You are on page 1of 2

Biodata Persaraan Puan Hajah Siti Minah Abdullah

Raut wajah penuh ketenangan,


Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu puan tetap dikenang,
Budimu pula tetap disanjung 

 Menjunjung kasih buat yang diraikan, izinkan saya membaca sedikit


biodata diri.

Tanggal 25hb Januari 1957, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Kampung Kubang
Palas, Telemong. Beliau merupakan cahaya mata keempat daripada lapan orang puteri , bagi
tambatan hati pasangan bahagia Encik Abdullah b. Mat Zain dan Puan Ngah bt. Mohammad.

Menjangkau seusia tiga tahun, saat baru merasai kasih ibu , saat dambakan belaian manja
siibu,  bonda tersayang, bonda tercinta pergi buat selamanya menyahut seruan ilahi.. Setelah
permergian bonda, neneklah tempat beliau menumpang kasih untuk bermanja. Sebagai anak petani
kehidupannya agak sukar dan memerlukan ketabahan yang jitu.Seusia enam tahun hadirlah wanita
yang dipanggil “emak” . Kehadiranya amat disyukuri , menutupi ruang kosang dihati nan kecil…

Mendapat  pendidikan awal  pada tahun1964 hingga 1968 di Sekolah Kebanggsaan Telemong,


bermula Darjah Satu hingga Darjah Empat. Berpindah ke  Sekolah Pasir Akar  Besut ketika Darjah
Lima pada tahun 1969 hingga 1970. Perpindahan ini kerana menemani kakaknya yang  baru
memulakan tugas sebagai jururawat desa. Semenjak itu beliau terus tinggal bersama kakaknya
sehingga berumahtangga.
Meneruskan pendidikan  di Sekolah Menengah Padang Midin pada tahun 1971 hingga 1976.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…


Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran meneruskan pelajaran
dibidang perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam jurusan Ekonomi
Rumah Tangga pada tahun 1977 hingga 1979. Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun
1980. Sebaik  sahaja tamat tempoh pengajian, beliau di tempatkan di SMK Pengkalan Berangan
bermula 1980 hingga 1983. 
Di sinilah bermulanya titik pertemuan ikatan hati dengan sijejaka, Encik Mohd b. Ibrahim. Tanggal
20 Julai 1979, termeterailah ikatan hati pasangan sejoli ini. Mengecapi bahagia, hasil pengkongsian
hidup beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata, iaitu lapan orang putera dan dua orang puteri.
Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah , dipraktikkan semasa mendidik anak-
anaknya. Alhamdulillah,  benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Kemudian berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Marang, yang kini dikenali sebagai
Sekolah Menegah Lela Segara pada tahun 1982 hingga 1994. Menunaikan rukun Islam ke lima
bersama suami tercinta pada tahun 1988. Mula menyandang  jawatan penyelia petang di
Sekolah  Seberang Marang pada tahun 1994 sehingga 2004. Keterampilan beliau telah membawa
kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada tahun 2000. Setelah 10 tahun berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Rusila pada
2004 dengan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Bukit Gasing, sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  pada 2011.

Sepanjang perkhidmatannya beliau merupakan seorang yang ramah, berdidikasi, sopan


santun dan lemah – lembut. Namun dalam kelembutan ada ketegasan ketika menangani
kerenah anak didiknya.Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering menjadi
idola rakan sejawatan dan anak didiknya.
Setelah 34 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah
sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku.
Selamat tinggal anak-anak didik semua
Jadilah anak bangsa yang berguna
Agar ilmu yang diberi bukan sia-sia
Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau tinggalkan.  Tak tumbuh  tak melata,tak
sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan
yang pergi.
Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas
ini iaitu alam persaraan beliau.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah dipohon cemara,
Akhir kalam penyudah kata,
Moga bahagia  di alam pesara.
InsyaAllah.

Wassalam.

You might also like