You are on page 1of 11
Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MELALUI TEKNIK 5 KELOPAK BUNGA DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3 Nur Hazafirien Zakaria SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal, Pulau Pinang 9-04222637@moe-dl.edu.my ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat dan menulis karangan respons terhad. Kajian ini difokuskan kepada 7 orang murid tingkatan 3 Inovatif yang masih lemah dan tidak dapat membina ayat dan menulis karangan respons terhad dengan baik. Teknik 5 Kelopak Bunga diperkenalkan kepada mereka dan digunakan untuk membina ayat serta mengembangkan idea murid dalam menulis karangan respons terhad. Teknik 5 Kelopak Bunga merujuk kepada 5 kelopak bunga yang masing-masing diwakili oleh kata tanya iaitu kelopak 1-siapa, kelopak 2-bila, kelopak 3- mengapa, kelopak 4- bagaimana(cara) dan kelopak kelima-di mana. Unsur-unsur ini boleh membantu murid membina ayat yang lengkap dengan subjek, predikat dan unsur keterangan. Penggunaan teknik ini dapat menarik minat murid-murid dalam menulis ayat terutamanya dalam penulisan karangan. Teknik ini telah diperkenalkan kepada murid- murid dalam tempoh 4 minggu dan hasilnya sangat memberangsangkan. 7 orang murid yang dikaji dapat membina ayat dengan baik dan dapat mengembangkan idea mereka untuk menulis karangan respons terhad. Analisis data melalui keputusan ujian pos telah menunjukkan murid lebih berupaya menunjukkan peningkatan bilangan perkataan dan bilangan markah yang baik. Ini adalah kerana selepas menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga, murid-murid lebih mengingati, memahami dan bersungguh- sungguh dalam menulis karangan respons terhad. Diharap teknik ini menjadi salah satu usaha guru dalam melakukan transformasi kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kata kunci : Ayat, murid-murid, Teknik 5 Kelopak Bunga PENGENALAN Pendidikan Bahasa Melayu sangat penting bagi membentuk budaya masyarakat yang harmoni selain Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. la melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Laporan Kabinet (1985) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di Malaysia serta menjadikannya sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu. Berdasarkan latar 1 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 belakang pendidikan Bahasa Melayu seperti Laporan Razak(1956), Laporan Rahman Talib(1960) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mula diperkenalkan dan pada tahun 2017, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KSSM Bahasa Melayu menekankan tiga aspek kemahiran iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kajian ini dijalankan bagi memenuhi penguasaan salah satu aspek kemahiran iaitu kemahiran menulis dalam kalangan murid tingkatan 3. Dalam kemahiran menulis, murid perlu menguasai kemahiran membina ayat yang dijadikan asas untuk menulis karangan respons terhad mahupun karangan respons terbuka. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Berdasarkan pemerhatian dan latihan di dalam kelas, pengkaji mendapati murid tidak dapat menulis ayat yang gramatis dan penulisan karangan pendek tidak lengkap Sebilangan murid hanya menyalin karangan pendek daripada rakan sekelas atau hanya menyalin maklumat yang diberikan bulat-bulat, tanpa menambah kata hubung atau kata ganti nama diri. Murid-murid ini menghadapi masalah membina ayat dan tidak memahami maksud perkataan yang diberikan, Selain itu, latihan-latihan bina ayat yang diberikan, menunjukkan kelemahan murid-murid dalam menyusun subjek, predikat dan keterangan dengan betul. Kelemahan dalam membina ayat mempengaruhi murid untuk menulis karangan sama ada karangan respons terhad (karangan pendek) mahupun karangan respons terbuka. FOKUS KAJIAN Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid menulis ayat yang lengkap dan gramatis dalam penulisan karangan respons terhad dalam kalangan murid tingkatan 3 menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga. Hal ini merujuk kepada salah satu objektif KSSM Bahasa Melayu tingkatan 3 yang merujuk kepada kebolehan murid menulis untuk menerangkan dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis. OBJEKTIF KAJIAN Objektif umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat yang gramatis menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga dalam kalangan murid tingkatan 3. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Objektif khusus 1. Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat yang mengandungi subjek, objek dan keterangan (ayat gramatis) menggunakan teknik 5 kelopak bunga. 2. Meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat dengan menggunakan teknik 5 kelopak bunga.dalam penulisan karangan respons terhad. 3. Meningkatkan kemahiran murid mengembangkan ayat dalam penulisan karangan respons terhad PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah teknik 5 kelopak bunga dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang mengandungi subjek, objek dan keterangan (ayat gramatis)? 2. Adakah teknik 5 kelopak bunga dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat dalam karangan respons terhad? 3, Adakah teknik 5 kelopak bunga dapat meningkatkan kemahiran murid mengembangkan ayat dalam penulisan karangan respons terhad? PESERTA KAJIAN Peserta kajian ini terdiri daripada 7 orang murid tingkatan 3 Inovatif di sebuah sekolah di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Peserta kajian ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Peserta kajian dipilin berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, temu bual dan skor ujian yang dibuat oleh pengkaji. Peserta kajian dapat dirujuk dalam jadual 1 di bawah, Jadual 1.Maklumat peserta kajian Peserta Kajian Jantina Bangsa PK1 Telaki Gina PK2 Lelaki Cina PK3 Lelaki Cina PK 4 Lelaki Cina PKS Perempuan Cina PK6 Perempuan Cina PK7 perempuan India Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) , yang berkonsepkan satu proses lingkaran yang mengandungi lima langkah seperti Rajah 1 di bawah. Nemes tones Veo cy Rajah 1, Adaptasi Model dan Proses Penyelidikan Tindakan Lewin(1946) dan Laidlaw (1992) ke dalam kajian ini, Pada peringkat mengenal pasti aspek amalan, pengkaji menjalankan pemerhatian, temu bual dan ujian diagnostik bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, Pada peringkat merancang, pengkaji_ memfokuskan proses perancangan aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian. Peringkat seterusnya, melaksanakan tindakan, pengkaji memperkenalkan teknik 5 Kelopak Bunga. Peringkat keempat, mengumpul data yang bertujuan untuk menjawab soalan kajian, Peringkat yang terakhir ialah membuat refleksi yang bertujuan untuk melihat sama ada kajian yang dijalankan berkesan atau sebaliknya a. Tinjauan dan Analisis Masalah Bagi membuktikan masalah ini benar-benar wujud pengkaji telah mengumpul data awal menggunakan temu bual , pemerhatian dan ujian diagnostik ( kertas ujian prestasi 1)terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 4) Temu bual Pengkaji mengadakan sesi temu bual secara tidak formal dengan 4 orang murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas. Soalan yang diajukan adalah untuk mengesan sebab mereka tidak menyiapkan tugasan yang diberikan... Hasil temu bual bersama 4 orang murid tersebut, pengkaji mendapati keempat-empat mereka mempunyai masalah yang sama iaitu tidak tahu membina ayat dengan tepat dan betul apatah lagi ayat yang gramatis. Mereka juga tidak memahami maksud perkataan yang diberikan menyebabkan mereka sukar untuk membina ayat. Ada di antara mereka yang boleh membina ayat tetapi dengan perkataan yang sangat terhad. Contoh soalan yang diajukan adalah seperti jadual 2 di bawah. BIL. SOALAN YA(%)_TIDAK(%) T,__ Saya memahami kehendak soalan. 2. Saya memahami maksud perkataan yang dinyatakan. 3. Saya boleh menulis atau membina ayat tunggal. 4. Saya boleh menulis atau membina ayat yang gramatis. 5. Saya boleh menulis tanpa merujuk buku atau rakan. 6. Saya boleh menulis ayat tanpa kesalahan ejaan 7. Saya boleh menulis ayat tanpa kesalahan tatabahasa, 8. Saya tidak minat mata pelajaran Bahasa Melayu. 