You are on page 1of 1

PASUKAN BOLA SEPAK NEW KISCO KIDS

45600 BESTARI JAYA


____________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 OKT 2022

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR,
JALAN MAJLIS,
45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN
Puan,

MEMOHON KEBENARAN (PERMIT) UNTUK MELETAKKAN KHEMAH DI HADAPAN KEDAI BB


KIM WAH BESTARI JAYA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak New Kisco Kids Bestari Jaya
akan mengadakan sumbangan baju deepavali bagi kanak-kanak bawah 15 tahun seperti
berikut:

Hari : JUMAAT (21.10.2022)


Masa : 11.00AM-6.00PM
Kemudahan : 3 Buah Khemah
3. Tujuan utama memberi sumbangan ini adalah untuk memberi kemeriahan kepada
kanak-kanak B40 dan kurang kemampuan meraikan perayaan Deepavali yang akan datang.
Kami ingin memberikan komitmen bahawa, pihak kami akan sentiasa menjaga nama baik
serta kemudahan khemah MPKS dengan baik. Pihak kami juga memohon Pihak MPKS
untuk menyumbangan 3 buah khemah bagi memudahkan mengadakan sumbangan baju
deepavali bagi kanak-kanak bawah 15 tahun ini dengan jayanya.

4. Sehubungan itu, diharap pihak Puan, dapat memberikan pertimbangan yang sewarjarnya
kepada permohonan yang dibuat ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, pihak Puan boleh
menghubungi saya di talian 016-3052597 (.Angamuthu SU Pasukan). Dengan itu, diharap
pihak puan dapat memberi kebenaran serta kerjasama bagi menjayakan perlawanan
persahabatan ini.

Kerjasama pihak tuan di dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

__________________
EN.R.ANGAMUTHU
SETIAUSAHA
PASUKAN BOLA SEPAK
NEW KISCO KIDS BESTARI JAYA

You might also like