You are on page 1of 12

13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.

fm Page 181 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 181

A Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd

SHARIAH HIGH COURT (TERENGGANU) — SUMMONS NO 11300–007–


0016 OF 2008
B ISMAIL YAHYA ShCJ
13 JULY 2008

Islamic Law — Jurisdiction — Shariah High Court— Wakaf — Whether within


jurisdiction of court — Whether parties herein persons professing religion of Islam —
Syariah Court (Terengganu) Enactment 2001 s 11(3) — Federal Constitution art 3(1)
C — Interpretation Acts 1948 and 1967 s 3

Islamic Law — Shariah civil procedure — Sulh — Conditions to be fulfilled — Whether


established

In this case, the applicant was seeking a declaration or an order, among


D others, that the land identified as ‘Chenderong Concession’ was apparently
a waqf land and could not be transferred, assigned or conveyed except in
accordance with hukum Sharak. The defendant was also prevented from
registering or executing the transfer form or assigning the title or conveying
the rights of the ‘Chenderong Concession’ to any third party. The applicant
also sought that it be declared as the sole trustees of the property.
E

Held, order in term as per the consent of the parties:


(1) The applicant and the respondent were considered as professing Islam
as required under s 11(3) of the Syariah Court (Terengganu)
Enactment 2001. Further, pursuant to the Interpretation Acts 1948
F
and 1967 the term ‘person’ includes a body of persons, corporate or
unincorporated (see para 20).
(2) The case was resolved when the respondent agreed to all of the
applicant’s claims. The consent of the respondent on the said claims
is consistent with the concept of sulh (conciliation) according to
G hukum Sharak (see para 22).
(3) Settlement by way of sulh between the disputing parties ensures justice
as both parties are more aware of the truth of their claims unlike a case
that is litigated (see para 25).

H [Bahasa Malaysia summary


Di dalam kes ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(‘Majlis’) memohon suatu deklarasi atau pengisytiharan atau perintah,
antara lain, bahawa tanah yang dikenali sebagai ‘Chenderong Concession’
adalah merupakan tanah wakaf yang tidak boleh dipindah hak, serah hak
I milikan atau pindah milikan melainkan sebagaimana yang telah
diperuntukkan melalui hukum syarak. Defendan juga dihalang daripada
mendaftarkan atau menandatangani borang pindah milik, atau
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 182 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

182 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

menyerahhak milikan, pindah hak milikan, tanah wakaf Konsesi A


Chenderong kepada mana-mana pihak ketiga. Majlis juga memohon agar
ianya diisytiharkan sebagai Pemegang Amanah Tunggal bagi tanah wakaf
dan keseluruhan tanah ‘Chenderong Concession’.

Diputuskan, memberi perintah berdasarkan persetujuan bersama: B


(1) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan Syarikat Tis
‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd boleh dikatakan sebagai ‘orang Islam’ mengikut
sebagaimana kehendak peruntukan sub-s 11(3) Enakmen Mahkamah
Syariah (Terengganu) 2001 itu. Mengikut peruntukan Akta Tafsiran
1948 dan 1967, ‘orang’ atau ‘pihak’ termasuklah mana-mana
kumpulan orang-orang, diperbadankan atau tak diperbadankan (lihat C
perenggan 20).
(2) Kes ini diselesaikan dengan defendan bersetuju atas kesemua
tuntutan plaintif. Tindakan defendan menyetujui tuntutan plaintif ini
adalah menepati dengan pengertian sulh mengikut hukum Syarak
(lihat perenggan 22). D
(3) Penyelesaian secara sulh di antara pihak-pihak yang bertikai adalah
menepati keadilan, oleh sebab kedua-dua pihak lebih mengetahui
apakah yang masing-masing sepatutnya lebih berhak jika
dibandingkan dengan tuntutan yang dibuat dalam satu-satu dakwaan
(lihat perenggan 25).]
E

Notes
For cases on Islamic law generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2010
Reissue) paras 490–742.
For cases on jurisdiction generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2010
F
Reissue) paras 554–610.

