You are on page 1of 12

KERTAS KERJA CADANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK TUNGOU RANAU

TAHUN 2022-23

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali dianjurkan
oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang semakin menjadi di
negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita
supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara.

Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Tungou Ranau telah merangka sebuah kertas kerja
bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit beruniform sesi 2022-23. Dengan adanya
kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat dijayakan dengan
cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

- Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sesi Akademik 2022-23 SK Tungou Ranau Sabah

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah :

i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersamasama rakan
dan jurulatih. ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar. iii.
Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah. iv. Menanam sifat ingin
berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu dan berkumpulan seperti mengurus diri sendiri, membina
gajet, malam kebudayaan, dan larian komando.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di sekitar
mereka.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
En. Mohd Hafiz Stephen Abdullah
Guru Besar

NAIB PENGERUSI I:
Pn Tan Mui Hiong
Guru Penolong Kanan Kurikulum

NAIB PENGERUSI II:


Pn. Siti Jamariah Binti Dutok Abdullah

PENYELARAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM :


Ust. Jainudin Bin Asip

SETIAUSAHA : KETUA UNIT PENGAKAP:


En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim En. Jerome E Agong

BENDAHARI : KETUA UNIT TKRS:


Pn. Nancy Bt Baudin Pn. Suraya Binti Sood

KEM KOMANDAN : TIMB. KEM KOMANDAN :


En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim Pn. Siti Milia Bt Giak

PERALATAN:
En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim, Azrishukry Bin Saman, Mohd Effendee Bin Ibrahim, Pengawal
Keselamatan, Pekerja Pembersihan, PIBK, dan Sukarelawan

IBADAH:
Ustaz Muhammad Asy Sazili Anua
Ustazah Harinih Binti Ariffin
Ust Jainuddin Bin Asip
Suresh

DISIPLIN PESERTA:
Kem Komandan, Timb. Komandan , Guru Penasihat
6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI:
En. Mohd Effendee Bin Ibrahim
En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim
Pn. Nurul Hayati Bt Gibun
En. Suresh
Pn. Siti Milia Binti Giak
Cik Nur Ain Ahmad Thadzudin
Puan Suraya Binti Sood
Encik Jerome Agong
Pn. Erus Bt Sahamin
Ustaz Mohd Asy Syazli Anua
Sukarelawan Belia Kampung Tungou

KESELAMATAN:
Pn. Siti Jamariah Bin Dutok Abdullah (Ketua)
Pengawal Keselamatan

MAKANAN DAN MINUMAN: HADIAH DAN CENDERAMATA:


Pn. Samsiah Bt Ghani Pn. Nurul Hayati Binti Gibun
Pn Yusninah Binti Matasin Pn. Effadilawati Bt Giak
Pn. Stella Binti Juni Pn. Jumaisah Binti Hasman
Pn. Erus Bt Sahamin Ustazah Harinih Binti Ariffin
Pn. Jurinah Bt Supilin Puan Stella Binti Juni
Pn. Amisah Binti Saman Puan Effa DIlawati Binti Giak

PENDAFTARAN PESERTA
Pn. Siti Milia Bt Giak
Pn. Nurul Hayati Bt Gibun
Pn. Erus Bt Sahamin
Cik Nur Ain Binti Ahmad Thadzuddin
Pn. Suraya Bin Sood

DOKUMENTASI:
En. Jerome Agong, Ustaz Mohd Asy Syazli Bin Anua, dan Guru Penasihat Unit Beruniform

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN


Tarikh : 27 dan 28 Januari 2023
Tempat : Dewan Terbuka / Padang SK Tongou Ranau Sabah
8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap dan TKRS

9.0 SUMBER KEWANGAN

- Peruntukkan PCG sekolah


- Sumbangan syarikat swasta dan orang perseorangan
10.0 SENARAI TUGAS

1. PENYELARAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah dan komuniti sekolah

2. KETUA PERKHEMAHAN (KEM KOMANDAN)


a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua
b. Merancang segala pengisian aktiviti.
c. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang

4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

5. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah
dalam keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.

c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
9. DO

a. M
b. M
c. M
d. Be

10. IB
a. M
b. M
c. M

11. HA
a. Me

12. DI
a. Me

13. PE
a. Me
b. Me

4.00 p
4.30 pm – 5.30 pm Pertandingan pertolongan cemas Jurulatih
PERWIS
5.30 pm -7.50 pm Mandi AJK Makanan
Makan malam AJK Ibadah
Solat Maghrib (Tapak Perkhemahan
@ Dewan Makan SK Tungou)
Kuliah Maghrib
Solat Isyak

8.00 pm – 11.00 pm Aktiviti malam kebudayaan AJK Makanan


Malam unggun api “Sayang si
buta”
“Burung Pungguk”
11.00 pm Minum malam Jurulatih
2nd Roll Call
Rehat
11.00 pm Aktiviti spontan yang difikirkan sesuai AJK Makanan
Tidur AJK Perkhemahan

Sabtu – 27 Januari 2023

MASA PERKARA TINDAKAN


4.30 am – 7.00 am Solat Subuh (Tapak Perkhemahan @ AJK Perkhemahan AJK
Dewan Makan SK Tungou) Ibadah
Persiapan diri
Sarapan

