You are on page 1of 75

PERJANJIAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

NAMA SYARIKAT
(No. Syarikat:______________)

BAGI

KERJA PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN


SEMULA UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN
PROJEK KERAJAAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12
ISI KANDUNGAN

KLAUSA MUKA SURAT

RESITAL

1. DEFINISI DAN TAFSIRAN 4

2. TEMPOH PERJANJIAN 9

3. SKOP KERJA, HARGA KOS, TEMPOH KERJA 10


DAN JUMLAH PERMOHONAN DANA
PEMBIAYAAN

4. TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 10

5. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT 11

6. KECACATAN ATAU KEROSAKAN DALAM 12


TEMPOH PEMBINAAN DAN TANGGUNGAN
KECACATAN

7. PENYELESAIAN PERTIKAIAN 13

8. KEMUNGKIRAN PERJANJIAN OLEH 15


KERAJAAN

9. KEMUNGKIRAN PERJANJIAN OLEH 16


SYARIKAT

10. FORCE MAJEURE 17

11. BAYARAN YANG DITUNTUT 19

12. HAD LIABILITI 21

13. KERAHSIAAN 21

14. PENEPIAN HAK 22

15. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG- 22


UNDANG

16. GP UTILITI RMKe-12 DAN NOTA PANDUAN 22

17. MASA 23

18. IKATAN PERJANJIAN 23

19. HUBUNGAN ANTARA PIHAK-PIHAK 23

1
20. NOTIS 23

21. KOS DAN DUTI SETEM 23

22. SERAH HAK 23

23. PINDAAN 23

24. KESELURUHAN PERJANJIAN 24

25. KEBOLEHASINGAN 24

2
PERJANJIAN ini dibuat pada ................................. haribulan ....................................

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh


.................................................................. yang beralamat di
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
(selepas ini dirujuk sebagai "Kerajaan") bagi satu pihak;

DAN

.............(Nama Syarikat)............... (No. Syarikat:..................................) yang


berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan mempunyai
alamat berdaftar di
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
(selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat”) bagi pihak yang satu lagi.

Kerajaan dan Syarikat hendaklah dirujuk secara individu sebagai “Pihak” atau
dirujuk secara kolektifnya sebagai “Pihak-Pihak”.

BAHAW AS ANYA:

(A) Kerajaan kini sedang melaksanakan program dan projek pembangunan fizikal
Rancangan Malaysia Ke-12 (selepas ini dirujuk sebagai “RMKe-12”) dan
termasuk sambungan Rancangan Malaysia sebelumnya yang sedang berjalan
bermula dari 1 Januari 2021 dan akan berakhir pada tahun 2025.

(B) Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti


Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 (selepas ini
dirujuk sebagai “GP Utiliti RMKe-12”) telah dikeluarkan oleh Kerajaan dengan
menetapkan skop pematuhan yang melibatkan kerja perlindungan, pengalihan
dan pemasangan semula aset utiliti (selepas ini dirujuk sebagai “Kerja
Tersebut”) bagi semua jenis aset utiliti yang terlibat dalam pelaksanaan
program dan projek Kerajaan di bawah RMKe-12 (baharu dan sambungan)
yang terletak di dalam kawasan tanah milik atau rizab Kerajaan.

3
(C) Syarikat merupakan sebuah syarikat yang dilesenkan di bawah
..............................................................................................................................
dan merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) yang bertanggungjawab
...............................................................................................

(D) Syarikat sebagai ............................................................................. dan sebagai


pemilik aset utiliti telah diberi kebenaran oleh Kerajaan untuk menjalankan
Kerja Tersebut di dalam kawasan tanah milik atau rizab Kerajaan.

(E) Pihak-Pihak telah bersetuju supaya pelaksanaan Kerja Tersebut oleh Syarikat
adalah tertakluk kepada GP Utiliti RMKe-12 dan Nota Panduan (rujukan
nombor terbitan JKR 20400-0254-22) (selepas ini dirujuk sebagai “Nota
Panduan”), antara lain, bahawa Syarikat akan melaksanakan sendiri skop Kerja
Tersebut yang dibiayai dahulu oleh Kerajaan dan akan dituntut semula oleh
Kerajaan daripada Syarikat setelah skop Kerja Tersebut selesai dilaksanakan.

(F) Berikutan daripada itu, Pihak-Pihak berhasrat untuk menandatangani


Perjanjian ini bagi tujuan memperuntukkan tanggungjawab, obligasi dan liabiliti
Pihak-Pihak berhubungan dengan pelaksanaan Kerja Tersebut oleh Syarikat di
dalam kawasan tanah milik atau rizab Kerajaan tertakluk kepada terma-terma
dan syarat-syarat yang terkandung kemudian daripada ini.

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI OLEH PIHAK-PIHAK SEPERTI


BERIKUT:

1. DEFINISI DAN TAFSIRAN

1.1. DEFINISI

Dalam Perjanjian ini, perkataan-perkataan berikut membawa maksud yang


ditetapkan baginya melainkan konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

Akaun Terimaan ertinya Akaun Terimaan yang telah ditetapkan oleh


........(Nama Kementerian)................. atas nama
........(Nombor Akaun Terimaan).............................;

4
Dana Pembiayaan ertinya wang yang disalurkan oleh Kerajaan kepada
Syarikat berdasarkan Kos Anggaran Kerja Tersebut
yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak;

Kos Anggaran ertinya anggaran kos Kerja Tersebut yang telah


dipersetujui bersama-sama oleh Pihak-Pihak
semasa peringkat perancangan berdasarkan skop
projek;