Legislation referred to
Akta Tafsiran 1948 dan 1967
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 s 11(3) G
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 ss 63,
64
Islamic Wakaf Validity Enactment (Terengganu) 1972
Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1)

H
Quranic verses referred to
Surah an-Nisa (4):105, 128
Surah al-Hajj (22):78

Books referred to I
al-Asybah wan-Nazooir by Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Sayuti, Vol
1, Dar al Salam, Kaherah at pp 63–64
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 183 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 183

A al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh by Dr Wahbah al-Zuhaily (3rd Ed, 1409H/


1989M), Juz 6, Darul Fikr, Damsyek, Syria at pp 750–751
al-Qada’ fil Islam by Muhammad Salam Madkur (1964) Matbaah Al
‘Aalamiyah, Kaherah, at p 54
Mughnil Muhtaj by Sheikh Shamsuddin Muhammad bin Ahmad as-
Syarbiniy al-Khatib, Vol 2 at p 177
B Nizaam al-Qada’ fi al-Shari’ah al-Islamiyyah by Dr Abdul Karim Zaidan
(3rd Ed, 1418H/1997M) Muassah al-Risalah, Beirut, Lebanon at
pp 39–40

Faridah bt Yusoff (Mohd Sofian & Co) for the plaintiff.


C Khalizan bin Mahmud for the defendant.

Ismail Yahya KHSy:


[1] Di dalam kes ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(MAIDAM) adalah plaintif. Manakala Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd pula adalah
D defendan. Plaintif beralamat penyampaian di Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu, Tingkat 1, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan
Mohamad, 20519 Kuala Terengganu. Dalam tuntutan ini plaintif diwakili
peguam syarie, Cik Faridah bt Yusoff daripada Tetuan Mohd Sofian & Co.
Plaintif beralamat penyampaian di Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, JKR-168,
Jalan Temasya Pantai, 20400 Kuala Terengganu, dan tidak diwakili oleh
E peguam syarie.
[2] Di dalam kes ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
telah membuat tuntutan di dalam mahkamah ini supaya mahkamah ini
membuat deklarasi atau pengisytiharan atau perintah sebagaimana berikut:

F (a) bahawa tanah yang dikenali sebagai ‘Chenderong Concession’ adalah


merupakan tanah wakaf sepertimana yang didefinasikan di bawah
Islamic Wakaf Validity Enactment 1972, Enactment No 10/1972
Negeri Terengganu.
(b) bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (‘Majlis’)
adalah pemegang amanah tunggal bagi tanah wakaf dan keseluruhan
G tanah ‘Chenderong Concession’ yang terletak hak kepada plaintif
sebagaimana s 63 dan s 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam (Terengganu) 1422H/2001M, Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam (Terengganu) 1986 dan semenjak Enakmen No 4/1955 lagi;
(c) bahawa tanah ‘Chenderong Concession’ yang diisytiharkan sebagai wakaf
H ini, tidak boleh dipindah hak, serah hak milikan atau pindah milikan
melainkan sebagaimana yang telah diperuntukkan melalui hukum
syarak dan melalui cara-cara yang dibenarkan oleh Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M;
(d) bahawa apa-apa perjanjian jual beli ke atas tanah ‘Chenderong
I Concession’ yang telah dibuat ke atas hartanah ini adalah terbatal di atas
dasar kesilapan fakta atau kekhilafan dan perjanjian-perjanjian tersebut
adalah terbatal dan tidak sah dari awalnya;
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 184 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

