You are on page 1of 23

Sesi 2022/2023

BUKU LAPORAN TAHUN 2021


Isi Kandungan

14 Mei 2022 ( Sabtu)

8.00 Pagi – 12.30 Tengah hari

Dewan Terbuka SMKRR


Buku Laporan Tahun 2020 2021
Muka
Bil. Perkara
Surat

1. Kata-kata aluan Penasihat PIBG 3

2. Kata-kata aluan Yang Di-Pertua PIBG 4

3. Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Tahun 2022 5

4. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG 8

5. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 8

6. Jawatankuasa PIBG SMK Rancha-Rancha sesi 2020/2021 9

7. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-8 tahun 2021 10

Laporan Aktiviti/Program/Sumbangan/Kecemerlangan PIBG


8. 14
2021

9. Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 14

10. Usul-usul 2020 15

12. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 22

13. Penghargaan 23

2
Buku Laporan Tahun 2020 2021
KATA-KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG : PENGETUA SMK RANCHA-RANCHA
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke


hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk bersama-
sama menabur bakti kepada anak bangsa kita. Setelah hampir dua tahun kita tidak bebas
melaksanakan apa jua aktiviti termasuklah perjumpaan yang penting sebegini. Namun,
atas usaha dan perancangan yang teliti oleh jawatan kuasa PIBG, maka Mesyuarat Agung
PIBG bagi tahun 2022/2023 dapat dilaksanakan pada hari yang ini. Terima kasih kepada
semua AJK Pelaksanaan.

Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat melaksanakan mesyuarat ini
dalam suasana harmoni dan semua yang hadir dapat mengetengahkan idea yang bernas
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa. Perkara ini
bertujuan supaya SMK Rancha-Rancha dapat terus melangkah ke hadapan sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, penularan wabak
Covid-19 jelas telah memberi impak yang besar kepada dunia termasuk isu pendidikan.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai
cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah untuk membantu pihak sekolah dalam
semua aspek khususnya untuk memastikan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan
anak – anak. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak terutama
dalam kalangan ibu bapa dan penjaga, agak sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan-
kejayaan yang dirancang dan diharapkan.

Saya mewakili pihak warga sekolah SMK Rancha-Rancha merakamkan setinggi-


tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua pihak yang telah memberi
kerjasama dalam merancang sekali gus melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan
sekolah dan kemenjadian anak-anak. Kita semua mengharapkan segala aktiviti dan
program yang telah dijalankan akan dapat mempertingkatkan pencapaian dalam
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak kita.

Hanya dengan kerjasama dan sokongan berterusan semua pihak, anak didik
sekolah ini akan lebih mudah dididik untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi
sahsiah, akademik serta kokurikulum demi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan
diri,masyarakat dan negara.

Akhir kata semoga Allah memberkati dan membalas segala jasa bakti semua AJK
PIBG SMKRR yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menjalankan amanah dan
tanggungjawab bagi memastikan anak - anak dididik untuk menjadi insan yang berilmu
dan cemerlang, seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada keluarga, agama, bangsa
dan negara yang tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

3
Wan Azman bin Wan Awang
Pengetua SMK Rancha-Rancha
Buku Laporan Tahun 2020 2021
KATA-KATA ALU-ALUAN YDP PIBG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-NYA dapat kita sama-
sama berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke- 7 SMK Rancha-Rancha. Sesungguhnya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini, saya
sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian tuan puan mengorbankan masa
untuk berada di sini. Semoga sokongan dan kerjasama kita semua mendapat keberkatan
dan keredhaan Ilahi. Tanpa sokongan semua ahli tidak mungkin pihak sekolah dapat
menjayakan ,melahirkan insan yang berminda kelas pertama.

PIBG membawa maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mana gabungan antara ibu
bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah bahkan kejayaan sesebuah sekolah
juga berkait rapat dengan sokongan dan peranan ibu bapa sekalian. Bak kata pepatah
Melayu, “Bagai Aur Dengan Tebing”. Paduan dua komuniti ini insyaAllah akan
menghasilkan impak yang amat baik dalam usaha membantu dan membangunkan
sekolah. Bahkan juga kemenjadian murid dalam akademik, sahsiah mahupun
kokurikulum akan semakin cemerlang dan hebat.

Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati
dalam menggerakkan persatuan ini menjadi lebih cemerlang.Malah Kumpulan Sokongan
Ibu Bapa (KSIB ) juga seharusnya tidak ketinggalan untuk sama-sama memberikan
sumbangan ikhlas membantu kecemerlangan sekolah.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakam tahniah kepada pihak sekolah atas
kejayaan-kejayaan yang telah dicapai baik dalam akademik, ko-akademik, dan juga
kokurikulum. Semoga kejayaan yang lebih besar akan menjadi milik SMKRR. Di sini juga
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan juga semua
guru yang telah tidak pernah jemu menjalankan peranan masing-masing demi kejayaan
sekolah dan anak-anak didik. Semoga pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu
mencurahkan bakti kepada anak-anak kami.

