You are on page 1of 1

Fatimah Binti Razali

Kampung Gantok,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.

____________________________________________________________________________
Tarikh : 19hb Mac 2023
Wiramas Enterprise Sdn. Bhd
No 116 Tmn Ast,
Jalan Labu lama,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan

Tuan/Puan
NOTIS BERHENTI KERJA
Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara tajuk diatas.
2. Saya Fatimah Binti Razali yang bertugas sebagai pencuci pejabat ingin memaklumkan
kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya yang akan berkuatkuasa pada
20hb Mac 2023 di Pejabat Cawangan Kawal Wiramas Sdn.bhd (Temerloh)
3. Untuk makluman pihak tuan perletakkan jawatan saya ini kerana saya mendapat
tawaran tempat kerja baharu. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
Tuan & pengurusan Wiramas Enterprise kerana telah banyak memberi kepercayaan kepada
saya dalam menjalankan tugas sepanjang saya berkhidmat di Pejabat Cawangan Kawal
Wiramas Sdn.Bhd (Temerloh)
4. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama dan saya
akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian,dimaklumkan.Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

…………………………………
Fatimah Binti Razali

You might also like