Dokumen Lengkap ertinya dokumen permohonan Dana Pembiayaan


atau dokumen tuntutan bayaran balik seperti yang
disenaraikan dalam Nota Panduan;

GP Utiliti RMKe-12 ertinya Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan


dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan
Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 seperti
yang dilampirkan sebagai Jadual 1 kepada
Perjanjian ini;

Jadual Kerja ertinya program kerja yang menggambarkan


susunan rencana kegiatan kerja yang telah
dirancang dan disepakati bersama untuk
dilaksanakan dalam jangka waktu tertentu;

JKR ertinya Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai


agensi pelaksana di bawah Kementerian Kerja
Raya Malaysia yang bertanggungjawab ke atas
urusan pemantauan, perancangan dan pembayaran
pelaksanaan Kerja Tersebut;

Kerja Tersebut ertinya kerja Perlindungan, Pengalihan atau


Pemasangan Semula aset utiliti;

Kerja Utama ertinya kerja yang telah diawardkan kepada


Kontraktor Utama tidak termasuk Kerja Tersebut.;

Kerja Sebenar ertinya kerja yang telah dimuktamadkan dari segi


kos oleh Syarikat tidak termasuk penyediaan as-
built drawing dan yuran perunding;

5
Kos Sebenar ertinya kos yang dibayar (dana) kepada pemilik
aset/syarikat utiliti dan Yuran Attendance kepada
KU yang berdasarkan nilai Kerja Sebenar.;

Kontraktor Utama ertinya Kontraktor Utama yang dilantik oleh


(KU) Kerajaan untuk melaksanakan kontrak Kerja Utama
di Tapak;

Dokumen Kontrak ertinya adalah dokumen perjanjian yang


Kerja Utama ditandatangani di antara pihak Kerajaan dengan
Kontraktor Utama bagi pelaksanaan Kerja Utama;

Naik Taraf ertinya menggantikan produk/ bahan asal dengan


produk baharu atau menggantikan dengan teknologi
baharu atau meningkatkan spesifikasi asal kepada
yang lebih tinggi seperti keupayaan/ kapasiti, jenis
bahan dan saiz;

Nota Panduan ertinya Nota Panduan (rujukan nombor terbitan JKR


20400-0254-22) yang disediakan oleh JKR sebagai
rujukan oleh pihak yang terlibat dalam
melaksanakan GP Utiliti RMKe-12 seperti yang
dilampirkan sebagai Jadual 2 kepada Perjanjian ini;

Pegawai Penguasa/ ertinya pegawai Kerajaan yang diberi kuasa untuk


Pengarah Projek mengawalselia pelaksanaan Kerja Utama termasuk
(PP/PD) wakil-wakil yang diperturunkan kuasa oleh pegawai
Kerajaan tersebut;

Pengalihan ertinya mengalih/memindahkan aset sedia ada ke


lokasi baharu atau menggantikan aset sedia ada
dengan aset baharu di lokasi baharu dan
meninggalkan/ membiarkan aset sedia ada di
tempat asal;

Perlindungan ertinya struktur dan/ atau peralatan perlindungan


yang dibina atau dipasang bagi melindungi aset
utiliti sama ada di lokasi asal atau baharu;

6
Pemasangan ertinya kerja yang dijalankan di Tapak di dalam
Semula jajaran baharu yang dibina untuk tujuan pengalihan
dan disambung semula kepada infrastruktur
dan/atau fasiliti, kabel serta sistem sedia ada dan
tidak terhad di situ;

Situasi Luar Jangka ertinya sebarang situasi di luar jangkaan yang tidak
dapat dikenal pasti ketika memuktamadkan skop
kerja, harga, kos dan tempoh Kerja Tersebut seperti
kewujudan aset utiliti sedia ada, kenaikan harga
produk/ bahan, penundaan tarikh mula projek,
pindaan undang-undang/ regulasi dan sebagainya
yang boleh menyebabkan perubahan skop kerja,
kenaikan harga/ kos atau pertambahan tempoh bagi
Kerja Tersebut;

Pertikaian ertinya apa-apa hal berkaitan tuntutan,


percanggahan, perselisihan atau pertelingkahan
yang timbul daripada atau berkenaan dengan
Perjanjian ini;

Tapak ertinya kawasan pembinaan melibatkan tanah mililk


dan rizab Kerajaan yang telah diserah kepada KU;

Yuran Attendance ertinya yuran yang dibayar oleh Kerajaan kepada


KU bagi Kerja Sebenar sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Perkara 7.0 Nota Panduan.

1.2 Tafsiran

Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, tafsiran di dalam Perjanjian ini adalah


seperti berikut:

(a) resital-resital, klausa-klausa, lampiran-lampiran dan apa-apa


dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini hendaklah diambil kira,
dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;

7
(b) perkataan yang membawa maksud satu adalah juga merujuk kepada
jumlah majmuk dan juga sebaliknya;

(c) perkataan-perkataan yang merujuk kepada orang perseorangan


adalah juga merujuk kepada kumpulan perseorangan, syarikat,
perbadanan, firma atau rakan kongsi sama ada diperbadankan
ataupun tidak diperbadankan;

(d) apa-apa perkataan atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian


ini adalah juga termasuk olahan tatabahasa dan ungkapan perkataan
yang ditakrifkan;

(e) rujukan kepada klausa hendaklah bermaksud rujukan kepada klausa-


klausa dalam Perjanjian ini;

(f) perkataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau perkataan lain yang sama


hendaklah mengandungi klausa yang terkandung dalam Perjanjian ini
dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan, atau
modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya;

(g) rujukan kepada undang-undang adalah termasuk peruntukan undang-


undang yang telah dipinda, disemak atau dicetak semula;

