You are on page 1of 30

Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra

Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

ORDINAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI


(SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN), 1994

PERINTAH-PERINTAH AM PERKHIDMATAN
AWAM NEGERI, 1996

(Dibuat di bawah seksyen 3)

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 3 Ordinan


Bab 12.
Perkhidmatan Awam Negeri (Syarat-Syarat Perkhidmatan), 1994, Yang
di-Pertua Negeri telah membuat Perintah-Perintah Am berikut:

BAB I

KELAYAKAN PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN


PENAMATAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN SATU
PERMULAAN
Nama, permulaan kuat 1. (1) Perintah-Perintah Am ini bolehlah dinamakan Perintah-
kuasa dan pemakaian.
Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri, 1996, dan hendaklah mula
berkuat kuasa pada 1 haribulan Januari, 1996.

(2) Tertakluk kepada seksyen 1(3) Ordinan Ibu dan


perenggan (3), Perintah-Perintah Am ini hendaklah terpakai bagi setiap
pegawai awam dalam perkhidmatan awam Negeri, kecuali setakat mana
yang —

(a) maksud sebaliknya diperuntukkan dengan


nyatanya dalam Perintah-Perintah Am ini; atau

(b) orang itu dikecualikan daripada kuat kuasa


Perintah-Perintah Am ini menurut syarat-syarat
pekerjaannya.

(3) Perintah-Perintah Am ini tidaklah terpakai bagi —

(a) penyandang mana-mana jawatan yang


G.N.S. 163/63. dinyatakan dalam Perkara 44(2)(a)
Perlembagaan;

(b) melainkan jika diarahkan selainnya oleh Majlis


Mesyuarat Kerajaan Negeri, seseorang anggota
mana-mana majlis, lembaga, badan, panel,
jawatankuasa atau badan-badan lain yang
serupa itu (sama ada diperbadankan ataupun
tidak) yang ditubuhkan oleh atau di bawah
mana-mana undang-undang bertulis;

(c) setiausaha-setiausaha politik;

(d) pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam


am bagi Persekutuan; atau

(e) mana-mana orang lain sebagaimana yang boleh


dikecualikan oleh Yang di-Pertua Negeri,

1
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

melalui pemberitahuan dalam Warta, daripada


kuat kuasa Perintah-Perintah Am ini.

(4) Perintah-Perintah Am ini hendaklah dibaca bersama-


Swk. L.N. 14/96. sama dengan Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
1996.

(5) Adalah menjadi kewajipan semua pegawai awam untuk


membiasakan diri mereka dengan segala peruntukan Perintah-Perintah Am
ini dan Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996 dan
untuk mematuhinya.

Tafsiran. 2. (1) Dalam Perintah-Perintah Am ini —

"anak seseorang pegawai" ertinya anak di bawah umur dua puluh


satu tahun yang bergantung sepenuhnya pada seseorang pegawai atau jika
diperakui masih mengikuti kursus pengajian sehinggalah dia mencapai
ijazah pertama di peringkat universiti atau mencapai umur dua puluh lima
tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu, dan termasuklah —

(a) anak posthumus;

(b) anak tiri dalam tanggungan;

(c) anak tak sahtaraf dalam tanggungan;

(d) anak yang diambil sebagai anak angkat di


bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat
resam atau kelaziman; dan

(e) anak seseorang pegawai tidak kira berapa jua


umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari
segi jasmani dan secara kekal dan yang tak
berupaya untuk menanggung diri sendiri;

“Arahan-Arahan Perbendaharaan” ertinya Arahan-Arahan yang


dikeluarkan oleh Perbendaharaan dan Pihak Berkuasa Kewangan Negeri
Akta 61. menurut seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957;

"bersedia menunggu panggilan untuk bertugas" ertinya keadaan


di mana seseorang pegawai dikehendaki berada di mana-mana tempat
yang mudah dihubungi dalam keadaan bersiap sedia selama satu tempoh
tertentu di luar waktu kerja rasmi agar pegawai itu dapat dihubungi untuk
dipanggil bertugas dengan serta-merta;

"cuti" ertinya apa-apa tempoh yang sepanjangnya seseorang


pegawai dibenarkan secara bertulis tidak menghadirkan diri untuk bertugas
dengan ketidakhadiran itu tidak dikira sebagai terputusnya perkhidmatan;

"cuti rehat" ertinya cuti bergaji penuh yang diberikan kepada


seseorang pegawai berkenaan dengan perkhidmatan yang melayakkan
dalam mana-mana satu tahun kalendar;

"cuti sakit" ertinya cuti bergaji penuh atas sebab-sebab perubatan


yang diberikan kepada seseorang pegawai dengan mengemukakan sijil
perubatan;

"cuti separuh gaji" ertinya apa-apa tempoh yang sepanjangnya


seseorang pegawai sedang bercuti atas sebab-sebab yang dibenarkan di
bawah Perintah-Perintah Am ini dengan dibayar separuh gaji;

2
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

"cuti tanpa gaji" ertinya apa-apa tempoh yang sepanjangnya


seseorang pegawai sedang bercuti atas sebab-sebab yang dibenarkan di
bawah Perintah-Perintah Am ini dengan tidak dibayar gaji;

"cuti tanpa rekod" ertinya cuti bergaji penuh yang diberikan


kepada seseorang pegawai mengikut hal keadaan, atau kerana
menjalankan aktiviti-aktiviti, yang dibenarkan di bawah Perintah-Perintah
Am ini;

"disabitkan" atau "sabitan" termasuklah dapatan bersalah atau


suatu perintah atau penghakiman yang menjadikan dapatan bersalah
berkenaan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah
yang mempunyai bidang kuasa kompeten di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, atau oleh suatu badan kompeten yang diberikan kuasa untuk
menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang
bertulis, atau apa-apa perintah atau penghakiman mahkamah sedemikian
yang mengisytiharkan orang yang dipertuduh atau dituduh itu telah
melakukan suatu kesalahan jenayah dan selanjutnya ia termasuklah
keadaan di mana suatu kesalahan jenayah telah dibuktikan terhadap
seseorang tetapi mahkamah tidak merekodkan sabitan mengenai kesalahan
Akta 593 (Semakan 1999).
itu di bawah seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah;

"emolumen" ertinya semua saraan berupa wang yang kena


dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan
tetap, bayaran insentif dan elaun-elaun bulanan lain;

"gred" ertinya gred gaji yang diuntukkan kepada sesuatu jawatan


sebagaimana yang dinyatakan dalam Skim-Skim Perkhidmatan dalam
Jadual Keempat;

"hospital Kerajaan" ertinya mana-mana hospital Kerajaan atau


mana-mana pusat perubatan, poliklinik atau pusat kesihatan Kerajaan di
dalam Malaysia dan termasuklah Universiti Hospital dan Hospital
Angkatan Tentera dan institusi-institusi perubatan lain yang ditetapkan
oleh Kerajaan Negeri bagi maksud-maksud Perintah-Perintah Am ini;

“ibu bapa yang sah” ertinya ibu bapa kandung atau ibu bapa tiri
atau ibu bapa angkat seseorang pegawai;

“Ibu Pejabat” ertinya pejabat atau tempat di mana seseorang


pegawai lazimnya melaporkan diri untuk bertugas dan mencakupi kawasan
tadbiran seperti berikut:

(a) dua puluh lima kilometer, jika boleh dihubungi dengan


cara berkereta;

(b) enam belas kilometer, jika boleh dihubungi dengan cara


jalan darat yang boleh dilalui kenderaan bermotor; dan

(c) lapan kilometer, jika boleh dihubungi dengan cara jalan


basikal atau sungai;

"jabatan" ertinya jabatan Kerajaan dan termasuklah, di mana


berkenaan, suatu Kementerian;

"jawatan" atau "jawatan awam" ertinya jawatan dalam


perkhidmatan awam;

"jawatan memangku" ertinya lantikan sementara seseorang


pegawai ke jawatan yang grednya lebih tinggi daripada gred hakikinya

3
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

dalam skim perkhidmatan yang sama bagi pegawai yang berkenaan itu
sama ada untuk tujuan kenaikan pangkat atau sebaliknya;

"keluarga seseorang pegawai" ertinya suami atau isteri yang


perkahwinannya dengan seseorang pegawai, serta anak-anak pegawai itu,
telah dilaporkan kepada Ketua Jabatannya di bawah Perintah Am 17, dan
termasuklah balu atau duda pegawai itu;

"keluarga seseorang pesara" atau “keluarga seseorang pegawai


yang bersara” ertinya keluarga seseorang pegawai yang telah bersara dan
termasuklah mana-mana orang tanggungan kepada seseorang pesara yang
layak mendapat pencen tanggungan yang diberikan di bawah Bahagian V
P.U.(A) 176/1980. Peraturan-Peraturan Pencen 1980;

"kenaikan pangkat" ertinya kenaikan pangkat secara hakiki dari


suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang
sama sama ada di dalam jabatan yang sama ataupun tidak, dan
termasuklah kenaikan pangkat secara lantikan;

"kerja kecemasan" ertinya apa-apa tugas yang diisytiharkan oleh


Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan bagi memulihkan semula
perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau
bagi memuliharakan perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan
penting itu daripada terganggu atau terancam;

"kerja malam" ertinya apa-apa kerja atau tugas tambahan yang


dikerjakan di antara pukul 10.00 malam dan 6.00 pagi;

"kerja siang" ertinya apa-apa kerja atau tugas tambahan yang


dikerjakan di antara pukul 6.00 pagi dan 10.00 malam;

"Ketua Jabatan" ertinya pegawai yang menjaga sesuatu jabatan


dan termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri,
Setiausaha Kewangan Negeri, Setiausaha Tetap, Residen setiap Bahagian
dan mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
atas perakuan Suruhanjaya untuk menjadi, atau bertindak sebagai, Ketua
Jabatan;