9. Saya berasa sukar untuk memahami perkataan Bahasa Melayu 10, Saya memerlukan pertolongan orang lain untuk membina atau menulis ayat daripada perkataan yang sukar, 2) Analisis dokumen Analisis dokumen diambil daripada latihan yang diberikan di dalam kelas untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid dalam kemahiran menulis ayat. Ayat yang dibina terdiri daripada tujuh perkataan. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Murid ini leah dalam membina ayat. Ayat is yang dibina tidak lengkap dan mempunyai kesalahan tatabahasa yang ketara Rajah 2,latihan membina ayat 3) Ujian diagnostik Jadual 3 menunjukkan prestasi murid dalam ujian yang dijalankan. Sebanyak 24.1% murid telah gagal. Jadual 3.Prestasi murid dalam Ujian Prestasi 1 Bilangan Gred —_—Peratus Lulus/gagal murid (100%) 0 A 0.0 Lulus: 5 B 17.2 Lulus: 6 c 207 Lulus 7 D 24.41 Lulus: 4 E 13.8 Lulus: 7 F 24.4 Gagal b. Tindakan yang dijalankan Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti serta berdasarkan bukti-bukti kukuh daripada hasil analisis ujian, temu bual dan pemerhatian terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji telah menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga sebagai tindakan bagi mengatasi masalah murid yang kurang mahir dalam membina ayat dan menulis karangan respons terhad. Teknik 5 Kelopak Bunga ini telah dilaksanakan selama empat minggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada minggu pertama sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga, pengkaji telah melakukan ujian pra terlebih dahulu, Pada akhir minggu ke empat pengkaji telah menjalankan ujian pos untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 5 Teknik Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Kelopak Bunga ini. Dalam minggu ke empat ini juga, pengkaji turut menjalankan sesi temu bual terhadap semua peserta kajian. Langkah-langkah tindakan adalah seperti berikut : Langkah-langkah tindakan : Minggu Langkah Menjalankan Ujian Pra. Memperkenalkan teknik 5 kelopak bunga Memberikan latin tubi membina ayat menggunakan teknik 5 kelopak bunga. Murid melengkapkan kelopak bunga dengan kata tanya Memberikan latih tubi membina ayat dengan merujuk 5 kelopak bunga. Melengkapkan kelopak punya dengan kata tanya tanpa merujuk rakan atau guru, Murid membuat penilaian rakan sebaya. Memberikan latin tubi membina ayat dan menulis karangan respons terhad Murid membina ayat dengan merujuk 5 kelopak bunga yang dilukis sendiri, Murid membuat penilaian rakan sebaya Membuat Ujian Pos dan temu bual. MENGAPA, BAGAIMANA, Rajah 3. Teknik 5 Kelopak Bunga Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 c. Dapatan Kajian Data ujian pra dan ujian pos Berdasarkan dapatan data ujian pra dan ujian pos, penggunaan teknik 5 Kelopak Bunga dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat yang gramatis dalam penulisan karangan respons terhad telah menunjukkan berlakunya peningkatan penguasaan dalam kalangan peserta kajian. Dapatan pencapaian ujian pra dan ujian pos ditunjukkan dalam Rajah 4. DATA UJIAN PRA DAN UJIAN POS 0) of 8 3? z 3 Es —Pesertatalen Z4 lan or *3 —uiian pos 1 ol 203 4 5 6 9 PESERTA KALIAN Rajah 4. Ujian Pra dan Ujian Pos Dengan ini, soalan kajian telah pun dapat dijawab, iaitu teknik 5 kelopak bunga dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat dan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat dalam karangan respons terhad Data pemerhatian Berdasarkan dapatan data pemerhatian yang diperoleh semasa ujian pra dan ujian pos, dapat dijelaskan bahawa telah berlaku perubahan yang positif ke atas peserta kajian selepas mereka menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga. Perbandingan perubahan tingkah laku peserta kajian semasa menjalani ujian pra dan ujian pos boleh dihat dengan lebih jelas melalui Rajah 5 dan Rajah 6 yang berikut: Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 Perbezaan Perubahan Tingkah Laku Peserta Kajian 80 70 ge £50 = 1 bilangan perkataan (ujian é 40 pare per (uj B20 mbilangan perkataan ujian 32 pos 10 102 3 4 5 6 7 Peserta Kajian Rajah 5. Perbezaan Perubahan Tingkah Laku Peserta Kajian semasa Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Bilangan Perkataan. Perbezaan Perubahan Tingkah Laku Peserta Kajian 2 : ; 5 ; ; [Wbilangan ayat(uian pra) mbbilangan ayst uian pos Rajah 6. Perbezaan Perubahan Tingkah Laku Peserta Kajian ‘semasa Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Bilangan Ayat. Data Temu Bual Berdasarkan dapatan temu bual yang dijalankan, pengkaji telah dapat membuat beberapa refleksi,iaitu: 1. Teknik 5 Kelopak Bunga dapat membantu murid memahami kehendak soalan. Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 2. Teknik 5 Kelopak Bunga dapat meningkatkan kemahiran murid menulis ayat tunggal dan ayat gramatis(subjek, objek dan keterangan) 3. Teknik 5 Kelopak Bunga dapat meningkatkan kemahiran murid menulis karangan respons terhad tanpa merujuk buku atau rakan 4, Teknik 5 Kelopak Bunga dapat membantu murid mengembangkan ayat dalam penulisan karangan respons terhad Refleksi kajian Pencapaian murid dinilai berdasarkan dua ujian yang telah dijalankan jaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-dua ujian ini dijalankan ke atas peserta kajian yang sama. Terdapat peningkatan markah dalam penulisan karangan respons terhad yang ketara selepas kajian ini dilaksanakan. Oleh yang demikian keberkesanan Teknik 5 Kelopak Bunga dapat dilihat apabila peserta kajian dapat menghasilkan sebuah karangan respons terhad (karangan pendek) dengan ayat yang gramatis. Keputusan ujian pos yang diperolehi membuktikan bahawa peserta kajian lebih mudah membina ayat dengan menggunakan Teknik 5 Kelopak Bunga. Teknik ini membantu. murid mengembangkan idea dalam membina ayat dalam karangan pendek malah menunjukkan peningkatan keupayaan murid untuk bertutur, Teknik ini juga memberi kesan yang positif dalam merangsang ke arah peningkatan keupayaan peserta kajian membina ayat yang baik dan bersistematik. Selain itu, teknik 5 kelopak bunga ini terbukti berkesan dengan dapatan temu bual yang telah dijalankan, Berdasarkan temu bual yang dibuat pengkaji mendapati kemahiran peserta kajian dalam penulisan ayat lebih tersusun dan gramatis. Peserta kajian juga dapat mengembangkan ayat tanpa merujuk buku atau rakan. Maklumat yang diberikan dalam penulisan karangan respons terhad dapat dikembangkan sebaik mungkin tanpa mengubah maksud perkataan. Bilangan perkataan dan ayat dalam penulisan karangan respons terhad juga bertambah, Di samping itu, peserta kajian juga menunjukkan minat dalam penulisan karangan respons terhad apabila menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga. RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian ini memperiihatkan usaha dalam meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan ayat yang lebih tersusun dan gramatis melalui Teknik 5 kelopak bunga. Selain itu, Teknik 5 kelopak bunga ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat dalam karangan respon tethad(karangan pendek) dan juga mampu meningkatkan kemahiran murid untuk mengembangkan ayat dalam penulisan karangan respons terhad berpandukan bahan yang diberi dengan baik 10 Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU) 2021, 27-29 Julai 2021 CADANGAN KAJIAN SUSULAN Oleh kerana, pengkaji mendapati Teknik 5 kelopak bunga memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam membina ayat, maka pengkaji akan menggunakan kaedah yang sama untuk membina ayat dalam menulis karangan respons terbuka dan teknik ini boleh digunakan kepada semua murid yang mempunyai aras kemahiran yang berbeza. RUJUKAN Ali Mahmood. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Anas Suray. (2013). Data Analisis Penyelidikan Tindakan. Diakses pada 2 Oktober 2020 https:/www. slideshare.net/sifatpqsr/04b-data-analisis-penyelidikan-tindakan2 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Jumal Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Aplikasi Teknik Sebut (Ber Di Di-Kan), 78-89. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu DSKP Tingkatan 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1-58 Lisah Chong Vui Fah.(2010). Juma! Penyelidikan Tindakan IPG KBL, Penelitian Teknik Menyemak Data dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan 1-10. Nym_namrod .(2012). Kajian Tindakan Kaedah Pengumpulan Data Kajian Tindakan. Diakses pada 2 Oktober 2020. https://www.slideshare.net/nym_namrod/kajian-tindakan-kaedah-pengumpulan- data-kajian-tindakan "

You might also like