(h) tajuk-tajuk dan juga tajuk-tajuk kecil kepada klausa-klausa dalam


Perjanjian ini adalah hanya untuk mempermudahkan rujukan sahaja
dan tidak menjejaskan pentafsiran dan maksud ayat dalam Perjanjian
ini;

(i) apa-apa jadual, lampiran, dokumen, nota atau penerangan yang


dirujuk dalam Perjanjian ini dan apa-apa pindaan, perubahan,
penambahan atau modifikasi bertulis padanya hendaklah ditafsirkan
dan dibaca sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini;

(j) semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah termasuk
hari dan waktu bekerja biasa Kerajaan, hari Sabtu dan Ahad dan hari
kelepasan am Negeri-Negeri yang berkenaan melainkan dinyatakan
sebaliknya atau sebagaimana yang dipersetujui secara bertulis oleh
Kerajaan;

(k) apa-apa syarat teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut penggunaan atau definisi
yang biasa diterima oleh mereka yang terlibat di dalam profesion ini di
Malaysia;

8
(l) apa-apa rujukan kepada kaedah secara bertulis atau notis adalah
termasuk sebarang komunikasi yang dihantar secara pos berdaftar
berbayar, kabel, transmisi faks, mel elektronik atau cara lain yang
sama dengannya;

(m) apa-apa rujukan kepada “kelulusan” atau “kebenaran” adalah


bermaksud kelulusan atau kebenaran secara bertulis;

(n) mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun”


adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan atau tahun
tersebut menurut kalendar Gregory;

(o) sekiranya rujukan berkaitan dengan masa bagi sesuatu perbuatan


yang harus dilakukan atau sesuatu persetujuan dicapai atau
kebenaran diberikan, rujukan tersebut harus dianggap dibaca
bersama ungkapan tersebut atau mana-mana tempoh yang
dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini
dari semasa ke semasa; dan

(p) sebutan mengenai salah satu Pihak kepada Perjanjian ini atau mana-
mana dokumen atau Perjanjian lain hendaklah termasuk
penggantinya dan pemegang serah haknya yang dibenarkan.

2. TEMPOH PERJANJIAN

2.1 Perjanjian ini hendaklah berkuat kuasa sepanjang RMKe-12 mulai 3


November 2021 hingga 31 Disember 2025 (selepas ini dirujuk sebagai
“Tempoh Perjanjian”).

2.2 Syarikat boleh memohon kepada Kerajaan secara bertulis untuk melanjutkan
Tempoh Perjanjian tidak kurang dari tiga (3) bulan atau dalam apa-apa
tempoh lain yang dipersetujui secara bertulis oleh Kerajaan sebelum
Tempoh Perjanjian tamat. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak sama ada
hendak mempertimbangkan permohonan itu atau sebaliknya.

2.3 Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian, Pihak-


Pihak hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tamatnya
Tempoh Perjanjian atau dalam tempoh lain yang dinyatakan secara bertulis
oleh Kerajaan, berunding mengenai terma-terma dan syarat-syarat
pelanjutan tempoh tersebut. Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai
persetujuan mengenai pelanjutan tersebut, Perjanjian ini akan tamat dengan
sendirinya apabila tamatnya Tempoh Perjanjian.

9
3. SKOP KERJA, HARGA/KOS, TEMPOH KERJA DAN JUMLAH
PERMOHONAN DANA PEMBIAYAAN

3.1 Sepanjang Tempoh Perjanjian, semua skop kerja, harga/kos dan tempoh
kerja bagi Kerja Tersebut hendaklah dibincangkan dan dimuktamadkan
secara bersama oleh Pihak-Pihak.

3.2 Sekiranya sebelum skop kerja dan harga/kos bagi Kerja Tersebut
dimuktamadkan, skop kerja dan/atau spesifikasi produk/bahan/alatan yang
digunakan memerlukan kerja Naik Taraf atau ditukar disebabkan oleh
produk/bahan/alatan asal tiada lagi dalam pasaran atau lain-lain sebab
teknikal, peningkatan harga/kos tersebut adalah termasuk dalam Dana
Pembiayaan yang akan diberikan oleh Kerajaan.

3.3 Dalam keadaan di mana skop kerja dan/atau spesifikasi produk/bahan/alatan


Kerja Tersebut dinaiktaraf semata-mata bagi tujuan Naik Taraf aset untuk
keperluan peningkatan operasi di masa hadapan, peningkatan harga/kos
yang disebabkan oleh menaiktaraf skop kerja Kerja Tersebut atau apa-apa
kerja lain mengikut kehendak Syarikat atau disebabkan oleh kelewatan
syarikat, kos hendaklah dibiayai sendiri oleh pihak Syarikat dan tidak
termasuk Dana Pembiayaan yang akan diberikan oleh Kerajaan.

3.4 Sekiranya skop kerja, harga/kos dan/atau tempoh kerja bagi Kerja Tersebut
yang telah dimuktamadkan oleh Pihak-Pihak perlu diubah disebabkan oleh
Situasi Luar Jangka atau disebabkan oleh kelewatan Kerajaan dan
seterusnya menyebabkan peningkatan harga/kos, peningkatan harga/kos
tersebut akan dibiayai dahulu oleh pihak Kerajaan.

3.5 Jumlah permohonan Dana Pembiayaan keseluruhan bagi Kerja Tersebut


hendaklah tidak melebihi siling peruntukan yang telah diluluskan oleh
Kerajaan melainkan terdapat perubahan skop kerja atau Situasi Luar Jangka.

4. TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara berikut


dilaksanakan oleh JKR:

(a) memastikan Dana Pembiayaan disediakan dan mencukupi mengikut


keperluan projek bagi pelaksanaan Kerja Tersebut termasuk
pertambahan kos bagi perubahan skop projek yang disebabkan oleh
pihak Kerajaan atau Situasi Luar Jangka;

10
(b) memastikan pengambilan tanah telah diselesaikan sehingga Borang K
di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah dikeluarkan
bagi tapak yang asalnya merupakan hakmilik individu/syarikat
sebelum Kerja Tersebut dimulakan di Tapak;

(c) menyediakan rizab utiliti yang bersesuaian dan dipersetujui sebelum


Kerja Tersebut dimulakan di Tapak;

(d) membuat koordinasi antara KU dan Syarikat bagi pelaksanaan Kerja


Tersebut di Tapak;

(e) memastikan penyaluran Dana Pembiayaan Kerja Tersebut dibuat


terus kepada Syarikat secara lump sum mengikut jumlah Dana
Pembiayaan yang dipersetujui bersama oleh Pihak-Pihak secara
bertulis;

(f) memastikan penyaluran Dana Pembiayaan dibuat kepada Syarikat


selewat-lewatnya tiga (3) bulan atau apa-apa tempoh yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan selepas Dokumen Lengkap permohonan
Dana Pembiayaan diterima daripada Syarikat; dan

(g) memastikan Yuran Attendance dibayar kepada KU mengikut kadar


yang ditetapkan dalam Nota Panduan.

5. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT

Syarikat bertanggungjawab untuk –

(a) menentusahkan dan memuktamadkan skop Kerja Tersebut yang


dicadangkan oleh JKR dan mengemukakan Kos Anggaran bagi Kerja
Tersebut semasa peringkat perancangan projek bagi tujuan
permohonan kelulusan dan penyediaan Dana Pembiayaan oleh
Kerajaan;

(b) mengemukakan Jadual Kerja dalam format yang dipersetujui bersama


dengan KU dan PP/PD bagi tujuan penyelarasan di dalam Jadual
Kerja KU;

(c) mengemukakan Dokumen Lengkap permohonan Dana Pembiayaan


selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum Kerja Tersebut dimulakan
di Tapak.

11
(d) melaksanakan Kerja Tersebut mengikut Jadual Kerja dan tempoh
yang telah dipersetujui oleh PP/PD dan KU;

(e) memastikan Kerja Tersebut dilaksanakan tidak melebihi Dana


Pembiayaan yang diluluskan melainkan terdapat perubahan skop kerja
atau Situasi Luar Jangka;

(f) mengemukakan Jadual Kerja baharu atau pindaan kepada KU dengan


persetujuan PP/PD sekiranya Kerja Tersebut tidak dapat dilaksanakan
mengikut skop dan Jadual Kerja asal;

(g) menyediakan dan mengemukakan as-built drawing pemetaan utiliti


mengikut keperluan dan format terkini Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM)/ Jabatan Tanah dan Survei Sarawak/ Jabatan
Tanah dan Ukur Sabah atau peraturan semasa yang berkuat kuasa
yang hendaklah disahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen dan
disalinkan kepada JKR selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas Sijil
Perakuan Siap (Certificate of Practical Completion - CPC) projek
dikeluarkan;

(h) membuat bayaran balik kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan
selepas Dokumen Lengkap tuntutan bayaran balik Dana Pembiayaan,
Yuran Attendance dan apa-apa kos diterima daripada Kerajaan dan
jumlah tuntutan tersebut telah dipersetujui oleh Pihak-Pihak;

(i) mematuhi apa-apa peruntukan undang-undang yang berkaitan


termasuk Akta, Enakmen atau Ordinan atau apa-apa Undang-Undang
Kecil yang dibuat di bawahnya atau apa-apa, Peraturan dan Kaedah-
Kaedah yang sedang berkuat kuasa; dan

(j) menanggung sepenuhnya ke atas kenaan penalti atas sebab


kegagalan Syarikat dalam mematuhi Klausa 5(i).

6. KECACATAN ATAU KEROSAKAN DALAM TEMPOH PEMBINAAN DAN


TANGGUNGAN KECACATAN

6.1 Syarikat hendaklah memaklumkan status lokasi dan kemajuan kerja kepada
PP/PD dan KU secara berkala semasa tempoh pembinaan bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kecacatan dan kerosakan disebabkan
oleh Kerja Utama.

12
6.2 Pada bila-bila masa dalam tempoh pembinaan dan tanggungan kecacatan
bagi Kerja Tersebut, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada PP/PD
dalam tempoh dua puluh empat (24) jam sebarang kecacatan atau
kerosakan yang dikenal pasti di Tapak yang disebabkan oleh kerja KU
supaya PP/PD boleh mengarahkan kerja-kerja pembaikan diambil tindakan
oleh KU dalam suatu tempoh masa yang dipersetujui oleh Syarikat dan
PP/PD. Tanggungan kos adalah di bawah KU seperti mana yang termaktub
di dalam GP Utiliti RMKe12 dan Nota Panduan. Apa-apa pemakluman secara
lisan hendaklah direkodkan secara bertulis kemudiannya.

6.3 Sebelum pengeluaran CPC oleh Syarikat kepada kontraktor panelnya bagi
Kerja Tersebut, Syarikat hendaklah menjemput, pada bila-bila masa yang
dipersetujui oleh PP/PD dan KU untuk turut serta semasa pemeriksaan
kecacatan dan kerosakan bagi mengenal pasti sebarang kecacatan dan
kerosakan bagi Kerja Tersebut yang disebabkan oleh kontraktor panel
tersebut. Apa-apa kecacatan dan kerosakan yang berlaku selepas CPC
dikeluarkan adalah di bawah tanggungjawab pihak yang melakukan
kecacatan atau kerosakan tersebut termasuklah kerja pembaikan dan kos
pembaikan.

7. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

7.1 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian

(a) Apa-apa hal, pertikaian, percanggahan atau persoalan yang timbul


daripada atau berkenaan dengan Perjanjian ini atau pelanggaran atau
penamatannya dan ia tidak dipersetujui oleh Pihak-Pihak kepada
Perjanjian ini hendaklah diselesaikan secara baik dan aman oleh
Pihak-Pihak di dalam suatu tempoh masa sekurang-kurangnya tiga
puluh (30) hari bekerja atau suatu tempoh masa yang dipersetujui
bersama oleh Pihak-Pihak.

(b) Jika Pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan secara baik dan
aman oleh Pihak-Pihak, Pertikaian tersebut hendaklah dirujuk kepada
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri dengan keanggotaan tetap daripada beberapa agensi
Kerajaan lain yang berkaitan.

13
(c) Meskipun wujud Pertikaian pada bila-bila masa, Pihak-Pihak
hendaklah, melainkan jika dipersetujui sebaliknya, tetap meneruskan
pelaksanaan tanggungjawab masing-masing di bawah Perjanjian ini.

(d) Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan


prosedur-prosedurnya sendiri bagi Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian hendaklah berjumpa dan berusaha untuk mencapai jalan
penyelesaian secara baik di antara Pihak-Pihak tentang perkara
pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepadanya.

(e) Jika keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian


Pertikaian berkenaan dengan sebarang perkara, pertikaian atau
tuntutan yang dirujuk kepadanya tidak dapat dipersetujui oleh
Syarikat, maka Syarikat hendaklah merujuk perkara, pertikaian atau
tuntutan tersebut kepada penimbang tara menurut peruntukan klausa
7.2.

(f) Apa-apa keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penyelesaian


Pertikaian adalah muktamad dan hendaklah mengikat Pihak-Pihak
kepada Perjanjian ini. Keputusan Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada Syarikat.

7.2 Timbang Tara

(a) Sekiranya tidak ada persetujuan, Pihak-Pihak boleh merujuk keputusan


pertikaian atau tuntutan kepada satu (1) orang penimbang tara yang
dipersetujui bersama oleh Pihak-Pihak. Penimbang tara hendaklah
dicalonkan, atas permohonan salah satu Pihak kepada Pengarah
Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (“AIAC”) di Kuala Lumpur,
Malaysia untuk timbang tara dijalankan mengikut peraturan AIAC yang
menjadi terpakai dan berkuat kuasa pada masa permohonan timbang
tara dibuat ("Peraturan Timbang Tara"). Apa-apa rujukan kepada
timbang tara hendaklah disifatkan sebagai pengemukaan dan rujukan
di bawah Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646]. Keputusan yang
diberikan oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat Pihak-
Pihak kepada Perjanjian ini.

(b) Setiap prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di AIAC dengan


menggunakan kesemua kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di
pusat tersebut atau di mana-mana tempat yang akan ditentukan oleh
penimbang tara dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak secara bertulis.

14
(c) Rujukan kepada apa-apa hal, pertikaian atau tuntutan kepada
penimbang tara selaras dengan klausa ini dan/atau penerusan apa-apa
prosiding timbang tara yang berbangkit daripada rujukan itu tidak
dengan apa-apa cara bertindak sebagai penepian obligasi Pihak-Pihak
untuk melaksanakan obligasi mereka di bawah Perjanjian ini.

(d) Apa-apa kos berkenaan dengan rujukan kepada penimbang tara di


bawah klausa ini hendaklah ditanggung secara bersama oleh Pihak-
Pihak.

(e) Meskipun wujud Pertikaian pada bila-bila masa, Pihak-Pihak adalah


tidak terhalang untuk mendapatkan perintah-perintah interlokutori untuk
pemeliharaan haknya sementara menunggu penyelesaian Pertikaian.

7.3 Meskipun wujud Pertikaian pada bila-bila masa, Pihak-Pihak hendaklah,


melainkan jika dipersetujui sebaliknya, tetap meneruskan pelaksanaan
tanggungjawab masing-masing di bawah Perjanjian ini.

8. KEMUNGKIRAN PERJANJIAN OLEH KERAJAAN

8.1 Syarikat berhak menuntut lanjutan tempoh kerja pelaksanaan Kerja Tersebut
jika Kerajaan –

(a) tanpa sebab yang munasabah gagal melaksanakan tanggungjawab


Kerajaan seperti di dalam Klausa 4 Perjanjian ini; atau

(b) tanpa sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan atau


memenuhi mana-mana obligasinya yang secara langsung menjejaskan
obligasi Syarikat di bawah Perjanjian ini.

8.2 Jika keadaan yang dinyatakan di bawah Klausa 8.1 berlaku, maka Syarikat
boleh memberikan notis secara bertulis yang memaklumkan keingkaran
tersebut kepada Kerajaan dan mengkehendaki Kerajaan meremedikan
kemungkiran yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh
penerimaan notis atau mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh Pihak-
Pihak.

15
8.3 Kerajaan tidak berhak menuntut daripada Syarikat apa-apa bentuk kerugian
termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos
perbelanjaan dan sebagainya selain dari yang diperuntukkan.

8.4 Jika Kerajaan gagal untuk mengambil tindakan untuk meremedikan


kemungkiran tersebut dalam Tempoh Remedi atau mana-mana tempoh lain
yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak yang akan menyebabkan lanjutan masa
tempoh pelaksanaan Kerja Tersebut dan berlaku tuntutan kerugian oleh
mana-mana pihak termasuk pihak-pihak yang melaksanakan Kerja Tersebut,
maka Syarikat berhak menuntut daripada Kerajaan ganti rugi, kerugian kos
dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang
ditanggung oleh Syarikat.