"klasifikasi perkhidmatan" ertinya klasifikasi perkhidmatan-


perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

"kuarters biasa Kerajaan" ertinya mana-mana kuarters selain


kuarters khas jabatan atau kuarters khas jawatan;

"kuarters khas jabatan" ertinya kuarters yang dibina khas oleh


Jabatan untuk kediaman pegawai-pegawainya yang mustahak berada pada
setiap masa dekat dengan tempat kerja atau di suatu tempat tertentu dalam
daerah tempat kerjanya;

"kuarters khas jawatan" ertinya mana-mana kuarters yang


dikhaskan untuk pemegang sesuatu jawatan tertentu seperti yang
ditetapkan dalam Bab VI atau oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dari
semasa ke semasa;

"Kumpulan Pengurusan dan Profesional" ertinya pegawai-


pegawai dalam perkhidmatan awam yang tergolong dalam Kategori I
hingga IV yang disebut dalam Jadual Kedua;

"Kumpulan Pengurusan Tertinggi" ertinya pegawai-pegawai


dalam perkhidmatan awam yang tergolong dalam Jawatan-Jawatan Utama
Turus I hingga III, Jawatan-Jawatan Gred Utama A hingga C dan Jawatan-
Jawatan Gred Khas A hingga C;

4
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

"Kumpulan Sokongan" ertinya pegawai-pegawai dalam


perkhidmatan awam yang tergolong dalam Kategori V hingga XI yang
disebut dalam Jadual Kedua;

"lantikan" atau “pelantikan” ertinya pemberian suatu jawatan


dalam perkhidmatan awam dan termasuklah —

(a) pelantikan seseorang yang bukan berada dalam


perkhidmatan awam ke suatu jawatan dalam
perkhidmatan awam;

(b) pelantikan seseorang secara kontrak atau pelantikan


sementara seseorang ke jawatan tetap dalam
perkhidmatan awam;

(c) pelantikan seseorang ke suatu jawatan dalam


perkhidmatan awam mengikut syarat-syarat kontrak
untuk satu tempoh perkhidmatan lanjutan apabila tamat
tempoh lantikannya yang dahulu mengikut syarat-syarat
kontraknya dalam jawatan yang sama atau suatu jawatan
yang lain;

(d) pelantikan seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam


perkhidmatan awam daripada perkhidmatan awam am
bagi Persekutuan atau perkhidmatan awam bagi mana-
mana Negeri dalam Persekutuan, selain perkhidmatan
awam Negeri; atau

(e) jawatan memangku;

"lantikan secara kontrak" ertinya lantikan berdasarkan terma-


terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak bertulis, dan
selama tempoh yang dinyatakan di dalamnya;

"lantikan sementara" ertinya lantikan seseorang ke suatu jawatan


sementara dalam perkhidmatan awam atau lantikan seseorang secara
sementara ke suatu jawatan tetap mengikut Perintah Am 31;

"lebih masa" ertinya suatu tempoh yang sepanjangnya seseorang


pegawai bekerja di luar waktu kerja rasmi sebagaimana yang diarahkan
oleh Ketua Jabatannya;

"Lembaga Peperiksaan" ertinya Lembaga Peperiksaan


Perkhidmatan Awam Negeri yang ditubuhkan di bawah Perintah Am 314;

"Lembaga Perubatan" ertinya Lembaga Perubatan yang


ditubuhkan mengikut Perintah Am 269;

"Lembaga Perubatan Khas" ertinya Lembaga Perubatan Khas


yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 270;

"Lembaga Perumahan" ertinya lembaga yang dibentuk oleh


Kerajaan bagi menguntukkan kuarters Kerajaan kepada pegawai-pegawai
awam;

"Lembaga Tatatertib" ertinya Lembaga Tatatertib yang dilantik


oleh Suruhanjaya di bawah Perkara 36(6) Perlembagaan;

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri” ertinya badan yang dibentuk


di bawah Perkara 6(1) Perlembagaan untuk menasihati Yang di-Pertua
Negeri dalam menjalankan fungsi-fungsinya;

5
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

"Negeri" ertinya Negeri Sarawak;

"Ordinan Ibu" ertinya Ordinan Perkhidmatan Awam Negeri


Bab 12.
(Syarat-Syarat Perkhidmatan), 1994;

"Panel Penilaian Pergerakan Gaji" ertinya Panel Penilaian


Pergerakan Gaji yang ditubuhkan di bawah 1Pekeliling Perkhidmatan
No. 4 tahun 1992;

"pegawai" atau "pegawai awam" ertinya mana-mana orang yang


memegang, secara tetap atau secara sementara, apa-apa jawatan dalam
perkhidmatan awam dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik
untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan awam;

"pegawai berpencen" ertinya pegawai yang telah diberikan taraf


seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7, atau yang disifatkan
sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 8, Akta Pencen
Akta 227.
1980;

"pegawai kontrak" ertinya pegawai yang dilantik ke mana-mana


jawatan dalam perkhidmatan awam yang terma-terma dan syarat-syaratnya
adalah tertakluk kepada perjanjian spesifik;

"pegawai perubatan Kerajaan" atau "pegawai pergigian Kerajaan"


ertinya pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang didaftarkan di
bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa
berhubungan dengan profesion itu masing-masing di Malaysia dan yang
berkhidmat di hospital Kerajaan;

"pegawai sementara" ertinya pegawai dalam perkhidmatan awam


yang dilantik berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan tak berpencen
mengikut Perintah Am 31;

"pegawai tak berpencen" ertinya pegawai awam yang tidak


Akta 227.
diberikan taraf seorang pegawai berpencen di bawah Akta Pencen 1980;

"pegawai tetap" ertinya seseorang pegawai yang memegang suatu


jawatan dalam perjawatan tetap dalam perkhidmatan awam, dan
termasuklah pegawai berpencen atau pegawai dalam percubaan atau
pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya dalam perjawatan tetap;
dan "jawatan tetap" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

"pegawai yang sedang berkhidmat" ertinya seseorang pegawai


dalam perkhidmatan awam dan termasuklah pegawai sementara, pegawai
dalam percubaan, pegawai disahkan, pegawai yang dimasukkan ke dalam
perjawatan tetap atau berpencen, pegawai pinjaman dan pegawai kontrak;

“pegawai yang bersara” ertinya pegawai yang telah bersara


daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur persaraan atau telah
diberikan persaraan awal dan termasuklah seorang pesara;

"penanggungan kerja", berhubungan dengan seseorang pegawai,


ertinya seseorang pegawai yang telah diberi arahan supaya menjalankan
tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain di samping menjalankan tugas
jawatannya sendiri;

"Pencetak Kerajaan" ertinya mana-mana pencetak yang diberi


kuasa oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan
dalam Warta, untuk mencetak Ordinan, perundangan subsidiari, terbitan
rasmi, pemberitahuan rasmi dan dokumen-dokumen rasmi lain Kerajaan;
1
Lihat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002.

6
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

"penempatan" ertinya penugasan seseorang pegawai untuk


menjalankan tugas di sesuatu jabatan, atas lantikannya buat pertama kali
ke suatu jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam;

"pengamal swasta" ertinya pengamal perubatan atau pengamal


pergigian yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan profesion itu masing-
masing di Malaysia dan yang bukan berada dalam perkhidmatan Kerajaan;

"pergerakan gaji" ertinya pergerakan dari satu mata gaji ke satu


mata gaji lain dalam tangga gaji seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga sama ada secara mendatar, menegak atau melintang, atau statik,
yang berdasarkan laporan penilaian prestasi tahunan yang dikemukakan
kepada, dan yang diluluskan oleh, Panel Penilaian Pergerakan Gaji
mengikut Perintah Am 36;

"perkhidmatan awam" ertinya perkhidmatan awam Negeri selain


perkhidmatan-perkhidmatan yang dikecualikan di bawah Perintah Am
1(3);

"perkhidmatan gunasama" ertinya perkhidmatan-perkhidmatan


yang diisytiharkan sebagai sedemikian oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
dari semasa ke semasa;

“perkhidmatan kritikal” ertinya mana-mana perkhidmatan yang


diisytiharkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa
sebagai perkhidmatan penting kepada perkhidmatan awam dengan
memberi perhatian kepada hal-hal keadaan yang berikut:

(a) pentingnya perkhidmatan itu ke arah pertumbuhan dan


perkembangan ekonomi Negeri;

(b) (c) persaingan dalam pasaran buruh bagi mendapatkan orang-


orang dengan kelulusan dan kemahiran yang serupa
dengan yang dikehendaki bagi perkhidmatan itu;

(d) (e) latihan dan kemahiran khas yang dikehendaki bagi


pelaksanaan perkhidmatan itu; dan

(f) (g) keadaan persekitaran tempat kerja di mana perkhidmatan itu


hendak dilaksanakan;

"perkhidmatan yang melayakkan" ertinya perkhidmatan yang


hendak diambil kira dalam penghitungan kelayakan cuti seseorang
pegawai dalam mana-mana satu tahun kalendar yang hendaklah termasuk
tempoh-tempoh semasa seseorang pegawai menjalankan tugas, bercuti
rehat dan bercuti sakit tetapi tidaklah termasuk tempoh-tempoh berikut
yang mana dia tidak layak dapat cuti atau tidak boleh guna habis cuti —

(a) cuti separuh gaji;

(b) cuti tanpa gaji;

(c) cuti haji;

(d) cuti sakit disebabkan menghidapi penyakit tibi, kusta dan


barah; dan

(e) cuti belajar;

"perkhidmatan-perkhidmatan penting" ertinya perkhidmatan-

7
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;

"Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Negeri Sarawak;

"pertukaran" ertinya pergerakan seseorang pegawai —


2
(a) [Dipotong oleh Swk. L.N. 20/2000 berkuat kuasa dari
1.1.2000]

(b) dari suatu pejabat dalam satu Kementerian ke suatu


pejabat dalam Kementerian yang lain;

