You are on page 1of 14

Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria

[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 7

A Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria

SHARIAH HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CASE NO


14200-028-0494 OF 2008
B
MOHD AMRAN MAD ZAIN ShHC J
26 JULY 2013

C Islamic Law — Islamic Family Law — Hadhanah — Children mumaiyiz —


Whether plaintiff entitled to custody — Whether claim established — Factors
considered — Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, ss 81, 82, 83, 86,
87

D
Islamic Law — Syariah Court — Hadhanah — Jurisdiction — Whether within
jurisdiction of Syariah High Court — Administration of Islamic Law (Federal
Territories) Act 1993 S 46(2)(b); Islamic Family Law (Federal Territories) Act
1984, s 4; Practice Direction No 2 of 2002
E
The Shariah Subordinate Court had, on 4 February 2010, annulled the
marriage between the plaintiff and the defendant by a fasakh divorce and the
said divorce was affirmed by the Shariah High Court on 17 February 2012.
They had four children from the said marriage. Prior to the divorce, the
F
plaintiff had left the matrimonial home with her three children, two girls and
one boy, when the defendant had decided to remarry. However, she had since,
returned the boy to the defendant. The plaintiff then stayed separately with her
two daughters and the defendant, with his two sons. However, they visited
their children on weekends or any other time convenient to them. Vide this
G
application, the plaintiff applied for the custody of her two sons. The main
issue herein is concerning the custody of the children or hadhanah namely, who
among the parents was best entitled to the custody of the children. At the
material time, the plaintiff was still unmarried and the children had already
reached the age of discernment (mumaiyiz).
H
Held, granting custody of the third and fourth child to the plaintiff whilst the
first and second child given to the defendant:
(1) Hadhanah means looking after the needs and education of the child in
all aspects of life by a person who is entitled to the custody of the child
I among the parents or relatives to the degree of mahram relationship till
the child attained a certain age. The scope of hadhanah is very broad
and encompasses all other aspects such as taking care of the child, his
educational needs, and other aspects involving his welfare and
well-being (see para 35).
8 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

(2) Upon considering all the relevant evidence of the parties and their A
witnesses including interviews with the children, this court maintains
the current status quo of the children namely that, the two daughters
are to remain with the plaintiff and their two sons, with the defendant.
The children had already started their schooling in the locality where
the parties were residing. Furthermore, considering their welfare, this B
court is convinced that the children should remain as in their previous
arrangements (see para 31).
(3) However, the plaintiff and defendant would be allowed to visit their
child as provided in s 87. Apart from the above, the children should be C
allowed to mingle so as to build love and affection between them and
their parents (see para 38).

[Bahasa Malaysia summary


D
Plaintif dan defenden telah bercerai secara fasakh di Mahkamah Rendah
Syariah pada 4 Februari 2010 dan rayuan defendan terhadap keputusan hakim
bicara telah ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada 17 Februari
2012. Sepanjang perkahwinan, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya
mata. Sebelum perceraian berlaku, plaintif telah bertindak keluar daripada
E
rumah disebabkan tindakan pihak defendan untuk berkahwin lain. Plaintif
telah membawa keluar seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan
tetapi telah memulangkan anak lelaki ke rumah kelamin. Selepas itu, plaintif
dan dua orang anak perempuannya telah tinggal berasingan dengan defenden.
Sehingga kini, dua orang anak perempuan telah tinggal bersama-sama dengan
F
plaintif, manakala dua orang anak lelaki pula telah tinggal bersama-sama
dengan defenden. Pihak-pihak akan datang melawat anak-anak dan
mengambil anak-anak tersebut pada hujung minggu atau pada bila-bila masa
yang dirasakan sesuai. Melalui tindakan ini, plaintif menuntut hak penjagaan
keempat anak-anak tersebut. Isu utama dalam kes ini adalah mengenai
G
hadhanah iaitu siapakah orang yang paling berhak untuk menjadi penjaga
kepada anak-anak ini. Plaintif masih tidak berkahwin dengan lelaki lain dan
keempat anak-anak tersebut telah mumaiyiz.