8.5 Apa-apa tuntutan kerugian oleh Syarikat hendaklah dibuktikan dengan jelas
dan ditolak daripada jumlah tuntutan bayaran balik Dana Pembiayaan dengan
persetujuan daripada Pihak-Pihak.

9. KEMUNGKIRAN PERJANJIAN OLEH SYARIKAT

9.1 Kemungkiran Perjanjian oleh Syarikat

Sepanjang Tempoh Perjanjian, sekiranya Syarikat –

(a) tanpa sebab yang munasabah gagal untuk mematuhi Klausa 5 atau
melaksanakan mana-mana terma atau syarat dalam Perjanjian ini;

(b) tanpa sebab yang munasabah gagal untuk melaksanakan Kerja


dengan sempurna dan memuaskan;

Maka Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada


Syarikat (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”)
dengan menyatakan kemungkiran yang berlaku adalah berpunca daripada
Syarikat dan menghendaki Syarikat untuk meremedikan kemungkiran
tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penerimaan notis
atau mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi Pemilik Aset/Syarikat Utiliti”).

9.2 Jika Syarikat gagal untuk mengambil tindakan untuk meremedikan


kemungkiran tersebut dalam Tempoh Remedi Syarikat atau mana-mana
tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak yang akan menyebabkan
lanjutan masa tempoh pelaksanaan projek dan berlaku tuntutan kerugian oleh

16
KU, maka Kerajaan berhak menuntut daripada Syarikat ganti rugi (termasuk
apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan.

9.3 Apa-apa tuntutan kerugian oleh Kerajaan hendaklah dibuktikan dengan jelas
diserta dokumen sokongan dan dipersetujui bersama oleh Pihak-Pihak secara
bertulis.

9.4 Syarikat tidak berhak menuntut daripada Kerajaan apa-apa bentuk kerugian
termasuk kerugian perolehan pendapatan, pampasan, ganti rugi, kos
perbelanjaan dan sebagainya.

10. FORCE MAJEURE

10.1 Kerajaan atau Syarikat hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di


bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-
mana obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian
daripadanya) akibat daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian
“Force Majeure” hendaklah bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah
kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu tidak dapat mencegah, mengelak
atau menghindari, dan hendaklah bermaksud –

(a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan,


serangan, tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi,
penderhakaan, kuasa tentera atau rampasan kuasa, perang saudara,
atau tindakan keganasan;

(b) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa


bahan buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear,
bahan letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain
daripada mana-mana bahan letupan, pemasangan nuklear atau
komponen nuklear daripadanya;

(c) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat
peranti aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau
supersonik;

(d) bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi,
banjir, penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau
mana-mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang
sangat buruk;

17
(e) rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj,
mogok, sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain
(yang menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan
merupakan kesalahan Syarikat atau kontraktornya, atau Kerajaan,
yang menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya dijangka
menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya;

(f) pandemik atau epidemik; atau

(g) apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi


kriteria sebagaimana yang dinyatakan di bawah:

(i) di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu,
keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan;

(ii) yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak
boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas
yang telah mengambil segala usaha yang wajar dan cermat;

(iii) yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak


berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian material
obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan

(iv) yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang


terjejas obligasinya di bawah Perjanjian ini,

DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak


termasuk kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau
kekurangan pembiayaan di pihak Syarikat untuk melaksanakan obligasinya
di bawah Perjanjian ini.

10.2 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana
pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini
(atau mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada
kejadian Force Majeure tersebut, pihak tersebut hendaklah dengan serta
merta memaklumkan akan kejadian Force Majeure tersebut kepada pihak
yang satu lagi melalui notis bertulis dengan butir-butir terperinci mengenai
kejadian Force Majeure dan diikuti dengan perbincangan Pihak-Pihak akan
cara-cara mengatasi kejadian Force Majeure dan kesannya kepada
pelaksanaan Perjanjian ini.

18
10.3 Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam
klausa ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa
satu kejadian Force Majeure tidak berlaku.

10.4 Mana-mana pihak hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure


betul-betul berlaku dan adalah pada tahap sebegitu teruk atau berterusan
untuk suatu tempoh melebihi enam puluh (60) hari dan menggagalkan niat
asal Perjanjian ini, sebelum dapat melepaskan tanggungjawabnya mengikut
Klausa 10.1.

10.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah Klausa 10.1 di atas, semua hak dan
obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-
mana pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap pihak yang satu
lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain
melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum
berlakunya kejadian Force Majeure tersebut.

10.6 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini


hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian
ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure
dan obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu
pelaksanaan peruntukan klausa ini.

10.7 Notis permohonan Force Majeure hendaklah dikemukakan oleh pihak kepada
pihak yang satu lagi dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh mula
kejadian Force Majeure.

11. BAYARAN YANG DITUNTUT

11.1 Bayaran yang dituntut semula oleh Kerajaan jika semua obligasi di dalam
perjanjian ini dilaksanakan dengan sempurna adalah merangkumi -

(a) jumlah keseluruhan bayaran Dana Pembiayaan yang telah


didahulukan kepada Syarikat untuk Kerja Tersebut; dan

(b) Yuran Attendance berdasarkan Kerja Sebenar di Tapak setelah


mendapat persetujuan Pihak-Pihak yang telah dibayar oleh Kerajaan
kepada KU.

