You are on page 1of 2

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PROSEDUR PENGUATKUASAAN BAGI ISU PELETAKAN KENDERAAN


SECARA HARAM MELIBATKAN KENDERAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
AWAM DI NEGERI PULAU PINANG (KATEGORI KENDERAAN YANG MASIH DALAM
TEMPOH PELESENAN)

BIL CARTA ALIR CATATAN


1. 1. Kesalahan meletak kenderaan secara haram melibatkan
Kenderaan Barangan Dan Perkhidmatan Awam
dikenalpasti oleh PBT.
2. 2. Lawatan dan siasatan tapak oleh PBT
3. 3. Tindakan penguatkuasaan oleh PBT melalui punca
kuasa perundangan seperti Akta 133 dan Akta 333
Contoh tindakan penguatkuasaan:
- Pengeluaran saman dan kompaun
- Sitaan dan tundaan
4. 4. PBT perlu mengemukakan surat aduan berserta senarai
tindakan penguatkuasaan kepada Agensi
Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan
Penguatkuasa Jalan (JPJ) pada setiap bulan.

(Lampiran: Borang Laporan Aduan Kes


Penguatkuasaan Bagi Kenderaan Barangan Dan
Perkhidmatan Awam)
5. 5. Temu siasat dalaman dan penyediaan laporan temu
siasat penguatkuasaan dilaksanakan oleh JPJ.
6. 6. JPJ perlu mengemukakan laporan temu siasat berserta
syor penguatkuasaan kepada APAD untuk dibuat
semakan di dalam sistem.
7. 7. Berdasarkan semakan semula (cross check) di dalam
sistem, APAD akan mengemukakan kuiri kepada
pengendali tentang rekod data pengendali adalah tidak
selari dengan laporan JPJ.

Sebagai contoh: Tapak penyewaan parkir perlu


mempunyai bukti dokumen seperti perjanjian dengan
tuan tanah (Tanah Individu) atau kelulusan TOL/PBT
(Tanah Kerajaan).
8. 8. APAD akan memaklumkan semula kepada JPJ bahawa
rekod di dalam sistem APAD adalah tidak selari.
Pengendali tersebut terbukti telah melakukan kesalahan
meletakkan kenderaan secara haram di kawasan selain
daripada kawasan yang didaftarkan di dalam sistem
APAD.Maka, pengendali tersebut boleh dikenakan
tindakan penguatkuasaan oleh pihak JPJ.
9. 9. JPJ akan menjalankan tindakan penguatkuasaan kepada
pengendali yang didapati melakukan kesalahan tesebut:
(Saman / Kompoun). JPJ akan memanggil pengendali
yang didapati melakukan kesalahan tersebut untuk hadir
ke satu sesi Temu Siasat.
Carta bersambung ke ruangan sebelah …
BIL CARTA ALIR CATATAN
10 10. Sekiranya pengendali gagal hadir ke sesi Temu Siasat,
JPJ akan mengesyorkan kepada APAD untuk
penggantungan lesen secara sementara.
11 11. APAD Wilayah Utara akan mengemukakan syor
tersebut melalui melalui Jawatankuasa
Penggantungan yang diurusetiakan oleh Ibu Pejabat
APAD bagi mendapatkan keputusan akhir.

You might also like