(c) dari suatu pejabat dalam satu jabatan ke suatu pejabat


dalam jabatan yang lain; atau

(d) dari suatu pejabat dalam satu jabatan ke suatu pejabat


dalam Kementerian atau sebaliknya,

tanpa perubahan pangkat atau yang tidak melibatkan kenaikan pangkat,


melainkan jika dinyatakan selainnya dalam pertukaran itu;

"pertukaran sementara", berhubungan dengan seseorang pegawai


awam, ertinya penugasan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat,
sama ada dengan cara pertukaran atau pinjaman atau pertukaran ganti, ke
mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam bagi Negeri atau
Persekutuan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau selama apa-
apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri dalam mana-mana hal tertentu tanpa terputusnya
perkhidmatan hakiki pegawai itu;

"pesara" ertinya seseorang pegawai yang telah bersara daripada


perkhidmatan awam dan menerima pencen bulanan mengikut undang-
undang pencen yang sedang berkuat kuasa;

"pinjaman", berhubungan dengan seseorang pegawai awam,


ertinya 3penempatan atau sangkutan sementara seseorang pegawai yang
sedang berkhidmat ke suatu jawatan di dalam atau di luar perkhidmatan
awam selama suatu tempoh tertentu tanpa terputusnya perkhidmatan
hakiki pegawai itu, dan termasuklah penempatan atau sangkutan
sementara seseorang dari suatu jawatan di luar perkhidmatan awam ke
suatu jawatan di dalam perkhidmatan awam;

"sijil perubatan" ertinya sijil perubatan yang dikeluarkan oleh —

(a) pegawai perubatan Kerajaan atau pegawai pergigian


Kerajaan;

(b) pengamal swasta;

(c) mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah


Kesihatan Negeri untuk mengeluarkan sijil perubatan itu;
atau

(d) Lembaga Perubatan;

"skim perkhidmatan" termasuklah kelayakan masuk, tangga gaji,

2
Perenggan (a) yang dipotong itu berbunyi :
“ (a) dari suatu pejabat dalam satu Bahagian atau Daerah ke suatu pejabat dalam
jabatan yang sama dalam satu Bahagian atau Daerah yang lain;”.
3
“lantikan sementara” digantikan dengan “penempatan atau sangkutan sementara” oleh Swk. L.N.
20/2000 berkuat kuasa mulai 20.1.2000.

8
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam
yang terkandung dalam Sistem Saraan Baru seperti yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat;
4
"SSB" ertinya Sistem Saraan Baru di bawah Pekeliling
Perkhidmatan No. 9/1991 bertarikh 23hb Disember, 1991 yang telah
dilaksanakan pada 1hb Januari, 1992 dan termasuklah apa-apa pindaan
kepadanya;

"stesen" ertinya suatu kawasan dalam lingkungan dua puluh lima


kilometer dari pejabat tempatnya seseorang pegawai sedang berkhidmat;

"Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri


Sarawak yang dibentuk di bawah Perkara 35 Perlembagaan;

"syarat-syarat berpencen" ertinya syarat-syarat perkhidmatan bagi


pegawai-pegawai berpencen sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta
Pencen 1980 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya;

"syarat-syarat tak berpencen" ertinya syarat-syarat perkhidmatan


bagi pegawai-pegawai tak berpencen;

"tangga gaji" ertinya tangga gaji yang diuntukkan kepada jawatan


dalam setiap klasifikasi perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga;

“tempoh percubaan” ertinya tempoh yang sepanjangnya


seseorang yang dilantik ke suatu jawatan tetap dikehendaki menjalani
percubaan selama apa-apa tempoh yang disyaratkan bagi mana-mana skim
perkhidmatan tertentu dan tempoh itu boleh dilanjutkan mengikut
peruntukan-peruntukan Perintah Am 27(4);

"tindakan tatatertib" ertinya apa-apa tindakan yang diambil


mengikut peruntukan-peruntukan Perintah-Perintah Am ini atau Kaedah-
Swk. L.N. 14/96. Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996, terhadap mana-mana
pegawai dalam perkhidmatan awam kerana melanggar atau menyalahi
mana-mana peruntukan Perintah-Perintah Am ini atau Arahan-Arahan
Perbendaharaan atau Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, 1996;

"tugas rasmi" ertinya tugas yang dikaitkan dengan jawatan


seseorang pegawai dan termasuklah menghadiri kursus-kursus yang
diluluskan selama jangka masa kurang daripada tiga bulan;

"waktu kerja rasmi" ertinya waktu kerja yang ditetapkan di bawah


Perintah Am 293, termasuk waktu kerja berlainan yang ditetapkan di
bawah Perintah Am 294, 296, 297, 301 dan 302;

"Yang di-Pertua Negeri" mempunyai pengertian yang sama


seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2(2) Ordinan Ibu.

(2) Perkataan-perkataan yang membawa maksud genus


maskulin hendaklah termasuk genus feminin dan genus neutral dan
perkataan-perkataan dalam bentuk mumfrad hendaklah termasuk bentuk
jamak dan sebaliknya.

(3) Bilamasa timbul perselisihan berhubungan dengan


pemakaian atau pengertian mana-mana daripada peruntukan-peruntukan
Perintah-Perintah Am ini atau Pekeliling-Pekeliling yang dikeluarkan oleh
4
“SSB” atau “Sistem Saraan Baru” dalam Perintah-Perintah ini kini digantikan secara
menyeluruh dengan “SSM” lihat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002.

9
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, maka perselisihan itu hendaklah dirujukkan


kepadanya untuk mendapatkan keputusan, dan keputusan Setiausaha
Kerajaan Negeri mengenainya itu adalah muktamad dan konklusif.

BAHAGIAN DUA
STRUKTUR PERKHIDMATAN AWAM DAN PELANTIKAN

Struktur perkhidmatan 3. (1) Perkhidmatan awam dibahagikan kepada kumpulan-


awam dalam Negeri.
kumpulan yang berikut —

(a) Kumpulan Pengurusan Tertinggi;

(b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan

(c) Kumpulan Sokongan.

(2) Perkhidmatan awam diklasifikasikan kepada enam belas


perkhidmatan yang berlainan seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.

(3) Gred atau kategori pegawai-pegawai yang dinyatakan


dalam perenggan (1)(b) dan (c) adalah seperti yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.

(4) Tangga gaji bagi pegawai-pegawai dalam ketiga-tiga


kumpulan perkhidmatan yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(5) Skim perkhidmatan bagi berbagai perkhidmatan dalam


perkhidmatan awam ada terkandung dalam SSB seperti yang dinyatakan
dalam Jadual Keempat.
Fungsi-fungsi Suruhanjaya 4. (1) Kecuali jawatan-jawatan yang ditetapkan dengan khas
dan Setiausaha Kerajaan
Negeri.
oleh Yang di-Pertua Negeri di bawah Perkara 36(4) Perlembagaan,
adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya menurut Perkara 36(1)
Perlembagaan untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam
perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai-pegawai dalam
perkhidmatan awam:

Dengan syarat bahawa menurut Perkara 36(6) Perlembagaan,


Suruhanjaya boleh, melalui Arahan, mewakilkan penjalanan mana-mana
daripada kuasa-kuasanya kepada 5Setiausaha Kerajaan Negeri atau mana-
mana pegawai awam lain.

(2) Sekiranya fungsi-fungsi Suruhanjaya telah diwakilkan


kepada Setiausaha Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam, maka
penjalanannya hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam
Arahan Suruhanjaya itu dan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

(3) Semua lantikan untuk masuk ke dalam berbagai skim


perkhidmatan dalam perkhidmatan awam hendaklah berdasarkan
kelayakan dan/atau pengalaman yang dinyatakan bagi perkhidmatan
tertentu dalam skim-skim perkhidmatan yang relevan seperti yang
dinyatakan dalam Jadual Keempat.
Umur semasa lantikan. 5. (1) Umur minimum untuk lantikan ke jawatan awam ialah

5
Lihat Arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pewakilan Kuasa-Kuasa), 1992 - Swk. L.N. 80/92.

10
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
lapan belas tahun, kecuali jika dinyatakan selainnya.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perintah


Am 8, seseorang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun
tidaklah boleh dilantik untuk memegang jawatan awam.

Umur dan tarikh kelahiran. 6. (1) Sekiranya rujukan dibuat tentang umur dalam skim
perkhidmatan atau dalam iklan jawatan kosong, maka umur yang
dimaksudkan dengannya itu ialah umur pada ulang tahun tarikh kelahiran
mengikut kalendar Gregory.

(2) Pada menentukan tarikh kelahiran, sekiranya bulannya


sahaja yang diketahui, maka tarikh kelahiran seseorang hendaklah
disifatkan jatuh pada hari terakhir dalam bulan itu, dan sekiranya tahunnya
sahaja yang diketahui, maka tarikh kelahirannya itu hendaklah disifatkan
jatuh pada hari terakhir dalam tahun itu.

(3) Sekiranya tarikh kelahiran seseorang ialah pada 29hb


Februari, maka ulang tahun tarikh kelahirannya ialah pada 1hb Mac bagi
tahun-tahun yang bukan tahun lompat.

(4) Sekiranya tarikh kelahiran yang direkodkan dalam mana-


mana rekod berhubungan dengan perkhidmatan seseorang pegawai
berbeza dengan tarikh kelahiran yang diberikan dalam sijil kelahiran
pegawai itu, maka Setiausaha Kerajaan Negeri boleh, atas permohonan
pegawai itu yang hendaklah disertai dengan —

(a) sijil kelahiran pegawai itu atau salinannya yang


diperakui; atau

(b) sekiranya tiada sijil kelahiran seperti itu atau


salinannya yang diperakui seperti itu, dokumen-
dokumen lain yang boleh diterima oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri,

dan jika dia berpuas hati bahawa mustahaklah berbuat demikian, meminda
atau membenarkan pindaan dibuat kepada tarikh kelahiran dalam rekod
perkhidmatan pegawai itu mengikut tarikh yang diberikan dalam sijil
kelahiran itu atau dalam salinan sijil kelahiran yang diperakui itu atau
dalam dokumen-dokumen yang lain itu:

Dengan syarat bahawa perenggan ini hendaklah terpakai hanya


bagi pegawai yang telah dilantik ke jawatan dalam perkhidmatan awam
sebelum 1hb Februari, 1957.

