You are on page 1of 1

Tuan Yang Dipertua

SM Sains Kuala Selangor


Bandar Melawati
45000 Kuala Selangor
Selangor

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN TAYANGAN VIDEO ANJURAN PROTUNe

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk,

2. Sukacita adalah dimaklumkan bahawa, ahli PROTUNe akan mengadakan Tayangan Video Bersama
pelajar-pelajar SM Sains Kuala Selangor:

Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu)


Masa : Selepas Solat Isha’
Tempat : Dewan Prima

3. Tayangan ini akan diadakan oleh ahli PROTUNe bersama pelajar-pelajar tingkatan 1-5. Objektif
tayangan ini adalah untuk mengumpul dana bertujuan sebagai modal awal jualan PKNS yang bakal
berlangsung.

4. Pihak PROTUNe juga akan memastikan pelaksanaan tayangan mengikut peraturan SM Sains Kuala
Selangor yang telah ditetapkan seperti yang telah termaktub dalam buku peraturan.

5. Sehubungan dengan itu, pihak PROTUNe amat berharap kelulusan daripada pihak Tuan/Puan bagi
melaksanakan program ini. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan/Puan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

You might also like