184 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

(e) bahawa apa-apa transaksi bagi jual beli ke atas tanah ‘Chenderong A
Concession’ ini oleh defendan atau mana-mana pihak ketiga
sebagaimana yang dipleadkan; iaitu:
(i) pada 31 Disember 1986 satu perjanjian dua pihak serahak
pajakan 99 tahun telah ditandatangani di antara Cindee
Development Sdn Bhd, dengan Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd B
(defendan). Maka selepas pada tahun tersebut perjanjian pajakan
99 tahun ke atas tanah ‘Chenderong Concession’ telah diserahkan
kepada defendan;
(ii) seterusnya di sebalik peruntukan s 143 dan s 144 Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, yang dimansuhkan
dengan kuat kuasanya s 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal C
Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M, defendan telah
menandatangani perjanjian jual beli dua pihak; perjanjian tanah
dan perjanjian kayu balak dengan satu syarikat yang dikenali
sebagai Mars Equity Sdn Bhd, pada sekitar 21 Ogos 1987;
(iii) pada atau sekitar 23 Ogos 1990, defendan juga telah melakukan D
tindakan yang sama dengan menandatangani dua perjanjian jual
beli iaitu; dengan SPPT Development Sdn Bhd, yang
berasingan, iaitu satu bagi perjanjian jual beli balak yang terletak
mati/tanam pada tanah wakaf tersebut, daan satu lagi perjanjian
jual beli ke atas tanah wakaf ‘Chenderong Concession’ tersebut;
(iv) plaintif juga mengesyaki bahawa terdapat juga urusan jual beli- E
jual beli yang lain yang telah berlaku berikutan atau lanjutan
daripada susur-jalur di atas penjualan tanah ‘Chenderong
Concession’ tersebut sama ada oleh defendan dan/atau oleh pihak-
pihak lain akibat daripada apa yang dipleadkan dalam para (b)
dan (c) di atas; F
atau serta oleh mana-mana pihak ketiga lanjutan daripada susur-
jalurnya penjualan tersebut adalah tidak sah mengikut undang-undang
dan hukum Syarak, dan juga terbatal dengan sendirinya dari awal
mulanya.
(f) Bahawa apa-apa perjanjian jual beli serah hak, termasuk perjanjian jual G
beli serah hak pajakan 99 tahun (jika ianya membawa maksud)
pemegang amanah tunggal wakaf yang terletak kepada Majlis
dinafikan secara keseluruhannya atau bertentangan dengan maksud
s 63 dan s 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
(Terengganu) 1422H/2001M. Apa-apa transaksi yang membawa
maksud yang sedemikian, maka ianya adalah tidak sah di sisi undang- H
undang/hukum Syarak dan juga terbatal dengan sendirinya dari
awalnya serta keseluruhan susur jalur di bawahnya;
(g) bahawa defendan dihalang daripada mendaftarkan atau
menandatangani borang pindah milik, atau menyerah hak milikan,
pindah hak milikan, tanah wakaf konsesi Chenderong kepada mana- I
mana pihak ketiga jika hak milik dikeluarkan di bawah Kanun Tanah
Negara oleh pihak berkuasa sebagai menepati kehendak peruntukan
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 185 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 185

A ss 63 dan 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam


(Terengganu) 1422H/2001M;
(h) bahawa plaintif dibenarkan membuat apa-apa permohonan tambahan
berkaitan dengan tanah wakaf konsesi Chenderong;