Sekali lagi saya menyeru agar semua ibu bapa akan dapat menyalurkan idea-idea bernas
mahupun tenaga dalam menggerakkan PIBG seterusnya menjadikan sekolah lebih
cemerlang dan gemilang.

Sekian, Terima Kasih

………………………………
Awang Adi Bin Tuah
YDP PIBG

4
Buku Laporan Tahun 2020 2021
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2022

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANCHA-RANCHA
W.P LABUAN
Rujukan : SMKRR.100-13/1/3 ( )
Tarikh : 27 April 2022

Pengetua SMK Rancha-Rancha


Semua Penolong Kanan SMK Rancha-Rancha
YDP PIBG SMK Rancha-Rancha
NYDP PIBG SMK Rancha-Rancha
Semua AJK PIBG SMK Rancha-Rancha
Semua guru dan PKP SMK Rancha-Rancha
Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Rancha-Rancha

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK RANCHA-
RANCHA KALI KE-9 TAHUN 2022

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SMK Rancha-Rancha kali ke-9 bagi tahun 2022 akan diadakan seperti butiran yang berikut : -

Tarikh : 14 Mei 2022 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SMKRR

3. Agenda mesyuarat seperti yang berikut :-


3.1 Ucapan aluan Penasihat PIBG
3.2 Ucapan aluan YDP PIBG
3.3 Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Rancha-Rancha bagi sesi 2022 /
2023.
3.4 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-8
3.5 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi sesi 2020 / 2021
3.6 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG yang berakhir
pada 31 Disember 2021
3.7 Penetapan jumlah sumbangan PIBG tahun 2022
3.8 Pembentangan dan pembahasan usul-usul yang telah dikemukakan melalui borang
yang diberikan.
3.9 Pembubaran AJK PIBG SMK Rancha-Rancha bagi sesi 2020 / 2021
3.10 Pelantikan AJK PIBG SMK Rancha-Rancha bagi sesi 2022 / 2023
3.11 Hal-hal lain
3.12 Ucapan Penangguhan Mesyuarat.
5
Buku Laporan Tahun 2020 2021

4. Tuan/puan boleh membuat pengesahan kehadiran dan mengemukakan usul/cadangan


untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dalam borang yang dilampirkan
bersama ini selewat-lewatnya pada 9 Mei 2022 (Isnin). Usul yang diterima selepas tarikh ini tidak
akan dibentangkan di dalam mesyuarat.

5. Merujuk surat KPM.100-1/3/1 Jld.7 (26) pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG
turut tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 di mana MAT PIBG
hendaklah dilaksanakan tidak melibatkan sebarang aktiviti atau kehadiran murid. Oleh yang
demikian, hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang perlu hadir ke MAT PIBG SMK Rancha-Rancha
kali ke-9 tahun 2022. Kerjasama dari pihak tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat bagi sama-sama
membincangkan isu pembangunan sekolah dan para murid amatlah dihargai dan didahului dengan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan Amanah,

(AWANG ADI BIN TUAH)


Yang Di-Pertua PIBG
SMK Rancha-Rancha

MAKLUMBALAS KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK RANCHA-RANCHA KALI KE -9


TAHUN 2022

Saya …………………………………………………………………………………………………………. ibu / bapa / penjaga


kepada Murid yang bernama ………………………………………………………………………….. dari kelas
……………………………………………. * akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Rancha-
Rancha kali ke -9 Tahun 2022 pada 14 Mei 2022.

*potong yang tidak berkenaan.

Sekian, harap maklum

Yang benar,

…………………………………………………………………..

( )

6
Buku Laporan Tahun 2020 2021
Cadangan/usul saya bagi mesyuarat tersebut ialah:

i)

ii)

P/s : Sila kembalikan borang maklum balas kehadiran ini kepada Guru Kelas masing-masing sebelum
atau pada 9 Mei 2022 (ISNIN).

4. Kerjasama tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut amat dihargai. Pematuhan
kehadiran tuan / puan tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa –
Guru, Perenggan 37.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AWANG ADI BIN TUAH)

YDP PIBG SMK RANCHA-RANCHA

7
Buku Laporan Tahun 2020 2021

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2022

7.00 Pagi : Ketibaan guru


7.15 Pagi : Pendaftaran ibu bapa dan jemputan
8.00 Pagi : Ketibaan Perasmi
: Bacaan Doa oleh En.Azzif bin Anuwar
: Ucapan Aluan Pengetua SMK Rancha-Rancha
: Ucapan YDP PIBG
: Ucapan Perasmi
: Tayangan multimedia
: Mesyuarat Agung PIBG SMK Rancha-Rancha Kali ke-9
: Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2020/2021
: Sesi Perlantikan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023
: Penangguhan Mesyuarat
: Jamuan ringan
12.30 T/h : Majlis dijangka selesai

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2022

a. Ucapan aluan Penasihat PIBG.


b. Ucapan YDP PIBG.
c. Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Rancha-Rancha bagi sesi
2022/2023.
d. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-8.
e. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi sesi 2020/2021.
f. Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2021.
g. Penetapan jumlah sumbangan PIBG tahun 2022.
h. Pembentangan dan pembahasan usul-usul yang telah dikemukakan melalui pautan
yang diberikan.
i. Pembubaran AJK PIBG SMK Rancha-Rancha bagi sesi 2020/2021.
j. Pelantikan AJK PIBG SMK Rancha-Rancha Bagi Sesi 2022/2023.
k. Hal-hal lain.
l. Ucapan Penangguhan Mesyuarat.

