You are on page 1of 2

Ulasan kritis artikel

Ulasan kritis yang terdapat di artikel ini adalah tentang latar belakang
Pendidikan di Malaysia dan pembentukan falsafah Pendidikan kebangsaan.
Pendidikan Malaysia telah wujud dengan cara terasing iaitu berdasarkan siapa yang
memengang tampuk pemeritahan yang diamalkan penjajah dahulu. Pendidikan di
negara ini juga lebih tertumpu kepada setiap kaum seperti mereka menubuhkan
sekolah mengikut setiap bangsa iaitu sekolah melayu, inggeris, cina serta tamil yang
menggunakan Bahasa pengantar, buku dan guru masing-masing. Sekolah Inggeris
kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolahan
tersebut tidak dipersetujui oleh majoriti penduduk. Pendidikan formal telah wujud di
Malaysia sebelum kedatangan penjajah Inggeris mahupun semasa pemerintahan
Inggeris. Pada ketika itu pendidikan telah berkembang dan disesuaikan untuk
memenuhi keperluan zaman. Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk
mewujudkan satu sistem persekolahan. Terdapat jawatankuasa yang dahulunya
ditubuhkan begi mengkaji sistem Pendidikan antaranya laporan Barnes(1951) iaitu
menyemak dan memperbaiki keadaan Laporan Fenn-Wu (1951) ditubuhkan bagi
menyemak pendidikan kaum Cina. Ordinan Pelajaran (1952) ditubuhkan bagi
mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
dan Laporan Razak (1956) ditubuhkan bagi meletakkan asas bagi perkembangan
sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan
untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
sekolah. Selepas kemerdekaan, sistem Pendidikan telah dibentuk bersesuaian
dengan keperluan negara yang merdeka (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010).

Dalam artikel ini, penulis menyatakan Pendidikan di Malaysia telah digubal


dengan membuat undang-undang yang dipanggil Penyata Razak (1956) yang
merupakan asas penggubalan Ordinan Pelajaran 1957

You might also like