You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : PPM / PSM / 2022 (3)


Tarikh : 05 November 2022

PENGERUSI
JKKK PENDUDUK TAMAN PENGGAWA
45000 KUALA SELANGOR

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN BAGI MENGADAKAN JELAJAH MYCARE 2022 KELUARGA


MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN SINERGI MALAYSIA (PSM) DENGAN KERJASAMA
PEPPER LABS DAN DHRRA MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Persatuan Sinergi Malaysia (PSM) dengan Kerjasama Pepper
Labs dan Dhrra Malaysia akan menganjurkan kem kesihatan Jelajah Mycare 2022 Keluarga
Malaysia bagi golongan masyarakat di sekitar Bandar Baru Kuala Selangor. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah membantu masyarakat Bandar Baru membuat
pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan kesihatan ini dapat membantu
masyarakat setempat menjaga kesihatan dan mengenal pasti penyakit masing-masing.

3. Sehubungan itu, Persatuan Sinergi Malaysia (PSM) dengan Kerjasama Pepper Labs
dan Dhrra Malaysia ingin memohon kerjasama pihak tuan untuk memberikan kebenaran
bagi mengunakan dewan pada ketetapan seperti berikut:

Tempoh : 13 November 2022


Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi- 2.00 Tengah hari

4. PSM turut ingin memberikan komitmen bahawa, pihak kami akan sentiasa menjaga
nama baik serta kemudahan awam di dewan pihak tuan. Dengan itu, diharap pihak tuan
dapat kebenaran serta kerjasama bagi menjayakan program ini. Untuk sebarang maklumat
lanjut, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian 016-3400581.

Kerjasama pihak tuan di dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

(SUGUMARAN A/L ARUMUGAM)


PENGERUSI
PERSATUAN SINERGI MALAYSIA (PSM)

You might also like