You are on page 1of 2

KOPERASI MRSM SANDAKAN BERHAD

EDUCATION HUB, BATU 10 JALAN SUNGAI BATANG


90000 SANDAKAN, SABAH

Rujukan Kami : KO-OP 210/2016/02


Tarikh : 5 MEI 2018

Pengurus
Syarikat Lautan Mutiara
Lot 2:01 Tingkat 2 Kompleks Mara Jalan Leila,
Peti Surat 2147, 90724 Sandakan

Puan,

UCAPAN PENGHARGAAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

02. Untuk Makluman pihak Puan, Tender Syarikat pihak tuan/puan untuk membekal makanan
bermasak di Cafeteria MRSM TMFS Sandakan akan tamat pada Jun 2018. Sehubungan dengan
itu pihak syarikat Puan masih lagi dibenarkan beroperasi bermula daripada 25 Jun 2018
sehingga 30 Jun 2018. Walaubagaimanapun jika pihak Puan tidak ingin meneruskan perniagaan
pada masa yang ditetapkan, pihak Puan diminta memberi notis seminggu sebelum tarikh operasi
perniagaan kepada pengurus cafe atau pengerusi koperasi.

03. Pihak Koperasi MRSM Sandakan Berhad merakamkan ribuan terima kasih sepanjang
tempoh sewaan pihak tuan dengan koperasi MRSM Sandakan Berhad. Semoga Puan
berkhidmat lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sekian, terima Kasih

MOHD HAMDAN BIN PARE


PENGURUS CAFETERIA
KOPERASI MRSM SANDAKAN BERHAD

You might also like