Diputuskan, hak jagaan anak ketiga dan keempat diberikan kepada plaintif; H
hak jagaan anak pertama dan kedua diberikan kepada defendan:
(1) Hadhanah yang bererti menjaga dan mendidik anak-anak dalam
semua hal keadaan kehidupannya sehingga umur tertentu oleh
seseorang yang berhak dan bertanggungjawab ke atasnya sama ada dari
kaum kerabat atau mahramnya. Skop hadhanah ini adalah lebih luas I
dan meliputi semua segi termasuklah menjaga, memimpin, mendidik
dan mengatur segala hal ehwal kanak-kanak termasuk hal ehwal
kebajikan dan kemaslahatan kanak-kanak tersebut (lihat perenggan
35).
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 9

A (2) Mahkamah setelah meneliti keterangan yang disampaikan oleh


plaintif, defendan dan saksi-saksi defendan dan juga hasil daripada
temubual yang dijalankan oleh mahkamah terhadap anak-anak
tersebut, mahkamah mendapati anak-anak tersebut yang kini berada
sebagaimana sekarang iaitu dua orang anak perempuan tinggal
B bersama ibu manakala dua orang anak lelaki tinggal bersama dengan
bapa. Anak-anak tersebut juga telah bersekolah di tempat
berhampiran dengan kediaman yang mereka tinggal iaitu bersama
pihak-pihak. Seterusnya bagi menjaga kebajikan anak-anak tersebut
mahkamah berpuas hati terhadap keadaan sekarang di mana
C anak-anak tersebut tinggal bersama-sama pihak-pihak dan
memutuskan untuk anak-anak tersebut kekal bersama pihak-pihak
(lihat perenggan 31).
(3) Hak lawatan perlu diberikan kepada pihak yang tidak mendapat hak
D
jagaan kekal bagi merealisasikan hak sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam s 87. Selain daripada itu juga, anak-anak tersebut
perlu ada bersama-sama bagi mengukuhkan ikatan atau hubungan
kasih sayang di antara adik beradik dan juga ibu bapa mereka (lihat
perenggan 38).]
E Notes
For cases on Islamic Law in general, see 8 Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) paras
639-918.
For cases on jurisdiction of Syariah Court, see 8 Mallal’s Digest (5th Ed, 2015)
F paras 849-857.

Cases referred to
Nooranita bt Kamarudin lwb Faez bin Yeop Ahmad , Jurnal Hukum 1998 (refd)
Wan Abdul Aziz v Siti Aishah , Jurnal Hukum (refd)
G
Legislation referred to
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
ss 4, 81(1), 82, 83, 83(b), (c), (d), (e), 86, 86(2)(b), (4), 87(1), 87(2)(c), (d)
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
H 1993 s 46(2)(b)

Mohd Amran Mad Zain ShHC J:

I
LATAR BELAKANG KES

[1] Plaintif ialah Badhirah bt Ishak merupakan bekas isteri kepada defenden
iaitu Zawawi bin Zakaria. Mereka telah bernikah pada 31 Mei 1995. Kes
10 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

perceraian secara fasakh telah difailkan oleh plaintif dan telah diputuskan oleh A
hakim bicara pada 4 Februari 2010 tetapi dirayu oleh defendan dihadapan
hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Mohd Amran bin Mat Zain.
Keputusan kes rayuan telah diputuskan pada 17 Februari 2012 yang
menyatakan seperti berikut.
B
(a) bahawa permohonan perayu berhubung rayuan ini adalah ditolak
dengan kos.
(b) perintah yang dikeluarkan pada 4 Februari 2010 adalah dikekalkan.
C
[2] Justeru itu, pihak-pihak telah bercerai secara fasakh berdasarkan rayuan
yang diputuskan pada 17 Februari 2012.