8
Buku Laporan Tahun 2020 2021
JAWATANKUASA PIBG SMK RANCHA-RANCHA SESI 2020/2021

9
Buku Laporan Tahun 2020 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-8
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK RANCHA-RANCHA W.P.LABUAN
TAHUN 2021

Tarikh : 10 Mac 2021


Hari : Sabtu
Tempat : Kediaman masing-masing melalui pautan https://meet.google.com/hda-tsgq-bfz
Masa : 7.30 pagi

Hadir :
1. WAN AZMAN BIN WAN AWANG (Pengetua) 72. YUSRI BIN UMAR
2. SAHNUDDIN BIN ARIFFIN (Penolong Kanan 73. AILDY BIN AMAT
Pentadbiran)
3. MARZIAWATI@ZIAH BINTI MARDAN (Penolong 74. MD.ZAIDI BIN MD.ZAKARIA
Kanan HEM) 75. MOHAMAD FAIZI BIN JUSOP
4. SUBARI BIN DWAR (Penolong Kanan Kokurikulum) 76. YUSUP BIN MOHAMAD
5. JASMINI BINTI DAUD (GKB Kemanusiaan) 77. FARADILLAH BINTI HARUN
6. AWANG ADI BIN TUAH (YDP PIBG) 78. LUSAN BIN ALIMUSA
7. ROSNANI BINTI DAUD (NYDP PIBG)
79. JUALI@JULEE BIN LATIP
8. NOOR MAZIZ BIN DAMIT (AJK PIBG)
9. MAZIDI BIN ROSLI (AJK PIBG) 80. MARAKAN BIN ZAINAL
10. SALINAH BINTI AMAT (AJK PIBG) 81. JAMIL BIN BASIL
11. AWANGKU AHMAD TAJUDIN (AJK PIBG) 82. JAIRUN BIN MASIL
12. NOR AIZAH BINTI NAYAN (Guru) 83. KAMIL BIN ABAS
13. AWANG SOFIEN BIN AWG MOHDZAR (Guru) 84. MOHAMAD KHALID BIN MOHAMAD
14. SAPRI BIN IDRIS (Guru0 NAZEER
15. AIN ZURANA ATEM BT ABDULLAH (Guru)
85. A NODIN BIN MOHAMED ALI
16. NURUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH (AJK PIBG Guru)
17. ABDUL GHAFAR BIN SALLEH (AJK PIBG Guru) 86. MOHD FAZLY BIN ABDUL HAMID
18. HAMMADAH BIN ISKANDAR (Guru) 87. RONNEY LIM WEI CHOON
19. MOHAMAD BIN ABDULLAH (AJK PIBG Guru) 88. NORAIN BIN MANJA
20. NOR AMEZA BINTI ZAKARIA (AJK PIBG Guru) 89. DG SITI MAWARNI BINTI PUNGOT
21. NURUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH (AJK PIBG Guru)
90. KARNA BINTI KALI
22. EMYYANNA BINTI HAMJANI (AJK PIBG Guru)
23. NOR HASINA BINTI HASSAN (Guru) 91. RINA BINTI GASSAN
24. NORADIBAH BINTI ZAWAWI (AJK PIBG Guru) 92. ELDAYANA BINTI SUHAILI
25. SARINA BINTI KAMRING (Guru) 93. NORELLEN BINTI ANJAM
26. RAFFEZA BINTI SANADI (Guru) 94. SITI NORWANAH BINTI WAHAB
27. ISMAYANI BINTI ISMAIL (Guru)
95. NORASHIKIN BINTI DELLEH
28. NORDIANA BINTI EDRIS (Guru)
29. DG KHARLINAH BINTI MOHAMMED (Guru) 96. JUNAINAH BINTI AMAN
30. NORFEAIZAH BINTI AWANG (AJK PIBG Guru) 97. NURZIETAH RINJI ABDULLAH
31. JURRAIDAH BT JAAFAR (Guru) 98. SITI ROHANI BINTI MOKRI
32. ERNI ELIZA BINTI YUNOS (AJK PIBG Guru) 99. SINANTIN BINTI WARNO
33. NORZIAH BINTI JAKARIA (Guru) 100. NADIAH BINTI MOHD ALI
34. RUHAYATI BINTI IDRIS (Guru) 101. NORLAILA BINTI JIKRAN
35. CLADIUS UPIN LONSIONG JR (Guru)
102. NORAZLINA BT KARIM
36. NURUL SHAHIRAH BINTI NURDIN (Guru)
10
Buku Laporan Tahun 2020 2021
37. ARDAIN BIN ABDULLAH (Guru) 103. ELDAYANA BINTI SUHAILI
38. MUHAMMAD ROSYIDI BIN BAKRI (Guru) 104. DEWI ZURINA BINTI AG SAMAN
39. ZAITON BINTI BRAHIM (AKP)
105. JOHARA BINTI MAMAT
40. RAMLEE BIN TAHA (AKP)
41. ELIANUS TAIP (AKP) 106. NORHAYATEY BINTI ABDUL WAHAP
42. MAT UDIN BIN ABDUL 107. NOOR ZAIMAH BINTI MIYAKUB
43. ADNAN BIN AG.OSMAN 108. NORSIMAH BINTI ABD.HAMID
44. RIZUWAAN BIN ABDULLAH 109. MASTURA BINTI AWANG
45. A.K ARLY ASMALLY BIN ALLI RAHMAN 110. HAMIZAHWATI BINTI HAMID
46. MOHD RIZWAN BIN JANGARAN 111. SARIMAH BTE AHMAD
47. JAIDIN BIN JUMAT 112. JULIA BINTI BUANG
48. IBRAHIM BIN MUHAMAD @ MOHAMAD 113. NORAINI BINTI SUBAH
49. ROSLEY @ AMIT BIN ABD RAHMAN 114. NUR FADIAH BINTI ABDULWAHAB
50. HAIRUL AFIZUL BIN ABD. HALIL 115. SITI NURSUADAH BINTI BENSALI
51. RIZAL SUHAILEE 116. MINA@ESDIAH BINTI NUNUKAN
52. ABD. HAMID BIN ERIK 117. SOPHIA BINTI ALIF
53. NOR ARJUNAWATI BINTI MOHAMED 118. NORSADAH BINTI AMAR
54. JIMIRAN BINTI BADAS
55. AZIMAH BINTI AHMAD 119. SITI HAMIDAH BINTI MOHAMAD
56. JULASRI BIN MANAF 120. DIANA BINTI ISMAIL
57. UMUL FITRIANI 121. SITI MASLIAH BINTI SAPINGI
58. SITI MASLIAH BINTI SAPINGI 122. SANIJAH @ SHARMIN BINTI OMAR
123. RINI BINTI OTHMAN
59. RAMNEH BINTI SENI
124. RICHARD BIN RIBIN @ WILLIAM
60. FAJARINAH BINTI NASIR
125.
126. DATU ALI BIN ZANIEL
61. SYARIFAH AZIZAH BINTI WAN SEMAWI
62. TALAM BINTI PUASA
63. JAMINAH BINTI LAMIN
64. RAINAH BINTI ASAT
65. FAUZIAH BINTI ZAINAL
66. MARINA BINTI MOHAMAD
67. FATMAWATI BINTI MUHAMAD PUZI
68. NORHASIKEN BINTI MOHD DAHLI
69. ZAMILAH BINTI MD.WALI
70. SITI ZALEHA BINTI MAJID
71. SITI HAJAR BINTI IMRAN @ GINULIS

