You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Lambor Kanan
Lambor Kanan,
32900 Lambor, Telefon : 05-3762571
Perak Darul Ridzuan Faks : 05-3762571
Email : ABA8225@moe.edu.my

Rujukan Kami :SKLKn/11/03/007 ( )


Tarikh : September 2020

Kepada: Dato’/Datin/Tuan/Puan:

SEBUT HARGA KANTIN SK LAMBOR KANAN BAGI TEMPOH 19 DISEMBER 2020 –


30 NOVEMBER 2021.

Adalah dimaklumkan bahawa sebut harga kantin sekolah ini untuk operasi perniagaan 18 Disember
2020 – 30 November 2021 dibuka mulai 28 September 2020 dan ditutup pada 05 Oktober 2020.

2. Sehubungan itu tuan/puan adalah dipelawa menyertai tawaran tersebut.

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA


1. Sebut harga dibuka kepada semua mereka yang berminat dan berpengalaman.
2. Sebut harga dibuka dari 28.09.2020 dan ditutup pada 05.10.2020.
3. Jumlah murid seramai 140 orang. Guru dan kakitangan sekolah adalah 30 orang.
4. Keselamatan dan kebersihan kantin adalah tanggungjawab pengusaha.
5. Pengusaha kantin yang berjaya mendapat sebut harga hendaklah memulakan urusniaga
pada 19.12.2020 hingga 30.11.2021.
6. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00
(Ringgit : Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama
Guru Besar, SK Lambor Kanan,
7. Borang penyertaan boleh diperolehi di pejabat SK Lambor Kanan 32900 Lambor Kanan,
Perak (mulai 28.09.2020 hingga 05.10.2020 - pada waktu pejabat).
8. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak sekolah.
9. Semua peralatan memasak disediakan oleh pengusaha sendiri.
10. Segala bayaran bil eletrik dan air adalah ditanggung oleh pihak pengusaha kantin.
11. Pihak sekolah berhak menamatkan kontrak perniagaan pada bila-bila masa jika pengusaha
gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui.
12. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(NORAINI BINTI RADIZUAN)
Guru Besar,
SK Lambor Kanan,
32900 Lambor Kanan, Perak.

You might also like