[3] Sepanjang perkahwinan, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya


mata iaitu: D

BIL NAMA TARIKH LAHIR NO SIJIL


KELAHIRAN/ KAD
PENGENALAN
1 Muhammad Hanif bin 8 MAC 1996 (17 AB 97039 E
Zawawi TAHUN)
2 Muhammad Raouf bin 15 JULAI 1998 (15 L
Zawawi TAHUN) 215973/980715-14-5251
3 Maisarah bt Zawawi 6 MAC 2000 (13 AQ
TAHUN) 75248/000306-14-1800
F
4 Marissa bt Zawawi 7 OGOS 2002 (11 BB 37765
TAHUN)

Selepas ini disebut sebagai ‘anak-anak tersebut’.


G
[4] Sebelum perceraian berlaku, plaintif telah bertindak keluar daripada
rumah disebabkan tindakan pihak defendan untuk berkahwin lain. Plaintif
telah membawa keluar seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan
tetapi telah memulangkan anak lelaki ke rumah kelamin. Selepas itu, plaintif
dan dua orang anak perempuannya telah tinggal berasingan dengan defenden. H

[5] Sehingga kini, dua orang anak perempuan telah tinggal bersama-sama
dengan plaintif, manakala dua orang anak lelaki pula telah tinggal
bersama-sama dengan defenden. Pihak-pihak akan datang melawat anak-anak
dan mengambil anak-anak tersebut pada hujung minggu atau pada bila-bila I
masa yang dirasakan sesuai.

[6] Defenden bekerja sebagai pengarah/optometris di rangkaian kedai


cermin mata iaitu Menara Optometry dengan memperolehi pendapatan
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 11

A sekitar RM6,000 sebulan dan elaun pengarah RM9,000. Manakala plaintif


pula ialah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang
berpendapatan sekitar RM5,000.
Penghakiman YA Mohd Amran bin Mohd Zain, Hakim Mahkamah Tinggi
B Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

[7] Mahkamah telah mendengar kes ini melalui perbicaraan berdasarkan


keterangan plaintif, defenden, saksi plaintif dan soal balas defenden ke atas
saksi plaintif pada tarikh perbicaraan yang melibatkan tempoh yang lama
C bermula tahun 2010 sehingga tahun 2013. Perbicaraan dilaksanakan
berdasarkan afidavit keterangan, dimulakan dengan plaintif saksi-saksi plaintif
dan juga defendan. Plaintif di dalam kes ini membawa dua orang saksi iaitu
Basimah bt Ishak (‘SP1’) dan juga Adibah bt Ishak (‘SP2’). Afidavit keterangan
saksi dibuat pada defendan juga telah memberi keterangan secara afidavit pada
D 21 Januari 2011.

[8] Pada 30 April 2013, mahkamah telah menggugurkan hak defendan


untuk mengemukakan saksi atau memberikan keterangan semula kerana
E kegagalan hadir ke mahkamah. Mahkamah telah memerintahkan untuk
kemukakan anak-anak kepada mahkamah untuk ditemubual kerana anak
telah mumaiyiz. Pada 18 Julai 2013, anak-anak telah dipanggil dan sesi
temubual telah berjalan dengan sempurna yang dihadiri oleh keempat
anak-anak tersebut.
F
[9] Mahkamah mendapati dalam membuat keputusan ini, mahkamah
berpendapat sebelum keputusan diberikan terdapat beberapa isu yang perlu
diputuskan oleh mahkamah. Antara isu-isunya ialah:
G (a) sama ada mahkamah berbidang kuasa mendengar kes ini?
(b) kebajikan anak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah bagi
menentukan hak penjaga; dan
(c) jika hak jagaan diberikan, bagaimana dengan hak lawatan bagi pihak
H
yang satu lagi?