11
Buku Laporan Tahun 2020 2021
AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENASIHAT (PENGETUA)

1.1 Penasihat telah menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha kali ke-8.
Tindakan : Makluman

1.2 Penasihat memohon agar ibu bapa melibatkan diri dengan aktif dan memberi Kerjasama dalam
semua aktiviti yang diadakan oleh sekolah dan juga PIBG. Penasihat mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK PIBG kerana telah banyak menyumbang kepada sekolah terutama sekali
dalam memberikan peruntukan kewangan dalam aktiviti yang dijalankan dan melibatkan murid
sepanjang tahun 2019.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK RANCHA-RANCHA KALI KE-7

2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha kali ke-7 telah dibentangkan oleh
Yang Di-Pertua PIBG Smk Rancha-Rancha, Encik Awang Adi bin Tuah.
Tindakan : Makluman

2.2 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha kali ke-7 telah disahkan tanpa
sebarang pindaaan selepas dicadangkan oleh Encik Noor Maziz bin Damit dan disokong oleh
Puan Rosnani binti Daud.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.


Tindakan : Makluman

4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN 2020

4.1 Laporan aktiviti tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha bagi tahun 2020 telah dibentangkan oleh
Setiausaha Kehormat PIBG, Puan Norfeaizah binti Awang.
Tindakan : Makluman

4.2 Laporan aktiviti tahunan PIBG SMK Rancha-Rancha ini telah dicadangkan oleh Encik Noor Maziz
bin Damit untuk diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman

5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2020

5.1 Puan Erni Eliza selaku Bendahari PIBG telah membentangkan penyata kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2020.
Tindakan : Makluman

12
Buku Laporan Tahun 2020 2021
5.2 Bendahari melaporkan bahawa :
5.2.1 Baki pada 31.12.2019 : RM6471.61
5.2.2 Jumlah Pendapatan 2020 : RM21096.61
5.2.3 Jumlah Perbelanjaan 2020 : RM7142.50
5.2.4 Baki pada 31.12.2020 : RM13954.11
Tindakan : Makluman

