You are on page 1of 14

Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt

Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar


[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 1

A Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt


Abdullah Ho

B SHARIAH COURT OF APPEAL (SELANGOR) — APPEAL CASE NO


10000–043–0023 OF 2015
IBRAHIM LEMBUT (CHAIRMAN), AIDI MOKHTAR AND
MUKHYUDDIN IBRAHIM SHCAJJ
09 OCTOBER 2017
C
Islamic Law — Conversion — Conversion to Islam — Respondent converted to
Islam — Respondent filed application at Shariah High Court for order that she
was no longer Islam — Shariah High Court allowed application — Appellant
D appealed — Whether respondent’s conversion to Islam in accordance with pillars
and requirements of Syahadah — Administration of Islamic Law Act (Federal
Territories) 1993 ss 85 & 95

Islamic Law — Renunciation of Islam — Jurisdiction of Shariah Court


E
— Respondent converted to Islam — Respondent filed application at Shariah
High Court for order that she was no longer Islam — – Shariah High Court
allowed application — Appellant appealed — Whether Selangor Shariah Court
had jurisdiction to declare that respondent was no longer Islam — Administration
F of Islamic Law (State of Selangor) Enactment 2003 s 61(3)

The respondent filed an application at the Syariah High Court of Shah Alam
(‘the trial court’) for an order declaring that she was no longer a Muslim under
s 61(3) of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor)
G Enactment 2003 (‘the EPAIS’). Having heard the parties, the trial court
allowed the respondent’s claim and declared that the respondent was no longer
a Muslim (‘the order’). Dissatisfied with the said decision, the appellant filed
the present appeal. The issues that arose were (a) whether the trial judge erred
in fact and in law in holding that the respondent, during her conversion to
H Islam on 8 September 1999 at the Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, did not satisfy the pillars and requirements of a valid syahadah;
and (ii) whether the Syariah Court of Selangor was seized with the jurisdiction
to declare that the respondent was no longer a Muslim based on the provision
of s 61(3) of the EPAIS.
I
Held, allowing the appellant’s appeal and striking out the order of the trial
court:
(1) The trial judge erred in concluding that the respondent’s conversion to
Islam was invalid as the respondent did not practice the teachings of
2 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

Islam after reciting her syahadah. The respondent’s conversion to Islam A


was valid under Hukum Syarak and the laws as all the requirements
under ss 85 and 95 of the Administration of Islamic Law (Federal
Territories) Act 1993 were satisfied. In terms of her capacity to convert to
Islam, when she recited the syahadah, the respondent was aged older than
18 years old. The respondent also recited, reasonably clearly, the two B
parts of syahadah in Arabic. The appellant’s witness also stated that when
the respondent recited the syahadah, she was informed of the meaning of
the syahadah. Furthermore, the respondent, by way of documentary
evidence, admitted that when she recited the syahadah, she did so
voluntarily (see para). C
(2) Since the respondent’s conversion was complete and she was accepted by
the society as a Muslim, the respondent was bound by the second
principle in the case of Majlis Agama Islam Pulau Pinang v Siti Fatimah
Tan Abdullah [2009] 27 2 185 which was ‘For those who had converted
D
to Islam and had fulfilled the requirements of syahadah and was accepted
by the society as a Muslim, they could not be declared as no longer
Muslim under this said provision’ (see para).
[Bahasa Malaysia summary
E
Reponden telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah
Selangor di Shah Alam (‘mahkamah bicara’) untuk mendapatkan perintah
pengisytiharan bahawa dia bukan lagi beragama Islam berdasarkan s 61(3)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EPAIS’). Setelah
mendengar hujahan pihak-pihak, mahkamah bicara telah meluluskan F
tuntutan responden dan mengisytiharkan bahawa responden adalah bukan lagi
seorang Islam (‘perintah’). Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut,
perayu telah memfailkan rayuan semasa. Isu-isu yang timbul adalah: (a) sama
ada hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila
memutuskan bahawa responden semasa pemelukan Islamnya pada 8 G
September 1999 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
adalah tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sah syahadah; dan (b)
sama ada Mahkamah Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa
mengisytiharkan bahawa responden bukan lagi seorang Islam berdasarkan
kepada peruntukan s 61(3) EPAIS. H