Kekosongan dalam 7. (1) Tertakluk kepada perenggan (2), semua kekosongan


perkhidmatan awam.
untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah diisi dengan
pelantikan seseorang yang lahir di Sarawak atau seseorang warganegara
Malaysia yang berdomisil di Sarawak atau yang bermastautin secara tetap
di Sarawak.

(2) Walau apa pun perenggan (1), kekosongan dalam


jawatan awam boleh, dengan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri, diisi
dengan pelantikan seseorang yang bukan warganegara Malaysia atau
bukan orang yang lahir di Sarawak, atau seseorang yang tidak berdomisil
atau tidak bermastautin secara tetap di Sarawak, jika Suruhanjaya gagal
mendapatkan warganegara Malaysia atau rakyat Sarawak yang sesuai
untuk mengisi kekosongan itu.
Pelantikan semula pegawai- 8. (1) Seseorang pegawai yang bersara boleh, dengan terlebih
pegawai yang bersara.
dahulu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya, dilantik semula ke

11
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

dalam mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam secara kontrak, jika


dibuktikan hingga memuaskan hati Suruhanjaya —

(a) bahawa pegawai yang bersara itu mempunyai


pengalaman atau kelulusan teknikal yang perlu
yang menjadikannya begitu berguna kepada
jabatan yang tertentu; dan

(b) bahawa tidak mungkin jawatan tertentu itu


dapat diisi secara kenaikan pangkat seseorang
pegawai yang sesuai atau secara lantikan baru.

(2) Sekiranya pelantikan semula pegawai yang bersara sudah


dijangkakan, maka Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah melaporkan
perkara itu kepada Suruhanjaya.

(3) Dalam Perintah Am ini, ungkapan "pelantikan semula


pegawai yang bersara" ertinya —

(a) pelantikan seseorang yang telah bersara


daripada perkhidmatan awam dan yang sedang
menerima pencen atau apa-apa jua jenis faedah
persaraan;

(b) pelantikan seseorang yang telah bersara


daripada perkhidmatan awam di bawah seksyen
Akta 227. 12A Akta Pencen 1980; dan

(c) pelantikan seseorang yang telah mencapai umur


6
lima puluh lima tahun selain seseorang yang
diperihalkan dalam subperenggan (a) atau (b).

(4) Walau apa pun perenggan (1) hingga (3), seseorang


pegawai yang telah bersara atas sebab-sebab tidak sihat boleh, menurut
budi bicara Suruhanjaya dan dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri,
dilantik semula ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam jika dia
begitu berguna kepada jabatan tertentu dan dia diperakui sihat oleh
Lembaga Perubatan dan belum lagi mencapai umur lima puluh lima tahun.

(5) Seseorang pegawai yang telah bersara atas sebab-sebab


pilihan sendiri tidaklah boleh lazimnya dilantik semula, melainkan jika
keterdesakan perkhidmatan mewajarkan dia dilantik semula.
Pelantikan semula orang- 9. Mana-mana orang yang telah meletakkan jawatan atau
orang yang pernah
dahulunya meletakkan diberhentikan atas perakuan Lembaga Perubatan atau dibuang kerja
jawatan, dibuang kerja atau daripada perkhidmatan awam atau yang perkhidmatannya telah
ditamatkan perkhidmatan ditamatkan atas apa-apa sebab sekalipun tidak boleh dilantik semula ke

6
Kini “lima puluh enam tahun”.

12
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
daripada perkhidmatan mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam, kecuali di bawah hal
awam.
keadaan yang sangat istimewa atau luar biasa dan diluluskan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pelantikan pegawai yang 10. Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke
sedang berkhidmat.
mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam dengan syarat dia
memenuhi kelayakan-kelayakan yang dikehendaki bagi jawatan itu atau
dikira sesuai dan layak bagi jawatan itu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kembali ke skim 11. (1) Sekiranya seseorang pegawai yang telah disahkan dalam
perkhidmatan sebelumnya
sebab gagal mendapatkan
perkhidmatan dalam sesuatu skim perkhidmatan dilantik ke suatu jawatan
pengesahan dalam lain dalam skim perkhidmatan yang lain tetapi gagal untuk mendapatkan
perkhidmatan dalam skim pengesahannya dalam perkhidmatan dalam skim perkhidmatan yang lain
perkhidmatan baru. itu, maka dia boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya, selepas berunding
dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, untuk kembali ke skim perkhidmatan
sebelumnya jika —

(a) ada kekosongan jawatan dalam skim


perkhidmatan itu; dan

(b) kegagalannya untuk mendapatkan pengesahan


itu bukanlah kerana kelakuan yang tidak
memuaskan.

(2) Seseorang pegawai yang kembali ke skim perkhidmatan


lamanya menurut perenggan (1) boleh dibenarkan menerima apa-apa gaji
yang bersesuaian dalam jawatan lamanya pada mana-mana mata gaji atas
tangga gaji seolah-olah dia telah tidak dilantik ke jawatan yang baru itu.
Pegawai kontrak yang ingin 12. (1) Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai yang
membaharui kontraknya.
sedang berkhidmat dalam jawatan secara kontrak selama tempoh tidak
kurang daripada satu tahun untuk memberitahu Ketua Jabatannya
sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat kontraknya jika dia ingin
membaharui kontraknya.

(2) Jika Ketua Jabatan masih memerlukan perkhidmatan


pegawai itu, maka Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada
Suruhanjaya melalui Setiausaha Kerajaan Negeri alasan-alasannya yang
perkhidmatan pegawai itu masih diperlukan lagi.

(3) Jika ada syarat-syarat baru yang hendak ditambah dalam


membaharui kontrak pegawai itu, maka Suruhanjaya hendaklah diberikan
satu salinan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri tentang syarat-syarat
baru yang ditambah itu.
Kewajipan menjalankan 7
13. (1) Seseorang pegawai hendaklah menjalankan apa-apa
apa-apa tugas.
tugas dan fungsi sebagaimana yang dikaitkan dengan jawatannya di dalam
mana-mana jabatan dan apa-apa tugas lain sebagaimana yang dia
diarahkan untuk laksanakan oleh Ketua Jabatannya dari semasa ke semasa.
8
(2) Seseorang Ketua Jabatan boleh menempatkan seseorang
pegawai di dalam jabatannya dari satu pejabat di dalam satu Bahagian
atau Daerah ke suatu pejabat dalam jabatan itu di dalam suatu Bahagian
atau Daerah yang lain, dengan syarat bahawa —

7
P.A. 13 digantikan oleh Swk. L.N. 20/2000 berkuat kuasa dari 1.1.2000. P.A.13 asal berbunyi:
“13. Seseorang pegawai mungkin dikehendaki menjalankan, di samping tugas-tugas
jawatannya, apa-apa tugas lain sebagaimana yang dia diarah untuk laksanakan oleh Ketua
Jabatannya dari semasa ke semasa.”.
8
Perenggan (2) digantikan oleh Swk. L.N. 75/2003 berkuat kuasa mulai 15.4.2003.

13
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(a) penempatan itu tidak melibatkan penurunan pangkat; dan

(b) seseorang pegawai yang ditempatkan di bawah


perenggan ini boleh, jika dia tidak berpuas hati dengan
perintah penempatan itu, merayu kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri
hendaklah, sebelum membuat apa-apa keputusan
tentang rayuan itu, berunding dengan Ketua Jabatan.

(3) Seseorang pegawai yang ditempatkan ke suatu Bahagian


atau Daerah lain menurut perenggan (2) adalah berhak mendapat
pemberian sebagaimana yang diberikan kepada seseorang pegawai yang
sedang bertukar.
Kewajipan berkhidmat di 14. (1) Seseorang pegawai berkewajipan untuk berkhidmat di
mana-mana tempat.
mana-mana bahagian dalam Malaysia sebagaimana yang diarahkan oleh
Kerajaan, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam surat
lantikannya.

(2) Sekiranya pewakilan dibuat kepada Setiausaha Kerajaan


Negeri oleh Suruhanjaya di bawah Perintah Am 4(2), penempatan atau
pertukaran pegawai-pegawai dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain
atau sebaliknya di dalam Negeri hendaklah dilaksanakan oleh Setiausaha
Kerajaan Negeri.

(3) Seseorang pegawai yang bertukar mungkin dikehendaki


berkhidmat di stesen yang dia ditukarkan itu selama tempoh yang
ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau Suruhanjaya, mengikut
mana-mana yang berkenaan.

(4) Seseorang pegawai yang gagal atau enggan mematuhi


perintah pertukaran boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Peminjaman pegawai- 15. (1) Seseorang pegawai boleh dipinjamkan untuk berkhidmat
pegawai.
mengikut apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana
yang ditentukan oleh Kerajaan —

(a) dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri


di dalam Malaysia atau dalam perkhidmatan
awam am bagi Persekutuan;

(b) dengan mana-mana Badan Berkanun atau Pihak


Berkuasa Tempatan di dalam Negeri; atau

(c) dalam mana-mana syarikat 9 yang mana


Kerajaan ada kepentingan di dalamnya.
10
(1A) Notis peminjaman pegawai-pegawai hendaklah
dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak Kerajaan.

