You are on page 1of 12

Arahan: Padankan gambar dengan jawapan yang betul

Kenali Anggota Badan kita


Kata Ganti Nama Diri
Pertama (说者) Kedua (听者) Ketiga (不在场的人)

saya (我) anda (你) dia


aku (我) awak (你) beliau (尊敬的人,长辈)
Beta 朕 kamu (你) mereka
Patik 臣 engkau (你) Baginda (皇)
Hamba 奴 tuanku (朕) ~nya
kami (不包括听者) tuan hamba ia
kita (大家/包括听者) kalian (你们)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bryan seorang murid yang pintar ____ belajar di kelas 6 jujur.


A Hamba
B patik
C saya
D Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A Beta
B Saya
C patik
D kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia

4 “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan
seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A kami
B beliau
C Kita
D saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.


A Hamba
B beta
C baginda
D Patik

6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau
7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu
selama hampir tujuh tahun.
A baginda
B beta
C hamba
D patik

8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.


A baginda
B beta
C hamba
D patik

9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan
pada pagi tadi.
A anda
B -nya
C dia
D ia

10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D kami

11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke


menara gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya

12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya
apabila ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu
13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C beta
D patik

14 “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B kalina
C aku
D dia

15 “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada
Sultan Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba

16 “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus
dan Johan kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya

17 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang
kemas yang bernilai RM 300 000.
A Mereka
B Engkau
C Kita
D anda

18 “Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.


A dia
B kita
C kamu
D saya
19 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D mereka

20 _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya

Jawapan

1D
2B
3B
4C
5D
6B
7C
8B
9B
10C
11A
12D
13B
14A
15C
16B
17A
18B
19B
20A

You might also like