Diputuskan, menerima rayuan perayu dan membatalkan perintah mahkamah


bicara:
(1) Hakim bicara telah terkhilaf apabila menyimpulkan bahawa kemasukan
Islam responden adalah tidak sah kerana responden tidak mengamalkan I
ajaran Islam selepas melafazkan syahadah. Kemasukan Islam responden
adalah sah mengikut Hukum Syarak dan undang-undang kerana segala
kehendak ss 85 dan 95 telah dipenuhi. Dari segi keupayaan masuk Islam,
ketika melafazkan syahadah responden telah pun berusia lebih dari 18
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 3

A tahun. Responden juga telah mengucapkan dua kalimah syahadah dalam


Bahasa Arab secara semunasabahnya jelas. Saksi perayu juga menyatakan
bahawa ketika responden mengucapkan syahadah, dia telah diberitahu
makna syahadah tersebut. Seterusnya, responden secara pembuktian
dokumen telah mengakui bahawa ketika dia mengucapkan lafaz
B syahadah, dia telah mengucapkannya dengan kerelaan hatinya sendiri
(lihat perenggan 26–28).
(2) Oleh kerana pemelukan Islam responden adalah sempurna dan dia telah
diterima oleh masyarakat sebagai orang Islam, maka responden adalah
C terikat dengan prinsip kedua dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang
lwn Siti Fatimah Tan Abdullah [2009] 27 2 185 iaitu: ‘Bagi mereka yang
memeluk Islam dan seterusnya telah memenuhi syarat-syarat syahadah
dan juga telah diterima oleh masyarakat sebagai orang Islam, maka
mereka tidak boleh diisytiharkan sebagai bukan lagi Islam di bawah
D peruntukan ini’ (lihat perenggan 46). ]

Notes
For cases on conversion to Islamin in general, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed,
2017) paras 711–714.
E
Cases referred to
Ayisha Yuveena bt Gopalan v Majlis Agama Islam Selangor (refd)
Ketua Pendakwa Syarie v Ahmad Rashid dan seorang lagi [JH November 1995
F
Jld X Bhg 1 (refd)
Suffian R Bala Rama bin Abdullah v Majlis Agama Islam Selangor Jabatan
Agama Islam Selangor (refd)

Legislation referred to
G Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993 ss 85,86, 87, 98
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 s 61(3)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 ss 119(4)(b), (7),
(8), 10
H
Mohd Redzuan bin Ramli (Mohd Redzuan Ramli & Assoc) for the plaintiff.
The defendant unrepresented.

Ibrahim Lembut SHCAJ (Chairman):


I
FAKTA KES DAN PROSIDING DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

[1] Perayu adalah Majlis Agama Islam Selangor sebuah badan yang
bertanggungjawab dalam memastikan akidah umat Islam khususnya di Negeri
4 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

Selangor terpelihara. Perayu adalah defendan kes ketika prosiding kes di A


Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam.

[2] Responden telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah


Selanogor di Shah Alam melalui kes nombor 10300–043–0170 Tahun 2011
untuk mendapatkan perintah pengisytiharan bahawa beliau bukan lagi Islam B
berdasarkan s 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003. Responden telah menamakan perayu sebagai defendan kes ketika
prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah.
C
[3] Responden dilahirkan pada 18 Mac 1977, berbangsa Cina dan agama
asal responden adalah Buddha. responden telah membesar di dalam keluarga
Cina yang mengamalkan ajaran Buddha.

[4] Responden telah memeluk Islam pada 8 September 1999 di Jabatan D


Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kad Akuan Memeluk Islam
telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur setelah menerima permohonan dari responden.

[5] Setelah responden memeluk Islam, responden telah membuat E


permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk memasukkan
perkataan ‘Islam’ di dalam kad Pengenalan responden. Responden juga telah
menukar namanya di dalam kad pengenalannya daripada nama Ho Yoke Fan
kepada Norhalimah bt Abdullah Ho.
F

[6] Pada 8 Oktober 2001, responden telah berkahwin dengan seorang lelaki
beragama Islam bernama Indrasafri bin Aminudin. Perkahwinan responden
tersebut diupacarakan berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 bagi tujuan melangsungkan G
perkahwinan secara Islam.