11.2 Kerajaan hendaklah mengemukakan Notis Tuntutan Awalan Bayaran Balik


Dana Pembiayaan kepada Syarikat dalam tempoh tidak lewat daripada enam
(6) bulan selepas CPC projek dikeluarkan. Tuntutan sebenar akan

19
dikemukakan setelah semua Dokumen Lengkap dan kos tuntutan
dimuktamadkan.

11.3 Bayaran yang dituntut semula oleh Kerajaan jika berlaku kemungkiran seperti
di dalam Klausa 8 adalah merangkumi: -

(a) jumlah keseluruhan bayaran Dana Pembiayaan yang telah


didahulukan kepada Syarikat untuk Kerja Tersebut dan ditolak dengan
apa-apa tuntutan kerugian oleh Syarikat yang berkaitan dengan
pelaksanaan Kerja Tersebut dengan persetujuan bertulis Pihak-Pihak;

(b) jumlah apa-apa tuntutan kerugian daripada KU yang berkaitan dengan


pelaksanaan Kerja Tersebut; dan

(c) Yuran Attendance berdasarkan Kerja Sebenar di Tapak setelah


mendapat persetujuan bertulis Pihak-Pihak yang telah dibayar oleh
Kerajaan kepada KU.

11.4 Bayaran yang dituntut semula oleh Kerajaan jika berlaku kemungkiran di
bawah Klausa 9 adalah merangkumi -

(a) jumlah keseluruhan bayaran Dana Pembiayaan yang telah


didahulukan kepada Syarikat untuk Kerja Tersebut;

(b) jumlah apa-apa tuntutan kerugian daripada KU yang berkaitan dengan


pelaksanaan Kerja Tersebut dengan persetujuan bertulis Pihak-Pihak;
dan

(c) Yuran Attendance berdasarkan Kerja Sebenar di Tapak setelah


mendapat persetujuan bertulis Pihak-Pihak yang telah dibayar oleh
Kerajaan kepada KU.

11.5 Bayaran yang dituntut semula oleh Kerajaan jika berlaku penamatan di bawah
Klausa 10 adalah seperti yang berikut:

(a) baki Dana Pembiayaan yang telah didahulukan yang masih belum
dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan Kerja Tersebut termasuk nilaian
aset utiliti yang masih belum digunakan (tertakluk hanya jika aset utiliti
tersebut boleh digunapakai oleh Syarikat untuk kerja-kerja lain atau
apa-apa projek Syarikat di masa hadapan). Untuk mengelakkan
keraguan, Kerajaan tidak boleh menuntut nilaian aset utiliti yang telah
dibelanjakan oleh Syarikat bagi tujuan Kerja Tersebut yang mana aset
tersebut tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja lain atau apa-apa

20
projek di masa hadapan mengikut penilaian teknikal Syarikat. Jumlah
tuntutan di bawah klausa ini hendaklah dipersetujui secara bersama
oleh Pihak-Pihak secara bertulis;

(b) Syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan Kerajaan sekiranya


Syarikat perlu menyiapkan Kerja Tersebut bagi memastikan
kesinambungan kefungsian seperti keadaan asal;

(c) Dana Pembiayaan yang telah dibelanjakan di dalam Klausa 11.5(a)


bagi tujuan pelaksanaan Kerja Tersebut hendaklah mengambil kira
apa-apa kerugian termasuk pampasan yang dibayar oleh Syarikat
kepada pihak-pihak lain.

11.6 Bayaran yang dituntut oleh Kerajaan hendaklah dibuat oleh Syarikat ke dalam
Akaun Terimaan secara pindahan elektronik.

12. HAD LIABILITI

12.1 Liabiliti maksimum untuk Pihak-Pihak bagi semua tuntutan untuk apa-apa
kerugian yang ditanggung oleh mana-mana Pihak yang disebabkan oleh
tindakan Pihak yang satu lagi di bawah Perjanjian ini hendaklah tidak melebihi
jumlah yang bersamaan dengan jumlah Dana Pembiayaan yang didahulukan
oleh Kerajaan bagi Kerja Tersebut.

13. KERAHSIAAN

13.1 Apa-apa maklumat berhubung Perjanjian ini adalah sulit dan ianya tidak boleh
didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan bersama Pihak-Pihak
melainkan bagi pelaksanaan Perjanjian ini.

13.2 Perkara di atas adalah tidak terpakai dalam situasi-situasi di bawah:

(a) maklumat yang telah menjadi pengetahuan umum yang tidak


disebabkan oleh tindakan keingkaran Pihak-Pihak; atau

(b) maklumat yang diberikan oleh Pihak-Pihak untuk pelaksanaan Kerja


Tersebut atau telah pun dalam pengetahuan Pihak-Pihak sebelum
termeterainya Perjanjian ini; atau

(c) pendedahan itu dipersetujui oleh Pihak-Pihak; atau

21
(d) maklumat yang boleh diakses oleh orang awam atau pendedahan itu
dilakukan atas arahan mahkamah; atau

(e) Pihak-Pihak yang dikehendaki untuk mendedahkan maklumat yang


dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau peraturan atau
panduan; atau

(f) maklumat itu adalah berasingan atau diketahui oleh Pihak-Pihak


tertentu hasil daripada penyelidikan sendiri tanpa menggunakan mana-
mana maklumat rahsia atau sulit di bawah Perjanjian ini; atau

(g) maklumat itu diterima secara sah oleh pihak ketiga tanpa terikat
kepada mana-mana obligasi kerahsiaan atau sulit (dengan mempunyai
hak untuk mendedahkannya).

13.3 Klausa ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun selepas peluputan atau
penamatan Perjanjian ini atas sebarang alasan.