[10] Mahkamah merujuk kepada isu pertama iaitu sama ada mahkamah
berbidang kuasa mendengar kes ini. Mahkamah merujuk kepada s 46(2)(b)
I Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993.
12 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

46(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh A


Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a) …
B

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua


tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam
dan yang berhubungan dengan:
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan C
(fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada
mana-mana perkara yang dinyatakan dalam sub-perenggan (i);
D
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau
jagaan (hadhanah) budak-budak;

[11] Mahkamah juga merujuk kepada arahan amalan no 2 tahun 2002


menyatakan: E

… kes-kes yang melibatkan tuntutan hadhanah, harta sepencarian tak alih, dan
permohonan ex parte hendaklah dimulakan prosiding di Mahkamah Tinggi
Syariah.
F
[12] Berkenaan dengan pemastautinan pihak-pihak, mahkamah berpuas
hati bahawa s 4 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984 Pindan 2006 yang memperuntukkan:

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Akta ini G


terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan bagi
semua orang Islam yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di
Luar WilayahPersekutuan.

H
[13] Justeru itu, mahkamah berpuashati bahawa mahkamah mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar dan seterusnya memutuskan kes ini
berdasarkan peruntukan dia atas.
Isu kedua: Sama ada plaintif layak menjadi penjaga anak-anak tersebut?
I
[14] Melihat pula kepada subject matter atau pun isu utama dalam kes ini
iaitu mengenai hadhanah, secara ringkas, pengertian hadhanah mengikut
syarak, menurut Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Fiq Ji al Islamiywa
Adillatuh, juz 10, hlm 7295 menyebutkan:
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 13

A Hadhanah pada bahasa ialah di samping, iaitu himpun di samping (di sisi). dari segi
Syarak ialah hak mendidik anak-anak bagi orang yang tidak mempunyai hak
penjagaan. Atau mendidik dan menjaga mcreka yang tidak mampu mcngurus diri
sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara buruk mengenainya, kerana
mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
B
[15] Manakala dalam kitab al-Fiah al-Manhaji, Jilid 2 hlm 181 pula
menyebut:

C Bermaksud: Hadhanah dari segi istilah Syarak ialah menjaga seseorang yang tidak
dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah yang
mendatangkan kebaikan kepadanya sesuai dengan umur mumayyiz. Adapun
menjaga kanak selepas umur mumayyiz sehingga umur baligh, dinamakan kafalah,
tidak dinamakan hadhanah.
D
[16] Dari sudut hukumnya pula, dalam kitab al-Mughni, menyebut bahawa
hukum penjagaan adalah wajib. Sesungguhnya ia adalah satu kewajiban kerana
orang yang memerlukan penjagaan akan binasa andainya mereka tidak diberi
penjagaan. Lantaran itu wajib juga dijaga mereka daripada kebinasaan
E sebagaimana wajib mengeluarkan perbelanjaan ke atasnya dan menyelamatkan
dari kebinasaan (lihat al-Mughni, Jilid 7, hlm 612).

[17] Isu yang perlu mahkamah ini ambil perhatian ialah mengenai siapakah
orang yang paling berhak untuk menjadi penjaga kepada anak-anak ini.
F Rujukan kepada pandangan Syeikh Shamsuddin Muhammad di dalam
kitabnya al-Iqna’ Jilid 2, hlm 385 yang menyebutkan:

Bermaksud: Dan keutamaannya adalah kepada ibu seperti mana penulis telah
berkata (dan apabila berpisah di antara lelaki dan isterinya) sama ada melalui talak,
G atau faskh atau li’an (dan mereka berdua mempunyai anak) yang tidak mumayyiz
sama ada lelaki atau perempuan atau khuansa (maka untuk ibu hak jagaan terhadap
anak itu).

[18] Manakala di dalam kitab al Um, oleh Imam al-Shafei, Jilid 3, Beyrut,
H
Lebanon, menyebutkan:

Maksudnya: Apabila berpisah kedua ibu bapa dan kedua-duanya berada dalam satu
qariah maka ibu adalah lebih berhak terhadap anaknya selama ia belum berkahwin
lain dan semasa anak-anak itu masih kecil. Apabila genap umur mereka tujuh
I tahun atau lapan tahun dan ia sempurna akal ia disuruh pilih di antara bapa dan
ibunya dan ia akan bersama dengan siapa yang dipilih.