[7] Hasil perkahwinan tersebut responden telah memperolehi dua orang


anak perempuan iaitu:
H
(a) Nur Hazizah bt Indrasafri (lahir pada 9 Mac 2002); dan
(b) Nur Atika bt Indrasafri (lahir pada 7 September 2003)

[8] Pada 1 Ogos 2006, Indrasafri bin Aminudin telah menceraikan


I
responden di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Perceraian
tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat,
Selangor dengan talak satu kali pertama.
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 5

A [9] Pada 9hb Mei 2011, responden telah memfailkan permohonan kepada
Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam supaya mengishtiharkan
dirinya sebagai bukan lagi Islam di bawah s 61(3) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan alasan:
B (a) tidak pernah menjalankan cara hidup Islam iaitu tidak menunaikan
rukun-rukun Islam;
(b) masih mempraktikkan dalam diri sebagai seorang Buddist;
(c) tidak pernah mempelajari atau diajar tentang Islam; dan
C (d) semua saudara mara responden berbangsa Cina dan mengamalkan adat
resam Buddha, Kristian dan Ethis.

[10] Oleh kerana responden membuat permohonan supaya


D mengishtiharkan dirinya sebagai bukan lagi Islam, perayu telah memohon
Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan responden menjalani proses
rundingcara aqidah.

[11] Pada 19 Mac 2012 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor telah


E meluluslan permohonan perayu dan memerintahkan responden menjalani
proses rundingcara aqidah selama tempoh enam bulan. Sesi rundingcara
aqidah tersebut dikendalikan oleh Unit Penasihatan Aqidah, Jabatan Mufti
Negeri Selangor.

F [12] Responden telah hadir sebanyak 12 kali sesi rundingcara aqidah dan
tetap mahu meneruskan permohonannya supaya mahkamah mengisytiharkan
dirinya bukan lagi seorang Islam dan mahu kembali kepada agama asalnya iaitu
Budhha. Pada 2 Oktober 2012 responden memohon kepada Mahkamah
Tinggi Syariah untuk meneruskan permohonannya.
G
[13] Responden ketika memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi
Syariah berserta dengan seorang saksi manakala perayu juga telah
mengemukakan seorang saksi untuk memberikan keterangan.
H
[14] Seterusnya, pihak-pihak telah memfailkan hujah bertulis
masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah sepertimana pada ms 68–188
rekod rayuan.

I [15] Seterusnya mahkamah bicara telah memberi penghakiman pada 29


Februari 2016 setelah mendengar keterangan kedua-dua belah pihak,
saksi-saksi dan hujahan seperti berikut:
(1) Mahkamah meluluskan tuntutan ini berdasarkan s 61(3) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003; dan
6 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

(2) Mahkamah mengisytiharkan bahawa Ho Yoke Fan@Norhalimah bt A


Abudullah Ho, No K/P 770318–08–5202 adalah bukan lagi seorang
Islam; dan

RAYUAN PERAYU
B
[16] Perayu telah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah
memfailkan notis rayuan pada 11 Mac 2016 merayu ke Mahkamah Rayuan
Syariah Selangor terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
C
[17] Perayu kemudiannya telah mengemukakan tujuh alasan rayuan.
Setelah kami meneliti alasan rayuan dan hujahan perayu, kami mendapati isu
yang perlu diputuskan adalah seperti yang berikut:
(a) sama ada YA hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila memutuskan bahawa responden semasa pemelukan Islamnya D
pada 8 September 1999 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur adalah tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat
sah syahadah; dan
(b) sama ada Mahkamah Syariah Selangor berbidangkuasa mengisytiharkan
E
bahawa responden bukan lagi seorang Islam berdasarkan kepada
peruntukan s 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003.

Isu pertama sama ada YA hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan
undang-undang apabila memutuskan bahawa responden semasa pemelukan F
Islamnya pada 8 September 1999 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur adalah tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sah
syahadah
G
[18] Ketika responden memeluk Islam, responden telah memeluk Islam di
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pemelukan Islam responden
kemudiannya telah didaftarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Segala proses pemelukan Islam responden adalah berdasarkan
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
H
1993 (Akta 505).

