You are on page 1of 6

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH

BAHAGIAN A

1 Maklumat berikut berkaitan dengan wahyu kedua yang diturunkan kepada


Nabi Muhammad SAW.

Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan


dan amaran (kepada umat manusia)
Sumber:http://ww1.utusan.com.my/bicara_agama&pg

(a) Nyatakan dua kepentingan wahyu tersebut terhadap penyebaran Islam.

……………………………………………………………………………………..

.………………………………………………………………………………….....
[ 2 markah]

(b) Jelaskan kesan penurunan wahyu tersebut terhadap dakwah Islamiah di


Makkah.

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………….........................
[ 4 markah]

(c ) Agama Islam mampu tersebar ke seluruh dunia hingga ke hari ini kesan
daripada strategi dakwah Nabi Muhammad SAW.

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………
[ 4 markah]
SKEMA JAWAPAN

1(a) Nyatakan dua kepentingan wahyu tersebut terhadap penyebaran Islam.

F1 Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasullah atau pesuruh Allah


F2 Mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
F3 Pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dianggap sebagai rahmat
kepada seluruh alam sejagat
F4 Ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana
dan terancang
[Mana-mana 2 x 1m]

1(b) Jelaskan kesan penurunan wahyu tersebut terhadap dakwah Islamiah di Makkah.

F1 Nabi telah menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga dan
dan sahabat rapat.
F2 Mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekeliling
F3 Menanam keimanan Kepada Allah Yang Maha Esa
F4 Membetulkan masyarakat di sekeliling untuk meninggalkan amalan yang
keji seperti menindas sesama manusia, membunuh dan mencuri.

[Mana-mana 4 x 1m]

1(c) Agama Islam mampu tersebar ke seluruh dunia hingga ke hari ini kesan daripada
strategi dakwah Nabi Muhammad SAW.

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

F1 Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW berdakwah


F2 Berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah
F3 Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
F4 Memujuk dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah
F5 Membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab jahiliah dengan nilai
akhlak yang disaran oleh Islam
F6 Membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat
F7 Menunjukkan teladan yang baik
(mana-mana jawapan munasabah)
[mana-mana 4 x 1m]
BAB 4, TINGKATAN 4 (KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW)

ESEI

Maklumat berikut berkaitan dengan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW.

 Siddiq
 Amanah
 Tabliq
 Fatanah

a) Terangkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW tersebut.


[4 markah]

b) Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mengamalkan sifat-sifat tersebut dalam


kehidupan baginda?
[8 markah]

c) Pengamalan sifat-sifat tersebut dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.


Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
[8 markah]
SKEMA JAWAPAN ESEI

1. a) Terangkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW tersebut.

F1 Siddiq bermaksud berkata benar 1m


H1a Diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy yang melihat baginda
semasa berdakwah 1m
F2 Amanah bermaksud boleh dipercayai 1m
H2a Mendapat gelaran al-amin kerana perkataan dan perbuatan baginda
Sentiasa dipercayai 1m
H2b Sifat ini juga menyebabkan Siti Khadijah berani menyerahkan modal
Yang besar kepada baginda untuk menjalankan perniagaan 1m
F3 Tabliq bermaksud menyampaikan 1m
H3 Menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan 1m
F4 Bersifat fatanah iaitu bijaksana 1m
H4 Semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah, walaupun perjanjian
tersebut tidak adil, tetapi baginda menerimanya sebagai satu hikmah
untuk menyebarkan Islam 1m
[4 x 1m]

b) Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mengamalkan sifat-sifat tersebut dalam kehidupan


baginda?

F1 Baginda sentiasa berkata benar dan tidak pernah berbohong 1m


H1a Sehingga digelar al- Amin 1m
H1b Gelaran al-Amin telah sebati dalam kalangan masyarakat Arab 1m
F2 Sifat amanah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga
Siti Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada
baginda untuk diperniagakan 1m
H2a Sifat ini membawa keuntungan yang besar bagi perniagaan Siti Khadijah 1m
F3 Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam
dengan bersungguh-sungguh 1m
H3a Walaupun menghadapi pelbagai rintangan 1m
H3b Baginda tidak menyembunyikan tentang kebenaran ajaran agama Islam
dan menyampaikan segala wahyu yang diturunkan oleh Allah 1m
F4 Baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaandalam kalangan
Kabilah Quraisy 1m
H4a Dalam peristiwa meletakkan semuala Hajar Aswad ke tempat asalnya 1m
M [mana-mana jawapan yang munasabah] 1m
[8 x 1m]
a) Pengamalan sifat-sifat tersebut dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

F1 Sifat bercakap benar dapat melahirkan masyarakat yang jujur


dan boleh dipercayai. 1m
F2 Masyarakat dapat hidup saling hormat menghormati 1m
F3 masyarakat tidak akan melakukan penipuan dalam urusan harian 1m
F4 masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan damai 1m
F5 masyarakat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh
amanah 1m
F6 mampu membuat kepusan bijak untuk kebaikan semua pihak 1m
F7 sebarang masalah dapat diselesaikan dengan bijak 1m
F8 dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu 1m
M [mana-mana yang munasabah] 1m

You might also like