B (i) apa-apa relief yang mahkamah fikir adil dan suai manfaat; dan
(j) kos bagi tindakan ini ditanggung oleh pihak masing-masing.
[3] Tuntutan ini telah didaftarkan pada 6 Julai 2008 dan telah
ditetapkan untuk sebutan pada 9 Julai 2008, mulai jam 9 pagi. Pada hari
sebutan plaintif diwakili oleh Cik Faridah bt Yusoff, daripada Tetuan
C Mohd Sofian & Co sebagai peguam syarie yang turut dihadiri oleh seorang
Pegawai MAIDAM yang tidak pun bersedia untuk memperkenalkan
dirinya cuma telah dijelaskan oleh peguam syarie plaintif. Manakala
defendan tidak diwakili tetapi Encik Khalizan bin Mahmud, KP 630222–
05–5637 hadir sebagai Pengurus Besar Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd. Oleh
sebab defendan belum membuat sebarang pernyataan pembelan,
D mahkamah menjelaskan; sama ada adakah defendan bersetuju dengan
tuntutan plaintif atau tidak. Jika defendan tidak bersetuju, mahkamah
mengarahkan supaya defendan memasukkan pernyataan pembelaan dan
tuntutan balas, jika ada, sebaik-baiknya menggunakan khidmat guaman
syarie, dan hendaklah dimasukkan ke dalam mahkamah dalam kadar
E bersegera jua. Jika defendan bersetuju dengan dengan tuntutan plantif,
mahkamah mengarahkan defendan membuat akaun persetujuan di dalam
mahkamah. Sebagai Pengurus Besar Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (No syarikat
143448-M), (diperbadankan di Malaysia), Encik Khalizan bin Mahmud,
KP 630222–05–5637 menjelaskan bahawa, oleh kerana beliau baru saja
menerima pernyataan tuntutan plaintif, beliau terpaksa membawa isu
F persoalan yang dibangkitkan oleh plaintif termasuk penjelasan mahkamah
pada hari ini kepada mesyuarat lembaga pengarah syarikat. Encik Khalidan
bin Mahmud, berjanji akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah
syarikat dalam masa terdekat. Mahkamah, atas persetujuan pihak-pihak
menetapkan kes ini disebut sekali lagi pada hari Ahad, 13 Julai 2008, mulai
jam 9 pagi.
G
[4] Pada hari Ahad, 13 Julai 2008, mahkamah dimaklumkan oleh Encik
Khalizan bin Mahmud, bahawa mesyuarat lembaga pengarah syarikat Tis
‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, telah bersetuju mengakui dan menerima kesemua
tuntutan plaintif dan bersetuju juga dengan draf perintah yang telah
disediakan oleh plaintif. Encik Khalizan bin Mahmud juga telah membawa
H bersama ke dalam mahkamah ini cabutan minit mesyuarat lembaga
pengarah syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, yang menerangkan maksud
tersebut.
[5] Mengikut fakta-fakta di dalam tuntutan ini, saya berpendapat di
dalam tuntutan ini ada timbul beberapa fakta persoalan yang perlu
I diperjelaskan. Fakta persoalan di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Terengganu) 2001, diertikan sebagai apa-apa fakta yang
daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain,
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 186 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

186 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau A
ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman
atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan.
[6] Fakta persoalan pertama di dalam tuntutan ini ialah persoalan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dalam mendengar
dan memutuskan tuntutan ini. Bila menyentuh persoalan bidang kuasa, isu B
yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan bidang kuasa
mahkamah? Sebagai menjawab persoalan isu ini, dapatlah saya tegaskan
bahawa perundangan Islam atau hukum Syarak telah lama menyentuh isu
bidang kuasa satu-satu mahkamah. Antaranya sebagaimana dinyatakan
oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada’ fil
Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, yang mana di C
ms 54 beliau menyebut:
Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidang kuasa
ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau selepas perlantikan
dibuat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai bidang kuasa tertentu
sahaja seperti diberi bidang kuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, D
undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang
jenayah dan seumpamanya; oleh yang demikian hakim itu hanya berbidang kuasa
bagi kes-kes yang dianya diberi bidang kuasa sahaja dan hakim itu tidak boleh
melaksanakan bidang kuasa lain yang tidak diberi kepadanya.
[7] Di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, oleh Dr Wahbah al-
Zuhaily, Juz 6, Darul Fikr, Damsyek, Syria, cetakan ketiga, 1409H/1989M, E
ms 750–751, menjelaskan bahawa bidang kuasa hakim (qadi ) ada sepuluh:
(a) menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada
secara suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui hukuman
yang diperkuat kuasakan;
F
(b) menghalang orang yang zalim daripada melakukan perompakan,
pencerobohan dan lain-lain, serta menolong orang teraniaya dan
menyampaikan hak kepada tuannya;
(c) menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Allah SWT;
(d) menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka; G
(e) menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak yatim, orang gila
dan melantik wasi untuk menguruskan harta mereka;
(f) mengawasi harta waqaf;
(g) melaksanakan wasiat; H
(h) mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau yang walinya enggan
mengahwinkannya;
(i) mengawasi kepentingan-kepentingan awam seperti jalan raya dan lain-
lain; dan
I
(j) menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan
perkataan dan perbuatan.
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 187 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 187

A [8] Di dalam kitab Nizaam al-Qada’ fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, oleh Dr