[19] Bagi memutuskan isu ini, kami merujuk kepada peruntukan


undang-undang berkaitan dengan tatacara pemelukan Islam. Seksyen 85 Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 I
(Akta 505) telah menyatakan keperluan-keperluan disisi undang-undang bagi
menjadikan kemasukan Islam seseorang itu sempurna. Seksyen 85 Akta 505
menyatakan seperti berikut:
Seksyen 85Kehendak-kehendak bagi masuk Islam.
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 7

A (1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan


sah seseorang itu ke dalam agama Islam:
(a) Orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam
bahasa Arab secara semunasabahnya jelas;
B (b) Pada masa mengucap dua kalimah itu, orang itu mestilah sedar
bahawa ia bermakna ‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan
Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W ialah
Pesuruh Allah’; dan
(c) Pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu
C sendiri.
(2) Seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi
kehendak perenggan (a) subseksyen (1), mengucapkan dua kalimah
Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan
dalam perenggan (b) sebseksyen itu
D

[20] Kami berpendapat bahawa s 85 Akta, secara jelas telah memberikan


panduan kepada mahkamah bagi menentukan kemasukan seseorang yang
bukan Islam kepada Islam samada ianya sah atau pun tidak atau dengan kata
E lain ianya sempurna mahupun tidak. Tiga keperluan yang mesti menjadi
perhatian mahkamah dan ianya hendaklah dipertimbangkan bagi menentukan
kemasukan Islam itu sah atau pun tidak adalah seperti berikut:
(a) pengucapan dua kalimah syahadah hendaklah didalam bahasa Arab
F secara semunasabahnya jelas;
(b) ketika mengucapkan syahadah itu, dia mestilah sedar bahawa lafaz itu
membawa makna ‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Pesuruh Allah’;
G (c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.

[21] Syarat-syarat atau pun kehendak-kehendak yang ditetapkan oleh s 85


Akta adalah merupakan syarat disisi Hukum Syarak yang telah ditakninkan
bagi menentukan kemasukan Islam seseorang itu menjadikannya sah disisi
H Hukum Syarak.

[22] Seterusnya, undang-undang juga telah menetapkan syarat-syarat bagi


menentukan syarat sahnya kemasukan Islam seseorang berdasarkan
keupayaannya dari segi usia sebagai ‘syarat keupayaan’ masuk Islam. Ianya
I dinyatakan oleh Akta pada s 95. Seksyen 95 Akta menyatakan seperti berikut:
Seksyen 95 Keupayaan masuk Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam
jika dia sempurna akal dan —
8 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau A


(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau
penjaganya mengizinkan kemasukannya.

[23] Jika kesemua syarat-syarat tersebut adalah sempurna, maka kemasukan B


Islam seseorang itu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Sahnya kemasukan Islam seseorang itu berkuat kuasa sebaik sahaja seseorang
itu habis mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengikut
kehendak-kehendak s 85 iaitu tiga syarat tersebut. Ianya jelas dinyatakan oleh
undang-undang pada s 86 Akta. Seksyen 86 Akta menyatakan seperti berikut: C
Seksyen 86. Saat masuk Islam.
Seseorang itu masuk Islam dan menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis
mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak
seksyen 85 adalah dipenuhi, dan orang itu hendaklah selepas itu disebut sebagai D
seorang muallaf.

[24] Seterusnya, kami telah meneliti alasan penghakiman YA hakim bicara


di dalam rekod rayuan ms 189–223, dan kami mendapati bahawa asas utama
keputusan YA hakim bicara adalah kerana YA hakim tidak berpuas hati dengan E
cara/proses pemelukan Islam responden dan amalan-amalan serta kehidupan
responden selepas memeluk Islam.

[25] YA hakim bicara dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa


F
responden tidak pernah mengamalkan ajaran Islam selepas responden
melafazkan syahadah dengan sempurna. Disamping itu, hakim bicara juga
menyatakan bahawa responden juga masih berterusan mengamalkan agama
Buddha. Yang arif hakim bicara menyimpulkan bahawa berdasarkan
kehidupan responden yang tidak mengamalkan ajaran Islam dalam G
kehidupannya selepas melafazkan syahadah tersebut membuktikan bahawa
responden kemasukan Islam responden adalah tidak sah mengikut hukum
syarak dan undang- undang.

[26] Kami berpendapat adalah sebaliknya, iaitu kemasukan Islam responden H


pada 8 September 1999 adalah sah mengikut Hukum Syarak dan
undang-undang. Kami mendapati segala kehendak s 85 (kehendak-kehendak
disisi Hukum Syarak) dan s 95 (keupayaan usia) telah dipenuhi ketika
responden melafazkan syahadahnya. Fakta-fakta telah membuktikan bahawa
setiap kehendak-kehendak di bawah ss 95 dan 85 Akta telah dipenuhi dan I
mencukupi.
(a) Keupayaan masuk Islam — Ketika melafazkan syahadah responden
sudahpun berusia lebih dari 18 tahun (keperluan s 95 Akta);
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 9