5.3 Penyata kewangan PIBG SMK Rancha-Rancha yang berakhir pada 31 Disember 2020 telah
dicadangkan untuk diluluskan oleh Puan Rosnani binti Daud dan disokong oleh Encik Noor Maziz
bin Damit. Dengan ini, mesyuarat sebulat suara meluluskan penyata kewangan ini.
Tindakan : Makluman
6.0 PENETAPAN JUMLAH WANG SUMBANGAN PIBG 2021

6.1 Pengerusi memaklumkan wang sumbangan PIBG yang telah diputuskan bagi tahun 2020 ialah
sebanyak RM50.00. Beliau meminta pandangan seluruh ahli mesyuarat untuk menetapkan
jumlah wang sumbangan PIBG bagi tahun 2021.
Tindakan : Makluman

6.2 Sumbangan PIBG pada tahun ini dikekalkan sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga.
Tindakan : Makluman

6.3 Sumbangan tambahan bagi keluarga murid tingkatan 3 dan 5 sebanyak RM50.00 dikekalkan
seperti tahun lepas dicadangkan oleh Puan Rosnani binti Daud dan disokong oleh Encik Noor
Maziz bin Damit.
Tindakan : Makluman
7.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL

7.1 Yang Di-Pertua PIBG membentangkan senarai usul ibu bapa yang diterima melalui borang usul
yang telah diisi melalui pautan http://gg.gg/USULPIBGTAHUN2021

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.
Tindakan : Makluman

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT


9.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 1.00 petang.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh : Disemak oleh:

………………………… …………………………..

(NORFEAIZAH BINTI AWANG) (AWANG ADI BIN TUAH)


Setiausaha PIBG, YDP PIBG,
SMK Rancha-Rancha SMK Rancha-Rancha

13
Buku Laporan Tahun 2020 2021
LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM/SUMBANGAN/KECEMERLANGAN PIBG 2021

Sumbangan Pengawas PSS RM300

Program Dialog Pemimpin Muda RM200

Pembayaran Dewan Sg.Bedaun RM100

Sumbangan Air Mineral RM100

Bayaran Air Mineral RM15

Program Covid-19 RM400

Program Motivasi SPM RM400

Program Kecemerlangan SPM RM400

Program Kecemerlangan SPM RM300

Merimbun ilmu SPM RM1500

Unit Hal Ehwal Murid RM100

Sumbangan Kadet Bomba RM200

Sumbangan Kejohanan Sukan Sekolah RM600

Sumbangan Murid menyertai Ragbi MSSWPL RM200

Majlis Apresiasi Lambaian Kasih Bendahari RM200

LAPORAN KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Baki pada 31.12.2019 : RM6471.61


Jumlah Pendapatan 2020 : RM21096.61
Jumlah Perbelanjaan 2020 : RM7142.50
Baki pada 31.12.2020 : RM13954.11

14
Buku Laporan Tahun 2020 2021
SENARAI USUL IBU BAPA TAHUN 2021

Nama Mazidi bin Rosli

Nama Murid Muhammad Nur Annasrullah bin Mazidi (3 Ibn)


Nur Anisya Natasha binti Mazidi (1 An)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Kelas tambahan secara Online bagi PT3

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Kelas Kokurikulum secara Google Meet

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Menjalankan program cakna bagi keluarga yang tidak berkemampuan

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Latihan boleh di buat selalu dengan google form dan pembelajaran boleh juga
menggunakan tv didik melalui jadual siaran

Ulasan 1. Pihak sekolah belum menerima makluman tentang PT3 sama ada diteruskan
atau tidak. Sekiranya ada, pihak sekolah akan melaksanakan kelas tambahan.
2. Aktiviti kokurikulum secara bersemuka akan dilaksanakan namun masih
menunggu arahan daripada pihak jabatan Pendidikan. Aktiviti kokurikulum
secara google meet boleh dilaksanakan namun pihak sekolah merasakan
akan timbul ketidakadilan kepada murid yang kurang berkemampuan. Selain
itu, pihak sekolah juga mencadangkan guru penasihat kokurikulum
mengadakan kelas kokurikulum bagi kumpulan kecil.
3. Pihak sekolah akan mengadakan program cakna (bantuan dan sumbangan)
bagi keluarga yang tidak berkemampuan mengikut SOP dari semasa ke
semasa. Pihak sekolah juga akan melancarkan tabung kebajikan bagi
membantu murid yang kurang berkemampuan.
4. Terima kasih atas cadangan Encik.

