyuz itu berlaku terhadap defendan namun oleh kerana tiada sebarang perintah yang menyatakan dan
membuktikan demikian, mahkamah beranggapan adalah wajib ke atas defendan memperuntukkan nafkah kepada
plaintif walau di [*132]
mana sekalipun plaintif tinggal tanpa perlu menunggu plaintif menuntutnya di mahkamah.

[80]Pada asalnya, kewajipan memberi nafkah kepada isteri tidak wujud melainkan hanya setelah defendan
mengahwini plaintif. Pada ketika defendan mengahwini plaintif beban menyediakan nafkah kepada plaintif selaku
isteri adalah terletak kepada defendan selagi masih bergelar suami isteri disebabkan wujudnya perkahwinan
tersebut. Oleh itu, apabila wujud dakwaan defendan tidak memberi nafkah kepada plaintif, mahkamah
beranggapan bahawa adalah menjadi beban kepada defendan untuk mengemukakan bukti bahawa nafkah yang
didakwa telah diberikan kepada plaintif.

[81]Namun, mahkamah berpuashati perceraian secara fasakh boleh dibenarkan meskipun satu alasan fasakh
sahaja diterima. Oleh kerana defendan tidak hadir semasa perbicaraan maka plaintif hendaklah bersumpah yamin
istizhar sebagaimana s 121(2) ETMMSS.
121(1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran —

(a) tiada satu pihak pun hadir, mahkamah boleh membuang tindakan itu;

(b) defendan tidak hadir, mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan
tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
(c) plaintif tidak hadir, mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan
balas.

Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)(b)
atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut manamana yang
berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
KEPUTUSAN

[82]Setelah mahkamah mendengar keterangan dan pengakuan keduadua belah pihak, serta meneliti dokumen
yang dikemukakan, setelah pihak plaintif bersumpah yamin istizhar setelah menimbangkannya, mahkamah
berpuashati dan memerintahkan seperti berikut:
(1) mahkamah sabitkan aduan plaintif bahawa suaminya iaitu Nurrizal bin Ahmad Imran (No K/P: 730118-10-
5305) telah cuai atau gagal memberi nafkah zahir lebih tujuh bulan melebihi tempoh tiga bulan;
(2) mahkamah tidak sabitkan dakwaan plaintif bahawa defendan telah lazim menyakiti dan menjadikan
kehidupan plaintif menderita;
(3) mahkamah memutuskan dengan sabitnya aduan plaintif tersebut, mulai hari ini 28 Jun 2007, mahkamah
membubarkan atau memfasakhkan pernikahan antara plaintif iaitu Nurhuda bt Ismail (No K/P: 751202-02-
6186) dengan suaminya Nurrizal bin Ahmad Imran (No K/P: 730118-10-5305);
Page 18 of 18
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran, [2009] 1 SHLR 108

(4) mahkamah perintahkan perceraian tersebut didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
(cawangan Kuang) dan Surat Perakuan [*133]
Nikah (Negeri Selangor) No siri 145832 bilangan 07/2005 (salinan asal; 91/2004) dibatalkan; dan
(5) mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini hendaklah mengemukakan notis rayuan
dalam tempoh 14 hari mulai tarikh penghakiman.

Order accordingly.
Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

End of Document

You might also like