Abdul Karim Zaidan, Muassah al-Risalah, Beirut, Lebanon, cetakan ketiga,
1418H/1997M, ms 39–40, menghuraikan bahawa seseorang hakim itu
adalah merupakan naib khalifah kepada khalifah (penguasa negara) yang
melantiknya. Sebagai naib khalifah, kuasa yang diperolehinya adalah
setakat yang diberi mandat kepadanya. Dari sinilah bidang kuasa seseorang
B hakim itu menerima taqyid (pembatasan), itlaq (tanpa had), umum dan
khusus dari segi masa, tempat, pihak yang bertikai dan jenis-jenis
pertikaian. Para fuqaha’ menggunakan istilah al-taqlid al-’am wa al-taqlid al-
khas bagi menunjukkan bidang kuasa seseorang hakim.
[9] Apabila khalifah melantik seseorang hakim untuk satu-satu daerah
C bagi menghakimi penduduknya dalam semua jenis pertikaian sama ada sivil
mau pun jenayah dalam semua waktu, maka hakim yang sebegini
lantikannya mempunyai bidang kuasa umum. Apabila khalifah melantik
seseorang hakim dengan beberapa ikatan tertentu dari segi tempat atau
masa atau jenis-jenis kes dan pertikaian atau jenis-jenis orang yang bertikai,
maka hakim yang sebegini lantikannya mempunyai bidang kuasa khas atau
D tertentu. Pembatasan kuasa hakim yang dilantik dalam bentuk tertentu
sebegini dikenali di kalangan fuqaha’ dengan istilah takhsis al-qada’.
[10] Mengikut peruntukan hukum Syarak sebagaimana yang dinyatakan
itu, di Malaysia, khususnya dalam negeri Terengganu, undang-undang
negeri telah memperuntukkan bidang kuasa yang diberikan oleh pemerintah
E kepada mahkamah-mahkamah Syariah. Bidang kuasa yang diperuntukkan
itu juga diambil dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Fasal 2 kepada
perkara 74 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
Without prejudice to any power to make laws conferred on it by any other Article,
the Legislature of a State may make laws with respect to any of the matters
F enumerated in the State List (that is to say, the Second List set out in the Ninth
Schedule) or the Concurrent List.
[11] Senarai Kedua dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan, antaranya memperuntukkan:
1 Except with respect to the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and
G Putrajaya, Islamic law and personal and family law of persons professing the
religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and
intestate, …; Wakafs and the definition and regulation of charitable and religious
trusts, ...
[12] Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu, di dalam
H undang-undang negeri telah menjelaskan bidang kuasa sesuatu mahkamah,
khususnya bidang kuasa Mahkamah Syariah. Subseksyen 11(3) Enakmen
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —
(a) …
I (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan
dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah
orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan —
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 188 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

188 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

… A
(vii) wakaf atau nazar;
(viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

[13] Dari peruntukan hukum Syarak dan undang-undang sebagaimana
diperjelaskan di atas, saya berpuashati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah B
Terengganu ada bidang kuasa mendengar dan memutuskan sesuatu
tuntutan mengenai wakaf (Islam).
[14] Lanjutan itu timbul pula isu tafsiran undang-undang yang mana
undang-undang memperuntukkan bahawa, Mahkamah Tinggi Syariah
dalam bidang kuasa malnya, hendaklah mendengar dan memutuskan C
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam. Undang-undang menghendaki pihak-
pihak yang bertikai di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah adalah orang
Islam. Isunya, di dalam kes ini pihak-pihak terdiri dari Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai pihak plaintif, D
manakala pihak defendan ialah Syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd. Soalnya,
adakah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
sebagai pihak plaintif itu adalah pihak atau orang Islam; dan adakah
Syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, sebagai defendan, adalah pihak atau
orang Islam?
[15] Mengenai isu ini, saya tegaskan bahawa mengikut peruntukan Akta E
Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388), ‘orang’ atau ‘pihak’ termasuklah
mana-mana kumpulan orang-orang, diperbadankan atau tak
diperbadankan. Oleh yang demikian, saya berpendapat Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dan Syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar
Sdn Bhd, di dalam kes di hadapan saya ini telah pun memenuhi kehendak F
maksud ‘pihak’ atau ‘orang’ sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-
undang.
[16] Selanjutnya timbul pula isu yang berkait dengan tafsiran ‘orang
Islam’ sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-s 11(3) Enakmen
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 itu. Bagaimana Majlis Agama G
Islam dan Adat Melayu Terengganu atau Syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd,
boleh dikatakan sebagai ‘orang Islam’ sebagaimana yang dikehendaki oleh
Enakmen itu? Mengenai isu ini, saya sekali menegaskan bahawa
Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3(1) memperuntukkan:
Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in
peace and harmony in any part of the Federation. H