Nama Hanizah binti Kula

Nama Murid Akma Nurdanyia binti Aili (1 Ibn)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Banyak merujuk buku teks dan mengulang kaji pelajaran yang telah di buat

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada hari rabu selepas sekolah

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


dari kekemasan pakaian, menghormati rakan-rakan dan guru-guru serta saling
bantu membantu dan berdisiplin diri.
15
Buku Laporan Tahun 2020 2021

Cadangan usul 4 (lain-lain)


1. Memajukan dari segi pembelajaran murid-murid
2. banyak membuat aktiviti
3. gotong-royong
Ulasan 1. Guru-guru sememangnya menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan
utama dan maklumat-maklumat lain sebagai nilai tambah daripada guru
subjek.
2. Aktiviti kokurikulum secara bersemuka akan dilaksanakan namun masih
menunggu arahan daripada pihak jabatan pendidikan.
3. Program yang berkaitan dengan kekemasan diri dan disiplin murid di bawah
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan dilaksanakan mengikut Takwim Hem dan
mengikut SOP semasa.
4. Aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan takwim HEM mengikut SOP
semasa.

Nama Masnah binti Juhari

Nama Murid Ellis binti Mucsin (2 Ar)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Mempertingkatkan pelajaran secara teratur

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Memperkembangkan setiap uniform

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Mempertingkatkan disiplin pelajaran

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Memandangkan wabak belum berakhir diminta cikgu tingkatkan pemantauan
supaya pelajar tidak berkumpul, mengikut SOP, kita jaga kita.

Ulasan 1. Pihak sekolah telah mengatur jadual pelajaran secara teratur. Pihak sekolah
berharap ibu bapa membantu bagi memantau pelajaran anak-anak dari segi
kehadiran dan latihan yang diberikan.
2. Unit kokurikulum akan berusaha untuk memperkasakan unit beruniform
mengikut SOP semasa.
3. Program yang berkaitan dengan kekemasan diri dan disiplin murid di bawah
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan dilaksanakan mengikut Takwim HEM
mengikut SOP semasa.
4. Pihak sekolah sudah mengambil tindakan di mana pihak sekolah telah
membahagikan lokasi-lokasi setiap tingkatan semasa proses penguraian.
Pihak sekolah juga berharap Kerjasama daripada ibu bapa bagi memantau
anak-anak apabila di luar kawasan sekolah.

Nama Azmi bin Tahir

16
Buku Laporan Tahun 2020 2021
Nama Murid Malika Melania binti Azmi (1 Ar)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Kelas tambahan

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Tiada pilih kasih dalam pemilihan pelajar

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Mewajibkan semua pelajar turut serta dalam segala program atau aktiviti

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Kurang yuran bagi pelajar yang kurang berkemampuan

Ulasan 1. Kelas tambahan akan dilaksanakan sekiranya mendapat kebenaran daripada


pihak jabatan pendidikan.
2. Unit kokurikulum memilih murid bergantung dengan prestasi, kebolehan dan
kemampuan murid sebagai wakil sekolah.
3. Pihak sekolah sememangnya mewajibkan semua murid terlibat dengan
program atau aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan SOP semasa.
4. Tiada sebarang yuran sekolah dikenakan. Sumbangan PIBG merupakan
persetujuan semua ibu bapa. Melalui mesyuarat PIBG sebelum ini turut
dicadangkan ibu bapa boleh membayar secara ansuran.

Nama Julia binti Mohd Juan

Nama Murid Muhammad Hisham bin Abdullah (3 Ibn)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Pendedahan awal pada teknologi I.T

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Galakkan dalam aktiviti survival

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Penglibatan dalam aktiviti amal kebajikan

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Mengadakan kelas khas pemulihan akhlak dan kaunseling bagi pelajar bermasalah

Ulasan 1. Pihak sekolah sememangnya telah memberi pendedahan awal kepada murid
mengenai teknologi maklumat.
2. Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan mengikut SOP semasa.
3. Aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan takwim Hem mengikut SOP
semasa.
4. Unit kaunseling akan melaksanakan program berdasarkan takwim mengikut
SOP semasa.

17
Buku Laporan Tahun 2020 2021
Nama Noraini binti Naim

Nama Murid Mohd Fieqri bin Talib (2 Af)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Mewujudkan komunikasi yang efektif di antara ibu bapa / penjaga dengan guru
kelas / guru mata pelajaran

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Kemas kini perkembangan pelajar kepada ibu bapa / penjaga bagi memastikan
prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa.

Cadangan usul 3 (Pembangunan sahsiah)


Beri masa kepada murid-murid untu solat jika waktu solat telah masuk. Ini adalah
supaya murid-murid faham bahawa solat itu adalah wajib.

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Mohon untuk guru suruh murid hafal sifir

Ulasan 1. Pihak sekolah telah mewujudkan komunikasi antara ibu bapa / penjaga dengan
guru kelas / guru mata pelajaran melalui group whatapp / telegram
2. Pihak sekolah (guru) melantunkan perkembangan murid-murid di dalam group
whatapp / telegram
3. Murid dibenarkan untuk solat namun mengikut SOP semasa murid tidak
dibenarkan pergi ke surau beramai-ramai dan hendaklah secara bergilir-gilir.
Murid juga diminta untuk membawa sejadah dan telekung daripada rumah.
4. Pihak sekolah akan mengambil tindakan.

