You are on page 1of 3

Analisis tajuk karangan 2

(a) Teknik menganalisis tajuk karangan


✔ Tentukan tema (T)

✔ Tentukan kata kunci soalan / kehendak soalan (KKS)

✔ Tentukan jenis karangan (J)

✔ Tentukan berformat atau tidak berformat (F)

Contoh : Amalan gotong-royong ialah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela.
Bincangkan faedah-faedah amalan gotong-royong.

Tema (T) Amalan gotong-royong


Kata kunci soalan (KKS) faedah-faedah amalan gotong-
royong
Jenis karangan (J) / Format Perbincangan / Tidak berformat
karangan (F)

(b) Jenis-jenis karangan dan format


Bi Jenis karangan Tidak berformat Berformat
l
1 Gambaran/ keperihalan/
cereka/ cerita
2 Fakta
3 Pendapat/Perbincangan
4 Peribahasa
5 Perbahasan
6 Ceramah / Ucapan / Syarahan
7 Wawancara / Dialog / Forum
8 Berita
9 Rencana
10 Laporan
11 Surat rasmi / Surat tidak rasmi

1. Masalah obesiti dalam kalangan murid semakin meningkat. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid?

T
KKS

J F
2. Masalah obesiti dalam kalangan murid semakin meningkat. Bincangkan faktor-faktor
berlakunya obesiti dalam kalangan murid.

T
KKS

J F

3. Setiap orang ingin mencapai kejayaan. Huraikan petua untuk mencapai kejayaan.

T
KKS

J F

4. Bulan Disember merupakan musim hujan negara kita. Bencana banjir akan berlaku di
kawasan rendah. Jelaskan langkah-langkah keselamatan semasa berlaku banjir.

T
KKS

J F

5. Andaikan bahawa anda pegawai polis di daerah anda. Anda dijemput ke sebuah sekolah untuk
memberikan ceramah tentang Faktor-faktor berlakunya Kegiatan Jenayah”. Tulis teks ceramah itu
selengkapnya.

T
KKS

J F

6. Unit beruniform sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan rekreasi .
Sebagai setiausaha, anda dikehendaki untuk menulis laporan tentang aktiviti perkhemahan itu. Tulis
laporan itu selengkapnya.

T
KKS

J F
7. Anda terpilih untuk menyertai satu pertandingan syarahan. Anda
memilih tajuk “Cara- Cara Menjaga kesihatan”。 Tulis teks syarahan itu
selengkapnya.

T
KKS

J F

8. Anda menemani adik anda menyertai pertandingan lukisan di sebuah pasar raya. Gambarkan
suasana ketika pertandingan itu diadakan.

T
KKS

J F

9. Bersempena dengan Hari Kebangsaan, pihak sekolah anda mengadakan program Bulan
Kemerdekaan. Perihalkan program Bulan Kemerdekaan itu.

T
KKS

J F

10. Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa “Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan”.

T
KKS

J F

You might also like