(2) Seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam mana-


mana Negeri di dalam Malaysia atau dalam perkhidmatan awam am bagi
Persekutuan atau dalam perkhidmatan mana-mana Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Malaysia boleh dipertimbangkan oleh
11
Kerajaan untuk dipinjamkan ke perkhidmatan awam bagi Negeri
mengikut apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang
9
“sektor swasta” yang terdapat selepas “syarikat” dipotong oleh P.A. 4(a) Swk. L.N. 20/2000
berkuat kuasa mulai 1.1.2000.
10
Dimasukkan oleh P.A. 4(b) Swk. L.N. 20/2000 berkuat kuasa mulai 1.1.2000.
11
“Suruhanjaya” digantikan dengan “Kerajaan” oleh P.A. 4(c) Swk. L.N. 20/2000 berkuat kuasa
mulai 1.1.2000.

14
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
ditentukan oleh Kerajaan.

(3) Seseorang pegawai dalam pinjaman hendaklah menerima


gaji penuh bagi jawatan yang dia dipinjamkan dan adalah layak mendapat
pergerakan gaji, jika ada, yang lazimnya kena dibayar bagi jawatan itu.
Bagaimanapun, jika seseorang pegawai dipinjamkan dari suatu jawatan
dalam perkhidmatan awam ke suatu jawatan di luar perkhidmatan awam,
maka pergerakan gaji itu hendaklah dibayar mengikut kaedah-kaedah atau
peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud itu oleh Kerajaan,
Pentadbiran atau Pertubuhan penerima.

(4) Gaji seseorang pegawai dalam pinjaman hendaklah


dibayar oleh Kerajaan, Pentadbiran atau Pertubuhan penerima.

(5) Sepanjang tempoh peminjaman, pegawai itu hendaklah


disifatkan berada dalam perjawatan jabatan atau Organisasinya, dan
pergerakan gaji dalam jawatan hakikinya hendaklah diselaraskan secara
isyarat dengan sewajarnya.

(6) Perkhidmatan seseorang pegawai semasa dalam


pinjaman boleh dimasuk kira bagi maksud pencen atau persaraan.

(7) Seseorang pegawai yang berada dalam pinjaman adalah


layak mendapat gaji, cuti dan keistimewaan-keistimewaan lain yang
terpakai bagi jawatan yang dia dipinjamkan itu dan semasa dalam cuti dia
hendaklah dibayar gaji bagi jawatan itu.
Pertukaran atas permintaan. 16. Sekiranya pewakilan dibuat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri
oleh Suruhanjaya di bawah Perintah Am 4(2), pertukaran di dalam Negeri
(sama ada sementara atau tetap) apabila diminta oleh seseorang pegawai
boleh, dengan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri, dibenarkan tertakluk
kepada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana
yang dipersetujui oleh jabatan-jabatan yang terlibat.

Laporan mengenai 17. Seseorang pegawai yang, semasa berada dalam perkhidmatan,
perkahwinan dan ahli
keluarga. berkahwin atau bercerai atau berkahwin semula adalah dikehendaki
melaporkan tarikh perkahwinannya, perceraiannya atau perkahwinan
semulanya kepada Ketua Jabatannya dan mengemukakan sijil
perkahwinan atau sijil perceraian, mengikut mana-mana yang berkenaan,
yang relevan untuk penentusahan. Dia hendaklah begitu juga melaporkan
tarikh kelahiran anak-anaknya dan tarikh kematian isteri atau anak-
anaknya, yang disokong dengan sijil-sijil yang relevan.

Pemeriksaan perubatan dan 18. (1) Tiap-tiap calon yang dipilih untuk lantikan ke
syarat-syarat lain hendaklah
dipenuhi bagi lantikan
perkhidmatan awam adalah dikehendaki diperiksa dan diperakui sihat dari
pertama kali. segi mental dan fizikal untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam oleh
seorang pegawai perubatan Kerajaan.

(2) Tiap-tiap pegawai semasa dilantik adalah dikehendaki —

(a) mengemukakan kepada Ketua Jabatan atau


pegawai kanan dalam jabatannya nama dan
alamat, dan menyatakan tali persaudaraan
dengan, warisnya yang terdekat dan mana-mana
orang lain yang dia hendakkan maklumat
dihantar kepada mereka itu sekiranya dia
meninggal dunia atau sakit teruk;

(b) memberi kepada Ketua Jabatannya alamat


penuh tempat tinggalnya atau apa-apa
perubahan mengenainya;

15
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

(c) menandatangani di hadapan Ketua Jabatan atau


pegawai kanan jabatannya di stesen yang dia
dilantik itu akuan simpan rahsia seperti yang
dinyatakan dalam Borang A 12dan surat aku
janji seperti yang dinyatakan dalam Borang A1
Jadual Keenam; dan

(d) membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta


Akta 13.
Akuan Berkanun, 1960 bahawa —

(i) dia tidak mempunyai apa-apa rekod


jenayah;

(ii) dia tidak pernah dibuang kerja dari


pekerjaannya yang dahulu, jika ada;

(iii) dia bukannya penagih dadah; dan

(iv) dia tidak memperolehi kerakyatan


negara asing.

(3) Melainkan jika dikecualikan selainnya oleh Setiausaha


Kerajaan Negeri, seseorang pegawai yang sedang berkhidmat yang telah
berada dalam perkhidmatan selama tempoh tidak kurang daripada satu
tahun mungkin dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
dalam perenggan (1) sekali lagi apabila dia dilantik ke suatu jawatan yang
baru.
Tawaran lantikan dan surat 19. (1) Tiap-tiap orang yang dipilih untuk lantikan ke dalam
setujuterima.
perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya hendaklah diberikan surat tawaran
lantikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang menerangkan terma-terma
dan syarat-syarat lantikan.

(2) Penyetujuterimaan tawaran lantikan oleh seseorang


hendaklah disifatkan menjadi suatu kontrak di antara orang itu dengan
Kerajaan.
Tarikh lantikan. 20. Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam terma-terma
lantikannya, lantikan seseorang pegawai hendaklah bertarikh dari hari dia
melaporkan diri untuk bertugas.
Pegawai tidak sihat dari 21. Ketua Jabatan boleh, pada bila-bila masa, menghendaki seseorang
segi perubatan atau mental.
pegawai supaya menghadirkan diri di hadapan Lembaga Perubatan untuk
diperiksa kesihatannya jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa pegawai
itu, dari segi perubatan atau mental, tidak lagi berdaya untuk menjalankan
tugas-tugas jawatannya; dan jika pegawai itu diperakui oleh Lembaga
Perubatan sebagai tidak berdaya disebabkan kelemahan otak atau tubuh
badan untuk menunaikan tugas-tugas jawatannya dengan cekap, maka
Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Kerajaan supaya
perkhidmatan pegawai itu ditamatkan atau dia dibersarakan daripada
perkhidmatan awam.
Kumpulan Pengurusan dan 22. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam skim-skim
Profesional dan Kumpulan
Sokongan.
perkhidmatan yang relevan —

(a) kemasukan ke dalam Kumpulan Pengurusan dan


Profesional hendaklah terbuka kepada calon-calon yang
mempunyai kelayakan pengurusan dan profesional yang

12
Perenggan (c) dipinda dengan memasukkan “dan surat aku janji seperti yang dinyatakan
dalam Borang A1” selepas “Borang A” oleh Surat Pekeliling (Perj. Bil. 6/2000) berkuat kuasa mulai
1.1.2002.

16
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
diluluskan dan pengalaman yang dinyatakan bagi
perkhidmatan yang tertentu itu; dan

(b) kemasukan ke dalam Kumpulan Sokongan hendaklah


terbuka kepada calon-calon yang telah —

(i) mendapat kelulusan akademik atau teknikal


yang diiktiraf; atau

(ii) tamat kursus latihan yang diluluskan dalam


bidang tertentu; atau

(iii) lulus suatu peperiksaan dengan jayanya yang


bertujuan untuk menguji pengalaman amali dan
kebolehan mereka itu.
Gaji bagi lantikan 23. (1) Tertakluk kepada perenggan (2) dan (3) dan Perintah Am
pertama kali.
24, seseorang calon atas lantikan pertama kali hendaklah menerima gaji
permulaan yang diuntukkan bagi jawatan itu atas tangga gaji yang dia
dilantik (iaitu Tangga 1 di Peringkat 1) seperti yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga.

(2) Jika, kerana apa-apa jua sebab, perlu untuk mengisi


sesuatu jawatan kosong dengan gaji yang lebih tinggi daripada gaji
permulaan bagi jawatan itu, maka perakuan yang bermaksud sedemikian
hendaklah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri:

Dengan syarat bahawa tiada calon boleh diperakukan untuk


menerima gaji yang lebih tinggi daripada gaji maksimum dalam tangga
gaji bagi jawatan itu.

(3) Jika seseorang pegawai, yang telah disahkan dalam


perkhidmatan, dilantik ke suatu jawatan baru dalam perkhidmatan yang
lain, maka gaji permulaannya adalah seperti berikut:

(a) jika gaji hakiki jawatan lamanya adalah lebih


rendah daripada gaji minimum jawatan barunya,
dia hendaklah menerima gaji minimum yang
dinyatakan di Peringkat 1 atas tangga gaji yang
terpakai bagi jawatan baru itu;

(b) jika gaji hakiki jawatan lamanya adalah sama


dengan, atau lebih tinggi daripada, gaji
minimum jawatan barunya, dia hendaklah
menerima gaji yang dinyatakan di Peringkat 1
atas tangga gaji pada mata gaji yang lebih tinggi
berhampiran dengan gaji yang akhir diterima
sebelum lantikannya itu;

(c) jika gaji hakiki jawatan lamanya adalah sama


dengan, atau lebih tinggi daripada, gaji
maksimum yang dinyatakan di Peringkat 1 atas
tangga gaji itu, dia hendaklah menerima gaji
yang dinyatakan di Peringkat 2 atas tangga gaji
pada mata gaji yang lebih tinggi berhampiran
dengan gaji yang akhir diterima sebelum
lantikannya itu; atau

(d) jika gaji hakiki jawatan lamanya adalah sama


dengan, atau lebih tinggi daripada, gaji
maksimum yang dinyatakan di Peringkat 2 atas
tangga gaji itu, dia hendaklah menerima gaji

17
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

yang dinyatakan di Peringkat 3 atas tangga gaji


pada mata gaji yang lebih tinggi berhampiran
dengan gaji yang akhir diterima sebelum
lantikannya itu.
Gaji masuk dalam kes-kes 24. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perintah Am 23,
khas.
seseorang calon atau pegawai semasa dilantik boleh, atas perakuan
Setiausaha Kerajaan Negeri dan dengan kelulusan Suruhanjaya,
ditawarkan gaji yang lebih tinggi atas tangga gaji yang dia dilantik itu
setelah mengambil kira —

(a) kelayakan-kelayakan khas calon atau pegawai


itu; atau

(b) hal keadaan khas yang berhubungan dengan


lantikan calon atau pegawai itu.