14. PENEPIAN HAK

Kegagalan mana-mana Pihak untuk melaksanakan apa-apa hak, remedi atau


peruntukan di bawah Perjanjian ini, pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah
kepada suatu penepian hak, melainkan jika ia telah dibuat secara bertulis dan
ditandatangani oleh Kerajaan atau Syarikat atau seseorang yang diberi kuasa
secara nyata oleh Kerajaan atau Syarikat untuk tujuan tersebut.

15. PEMAKAIAN DAN PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

15.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-
undang Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang
kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia.

15.2 Pihak-Pihak hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang yang


berkuat kuasa, arahan, perintah atau kehendak yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian di bawah mana-mana
peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

22
16. GP UTILITI RMKe-12 DAN NOTA PANDUAN

GP Utiliti RMKe-12 dan Nota Panduan hendaklah dibacakan, ditafsirkan dan


dijadikan sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya berlaku apa-apa
percanggahan, klausa-klausa dalam Perjanjian ini hendaklah mengatasi dan
terpakai setakat perkara yang bercanggahan.

17. MASA

Masa di mana-mana disebut dalam Perjanjian ini merupakan intipati kepada


Perjanjian ini.

18. IKATAN PERJANJIAN

Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir,


pengganti-pengganti dan penerima pindah hak milik Pihak-Pihak.

19. HUBUNGAN ANTARA PIHAK-PIHAK

Perjanjian ini hendaklah tidak mewujudkan apa-apa bentuk hubungan


perkongsian di antara Kerajaan dengan Syarikat dan tiada apa-apa dalam
Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan mana-mana pihak sebagai
wakil atau agen kepada pihak yang lain.

20. NOTIS

20.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran, permohonan atau apa-apa


komunikasi lain yang perlu diberi atau dibuat di bawah Perjanjian ini
hendaklah dibuat secara bertulis dalam Bahasa Malaysia. Notis persetujuan,
kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi atau
dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos, faks atau emel
elektronik (email) kepada Pihak yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan
seperti yang dinyatakan di bawah atau di alamat lain sebagaimana yang
ditetapkan oleh mana-mana Pihak kepada Perjanjian ini dari masa ke semasa
secara bertulis:

23
(a) bagi pihak KERAJAAN:

(akan dilengkapkan kemudian)


NAMA KEMENTERIAN
Alamat :
Telefon :
Faksimili :
Email :

(b) bagi pihak Syarikat:

(akan dilengkapkan kemudian)


NAMA SYARIKAT
Alamat :
Telefon :
Faksimili :
Email :

20.2 Pihak-Pihak hendaklah memberi notis bertulis kepada Pihak yang satu lagi
dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat atau nombor
faksimili sekiranya berlaku pertukaran butiran seperti yang dinyatakan dalam
Klausa 20.1.

21. KOS DAN DUTI SETEM

Semua kos dan duti setem yang bersangkutan dengan penyediaan dan
penyempurnaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Syarikat.

22. SERAH HAK

Syarikat tidak boleh menyerah hak kesemua atau mana-mana bahagian


Perjanjian ini atau menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan
apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap
masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang
terlibat atau yang mungkin terbit daripada Perjanjian ini dengan tidak terlebih
dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada kerajaan.

24
23. PINDAAN

Sebarang perubahan, modifikasi atau pindaan apa-apa peruntukan di dalam


Perjanjian ini tidak boleh dilakukan kecuali dengan persetujuan bersama
Pihak-Pihak dan ianya dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan
yang secara khususnya merujuk kepada Perjanjian ini dan ditandatangani
oleh Pihak-Pihak.

24. KESELURUHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini mengandungi keseluruhan persetujuan dan persefahaman di


antara Pihak-Pihak berkenaan dengan Kerja Tersebut dan mengatasi serta
membatalkan keseluruhan mana-mana perjanjian, kontrak, representasi,
persetujuan, surat rundingan, persefahaman, syarat-syarat dan terma-terma
terdahulu sebelum Perjanjian ini berkuat kuasa sama ada secara langsung
atau tidak langsung, di antara Pihak-Pihak terhadap atau berkaitan dengan
Kerja Tersebut atau perkara-perkara yang melibatkan Kerja Tersebut dalam
Perjanjian ini.

25. KEBOLEHASINGAN

Jika mana-mana klausa atau bahagian dalam Perjanjian ini didapati


menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan di
bawah undang-undang, klausa tersebut hendaklah diasingkan sepenuhnya
dan Perjanjian ini hendaklah ditafsir dan dikuatkuasakan seolah-olah klausa
yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan
tersebut tidak pernah terkandung sebagai daripada Perjanjian ini dan klausa-
klausa lain hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan mempunyai
kesan seolah-olah Perjanjian ini telah diikat tanpa klausa yang menyalahi
undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan tersebut.

(Bahagian bawah muka surat ini sengaja ditinggalkan kosong)

25
PADA MENYAKSIKAN perkara-perkara di atas Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini
telah menurunkan tandatangan mereka seperti berikut :

Ditandatangani bagi pihak )


KERAJAAN MALAYSIA )
Diturunkan di sini di hadapan ) ...........................................................

..............................................................
Tandatangan saksi

Ditandatangani bagi pihak Syarikat )


Diturunkan di sini di hadapan ) ............................................................

..............................................................
Tandatangan saksi

26
JADUAL 1
GP Utiliti RMKe-12
(Akan dibaca bersama-sama dengan Perjanjian ini)

27
JADUAL 2
Nota Panduan GP Utiliti RMKe-12
(Akan dibaca bersama-sama dengan Perjanjian ini)

28

You might also like