7.00 am – 7.30 am Senaman pagi Jurulatih


AJK Riadah
Perwis
7.30 am – 9.30 am Jungle Tracking / Kembara Hutan / Jurulatih
Khidmat Masyarakat / Pembentangan Rela
Ubatan Hutan Pengawal Keselamatan
Perwis
9.30 am – 10.30 am Pertandingan kawad kaki dan lintas Kem Komandan
lalu Timb Kem Komandon
Jurulatih Rela
10.30 am – 11.00 am Rehat & Minum Pagi AJK Makanan
11.30 am – 12.30 pm Pertandingan Masakan Rimba Jurulatih
Gajet kumpulan diadili Semua AJK
12.30 pm – 1.30 pm Makan tengahari / Rehat / Solat Jurulatih
1.30 pm – 2.30 pm “Larian Komando” Platun Rela Kg Tungou
“ Pencarian Iron Man dan Iron Lady” PERWIS
2.30 pm – 4.30 pm
Aktiviti Perasmian / Penyampaian Penyelaras
Hadiah dan Sijil perkhemahan\Kem
Last Roll Call Komandan dan Tim. Kem
Berkemas dan bersurai Komandon
YDP PIBK
Guru Besar
Penolong Kanan Semua
AJK
Rela Kg Tungou
PERWIS

13.1 JUSTIFIKASI PERLAKSANAAN AKTIVITI UTAMA PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM

13.1.1 Mendirikan khemah dan menbina gajet utama

Bagi aktiviti ini, taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini menjadi aktiviti yang pertama
dalam tentatif program ini bagi mendedahkan murid cara-cara mendirikan khemah dengan betul di
samping menerapkan nilai bekerjasama antara ahli kumpulan. Manakala aktiviti membina gajet pula
dapat merangsang kreativiti murid untuk mencipta gajet utama yang bersesuaian dengan aktiviti
perkhemahan. Di samping itu juga, mrid berkeupayaan dan mengawal kualiti binaan gajet mereka.

13.1.2 Mencipta bendera dan yell kumpulan.

Murid akan dapat berkeupayaan untuk membina kreativiti melalui perbincangan kumpulan untuk
menentukan logo dan bendera kumpulan mereka. Yell yang dicipta juga akan mewakilkan identiti
kumpulan mereka.

13.1.3 Pemberian amanah


Amanah yang dimaksudkan adalah item yang akan ditakrifkan sebagai nyawa murid sepanjang
perkhemahan unit beruniform ini. Dalam konteks ini, murid akan dibekalkan sebiji telur ayam untuk
menjadi “nyawa‟ mereka. Sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap „nyawa” akan mempengaruhi
markah kumpulan murid itu sendiri. Di samping itu, murid juga boleh dikenakan tindakan yang
bersesuaian dengan suasana perkhemahan.

13.1.4 Pertandingan pertolongan cemas

Murid akan dinilai dengan kreativiti dan teknik balutan serta rawatan yang bertepatan dengan situasi
kecederaan ringan yang dikemukakan. Ianya juga akan menjadi pengetahuan asas murid yang dapat
diaplikasikan sepanjang hayat murid.

13.1.5 Malam kebudayaan

Aktiviti akan menguji kreativiti dan ketersediaan murid untuk menyerlahkan dan menyampaikan bakat
berkumpulan dalam malam kebudayaan. Aktiviti ini akan merangsang keyakinan dan keterampilan
sahsiah murid yang cemerlang.

13.1.6 Sayang Si Buta / Burung Pungguk

Aktiviti ini berupaya untuk memberi kesedaran dan keyakinan kepada diri sendiri serta ahli kumpulan
untuk menerima kekurangan diri serta menghargai ihsan individu lain melalui konsep pelaksanaan
aktiviti ini.

13.1.6 Jungle trangking / Kembara Hutan / Mengenalpasti herba ubat – ubatan hutan

Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar. Di samping
menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal murid, ia juga akan menjadi wadah pengapresasian alam
semulajadi yang menjadi warisan turun temurun kita.

13.1.7 Masakan rimba

Aktiviti ini akan menjadi wadah kepada murid untuk lebih mandiri dan berkeupayaan untuk menempuhi
cabaran kehidupan pada masa hadapan. Di samping itu juga, ia juga merupakan kaedah pengapresasian
alam sekitar meliputi flora dan fauna yang amat berguna sebagai sumber makanan manusia.

13.1.8 Larian Komando


Aktiviti ini dapat mengenalpasti daya tahan murid dalam menempuhi laluan tidak lazim yang boleh
diasimilasikan sebagai salah satu norma cabaran kehidupan seharian. Di samping itu ianya juga dapat
memupuk kerjasama di kalangan ahli kumpulan, ianya juga akan dapat memberikan keyakinan fizikal,
mental, dan rohani kepada para murid.

13.1.9 Kawad Kaki

Aktiviti ini menjadi medan ujian kepada murid untuk mempraktikkan ilmu kawad kaki yang telah
dipelajari sepanjang perjumpaan unit berunform di sepanjang tahun 2019.

14.0 PENUTUP

Dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan yang
mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan program ini.
Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah digarapkan
oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHD YAHYA BIN MOHD RUSTIM MOHD HAFIZ STEPHEN ABDULLAH


Setiausaha Ko-Kurikulum Guru Besar

You might also like