You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Muar Tel. : 06 – 9511780


Faks : 06 – 9511590
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
E-mel : ppd_muar@moe.gov.my
JKR 242, Jalan Arab Web : www.ppdmuar.my
84000 Muar, Johor Darul Ta’zim

Rujukan kami : PPDMUR.100-9/1/1 (07)


Tarikh : 22 Ogos 2022

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Daerah Muar

Tuan,

JEMPUTAN KE HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR TAHUN 2022

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Muar akan mengadakan


program tersebut sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 26 & 27 Ogos 2022


Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Muar,
JKR 242, Jalan Arab,
84000 Muar

3. Sehubungan dengan itu tuan, AJK PIBG dan semua warga sekolah dijemput hadir ke
program tersebut pada 27 Ogos 2022 (Sabtu).

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Sulaiman Bin Ahmad, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah (Perancangan) PPD Muar di talian 013-6845570. Kerjasama tuan amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(RAHMAN @ ABDUL RAHMAN BIN SELAMAT)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Muar

You might also like