Nama Mahmod bin Sapar

Nama Murid Mohamad Farhain bin Mahmod (5 An)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Tambahan masa untuk semua kelas

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Adakan kelas tambahan yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM

Ulasan 1. Tambahan masa untuk semua subjek sudah dilaksanakan. Murid-murid


menengah rendah pulang serentak dengan menengah atas dari hari pertama
persekolahan.
2. Kelas tambahan selepas waktu pdp akan dilaksanakan apabila mendapat
kebenaran dari pihak berwajib dengan mematuhi SOP semasa.

Nama Rasidah binti Sawal

18
Buku Laporan Tahun 2020 2021
Nama Murid Firzanah binti Ar Yadih (5 Ar)

Usul Cadangan usul 4 (lain-lain)


Mencadakang agar kipas siling di dalam kelas diselenggara agar dapat berfungsi
dengan baik supaya anak-anak selesa belajar terutamanya semasa cuaca panas

Ulasan 1. Pihak sekolah akan mengambil tindakan. Guru kelas juga turut mengambil
tindakan dengan menampak kertas di tingkap bagi mengurangkan panas.

Nama Ernaz binti Zainal Abidin

Nama Murid Nur Najihah binti Jimmy (3 Af)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Lebih menumpukan kepada mata pelajaran yang tercorot contohnya dalam
pelajaran bahasa English peratusnya rendah setiap kali peperiksaan jadi seboleh-
bolehnya mata pelajaran itu diberi tumpuan contohnya diberi latih tubi yang
banyak, praktis berbahasa English sewaktu mata pelajaran English berlangsung di
kelas.

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Harus lebih banyak membuat aktiviti yang melibatkan pembangunan sahsiah

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Cikgu-cikgu seharusnya lebih banyak membuat tinjauan secara mendekat dengan
pelajar agar tahu lebih banyak kelemahan yang dimiliki setiap pelajarnya
contohnya banyak berkomunikasi dengan pelajar yang lebih banyak berdiam diri
semasa dalam kelas

Ulasan 1. Pihak sekolah sedang melaksanakan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) mengikut
perkembangan dari awal tahun tahun, pertengahan dan akhir tahun)
2. Aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan takwim HEM mengikut SOP
semasa.
3. Guru-guru akan berusaha untuk membuat tinjauan secara dekat dengan
murid.

Nama Norhasiken binti Mohd Dahli

Nama Murid Awangku Dzul Hakimie bin Awangku Mustakim (1 Af)

Usul Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Program Mentor Mentee

Cadangan usul 4 (lain-lain)


Program menarik ke arah kemenjadian dan kecemerlangan murid.

Ulasan 1. Aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan takwim Hem mengikut SOP


semasa.
19
Buku Laporan Tahun 2020 2021
2. Aktiviti-aktiviti akan dilaksanakan berdasarkan takwim Hem mengikut SOP
semasa.

Nama Hasrin bin Borhanordin

Nama Murid Nurul Syuhailah binti Hasrin (4 Af)


Nurul Syadillah binti Hasrin (3 Ar)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Penstukturan penyusunan penjadualan pembelajaran bagi pengasingan tahap 1
dan tahap 2 bagi kelancaran jadual balik pelajar

Cadangan usul 4 (Lain-lain)


Mohon pihak sekolah dapat menyusun semula jadual pengajaran dan
pembelajaran untuk murid, jadual masa balik pelajar. Hanya cadangan, kalau boleh
jadual pembelajaran anak-anak balik sekolah tidak lebih dari jam 2 petang
disebabkan ada segelintir ibu bapa yang berkerja dan pergerakan balik anak-anak
ini ada yang balik jam 2.30 petang ataupun 3 petang. Sebab waktu ibu bapa yang
berkerja hanya ada masa untuk mengambil anak-anak ini di masa waktu rejat
sehingga jam 2 petang. Jika berlaku masa pergerakan sehingga jam 3 petang ini
menyebabkan waktu ibu bapa ada sedikit terganggu untuk membahagikan masa
waktu kerja dan waktu ambil anak sekolah. Mohon pihak sekolah dapat
menyelaraskan waktu pembelajaran murid dan waktu balik selewatnya sehingga
jam 2.

Ulasan 1. Pihak sekolah sudah pernah melaksanakan penjadualan mengikut tahap 1 dan
tahap 2, namun demikian terdapat masalah yang dikenalpasti di mana
terdapat segelintir ibu bapa yang menunggu bagi mengambil anak yang balik
pada tahap 2 sehingga menghalang lalu lintas dan sesak.
2. Bagi murid yang mengambil aliran agama mempunyai subjek yang lebih
daripada kelas aliran biasa. Ia mengikut standard yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nama Muhammad Solihin Sharipuddin

Nama Murid Marya al qibtiyyah (1 Af)

Usul Cadangan usul 1 (Pembangunan Akademik)


Memartabatkan KKQ

Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Memantapkan PPIM negeri

Cadangan usul 3 (Pembangunan Sahsiah)


