You are on page 1of 2

BIDANG KUASA DAN PERATURAN

A. PERUNTUKAN KUASA UNTUK TUGAS PENGAWAL

SEKSYEN 93(5) AAT 72 : KUASA POLIS TENTERA


Seseorang pegawai polis tentera atau mana-mana pegawai, pegawai waran, pegawai tidak bertauliah
atau askar laskar yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang dibawah seorang pegawai polis
tentera, boleh menangkap mana-mana pegawai, askar laskar atau anggota sukarela (apabila
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan dibawah Akta ini).

KUASA ISYTIHAR KAWASAN LARANGAN TEMPAT LARANGAN


Sek 4 dan Sek 5 kepada Akta Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Pindaan 1983). Kem-
kem tentera atau instalasi yang mempunyai kepentingan kepada organisasi dan negara boleh
diisytiharkan sebagai tempat atau kawasan larangan.

KUASA MEMERIKSA DAN MENAHAN - Seksyen 4(2) dan 5(2)


Pengawal juga diberi kuasa memeriksa dan menahan sesiapa sahaja yang memasuki atau cuba
menyusup masuk atau berada di kawasan larangan atau tempat larangan diberikan melalui Seksyen
4(2) dan 5(2) kepada Akta Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Pindaan 1983).

KUASA MENGUSIR - Seksyen 4(3) dan 5 (3)


Seksyen 4(3) dan 5(3) kepada Akta Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Pindaan 1983)
memberi kuasa kepada pengawal untuk mengusir sesiapa sahaja yang berada di dalam kawasan
larangan atau tempat larangan tanpa sebarang prajudis.

KUASA PEGAWAI PENGUATKUASA


Anggota tentera yang ditugaskan sebagai pengawal diberikan kuasa sebagai pengawal di kawasan
larangan atau tempat larangan juga diberikan kuasa sebagai Pegawai Penguatkuasa melalui
Seksyen 2(b), 2(c) dan 2(d) kepada Akta Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959 (Pindaan
1983).

PENGAWAL KESELAMATAN
Anggota yang bertugas di instalasi keselamatan fizikal diberikan kuasa sebagai pengawal yang
diperuntukan seperti Sek 44(5) dan 44(6) dan 180 kepada AAT 1972.

B. KUASA MEMERIKSA KAD PENGENALAN DAN PAS

KUASA MEMERIKSA KAD PENGENALAN - Peraturan 7 Kepada Peraturan-Peraturan Akta


Pendaftaran Negara 1960 memberi kuasa kepada anggota angkatan tentera yang bertugas sebagai
pengawal untuk membuat pemeriksaan ke atas kad pengenalan sesiapa sahaja yang memasuki
kawasan larangan dan tempat larangan. Peraturan ini juga menghendaki pelawat mengemukakan
kad pengenalan mereka bagi tujuan pemeriksaan.

KUASA MENAHAN KAD PENGENALAN - Peraturan 7A Peraturan-Peraturan Akta Pendaftaran


Negara 1960.

KUASA MENYIMPAN KAD PENGENALAN


Seksyen 8(1) Akta Pendaftaran Negara dan Peraturan-peraturan memberi kuasa kepada pengawal
yang sedang menjalankan tugas atau ronda keselamatan untuk menyimpan kad pengenalan sesiapa
sahaja yang ingin memasuki kawasan larangan atau tempat larangan sehingga mereka keluar dari
pada kawasan tersebut.
KUASA MENGELUARKAN PAS
Peraturan 7A(2) dan Seksyen 8A(2) Akta Pendaftaran Negara dan Peraturan-Peraturan
memperuntukan kuasa kepada pengawal untuk memberi pas kebenaran atau pas pelawat kepada
sesiapa yang dibenarkan memasuki instalasi penting tersebut.

KUASA KE ATAS ORANG AWAM - Seksyen 8


Seksyen 212(1) AAT 72, memperuntukan bahawa Akta ini boleh juga digunakan kepada orang awam
yang diambil bekerja oleh atau yang berkhidmat dengan atau yang mengikut atau menyertai
Angkatan Tentera atau sebahagian Angkatan Tetap yang berada dalam perkhidmatan giat. Melalui
peruntukan seksyen ini, seseorang awam yang berada dalam kategori di atas boleh ditangkap oleh
Pegawai Polis Tentera, pegawai waran, ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah atau pegawai
kecil yang menjalankan kuasa secara sah di bawah arahan Pegawai Polis Tentera atau bagi pihaknya
atau diperintahkan oleh mana-mana Pegawai Angkatan Tentera Tetap.

BIDANG KUASA POLIS TENTERA


Merangkumi kuasa-kuasa yang diperuntukan di bawah undang-undang Kanun Prosedur Jenayah
(KPJ), AAT 72, dan PMAT, memperuntukan kuasa penyiasatan dan kuasa tangkapan ke atas sesiapa
sahaja yang melakukan kesalahan termasuk orang awam. Semua peringkat anggota Polis Tentera
hendaklah menggunakan kuasa yang ada semasa tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

You might also like