(2) Gaji seseorang pegawai yang bersara yang dilantik


semula hendaklah ditentukan seperti berikut:

(a) jika pegawai yang bersara itu dilantik semula -

(i) ke jawatan yang sama atau jenis jawatan yang


serupa, dia hendaklah menerima gaji yang sama
dengan gaji yang diterima sebelum sahaja
persaraannya. Jika tangga gaji bagi sesuatu
jawatan yang serupa adalah berlainan daripada
tangga gaji jawatan yang dipegangnya akhir
sekali dan dalam tangga gaji baru itu tidak ada
mata gaji yang bersamaan dengan gaji akhir
yang diterimanya itu, maka dia hendaklah
menerima gaji dalam tangga gaji baru pada
mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan
gaji akhir yang diterima sebelum persaraannya
itu;

(ii) ke jawatan yang berlainan atau jenis jawatan


yang berlainan —

(A) dia hendaklah menerima gaji minimum


bagi jawatan itu jika gajinya sebelum
bersara adalah lebih rendah daripada
gaji minimum itu;

(B) jika gaji sebelum bersara itu lebih


tinggi daripada gaji minimum tetapi
lebih rendah daripada gaji maksimum
dalam tangga gaji baru, maka dia
hendaklah menerima gaji dalam tangga
gaji baru pada mata gaji yang lebih
tinggi berhampiran dengan gaji akhir
yang diterima sebelum persaraannya.
Jika tangga gaji bagi jawatan itu adalah
berlainan daripada tangga gaji bagi
jawatan yang dipegangnya akhir sekali
dan dalam tangga gaji baru itu tidak ada
mata gaji yang bersamaan dengan gaji
akhir yang diterimanya itu, maka dia
hendaklah menerima gaji dalam tangga
gaji baru pada mata gaji yang
bersesuaian sebagaimana yang

18
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan
Negeri yang lebih tinggi daripada gaji
akhir yang diterima sebelum
persaraannya itu; atau

(C) di bawah sama ada subsubperengggan


(A) atau (B), dia hendaklah menerima
gaji maksimum bagi jawatan yang dia
dilantik semula itu jika gaji akhir yang
diterima sebelum persaraannya itu
adalah sama dengan, atau lebih tinggi
daripada, gaji maksimum bagi jawatan
itu.

(3) Seseorang pegawai yang bersara yang dilantik semula ke


ke suatu jawatan yang tangga gajinya ada pergerakan gaji adalah, jika dia
belum lagi mencapai maksimum dalam tangga gaji itu, layak mendapat
pergerakan gaji tahunan mengikut cara yang sama seperti yang
diperuntukkan bagi pegawai-pegawai sementara di bawah Perintah Am 42.

19
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PERLANJUTAN

Tempoh percubaan bagi 25. Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam mana-mana skim
lantikan pertama kali.
perkhidmatan atau dalam syarat-syarat lantikannya, seseorang pegawai
semasa dilantik pertama kali ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan
awam adalah dikehendaki berkhidmat dalam percubaan selama tempoh
tiga tahun sebelum layak untuk disahkan.

Tempoh percubaan bagi 26. (1) Tertakluk kepada perenggan (2), seseorang pegawai
pegawai disahkan apabila
dinaikkan pangkat atas
disahkan yang dilantik ke jawatan baru adalah dikehendaki berkhidmat
lantikan ke jawatan baru. dalam percubaan selama tempoh tiga tahun dari tarikh lantikannya,
melainkan jika ditetapkan selainnya oleh Suruhanjaya.

(2) Seseorang pegawai disahkan yang telah dinaikkan


pangkat secara lantikan ke jawatan baru tidak dikehendaki berkhidmat
dalam percubaan. Pegawai itu boleh disahkan atas perakuan Ketua
Jabatannya setelah dia -

(a) genap perkhidmatan dua belas bulan dalam


jawatan baru itu; dan

(b) mengikuti Kursus Induksi dengan jayanya.


Syarat-syarat pengesahan. 27. (1) Melainkan jika pelantikan seseorang pegawai ditamatkan
atau tempoh percubaannya dilanjutkan, dia patutlah disahkan dalam
jawatannya jika Ketua Jabatan berpuas hati bahawa perkhidmatan pegawai
itu memuaskan hati setelah dia —

(a) menamatkan tempoh percubaan;

(b) mengikuti Kursus Induksi dengan jayanya;

(c) lulus mana-mana peperiksaan perkhidmatan


awam yang wajib yang ditetapkan di bawah
Perintah-Perintah Am ini; dan

(d) memenuhi segala syarat lain dalam skim


perkhidmatan.

(2) Ketua Jabatan hendaklah menghantar satu laporan sulit


tiga bulan sebelum tamatnya tempoh percubaan kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri yang hendaklah mengemukakan, dalam hal-hal di mana
pengesahan jawatan diuruskan oleh Suruhanjaya, laporan itu berserta
perakuannya kepada Suruhanjaya dalam Borang B Jadual Keenam.

(3) Semasa mengemukakan laporan sulit itu, Ketua Jabatan


hendakah membuat perakuan yang tegas menyatakan —

(a) bahawa pegawai itu disahkan dalam


jawatannya;

(b) bahawa tempoh percubaan pegawai itu


dilanjutkan;

(c) bahawa perkhidmatan pegawai yang dilantik


pertama kali itu ditamatkan; atau

(d) bahawa pegawai itu hendaklah kembali ke


jawatan lamanya.

(4) Jika Suruhanjaya, atau Setiausaha Kerajaan Negeri

20
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
sekiranya kuasa-kuasa pengesahan diwakilkan kepadanya, berpuas hati
bahawa perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan memuaskan
hati, maka Suruhanjaya atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-
mana yang berkenaan, hendaklah mengesahkan jawatannya mulai tarikh
tamat tempoh percubaannya. Jika Suruhanjaya atau Setiausaha Kerajaan
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berpuas hati bahawa
perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan memuaskan hati, maka
Suruhanjaya atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang
berkenaan, boleh melanjutkan tempoh percubaan pegawai itu selama satu
tempoh lagi atau, dalam hal pegawai atas lantikan pertama kali,
menamatkan perkhidmatannya dengan serta-merta.

(5) Pegawai itu hendaklah diberitahu sedemikian jika


tempoh percubaannya dilanjutkan atau jawatannya disahkan atau
perkhidmatannya ditamatkan melalui Ketua Jabatannya.

(6) Menurut seksyen 6A Akta Pencen 1980, seseorang


pegawai yang dilantik pada atau selepas 12hb April, 1991 adalah, sebelum
disahkan dalam jawatannya, layak memilih sama ada untuk menerima
skim pencen yang ditubuhkan di bawah Akta itu atau menerima Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut Borang C Jadual Keenam.

(7) Laporan sulit Ketua Jabatan di bawah perenggan (2)


tidaklah boleh dilihat oleh pegawai dalam percubaan, tetapi apa-apa
komen yang bertentangan mengenai kerjanya hendaklah diberitahu secara
bertulis kepada pegawai itu dengan kata-kata khusus dengan seberapa
segera yang mungkin, agar dia mempunyai cukup masa untuk berusaha
memperbetulkan kekurangannya sebelum tempoh percubaannya itu tamat.

(8) Tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan


mula-mula sekali selama tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan.
Ketua Jabatan hendaklah, tiga bulan sebelum tamatnya tempoh yang
dilanjutkan itu, mengemukakan kepada Suruhanjaya melalui Setiausaha
Kerajaan Negeri perakuannya sama ada pegawai itu patut disahkan dalam
jawatannya atau sama ada tempoh perkhidmatan percubaan pegawai itu
diperlukan lagi atau sama ada pegawai itu tidak patut lagi berada dalam
perkhidmatan. Suruhanjaya atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut
mana-mana yang berkenaan, boleh menurut budi bicaranya melanjutkan
tempoh percubaan itu selama satu tempoh lagi tidak melebihi dua belas
bulan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penghitungan tempoh 13
27A. Pada menghitung tempoh percubaan di bawah Perintah Am 25,
percubaan.
26(1) dan 27, tempoh yang berpunca daripada apa-apa kelengahan dalam
mengendalikan apa-apa peperiksaan perkhidmatan awam atau Kursus
Induksi yang wajib yang mana seseorang pegawai dikehendaki ambil atau
jalani bagi maksud pengesahan dalam jawatannya tidaklah boleh dimasuk
kira.
Tarikh pengesahan. 28. Tertakluk kepada Perintah Am 27, seseorang pegawai dalam
percubaan boleh disahkan mulai tarikh genap tempoh percubaannya.
Tempoh percubaan 29. Seseorang pegawai yang tempoh percubaannya telah dilanjutkan
dilanjutkan dengan denda.
dengan denda tidaklah dibenarkan menerima apa-apa pergerakan gaji.
Pemberian taraf berpencen. 30. (1) Pemberian taraf berpencen kepada seseorang pegawai
hendaklah mengikut undang-undang pencen yang sedang berkuat kuasa.