Dalam kitab Subul al-Salam oleh Al-Syed Al-Imam Muhammad bin Ismail
al-Kahlani, Juzuk 3, ms 227 pula, al-Kahlani membawa satu hadis:
14 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru: Bahawa seorang perempuan berkata: A


Ya Rasulullah, sesungguhnya anak lelakiku ini perutkulah yang menjadi bijananya
(mengandungnya) dan tetekku yang menjadi minumnya, dan lembungku yang
menjadi perlindungannya dan sesungguhnya bapanya telah menceraikan aku dan
is akn mengambilnya daripada aku, maka bersabda Rasulullah S.A.W. kepadanya:
Engkau lebih berhak mengasuh anakmu selama engkau belum berkahwin dengan B
orang lain. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan al-Hakim telah mengasahkannya.)

[19] Seterusnya mahkamah ini merujuk kepada autoriti-autoriti lain yang


pernah dimuatkan oleh para fuqahak dalam penyelesaian masalah seperti ini.
Dalam kitab Al-Muhazzab juzuk 2 hlm 171; Mughni al-Muhtaj’ Juzuk 3 hlm C
456 disebut maksudnya:

Apabila berlaku perpisahan antara suami-istcri dan mereka mempunyai seorang


anak yang mumayyizsama ada lelaki atau perempuan dan sudah mencapai umw
tujuh atau lapan tahun. Kedua-dua suami-isteri ini pula layak menjaga anak D
(hadhanah) walau salah seorang daripada kedua mereka lebih baik daxi sudut
agama, hatta benda atau kasih sayang dan mereka tidak sepakat kata, anak itu
hendaklah diberi pilihan antara kedua mercka dan tinggal hersama dengan ibu
hapa yang dipilihnya. KcranaBaginda’Nahi S.A.W. telah memberipilihan kepada
seoranganak lelaki antara hapa dan ihunya.
E
(Mughni AIMuAtajJuzuk 3 hal 456; Al Fiqh al lslami wa Adillatului juzuk 7 edisi
31409-1949 hal 743).

[20] Peruntukan s 83 Akta Undang-Undang Keluarga Islam


(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Pindaan 2006 meyatakan seperti F
berikut:

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang:

G
(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu
dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya
dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu
tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika
perkahwinan itu dibubarkan. H

(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan


terbuka;

I
(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan
untuk mencegah bapa kanakkanak itu dari menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa
seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke
tempat lahir isteri itu;
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 15

A (d) jika perempuan itu murtad;

(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

B [21] Mahkamah merujuk kepada ketarangan yang diberikan oleh plaintif,


defenden dan saksi-saksi plaintif. Sepanjang kenyataan yang diberikan oleh
pihak plaintif, plaintif masih tidak berkahwin dengan lelaki lain. Justeru itu,
jika dirujuk peruntukan di atas, mahkamah berpuas hati bahawa plaintif masih
mempunyai kelayakan utama di dalam hadhinah ini.
C
[22] Sebelum daripada itu mahkamah juga memberikan perhatian kepada
peruntukan s 81(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984 Pindaan 2006 yang memperuntukkan:

D 81(1) Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang
bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga
selepas perkahwinannya dibubarkan.

[23] Peruntukan seksyen ini menyebut secara jelas mengenai hak ibu sebagai
E penjaga yang paling berhak berbanding orang lain bagi menjaga anak kecilnya.
Soalnya adakah ibu atau plaintif dalam kes ini berkelayakan untuk menjadi
penjaga kepada anak-anak itu? Kita rujuk pula kepada s 82 Akta yang sama
yang memperuntukkan:

F 82 Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, berhak


menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

(a) dia seorang Islam;

G
(b) dia sempurna akal;

(c) umurnya melayakkan dia memberi kanak-kanak itu jagaan dan kasih
sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
H
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin


menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
I

[24] Mengenai syarat beragama Islam ini, rujukan kepada kitab al-Iqna’
karangan Syeikh Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib
al-Sharbini, Jilid 2, hlm 389, yang menyebut:
16 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Bermaksud: Syarat ketiga ialah Islam. Penjaga bagi kanak-kanak itu mestilah Islam. A
Maka tiada hadhanah untuk orang kafir ke atas orang Islam. Dan sekiranya tiada
kekuasannya ke atasnya (penjaga), kerana takut berlaku fitnah kepada agamanya,
maka hadhanah itu hendaklah kepada kerabat yang beragama Islam.