A (b) responden telah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab
secara semunasabahnya jelas. Perkara ini telah dinyatakan oleh saksi
pihak perayu Puan Nik Norliza bt Nik Kamaludin (Pegawai Hal Ehwal
Islam, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan
Dakwah, JAWI) didalam keterangannya pada ms 57–64 rekod rayuan.
B Bukti secara dokumen lafaz yang telah dilafazkan yang ianya telah
ditandatangani oleh responden juga telah dikemukakan kepada
mahkamah.
(c) saksi perayu juga menyatakan bahawa ketika responden mengucapkan
C syahadah itu, dia telah diberitahu bahawa lafaz syahadah tersebut
membawa makna ‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Pesuruh Allah’.
Perkara ini ada dinyatakan oleh saksi perayu dalam keterangannya
kepada mahkamah sepertimana pada ms 57–64 rekod rayuan. Bukti
D secara dokumen pengertian syahadah yang telah dilafazkan dan ianya
telah ditandatangani oleh responden juga telah dikemukakan kepada
mahkamah; dan
(d) responden secara pembuktian dokumen telah mengakui bahawa ketika
E dia mengucapkan lafaz syahadah, dia telah mengucapkannya dengan
kerelaan hatinya sendiri. Keterangan ini telah dinyatakan oleh saksi
perayu dalam keterangannya kepada mahkamah. Bukti secara dokumen
kerelaan responden melafazkan syahadah telah ditandatangani oleh
responden juga telah dikemukakan kepada mahkamah.
F
[27] Oleh yang demikian, kami berpendapat, berdasarkan dapatan-dapatan
kami, kemasukan Islam responden pada 8 September 1999 adalah sah
mengikut undang-undang dan Hukum Syarak kerana segala
kehendak-kehendak yang diperlukan di bawah ss 95 dan 85 Akta telah
G dipenuhi sepenuhnya.

[28] Kami berpendapat YA hakim bicara telah terkhilaf apabila telah


menyimpulkan bahawa kemasukan Islam responden adalah tidak sah kerana
responden tidak mengamalkan ajaran Islam selepas melafazkan syahadah
H tersebut. Kesimpulan yang dibuat oleh YA hakim bicara seolah-olah sesuatu
lafaz syahadah adalah tidak sah atau akan menjadi tidak sah jika sekiranya
selepas itu pengucapnya tidak mengamalkan ajaran Islam atau telah
mengamalkan ajaran agama lain. Ini bersalahan dengan kehendak
undang-undang dan Hukum Syarak.
I
[29] Kami berpendapat, apabila seseorang telah melafazkan syahadah
dengan sempurna dan memenuhi segala keperluan undang-undang dan
hukum Syarak di bawah ss 95 dan 85 Akta, maka kemasukan Islamnya adalah
sah pada ketika itu. Ianya telah jelas dinyatakan oleh undang-undang pada s 86
10 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

Akta. Sekali lagi kami perturunkan s 86 Akta yang menyatakan seperti berikut: A
Seksyen 86 Saat masuk Islam.
Seseorang itu masuk Islam dan menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis
mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak s
85 adalah dipenuhi, dan orang itu hendaklah selepas itu disebut sebagai seorang B
muallaf.

[30] Namun demikian, jika sekiranya selepas itu dia tidak mengamalkan
ajaran Islam atau masih menjalani kehidupan secara bukan Islam maka jadilah
dia seorang yang fasik dan berdosa sehinggalah dia bertaubat. Undang-undang C
telah menyatakan secara jelas bahawa sebaik sahaja seseorang itu masuk Islam
maka dia adalah tertakluk kepada segala tanggungjawab dan
kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana orang Islam yang lain. Seksyen
87 Akta telah menyatakan seperti berikut:
D
Seksyen 87 Tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan seorang muallaf.
Dari saat kemasukannya, seseorang muallaf menjadi tertakluk kepada tugas-tugas
dan kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

E
Ini bermaksud, seseorang muallaf, (sebaik sahaja memeluk Islam) dia
bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri untuk melaksanakan segala
kewajipan agama seperti menunaikan solat fardhu, berpuasa, membayar zakat
dan sebagainya sama sepertimana orang Islam yang lain.
F
Isu kedua sama ada Mahkamah Syariah Selangor berbidangkuasa
mengisytiharkan bahawa responden bukan lagi seorang Islam berdasarkan kepada
peruntukan s 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Terlebih dahulu kami perturunkan s 61(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam G


(Negeri Selangor) 2003.
Seksyen 61 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di
seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah. H

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah—
(c) dalam bidang kuasa jenayahnya…; dan I
(d) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan
dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah
orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan —
(i) ...;
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 11

A (ii) ...;
(iii) ...;
(iv) ...;
(v) ...;
B
(vi) ...;
(vii) ...;
(viii) ...;
C (ix) ...;
(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
(xi) ...; dan
(xii) ...; dan
D
(xiii) ...’

