You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA

Jalan 8A, Taman Tan Yew Lai


off Jalan Puchong Tel : 03-7785 8942
58200 Kuala Lumpur Fax : 03-7785 8942
Emel : wba0073@moe.edu.my

No. Rujukan : SKSS600 -2/1/2 (68)


Tarikh : 29 Julai 2022

Kepada,
YDP PIBG
Sk Seri Suria, Kuala Lumpur

Melalui
Pn. Zuraidah binti Borhan
Guru Besar
SK Seri Suria, Kuala Lumpur

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PASUKAN BOLA BALING SK SERI SURIA KE KEJOHANAN


BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN MSSWPKL 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan Bola Baling lelaki SK Seri Suria akan mewakili MSSD
Bangsar ke Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSWPKL 2022/2023 pada 15 Ogos 2022
bertempat di Kompleks Sukan Setiawangsa, Wangsa maju, 54200 Kuala Lumpur.

3 Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan sebanyak RM 500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) atau mengikut kemampuan dan keikhlasan daripada PIBG
Sekolah bagi menampung kos pengurusan, pengangkutan dan makanan Pasukan Bola Baling SK Seri
Suria sebelum dan semasa tempoh kejohanan.

4 Sebarang pertanyaan tuan boleh terus menghubungi Pn Khalidah Athirah Binti Che Doli
(Pengurus) di talian 01136366971. keprihatinan dan jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA"


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

…………………………………....................
(Zuraidah binti borhan)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Suria,
Kuala Lumpur.

You might also like