You are on page 1of 3

Bahasa Melayu Tingkatan 3

Tema : Patriotisme
Tutorial 3 : Karangan Panjang

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3


TUTORIAL 3 : Karangan Respons Terbuka
Tema : Patriotisme
Nama Pelajar : Tarikh :

Gambar di bawah berkait dengan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Teliti gambar-
gambar tersebut, kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda boleh memilih untuk
menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang
daripada 180 patah perkataan.

TEMA : PATRIOTISME

Hak Cipta Terpelihara©2023/4 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 1


Bahasa Melayu Tingkatan 3
Tema : Patriotisme
Tutorial 3 : Karangan Panjang

(i) Anda telah berpeluang untuk menyertai sambutan bulan kemerdekaan.

Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai sambutan tersebut.

(ii) Anda ingin menyertai pertandingan menulis rencana bersempena dengan Bulan
Kemerdekaan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha
Memupuk Semangat Patriotik dalam kalangan Remaja”.

Tulis karangan itu selengkapnya.

(iii) Selaku ketua Persatuan Belia di kawasan kejiranan, anda telah dijemput untuk
menyampaikan ceramah bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan. Tajuk
ceramah tersebut ialah " Cara - cara Menunjukkan Perasaan Bangga akan Negara.”.

Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

KERANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
✓ Lagu negaraku
✓ mempunyai maksud yang jelas cara rakyat Malaysia perlu membuktikan semangat patriotik
terhadap ibu pertiwi.
✓ semakin terhakis dan luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya……
✓ Apakah langkah - langkah memupuk …………?

ISI 1
✓ ibu bapa membawa anak-anak - tempat tempat bersejarah di Malaysia
✓ tempat bersejarah pasti mempunyai coretan kenangan - pelbagai nilai dan pengajaran yang
boleh dihayati
✓ Kota A Famosa, Tugu Negara dan Muzium Perang
✓ dapat menyelami penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dihadapi pada era penjahan

ISI 2
✓ pihak pendidik - menerapkan nilai patriotisme menerusi mata pelajaran Sejarah.
✓ menyedarkan generasi muda bahawa kemerdekaan - merupakan titik peluh dan darah serta
nenek moyang kita - membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
✓ meminta pelajar melakonkan adengan - adengan peristiwa bersejarah
✓ untuk menyemai perasaan berjuang dan berkorban untuk negara seperti peribahasa biar
putih tulang, jangan putih mata.

Hak Cipta Terpelihara©2023/4 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 2


Bahasa Melayu Tingkatan 3
Tema : Patriotisme
Tutorial 3 : Karangan Panjang

ISI 3
✓ sambutan kemerdekaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
✓ pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar - bersifat membangkitkan semangat
patriotisme secara halus dalam kalangan pelajar.
✓ persembahan pantomin, menyanyikan lagu - lagu patriotik, perarakan kemerdekaan, kuiz ,
peraduan mengarang esei kemerdekaan,
✓ dapat membaja semangat cinta akan tanah air di samping mengasah bakat para pelajar.

ISI 4
✓ pihak media massa - penyiaran program - program yang bersifat kenegaraan
✓ filem bercorak patriotik seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong, dokumentari tentang
perjuangan tokoh kemerdekaan, dendangan lagu - lagu patriotik di radio dan artikel menarik
di media -media sosial
✓ kaya dengan pelbagai pengajaran dan dapat meninggalkan bekas di hati remaja.

PENUTUPAN
✓ langkah - langkah memupuk semangat patriotikyang mewarnai perbincangan ini wajar kita
renungi dan hayati demi kesejateraan bersama.
✓ semua pihak harus bersendel bahu - usaha menyemarakkan semangat …………… dalam
kalangan rakyat Malaysia khususnya …………….
✓ melahirkan remaja yang berjiwa patriotik agar menjadi pemimpin negara yang berkaliber
pada hari muka.

Hak Cipta Terpelihara©2023/4 Disediakan oleh : Cikgu Sathya@Bayu Cemerlang 3

You might also like