[17] Menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas, saya


berpendapat peruntukan itu menjelaskan bahawa Islam adalah agama bagi
Persekutuan termasuklah di Terengganu. Penekanannya ialah, Islam
adalah agama bagi persekutuan. Saya juga berpendapat bila dinyatakan,
‘Islam is the religion of the Federation;’ bermakna apa-apa saja yang asalnya I
tidak dinyatakan dengan jelas bukan Islamnya, ianya adalah menepati
ajaran Islam. Oleh itu mana-mana pihak atau orang yang tidak dinyatakan
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 189 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 189

A dengan jelas bukan Islamnya, atau tidak mengaku bukan Islam, pihak atau
orang itu adalah Islam. Status sedemikian adalah berkekalan sehinggalah
dibuktikan atau dinyatakan sebaliknya.
[18] Selanjutnya peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu memberi
kelunturan (flexible) kepada agama-agama lain. Agama-agama lain selain
B Islam boleh diamal secara aman dan damai di mana-mana bahagian
persekutuan walaupun Islam adalah agama persekutuan. Kedudukan ini
merupakan satu kelunturan (flexible) yang ada dalam ajaran Islam yang
diterima pakai oleh Perlembagaan Persekutuan. Pendapat saya ini saya
dasarkan kepada peruntukan kaedah fiqh mengikut hukum Syarak. Allah
SWT berfirman:
C
... dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama ...
Surah al-Hajj (22):78

[19] Kaedah fiqh atau qawaid fiqhiyyah dalam perundangan Islam adalah
D asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-
kaedah hukum. Di dalam kitab al-Asybah wan-Nazooir, Jil 1, cetakan kedua,
tahun 1424H/2004M, terbitan Dar al Salam, Kaherah, di ms 63–64, oleh
Imam Jalaluddin Abdul Rahman al-Sayuti, meninggal dunia dalam tahun
911H, ada ditegaskan bahawa mengikut penjelasan jumhur fuqaha’,
E masalah fiqh bergantung kepada lima kaedah asas. Antara kaedah yang
dimaksudkan itu ialah kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
Kaedah ini pula dibahagikan kepada tiga belas pecahan; antaranya ialah
kaedah asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebelumnya. Kaedah
ini disebut mulai ms 152. Kaedah ini bermaksud, hukum asal atau hukum
yang terkuat dikira tetap ada mengikut ketetapan yang telah pun sedia ada.
F
[20] Dalam konteks inilah kaedah fiqh yang diterangkan di atas terpakai.
Oleh yang demikian saya berpendapat dalam konteks sedemikian jualah
maka, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau Syarikat Tis
‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, boleh dikatakan sebagai ‘orang Islam’ mengikut
sebagaimana kehendak peruntukan sub-s 11(3) Enakmen Mahkamah
G Syariah (Terengganu) 2001 itu. Setelah saya berpendapat sedemikian,
sekali lagi saya katakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan tuntutan yang
dibawa oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, sebagai
plaintif, dan Syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd, sebagai defendan, dalam
tuntutan ke atas tanah yang telah diwakafkan.
H
[21] Plaintif dan defendan adalah ‘pihak’ atau ‘orang’ Islam. Keadaan
yang sedemikian itu kekal sehinggalah ada bukti jelas bahawa pihak-pihak
itu bukan beragama Islam. Pendapat saya ini adalah berdasarkan
pembatasan kaedah asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada
sebelumnya dengan kaedah makna asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang
I ada sebelumnya sehingga adanya bukti yang jelas yang berlawanan dengan
keadaan asalnya itu. Oleh yang demikian sekali lagi saya tegaskan bahawa
tuntutan ke atas tanah yang telah diwakafkan yang dibuat oleh plaintif
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 190 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