[25] Mahkamah berpuas hati mengenai syarat beragama Islam ini telah B
dipenuhi oleh plaintif. Mengenai syarat kedua iaitu seorang yang sempurna
akal, syarat ketiga iaitu umur yang layak dan matang dalam memberikan kasih
sayang dan syarat keempat iaitu berkelakuan baik, juga telah dipenuhi oleh
plaintif berdasarkan bahawa tiada satu pun keterangan yang menunjukkan
fakta yang bertentangan dengan peruntukan (b), (c) dan (d) s 83 tersebut. C

[26] Mengenai syarat kelima s 83(e) iaitu tinggal di tempat di mana


kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi
akhlak atau jasmani pula, defendan di dalam keterangannya menyatakan
D
bahawa kediaman defenden adalah jauh lebih baik berbanding dengan
kediaman plaintif. Mahkamah melihat kepada isu ini berdasarkan aspek
keselamatan kediaman, tiada bukti yang dikemukakan menyatakan kediaman
plaintif adalah ditempat yang diancam walaupun kediaman defendan lebih
selamat dan selesa. Sepanjang dua anak perempuan pihak-pihak yang tinggal
E
bersama-sama dengan plaintif, tiada satu kejadian yang menjelaskan terdapat
ancaman keselamatan yang dihadapai oleh anak-anak tersebut.

[27] Mahkamah juga merujuk kepada s 86 Akta Undang-Undang Keluarga


Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pindaan 2006 yang menyatakan F
sebagaimana berikut;
Seksyen 86 Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai jagaan
(1)…
(2) Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak patut G
diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan,
tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian
kepada:
(a) kemahuan ibu bapa kanak-kanak itu; dan
(b) kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat menyatakan H
sesuatu pendapatnya sendiri.

[28] Berdasarkan seksyen ini mahkamah dalam menjalankan kuasanya telah


memanggil anak-anak tersebut untuk ditemubual bagi mengenal pasti pilihan
penjaga yang akan mereka pilih sebelum mahkamah membuat keputusan I
berkaitan dengan hak jagaan ini. Anak-anak tersebut telah mencapai umur
mumaiyiz dan mahkamah percaya anak-anak tersebut dapat menyatakan
sesuatu pendapatnya sendiri selaras dengan peruntukan di bawah s 86(2)(b)
Akta yang sama.
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 17

A [29] Pada 18 Julai 2013, anak -anak telah datang ke mahkamah dan mereka
telah berjumpa keempat-empat orang adik beradik ini di ruang pejabat
mahkamah. Anak-anak tersebut kelihatan ceria dan seronok. Semasa temubual
dijalankan, anak-anak tersebut dipanggil secara bersendirian. Hasil daripada
temubual, anak-anak tersebut tiada masalah sama ada berada bersama dengan
B plaintif mahupun defenden. Mereka mampu menyatakan perkara yang baik
terhadap kedua-dua ibu bapa mereka dan tiada suatu kenyataan pun yang
memburukkan mana-mana pihak.

C [30] Seterusnya, mahkamah juga merujuk kepada s 86(4) Akta yang sama
yang menyatakan sebagaimana berikut:

(4) Jika ada dua orang atau lebih kanak-kanak daripada mana-mana perkahwinan,
Mahkamah tidaklah terikat meletakkan kedua-dua atau kesemuanya dalam jagaan
D orang yang sama tetapi hendaklah menimbangkan kebajikan tiap-tiap seorangnya
secara berasingan.