(2) Seseorang pegawai yang telahpun dimasukkan atau layak


Swk. Bab 89
(Edisi 1958). dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen menurut Ordinan Pencen
Sarawak terdahulu daripada 1hb Julai, 1978, hendaklah disifatkan sebagai
13
Dimasukkan oleh Swk. L.N. 77/1998 berkuat kuasa mulai dari 1.1.1996.

21
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

Akta 227. seorang pegawai berpencen di bawah Akta Pencen 1980.

(3) Seseorang pegawai boleh diberikan taraf pegawai


berpencen jika —

(a) dia telah disahkan dalam jawatannya; dan

(b) dia telah genap perkhidmatan tidak kurang


daripada tiga tahun yang boleh dimasuk kira.
Pelantikan pegawai 31. (1) Sekiranya mustahak dilantik seseorang sebagai pegawai
sementara.
sementara ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam, maka
pelantikan itu hendaklah dibuat secara bertulis selama apa-apa tempoh
yang dinyatakan dalam surat lantikannya.

(2) Seseorang pegawai sementara adalah dikehendaki


mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

(3) Semua pegawai sementara yang sedang berkhidmat


hendaklah diberi layanan mengikut cara yang sama dan dengan terma-
terma dan syarat-syarat perkhidmatan, faedah istimewa dan elaun-elaun
lain yang sama seperti yang diberikan kepada pegawai-pegawai disahkan
dalam gred yang serupa, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam
terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan mereka:

Dengan syarat bahawa tiada pegawai sementara layak mendapat


hak keistimewaan pencen.

Pegawai kontrak. 32. Seseorang pegawai kontrak boleh dilantik ke mana-mana jawatan
dalam perkhidmatan awam selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada
apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang disyaratkan
dalam kontrak.
Kekananan bagi lantikan 33. Kekananan seseorang pegawai hendaklah ditentukan mengikut
pertama.
tarikh lantikan atau kenaikan pangkatnya ke dalam perkhidmatan awam.
Tarikh kekananan bagi 34. Seseorang pegawai yang kembali ke jawatan hakikinya di bawah
pegawai yang kembali ke
jawatan lamanya. Perintah Am 11(1) hendaklah mengekalkan kekananan asalnya dalam
jawatannya yang lama.

Kekananan bagi pegawai 35. Seseorang pegawai yang diberikan cuti tanpa gaji hendaklah
yang diberi cuti tanpa gaji.
hilang kekananannya selama jangka masa dia bercuti tanpa gaji itu.

Pergerakan gaji tahunan 36. Tiada pegawai berhak mendapat pergerakan gaji tahunan sebagai
berdasarkan laporan
prestasi.
satu hak. Sama ada atau tidak seseorang pegawai layak mendapat
pergerakan gaji tahunan hendaklah berdasarkan laporan penilaian prestasi
pegawai itu sepanjang tahun yang dikemukakan oleh Ketua Jabatannya
kepada, dan yang diluluskan oleh, Panel Penilaian Pergerakan Gaji.

Pergerakan gaji tahunan 37. Seseorang pegawai yang berada dalam percubaan mungkin,
bagi pegawai yang berada
dalam percubaan.
tertakluk kepada laporan penilaian prestasinya yang dikemukakan oleh
Ketua Jabatan di bawah Perintah Am 36, layak mendapat pergerakan gaji
tahunan secara mendatar dalam tangga gaji sehingga dia disahkan atau
pergerakan gaji tahunannya itu boleh jadi statik.
Pergerakan gaji tahunan 38. Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Perintah-Perintah
bagi pegawai yang telah
disahkan dalam Am ini, pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang telah disahkan
perkhidmatan. dalam perkhidmatan boleh, tertakluk kepada laporan penilaian prestasinya
yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan di bawah Perintah Am 36, bergerak
secara mendatar, menegak atau melintang dalam tangga gaji atau
pergerakan gaji tahunannya itu boleh jadi statik.

22
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

Pergerakan gaji tahunan 39. Pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan
bagi pegawai yang
dinaikkan pangkat secara pangkat secara lantikan dan belum lagi disahkan dalam jawatan barunya
lantikan. boleh, tertakluk kepada laporan penilaian prestasinya yang dikemukakan
oleh Ketua Jabatan di bawah Perintah Am 36, bergerak secara mendatar
sahaja dalam tangga gaji sehingga dia disahkan atau boleh jadi statik.
Pergerakan gaji semasa 40. (1) Seseorang pegawai yang bercuti separuh gaji atau bercuti
bercuti separuh gaji atau
bercuti tanpa gaji.
tanpa gaji selama tidak lebih daripada satu ratus lapan puluh hari dalam
satu tahun kalendar adalah, tertakluk kepada laporan penilaian prestasi
pegawai itu yang dikemukakan oleh Ketua Jabatannya di bawah Perintah
Am 36, layak dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji tahunan.

(2) Seseorang pegawai yang bercuti separuh gaji atau bercuti


tanpa gaji selama lebih daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu
tahun kalendar tidaklah layak mendapat pergerakan gaji tahunan.
Pergerakan gaji bagi 41. Seseorang pegawai yang diluluskan cuti belajar dengan gaji
pegawai yang bercuti
belajar dengan gaji penuh.
penuh selama lebih daripada satu ratus lapan puluh hari adalah layak
mendapat pergerakan gaji tahunan secara isyarat sekiranya tarikh kenaikan
gaji bagi pergerakan gajinya jatuh dalam tempoh berkursus tertakluk
kepada laporan kemajuan kursusnya itu.

Pergerakan gaji bagi 42. Seseorang pegawai sementara yang dilantik berdasarkan bulan ke
pegawai sementara.
bulan untuk tempoh terus-menerus selama lebih daripada dua belas bulan
boleh, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam syarat-syarat
lantikannya, dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji tahunan
mengikut cara yang sama seperti yang diperuntukkan bagi pegawai-
pegawai disahkan di bawah Perintah Am 38, tertakluk kepada laporan
penilaian prestasi pegawai itu oleh Ketua Jabatan di bawah Perintah Am
36.

Pergerakan gaji bagi 43. Seseorang yang dilantik secara kontrak mungkin layak untuk
pegawai kontrak.
mendapat pergerakan gaji tahunan mengikut syarat-syarat kontraknya.
Pergerakan gaji bagi 44. Seseorang pegawai yang dilantik secara pertukaran sementara
pegawai yang dilantik
secara pertukaran atau secara pinjaman adalah layak mendapat pergerakan gaji tahunan
sementara atau secara mengikut cara yang sama seperti yang diperuntukkan bagi pegawai-
pinjaman. pegawai disahkan di bawah Perintah Am 38.

Tarikh pergerakan gaji 45. (1) Tarikh genap masanya untuk dipertimbangkan
tahunan.
pergerakan gaji tahunan ialah —

(a) dalam hal seseorang pegawai yang tarikh


lantikannya ialah antara lhb Januari dan 31hb
Mac, lhb Januari tahun yang berikutnya;

(b) dalam hal seseorang pegawai yang tarikh


lantikannya ialah antara lhb April dan 30hb Jun,
lhb April tahun yang berikutnya;

(c) dalam hal seseorang pegawai yang tarikh


lantikannya ialah antara lhb Julai dan 30hb
September, lhb Julai tahun yang berikutnya; dan

(d) dalam hal seseorang pegawai yang tarikh


lantikannya ialah antara lhb Oktober dan 31hb
Disember, lhb Oktober tahun yang berikutnya.

(2) Dalam hal seseorang pegawai yang telah disahkan


selepas tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda, tarikh
pergerakan gaji tahunannya hendaklah berdasarkan tarikh pengesahan

23
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

dalam perkhidmatan selepas tempoh percubaannya yang dilanjutkan itu


dan tertakluk kepada syarat-syarat yang sama seperti yang ditetapkan
dalam perenggan (1) dan, bagi maksud-maksud perenggan itu, "tarikh
lantikan" hendaklah dibaca sebagai "tarikh pengesahan".
Lulusnya peperiksaan pada 46. (1) Bagi maksud Perintah Am 45(1), seseorang pegawai
peluang pertama yang
berpatutan selepas tempoh yang tempoh percubaannya telah dilanjutkan kerana tidak berjaya dalam
percubaan. Kursus Induksinya atau gagal peperiksaan perkhidmatan awam yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan atau gagal dalam kedua-duanya
Kursus Induksi dan peperiksaan itu, tidaklah layak mendapat apa-apa
pergerakan gaji sehinggalah dia telah menamatkan Kursus Induksi dengan
jayanya atau telah lulus peperiksaan yang dikehendaki atau kedua-duanya
Kursus Induksi dan peperiksaan itu dalam tempoh yang ditetapkan seperti
berikut —

(a) berkenaan dengan Kursus Induksi, dalam


tempoh dua belas bulan sebelum tamat tempoh
percubaannya; dan

(b) berkenaan dengan kedua-duanya Kursus Induksi


dan peperiksaan perkhidmatan awam yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, pada
peluang pertama yang berpatutan yang dia dapat
menghadiri kursus atau menduduki peperiksaan
selepas tamat tempoh percubaannya.

(2) Bagi maksud perenggan (1), "peluang pertama yang


berpatutan" ertinya peluang pertama yang berpatutan yang diberikan oleh
Lembaga Peperiksaan menurut budi bicaranya untuk seseorang pegawai
menghadiri Kursus Induksi atau menduduki peperiksaan yang dikehendaki
selepas tamat tempoh percubaannya di mana terdapatnya keadaan-keadaan
khas yang mewajarkan perlanjutan itu.

BAHAGIAN TIGA
KENAIKAN PANGKAT
Tatacara mengenai 47. (1) Satu laporan penilaian prestasi khas hendaklah diminta
kenaikan pangkat.
sekiranya seseorang pegawai diperakukan untuk dinaikkan pangkat.

