You are on page 1of 4

Kata Ganti Nama

1. Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia dan ia
terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
➢ Kata Ganti Nama Diri Pertama
➢ Kata Ganti Nama Diri Kedua
➢ Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
2. Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama:

Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan


Aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan.
Saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi.
Hamba Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
Patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
sultan.
Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat.
Kami Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua.
Kita Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang
kedua.

Kata Ganti Nama Diri Kedua


1. Kata Ganti Diri Kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua:

Kata Ganti Nama Diri Kedua Penggunaan


Anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan
dengan kita.
Awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
Engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita dan Tuhan juga.
Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
Kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
Kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dengan kita.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Kata Ganti Diri Ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka,
beliau, baginda hendaklah digunakan.
2. Contoh Kata Ganti Diri Ketiga:
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaan
Baginda Digunakan untuk raja dan sultan
Beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibubapa, guru
atau pemimpin
Dia dan Ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
Mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Latihan:
1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.(dia, kamu,
beliau )
2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima
Cemerlang kepada Cikgu Faizul. (Mereka, Kami, Kita)
3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-
murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah. (Baginda, Dia, Beliau)
4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan
menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. (kami, dia, mereka)
5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif. (beta,
aku, saya)
6. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-
murid Tahun Lima Dahlia. (kami, saya, dia)
7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan
Iskandar. (Saya, Beta, Baginda)
8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti
gotong-royong esok. (hamba, dia, nya)
9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim. (Kami,
Saya, Hamba)
10. "Segala titah perintah _________ (baginda , tuanku, kamu) akan ________ (patik, saya,
kamu) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.

Pilih jawapan yang betul.


1. Bryan seorang murid yang pintar ____ belajar di kelas 6 jujur.
A Hamba B patik
C saya D Dia
2. “____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A Beta B Saya
C patik D kami
3. “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka B kamu
C beliau D dia
4. “_____ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan
seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A kami B beliau
C Kita D saya
5. “____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan.
A Hamba B beta
C baginda D Patik
6. Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia B mereka
C anda D beliau
7. Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu
selama hampir tujuh tahun.
A beliau B beta
C hamba D patik
8. ____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A baginda B beta
C hamba D patik
9. Cikgu Faizal memuji Ling atas tindakan _____ menolong mangsa kemalangan pada pagi
tadi.
A anda B -nya
C dia D ia
10. ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A Tuanku B Mereka
C Kita D kami
11. “Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke
menara gading!” nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian B engkau
C kami D saya
12. “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya
apabila ternampak kebakaran.
A saya B mereka
C dia D kamu
13. Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A Beliau B Baginda
C beta D patik
14. “____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu B kalian
C aku D dia
15. “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada
Sultan Iskandar.
A beta B kamu
C tuanku D hamba
16. “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jay
dan Johan kepada Ang.
A aku B kami
C kita D saya
17 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang
kemas yang bernilai RM 300 000.
A Mereka B Engkau
C Kita D anda
18 _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia B hamba
C beta D -nya

You might also like