[31] Berdasarkan peruntukan ini, mahkamah setelah meneliti keterangan


yang disampaikan oleh plaintif, defendan dan saksi-saksi defendan dan juga
E hasil daripada temubual yang dijalankan oleh mahkamah terhadap anak-anak
tersebut, mahkamah mendapati anak-anak tersebut yang kini berada
sebagaimana sekarang iaitu dua orang anak perempuan tinggal bersama ibu
manakala dua orang anak lelaki tinggal bersama dengan bapa. Anak-anak
F
tersebut juga telah bersekolah di tempat berhampiran dengan kediaman yang
mereka tinggal iaitu bersama pihak-pihak. Seterusnya bagi menjaga kebajikan
anak-anak tersebut mahkamah berpuas hati terhadap keadaan sekarang di
mana anak-anak tersebut tinggal bersama-sama pihak-pihak dan memutuskan
untuk anak-anak tersebut kekal bersama pihak-pihak.
G
Isu Ketiga yang perlu diambil perhatian adalah soal kebajikan dan
kemaslahatan kanak-kanak tersebut dan bukannya kebajikan dan
kemaslahatan pihak yang menjaga.

H
[32] Hal ini dinyatakan dan dikuatkan dengan pendapat Syed Sabiq dalam
kitabnya Fiqh al-Sunnah, Jilid 2 hlm 339 iaitu:

Maksudnya: sesungguhnya sctiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai
hah dalam pemcliharaan tetapi halt yang dijaga (anak) adalah lebih hiat daripada
I yang menjaganya.

[33] Dalam kes Nooranita bt Kamarudin lwb Faez bin Yeop Ahmad , Jurnal
Hukum 1998, ms 52 dinyatakan bahawa:
18 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

Pokok dan tujuan hadahanah ialah muslihat dan kebajikan budak yang dipelihara A
dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak yang mesti diutamakan lebih dari
hak pihak yang memelihara baik.

[34] Selanjutnya mahkamah merujuk kepada satu kes yang menyentuh


B
mengenai perkara ini, di dalam kes Wan Abdul Aziz v Siti Aishah JH (1401H)
147, Jemaah Rayuan menyatakan

Pokok dan tujuan hadhanah icdah muslihat dan kebajikan budak yang dipelihara
dan dijaga sebagai hak asasi budak itu. Hak yang mesti diutamakan lebib dari hak
pihak yang memelihara sebagaimana yang difahamkan oleh fatwa Ibnu Abi C
al-Salahyang tersebut di dalam ‘Tuhfah’ dan ‘Mhayah’ serta diakui muktamadnya
oleh Ali Shabramulsi, juga sebagaimana yang disalin oleh Syed Sabiq dalam Fiqlml
Sunah, juzuk 8 yang bermaksud: ‘sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang
dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak yang dijaga lebih
kuat dari hak yang menjaga’, dan diterangkan oleh Ibnu Qudamah dengan katanya D
yang bermaksud: ‘sabitnya hadhanah adalah untuk menentukan nasib
(Itepentingan) budak (kanak-kanak) itu.

[35] Berhubung dengan isu utama dalam kes ini iaitu hadhanah yang bererti
menjaga dan mendidik anak-anak dalam semua hal keadaan kehidupannya E
sehingga umur tertentu oleh seseorang yang berhak dan bertanggungjawab ke
atasnya sama ada dari kaum kerabat atau mahramnya. Skop hadhanah ini
adalah lebih luas dan meliputi semua segi termasuklah menjaga, memimpin,
mendidik dan mengatur segala hal ehwal kanak-kanak termasuk hal ehwal
kebajikan dan kemaslahatan kanak-kanak tersebut. F

[36] Seksyen 87(1) akta yang sama menyebutkan:

Sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang
difikirkan oleh mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk kepada syarat-syarat, G
jika ada, yang dipakai dari semasa ke semasa, perintah syarat itu adalah
menghakkan orang yang diberi jagaan itu untuk memutuskan semua soal
berhubungan dengan pendidikan dan pengajaran kanak-kanak itu.