[31] Kami mendapati tiada peruntukan undang-undang khusus secara


bertulis di Selangor berkaitan proses-proses yang terlibat sebelum mahkamah
E boleh membuat suatu pengisytiharan bukan lagi beragama Islam terhadap
seseorang sepertimana di Negeri Sembilan. Namun, kami mendapati,
mahkamah bicara pada 19 Mac 2012 atas persetujuan responden telah
memerintahkan responden menjalani proses rundingcara aqidah selama
tempoh enam bulan. Sesi rundingcara aqidah tersebut telah dikendalikan oleh
F Unit Penasihatan Aqidah, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

[32] Dalam isu ini, kami telah merujuk kepada undang-undang yang
digunakan di Negeri Sembilan iaitu ss 119(4)(b), (7), (8) dan (10) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
G
[33] Peruntukan s 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Sembilan) 2003 secara nyata menyebutkan tajuknya Keluar daripada Agama
Islam dan bukannya pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.
H Subseksyen 119(1) Enakmen tersebut menyatakan:
Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada Agama Islam atau disifatkan telah
meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga dia
telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi
Syariah.
I
[34] Peruntukan tersebut menyatakan bahawa seseorang yang beragama
Islam atau yang telah memeluk agama Islam dengan sempurna tidak boleh
keluar daripada Agama Islam melainkan ianya telah diisytiharkan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah. Namun demikian, peruntukan sebegitu tidak
12 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

terdapat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 A


atau mana-mana undang-undang bertulis di Selangor. Oleh yang demikian,
kami berpendapat bahawa Mahkamah Syariah di Selangor tidak terikat untuk
mengguna pakai tatacara atau pun merujuk kepada undang-undang di Negeri
Sembilan.
B
[35] Jika dilihat kepada subseksyen 119(10) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Sembilan) 2003 itu kami juga mendapati bukanlah sesuatu
kewajipan bagi Mahkamah mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi Islam
walaupun dia enggan bertaubat setelah menjalani runding cara dan
bimbingan. Subseksyen 119(10) Enakmen tersebut menyatakan: C

Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8) dan orang
itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya
hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke hadapan
Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan untuk
D
mengisytiharkan bahawa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya.

[36] Oleh itu, walaupun sesi rundingcara/penasihatan aqidah dan proses


istitabah telah dijalankan dan laporan terhadapnya telah dikeluarkan, ianya
tidaklah mengikat mahkamah secara otomatik untuk mengisytiharkan perayu E
bukan lagi seorang Islam.

[37] Seterusnya, kami menegaskan bahawa kes Majlis Agama Islam Pulau
Pinang v Siti Fatimah Tan Abdullah [2009] 27 2 185 hendaklah menjadi
panduan utama dan diikuti sewajarnya bagi kes-kes permohonan F
mengisytiharkan diri seseorang bukan lagi Islam.

[38] Dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang v Siti Fatimah Tan
Abdullah kami mendapati beberapa panduan dan prinsip telah dibuat oleh
Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang. Panduan-panduan dan G
prinsip-prinsip yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang
tersebut telah menjadi prinsip yang kukuh (establish) dan wajar diikuti.