190 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

terhadap defendan adalah boleh didengar dan diputuskan oleh Mahkamah A


Tinggi Syariah Terengganu.
[22] Seterusnya saya menarik perhatian kepada fakta persoalan
berikutnya. Saya ingin menarik perhatian bahawa kes di hadapan saya ini
sebenarnya dapat diselesaikan secara defendan bersetuju atas kesemua
tuntutan plaintif. Tindakan defendan menyetujui tuntutan plaintif ini B
dalam menyelesaikan tuntutan plaintif adalah menepati dengan pengertian
sulh mengikut hukum Syarak. Atas tindakan defendan menyetujui tuntutan
plaintif ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua-dua
belah pihak yang telah memainkan peranan masing-masing hingga tuntutan
ini berjaya diselesaikan melalui persetujuan.
C
[23] Islam sangat mementingkan keadilan, dan orang-orang Islam
dikehendaki melaksanakan keadilan mengikut panduan al-Quran. Allah
SWT berfirman:
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-
Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara
manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); D
dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
Surah an-Nisa (4):105
[24] Dalam usaha menyelesaikan pertikaian secara adil menurut
perundangan Islam, hakim dikehendaki memulakan kes dengan usaha E
menggalakkan pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian antara
mereka secara sulh atau perdamaian atau persetujuan bersama. Allah SWT
berfirman, antaranya:
... kerana perdamaian itu lebih baik ...
Surah an-Nisa (4):128 F
[25] Islam menggalakkan sulh atau perdamaian atau persetujuan bersama
dalam usaha menyelesaikan pertikaian atau menghentikan pergaduhan.
Penyelesaian secara sulh di antara pihak-pihak yang bertikai adalah
menepati keadilan, oleh kerana kedua-dua pihak lebih mengetahui apakah
yang masing-masing sepatutnya lebih berhak jika dibandingkan dengan G
tuntutan yang dibuat dalam satu-satu dakwaan. Mengikut hukum Syarak,
sebagai mana yang telah disebut oleh as-Sheikh Shamsuddin Muhammad
bin Ahmad as-Syarbiniy al-Khatib, meninggal dunia dalam tahun 977H, di
dalam kitabnya Mughnil Muhtaj, Jil 2, ms 177 yang memberi erti kepada
sulh sebagai:
Dari segi bahasa, sulh bermakna memberhentikan pertikaian, manakala mengikut
H
pengertian syarak pula, sulh ialah suatu aqad bagi menamatkan pertikaian di
antara pihak-pihak yang bertikai.
[26] Mengikut hukum Syarak, sulh ada mempunyai syarat-syaratnya. Ada
syarat ke atas orang yang terlibat dan ada juga syarat ke atas harta yang
disulhkan itu. Mengikut syarat-syarat yang telah dihuraikan oleh ahli I
perundangan Islam, saya berpuashati bahawa tindakan defendan bersetuju
atas kesemua tuntutan plaintif itu, telah pun memenuhi syarat-syarat orang/
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 191 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu v


[2010] 2 ShLR Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (Ismail Yahya ShCJ) 191