[37] Begitu juga pada s 87(2)(c) dan (d), mengadakan peruntukan bagi H
kanak-kanak itu:

(c) melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari
keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan pada I
masa-masa dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Mahkamah;

(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang dari
Bashirah bt Ishak v Zawawi bin Zakaria
[2015] 3 ShLR (Mohd Amran Mad Zain ShHC J) 19

A keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak
untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu pada masa-masa dan
dengan seberapa kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

[38] Justeru itu hak lawatan perlu diberikan kepada pihak yang tidak
B mendapat hak jagaan kekal bagi merealisasikan hak sebagaimana seksyen yang
telah dinyatakan di atas tadi. Selain daripada itu juga, anak-anak tersebut perlu
ada bersama-sama bagi mengukuhkan ikatan atau hubungan kasih sayang di
antara adik beradik dan juga ibu bapa mereka.
C KEPUTUSAN
Hak Jagaan anak:
1. Mahkamah memerintahkan hak jagaan anak ketiga dan keempat diberikan
kepada plaintif iaitu:
D
BIL NAMA TARIKH LAHIR NO. SIJIL
KELAHIRAN/ KAD
PENGENALAN
3. Maisarah bt Zawawi 06 MAC 2000 (13 AQ 75248/000306-144800
TAHUN)
E
4. Marissa bt Zawawi 07 OGOS 2002 (11 BB 37765
TAHUN)

2. Mahkamah memerintahkan hak jagaan anak pertama dan kedua diberikan


kepada defendan iaitu:
F
BIL NAMA TARIKH LAHIR NO. SIJIL
KELAHIRAN/ KAD
PENGENALAN
1. Muhammad Hanif 8 MAC 1996 AB 97039
bin Zawawi (17 TAHUN)
G 2 Muhammad Raouf 15JULAI 1998 L 215973/98071544-5251
bin Zawawi (15 TAHUN)

Hak lawatan
1. Mahkamah memerintahkan hak lawatan diberikan kepada plaintif dan
H defenden secara bergilir-gilir dengan ketentuan seperti berikut:
(a) plaintif diberi hak melawat dan bermalam bagi anak pertama dan
kedua pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
(b) defenden diberi hak melawat dan bermalam bagi anak ketiga dan
I keempat pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.
2. Masa lawatan dan bermalam adalah bermula daripada Jumaat jam 6 petang
sehingga Ahad 6 petang.
3. Bagi cuti persekolahan yang panjang, dibahagikan kepada tiga dengan
20 Shariah Law Reports [2015] 3 ShLR

dimulai 1/3 hari diberikan kepada plaintif, 1/3 hari kepada defenden dan 1/3 A
hari untuk sesi pembelajaran anak-anak.
4. Bagi cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri diberikan secara bergilir-gilir antara
plaintif dan defenden iaitu pada tahun 2013 diberikan kepada plaintif dan
anak tersebut hendaklah diserahkan tiga hari sebelum perayaan manakala pada
tahun 2014 diberikan kepada defenden dan begitulah pada tahun-tahun B
berikutnya sehingga ada perintah lain dikeluarkan oleh mahkamah.
5. Bagi cuti perayaan Hari Raya Aidil Adha diberikan secara bergilir-gilir antara
defenden dan juga plaintif iaitu pada tahun 2013 diberikan kepada defenden
dan anak tersebut hendaklah diserahkan dua hari sebelum perayaan manakala C
pada tahun 2014 diberikan kepada plaintif dan begitulah pada tahun-tahun
berikutnya sehingga ada perintah lain dikeluarkan oleh mahkamah.
6. Perintah berkaitan dengan giliran dan masa juga tertakluk pada
perbincangan dan persetujuan yang dicapai antara pihak-pihak.
D
Order accordingly.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed


E

You might also like