[39] Di sini dua prinsip yang ingin kami ambil dan gunakan dari kes Majlis
Agama Islam Pulau Pinang v Siti Fatimah Tan Abdullah adalah: H

Apabila seseorang yang bukan Islam telah mengucap dua kalimah syahadah disertai
dengan kepercayaan di dalam hatinya, maka jadilah ia seorang Islam dan
terpeliharalah dirinya, hartanya, dan nyawanya sepertimana terpeliharanya diri,
harta dan nyawa seseorang Islam.
I
Dan
Bagi mereka yang memeluk Islam dan seterusnya telah memenuhi syarat-syarat
syahadah dan juga telah diterima oleh masyarakat sebagai orang Islam, maka
mereka tidak boleh diisytiharkan sebagai bukan lagi Islam di bawah peruntukan ini.
Majlis Agama Islam Selangor v Ho Yoke Fan @ Norhalimah bt
Abdullah Ho (Ibrahim Lembut (Chairman), Aidi Mokhtar
[2018] 2 ShLR And Mukhyuddin Ibrahim SHCAJJ) 13

A [40] Prinsip-prinsip tersebut telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan Syariah


Negeri Selangor dalam kes Ayisha Yuveena bt Gopalan lwn Majlis Agama Islam
Selangor (Kes Rayuan No 10000–043–0050 Tahun 2015) dan kes Suffian R
Bala Rama bin Abdullah v Majlis Agama Islam Selangor Jabatan Agama Islam
Selangor (Kes Rayuan No 10000–043–0091 Tahun 2015) .
B
[41] Kami mendapati di dalam kes ini, kesempurnaan pemelukan Islam
perayu mengikut undang-undang dan hukum syarak pada 8 September 1999
di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur tidak pernah
C
dipertikaikan oleh responden, malah diakui oleh responden sendiri bahawa dia
telah memeluk Islam ketika itu. Ianya berbeza dengan kes Majlis Agama Islam
Pulau Pinang v Siti Fatimah Tan Abdullah dimana pemelukan Islam responden
adalah tidak sempurna mengikut undang-undang dan hukum Syarak.

D [42] Setelah pemelukan Islam responden sempurna dilakukan, responden


telah menukarkan namanya kepada nama Islam iaitu Norhalimah bt Abdullah
Ho dan telah diberikan Kad Akuan Masuk Islam. Ini menunjukan bahawa
responden sendiri mahu dirinya ‘diterima oleh masyarakat sebagai orang Islam’
dengan tindakannya menukarkan nama kepada nama yang menunjukkan dia
E adalah seorang Islam dan mendapatkan Kad Akuan Masuk Islam.

[43] Seterusnya, pada 8 Oktober 2001, responden telah berkahwin dengan


seorang lelaki beragama Islam bernama Indrasafri bin Aminudin. Perkahwinan
responden tersebut diupacarakan berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga
F
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 bagi tujuan melangsungkan
perkahwinan secara Islam. Ini menunjukkan bahawa sekali lagi Respondan
mahu dirinya diterima oleh masyarakat dan undang-undang sebagai seorang
yang telah Islam.
G
[44] Ketika berkahwin responden telah menggunakan nama Islamnya
Norhalimah bt Abdullah Ho bagi tujuan perkahwinan dengan Indrasafri bin
Aminudin. Begitu juga, apabila kedua-dua anak hasil perkahwinannya dengan
Indrasafri bin Aminudin dilahirkan, pada ruangan identiti ‘ibu’ anak-anak
H tersebut telah dituliskan nama ‘Norhalimah bt Abdullah Ho’ dan bukannya
‘Ho Yoke Fan’.

[45] Berdasarkan tindakan dan perbuatan-perbuatan responden tersebut,


ianya telah menunjukkan dengan jelas kepada kami bahawa responden sendiri
I secara kosisten mahu dirinya ‘diterima oleh masyarakat dan undang-undang
sebagai seorang yang beragama Islam.’
14 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

[46] Oleh yang demikian, kami berpendapat bahawa, oleh kerana A


pemelukan Islam responden adalah sempurna dan dia telah diterima oleh
masyarakat sebagai orang Islam, maka responden dalam kes ini adalah terikat
dengan prinsip yang kedua iaitu:
Bagi mereka yang memeluk Islam dan seterusnya telah memenuhi syarat-syarat
syahadah dan juga telah diterima oleh masyarakat sebagai orang Islam, maka B
mereka tidak boleh diisytiharkan sebagai bukan lagi Islam di bawah peruntukan ini.

KEPUTUSAN
C
[47] Setelah kami meneliti notis rayuan, alasan rayuan dan hujah perayu,
maka dengan ini kami memutuskan seperti berikut:
(a) rayuan perayu ini diterima; dan
(b) perintah Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bertarikh 29 Februari
D
2016 dalam kes No 10300–043–00170 Tahun 2011 adalah dibatalkan.

Allowed appellant’s appeal and striking out order from trial court.

Reported by Dzulqarnain Ab Fatar


E

You might also like