A pihak yang terlibat dan syarat-syarat harta yang disulhkan itu. Oleh yang
demikian, saya dengan ini membuat perintah-perintah di dalam tuntutan
ini berdasarkan sulh atau persetujuan bersama antara plaintif dan defendan.
[27] Saya perintahkan dengan persetujuan bersama di antara plaintif dan
defendan bahawa:
B
(a) tanah yang dikenali sebagai tanah ‘Konsesi Chenderong’ adalah
merupakan tanah wakaf seperti mana yang diiqrarkan oleh YM
Almarhum Tengku Chik bin Tengku Abd Rahman pada 22 Februari
1941 bersamaan 25 Muharram 1350 dan YM Almarhumah Tengku
Nik Maimunah Hajjah bt Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 13 Jun
C 1961 bersamaan 29 Zulhijjah 1380;
(b) ianya merupakan harta wakaf ke atas tanah itu sendiri beserta hasilnya
dan berkuatkuasa pada tarikh ianya diikrarkan sebagaimana
peruntukan Islamic Wakaf Validity Enactment 1972, Enactment No
10/1972 Negeri Terengganu;
D (c) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (plaintif) adalah
pemegang amanah yang tunggal bagi tanah wakaf dan keseluruhan
tanah konsesi Chenderong yang terletak hak kepada plaintif
sebagaimana s 63 dan s 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam (Terengganu) 1422H/2001M, Pentadbiran Hal Ehwal Agama
E Islam (Terengganu) 1986 dan semenjak Enakmen No 4/1955 lagi;
(d) tanah konsesi Chenderong tidak boleh dipindah hak, serah hak milikan
atau pindah milikan melainkan sebagaimana yang telah diperuntukkan
melalui hukum Syarak dan melalui cara-cara yang dibenarkan oleh
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/
2001M;
F
(e) bahawa plaintif dan defendan dihalang daripada melanggar fatwa yang
telah dikeluarkan oleh Mufti Negeri Terengganu Gazette GN 28/1971
yang menegaskan bahawa tanah konsesi Chenderong adalah
merupakan tanah wakaf yang tidak boleh dipindah milik dan halangan
ini juga tertakluk kepada mana-mana pihak ketiga;
G
(f) perjanjian bertarikh 21 Ogos 1987 di antara defendan dan Mars Equity
Sdn Bhd dan perjanjian bertarikh 23 Ogos 1990 di antara defendan
dan SPPT Development Sdn Bhd atau di antara defendan kepada
mana-mana pihak ketiga atau lanjutan susur jalur daripadanya ke atas
tanah wakaf konsesi Chenderong adalah tidak sah atau terbatal dari
H awalnya kerana plaintif sebagai pemegang amanah yang tunggal ke atas
tanah wakaf konsesi Chenderong tidak terlibat dan/atau tidak boleh
menjual hak milik (title), pindah milik, melupuskan hak milik ke atas
tanah konsesi Chenderong tersebut;
(g) apa-apa perjanjian jual beli, jual beli pajakan, serah hak pajakan,
I pindah milik, serah hak milikan (title), (jika ianya membawa maksud)
pemegang amanah yang tunggal wakaf yang terletak hak kepada
plaintif dinafikan secara keseluruhannya atau yang bertentangan
13 ShlR 2010_Iss 2 Case7.fm Page 192 Thursday, June 10, 2010 9:35 AM

192 Shariah Law Reports [2010] 2 ShLR

dengan maksud s 63 dan s 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal A


Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M atau mana-mana
Enakmen yang berkuat kuasa semasa itu, maka apa-apa transaksi
sedemikian adalah tidak sah dari awalnya dan/atau terbatal dengan
sendiri dari awalnya serta keseluruhan susur jalur di bawahnya;
(h) defendan dihalang daripada mendaftarkan atau menandatangani B
borang pindah milik, atau menyerah hak milikan, pindah hak milikan,
tanah wakaf konsesi Chenderong kepada mana-mana pihak ketiga jika
hak milik dikeluarkan di bawah Kanun Tanah Negara oleh pihak
berkuasa berkenaan kelak, sebagaimana menepati peruntukan ss 63
dan 64 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)
1422H/2001M; C
(i) perintah halangan pendaftaran pindah hak milikan (title) kepada
defendan dan/atau mana-mana pihak ketiga sebagaimana perintah No
(h) di atas adalah juga tertakluk kepada plaintif;
(j) plaintif dibenarkan membuat apa-apa permohonan tambahan
berkaitan dengan tanah wakaf konsesi Chenderong; D

(k) kos bagi tindakan ini ditanggung oleh pihak masing-masing; dan
(l) plaintif dibenarkan memohon apa-apa relief yang mahkamah fikirkan
adil dan suai manfaat.
E

Order in term as per consent of parties.

Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed


F

You might also like