You are on page 1of 1

SURAT KERJASAMA

DI ANTARA
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2)
DAN
FAR EIGHT ENTERPRISE

Surat perjanjian kerjasama ini adalah untuk mendapatkan persefahaman bagi pembahagian keuntungan dan
harga jualan tiket untuk Karnival Hari Kanak-kanak yang akan berlangsung pada 06 Disember 2022 bertempat
di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2).

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan perjanjian kerjasama bagi menjayakan Karnival Hari
Kanak-kanak seperti berikut;

1. JENIS PERMAINAN - Pihak syarikat akan menyediakan semua aktiviti permainan di bawah;
 Sopa Dopa A (Mickey Mouse)
 Sopa Dopa B (Superheroes dan Unicorn)
 Memanah (soft)
 Menembak sasaran
 Sand Art
 Giant Bubble
2. HARGA JUALAN - Pihak sekolah akan menjual kesemua aktiviti permainan di atas secara pukal pada
harga RM 15 untuk seorang pelajar. Setiap pelajar yang membayar RM 15 akan layak untuk bermain
setiap aktiviti permainan di atas.
3. GELANG TANGAN - Pihak syarikat akan membekalkan gelang tangan untuk setiap pelajar yang membeli
bagi tujuan mengenalpasti pembelian. Setiap pelajar yang hendak bermain perlu memakai gelang
tangan yang dibekalkan semasa aktiviti permainan berlangsung.
4. PENGEDARAN - Pihak sekolah perlu mengedar gelang tangan yang dibekal oleh pihak syarikat kepada
setiap pembeli.
5. PENGURANGAN HARGA - Untuk jualan gelang 1200 keping pertama akan dikira pada harga RM15 dan
jika jualan melebihi dari 1200 keping, lebihan bilangan dari 1200 keping itu akan di kira pada harga RM
12.
6. PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN - Pihak syarikat akan mengambil keuntungan sebanyak 60 peratus
daripada jumlah kutipan keseluruhan, manakala pihak sekolah pula akan mengambil keuntungan
sebanyak 40 peratus.
7. KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN – Pihak syarikat akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
bagi menjamin keselamatan murid-murid semasa aktiviti permainan dan memastikan kebersihan tapak
aktiviti setelah aktiviti permainan tamat.
8. SEMUA KOS DAN LIABILITI AKTIVITI PERMAINAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN PIHAK FAR
EIGHT ENTERPRISE.

Tandatangan:

________________________ ________________________
FAR EIGHT ENTERPRISE Tarikh

________________________ ________________________
SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) Tarikh

You might also like