Melahirkan muslimin dan Muslimah soleh solehah

20
Buku Laporan Tahun 2020 2021
Ulasan 1. Terima kasih atas cadangan dari pihak tuan

Nama Alia Nur Izzati

Nama Murid Nur Shazawani (2 Ar)

Usul Cadangan usul 2 (Pembangunan Kokurikulum)


Sebaiknya persatuan tidak bertukar ganti setiap tahun

Ulasan 1. Pemilihan persatuan adalah dibuat oleh murid sendiri

Nama Nazryhan bin Sabdin

Nama Murid Muhammad Nazmi Afiq (1 Af)

Usul Cadangan usul 4 (Lain-Lain)


Cadangan masa balik bolehkan secara bergilir contohnya tingkatan 1 dan 2 jam
1.45 pm. Tingkatan 3-5 jam 2 pm bagi mengelak kesesakan semasa balik sekolah

Ulasan 1. Pihak sekolah sudah pernah melaksanakan penjadualan mengikut tahap 1 dan
tahap 2, namun demikian terdapat masalah yang dikenalpasti di mana
terdapat segelintir ibu bapa yang menunggu bagi mengambil anak yang balik
pada tahap 2 sehingga menghalang lalu lintas dan sesak.

Nama Sanijah Omar

Nama Murid Syahfiqah Arriana (3 Ar)

Usul Cadangan usul 4 (Lain-Lain)


Pihak pengurusan sekolah perlu mengurus kelancaran aliran kenderaan ibu bapa
semasa pulang agar cepat dan bersistem.

Ulasan 1. Pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan bantuan pengawal


keselamatan, menggunakan walkie-talkie dan healer bagi memastikan
kelancaran kenderaan ibu bapa semasa balik.

21
Buku Laporan Tahun 2020 2021
SENARAI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 9
TAHUN 2022

AJK PROTOKOL & SAMBUTAN PENDAFTARAN


TETAMU PN. NURUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH
SEMUA PENTADBIR SEKOLAH PN. EMYYANNA BINTI HAMJANI
YDP PIBG PN. NOR HASINA BINTI HASSAN
NYDP PIBG PN. DG.KHARLINAH BINTI MOHAMMED
PENGACARA BACAAN DOA
PN. RAFEEZA BINTI SANADI EN. AZZIF BIN ANUWAR
PN. RAHMIZAH BINTI RAHIM
BUKU LAPORAN BACKDROP
PN. NURUL ADILLA BINTI MD ZAIN EN. HAMMADAH BIN ISKANDAR
CIK. RAISA JADE LAWRENCE
JAMUAN IBU BAPA & GURU PERSIAPAN PENTAS & MEJA MESYUARAT
PN. SALINAH BINTI AMAT EN. SAPRI BIN IDRIS
PN. ZAMILAH BINTI MD.WALI EN. IVAN LAI
CIK. JASMINI BINTI DAUD EN. ADRAIN BIN ABDULLAH
PN. JURRAIDAH BT JAAFAR EN. MUHAMAD BIN MOHD JUNIK
PN. AIN ZURANA ATEM BT PN. WAN HAFIZAH BINTI WAN OSMAN
ABDULLAH PN. NORDIANA BINTI EDRIS
PN. RUHAYATI BINTI IDRIS
P.A.SISTEM JAMUAN VIP
EN. MOHD SABRI BIN HASSAN PN. SITI AMINAH BINTI SAMSUDIN
EN. ASNAWI BIN ASDI PN. LILISEAH BINTI LUNSIN
EN. RAMLEE BIN TAHA
DOKUMENTASI MONTAJ PERASMIAN
PN. NORFEAIZAH BINTI AWANG CIK.FAZLINA BINTI MOHD SIDEK
CIK. NURFARAHAIN AZRIAWIL BINTI
TAWIL
PERSIAPAN TEMPAT CENDERAHATI & SIJIL
EN. NOOR MAZIZ BIN DAMIT PN. NOR AIZAH BINTI NAYAN
EN. MOHAMAD BIN ABDULLAH PN. ELIANUS TAIP
EN. RIZUAN BIN MOHAMAD ALI

KEBERSIHAN JURUGAMBAR
PN.NORZIAH BINTI JAKARIA EN. MUHAMMAD ROSYIDI BIN BAKRI
EN. IBRAHIM BIN AWANG BESAR EN. AWANG SOFIEN BIN AWG MOHDZAR
TEKS UCAPAN PENCATAT
CIK. NURUL SHAHIRAH BINTI EN. CLADIUS UPIN LONSIONG JR
NURDIN EN. MOHD SAZALIE ADIAIN BIN JUNAIDI

22
Buku Laporan Tahun 2020 2021

PENGHARGAAN
Jawatankuasa Induk Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SMK Rancha-Rancha sesi 2020/2021
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada:

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan


Labuan

Semua Ibu bapa / Penjaga

Guru-guru, Staf Sokongan


SMK Rancha-Rancha & Kakitangan Swasta
SMK Rancha-Rancha

Semua pihak yang telah banyak membantu


pihak sekolah dan PIBG
Sama ada secara langsung atau pun tidak
langsung

23

You might also like