(2) Tatacara kenaikan pangkat ke suatu jawatan dalam


perkhidmatan awam adalah seperti yang ditetapkan dalam Kaedah-
Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.

(3) Keputusan Suruhanjaya mengenai kenaikan pangkat


disampaikan kepada pegawai yang berkenaan oleh Setiausaha Kerajaan
Negeri melalui Ketua Jabatan.
Penetapan gaji apabila 48. Gaji seseorang pegawai yang telah dinaikkan pangkat hendaklah
dinaikkan pangkat.
ditetapkan mengikut cara yang berikut:

(a) jika, sebelum sahaja kenaikan pangkatnya, gaji


pegawai itu adalah lebih rendah daripada gaji
minimum dalam jawatan kenaikan pangkatnya itu,
maka dia hendaklah menerima gaji minimum yang
dinyatakan di Peringkat 1 atas tangga gaji dalam
jawatan kenaikan pangkatnya itu;

(b) jika, sebelum sahaja kenaikan pangkatnya, gaji


pegawai itu adalah sama dengan, atau lebih tinggi
daripada, gaji minimum dalam jawatan kenaikan
pangkatnya itu, maka dia hendaklah menerima gaji
yang dinyatakan di Peringkat 1 atas tangga gaji pada

24
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan gaji
akhir yang diterima sebelum kenaikan pangkatnya itu;

(c) jika, sebelum sahaja kenaikan pangkatnya, gaji


pegawai itu adalah sama dengan, atau lebih tinggi
daripada, gaji maksimum yang dinyatakan di
Peringkat 1 atas tangga gaji itu, maka dia hendaklah
menerima gaji yang dinyatakan di Peringkat 2 atas
tangga gaji pada mata gaji yang lebih tinggi
berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum
kenaikan pangkatnya itu; atau

(d) jika, sebelum sahaja kenaikan pangkatnya, gaji


pegawai itu adalah sama dengan, atau lebih tinggi
daripada, gaji maksimum yang dinyatakan di
Peringkat 2 atas tangga gaji itu, maka dia hendaklah
menerima gaji yang dinyatakan di Peringkat 3 atas
tangga gaji pada mata gaji yang lebih tinggi
berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum
kenaikan pangkatnya itu.
Tarikh pergerakan gaji 49. Tarikh genap masanya untuk dipertimbangkan pergerakan gaji
apabila dinaikkan pangkat.
tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat -

(a) antara lhb Januari dan 31hb Mac, ialah lhb Januari tahun
yang berikutnya;

(b) antara lhb April dan 30hb Jun, ialah lhb April tahun yang
berikutnya;

(c) antara lhb Julai dan 30hb September, ialah lhb Julai
tahun yang berikutnya; dan

(d) antara lhb Oktober dan 31hb Disember, ialah lhb


Oktober tahun yang berikutnya.

BAHAGIAN EMPAT
PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA
Pemangkuan dan 50. Sekiranya —
penanggungan kerja.

(a) sesuatu jawatan kosong; atau

(b) pemegang hakiki sesuatu jawatan tidak ada buat


sementara kerana bercuti atau hilang upaya buat
sementara kerana sakit atau kerana apa-apa jua
sebab lain untuk menjalankan tugas-tugasnya,

maka seorang pegawai boleh dilantik untuk memangku jawatan itu atau
dikehendaki menanggung kerja bagi jawatan itu di samping menjalankan
tugasnya sendiri dan dia layak mendapat elaun memangku atau elaun
tanggungan kerja pada kadar dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat
yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh.

BAHAGIAN LIMA

PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN


NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
Penamatan perkhidmatan 51. Kerajaan berhak menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai
pegawai yang belum
yang belum lagi disahkan dalam perkhidmatan apabila —

25
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

disahkan dalam
perkhidmatan.

(a) dia didapati menyembunyikan apa-apa


maklumat tentang kesihatannya dalam borang
pemeriksaan perubatan;

(b) dia didapati membuat akuan palsu dalam Akuan


Berkanunnya seperti yang ditetapkan dalam
Perintah Am 18(2)(d);

(c) dia didapati memalsukan apa-apa dokumen


yang dikehendaki berhubungan dengan
lantikannya; atau

(d) dia gagal dalam satu tapisan keselamatan yang


dikehendaki berhubungan dengan lantikannya.
Penamatan perkhidmatan 52. (1) Tertakluk kepada perenggan (2), Kerajaan berhak
pegawai dalam percubaan
yang gagal disahkan.
menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan yang pada
lantikan pertama kali gagal disahkan dalam jawatannya apabila tamat
tempoh percubaannya atau, jika tempoh percubaan itu telah dilanjutkan di
bawah Perintah Am 27, apabila tamat tempoh percubaannya yang telah
dilanjutkan sedemikian.

(2) Apabila seseorang pegawai yang telah disahkan dalam


jawatannya dilantik ke apa-apa jawatan dalam skim perkhidmatan yang
baru tetapi gagal disahkan dalam skim perkhidmatan yang baru itu, maka
dia boleh dibersarakan sekiranya dia telah diberikan taraf berpencen atau
boleh ditamatkan perkhidmatannya sekiranya dia tidak dapat kembali ke
skim perkhidmatannya yang dahulu mengikut Perintah Am 11.
Pihak berkuasa yang boleh 53. Pihak berkuasa yang boleh menamatkan perkhidmatan seseorang
menamatkan perkhidmatan.
pegawai di bawah Perintah Am 51 dan 52 tidaklah boleh lebih rendah
daripada pihak berkuasa yang boleh melantik seseorang pegawai ke
perkhidmatan itu.
Peluang untuk 54. Penamatan perkhidmatan seseorang pegawai di bawah Perintah
menunjukkan sebab.
Am 51 atau 52 tidaklah boleh dibuat tanpa memberikan peluang kepada
pegawai itu untuk menunjukkan sebab, dalam tempoh tidak kurang
daripada empat belas hari dari tarikh penerimaan notis tunjuk sebab,
kenapa perkhidmatannya tidak patut ditamatkan.
Penamatan perkhidmatan. 55. (1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan lain dalam
Perintah-Perintah Am ini, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan
seseorang pegawai, melainkan jika pegawai itu telah diberikan taraf
berpencen, dengan memberikan kepadanya notis bertulis selaras dengan
syarat-syarat lantikannya atau, jika dalam syarat-syarat lantikannya itu
tidak ada diperuntukkan mengenai notis, dengan memberikan kepadanya
notis satu bulan atau gaji satu bulan sebagai ganti notis.

(2) (a) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung


dalam Perintah-Perintah Am ini, perkhidmatan seseorang pegawai
berpencen boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, ditamatkan
demi kepentingan awam mengikut peruntukan-peruntukan Perintah-
Perintah Am ini dan Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, 1996.

(b) Penamatan perkhidmatan seseorang pegawai berpencen


demi kepentingan awam di bawah Perintah Am ini tidaklah merupakan
pembuangan kerja bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan
Persekutuan, sama ada atau tidak penamatan itu dikaitkan dengan salah

26
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
laku pegawai itu atau prestasi pegawai itu yang tidak memuaskan hati
dalam menjalankan tugas yang berhubungan dengan jawatannya atau
sebab-musabab penamatan itu melibati unsur hukuman.

(c) Adalah sah bagi Suruhanjaya untuk memperakukan


kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai berpencen
ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum
lagi dijalankan di bawah mana-mana peruntukan Perintah-Perintah Am
ini; dan Kerajaan boleh menamatkan sebegitu perkhidmatan pegawai
tersebut.

(d) Sekiranya perkhidmatan seseorang pegawai berpencen


ditamatkan demi kepentingan awam, haknya untuk mendapat pencen
hendaklah diuruskan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan
pencen bagi pegawai-pegawai awam.
Notis perletakan jawatan. 56. (1) Tertakluk kepada perenggan (3), seseorang pegawai
yang hendak meletakkan jawatan hendaklah terlebih dahulu memberi
notis perletakan jawatan secara bertulis seperti berikut:

Taraf Pegawai Tempoh Notis

(a) Pegawai dalam percubaan Notis satu bulan atau gaji satu
atau pegawai sementara bulan sebagai ganti notis

(b) Pegawai yang telah Notis satu bulan atau gaji satu
disahkan dalam bulan sebagai ganti notis
perkhidmatan

(c) Pegawai kontrak Mengikut syarat-syarat


kontrak.

(2) Notis perletakan jawatan hendaklah dihantar kepada


Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(3) Setiausaha Kerajaan Negeri boleh, dalam hal keadaan


yang tertentu dan luar biasa sahaja, menerima tempoh notis perletakan
jawatan yang lebih pendek lagi sama ada dengan atau tanpa apa-apa
bayaran gaji sebanyak amaun yang bersesuaian seperti yang dinyatakan di
bawah perenggan (1).
Umur persaraan, dsb. 57. (1) Seseorang pegawai berpencen hendaklah bersara daripada
perkhidmatan awam apabila mencapai umur 14lima puluh lima tahun tetapi
dia boleh, selepas genap tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun
perkhidmatan dan dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri, memilih
untuk bersara apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun.

(2) Seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila
mencapai umur lima puluh lima tahun.

(3) Walau apa pun perenggan (1) dan (2), Yang di-Pertua
Negeri boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada
perkhidmatan awam mengikut mana-mana satu daripada hal keadaan yang
berikut —

(a) bagi tujuan mempermudahkan usaha membaiki


penyusunan jabatan yang pegawai itu tergolong

14
Umur persaraan kini ialah “lima puluh enam tahun”

27
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

dalamnya yang menurutnya itu mungkin


tercapailah keberkesanan, kecekapan atau
penjimatan yang lebih baik;

(b) jika Setiausaha Kerajaan Negeri berpuas hati


bahawa berdasarkan keterangan perubatan
pegawai itu tidak berupaya menjalankan tugas-
tugas jawatannya, oleh sebab kelemahan akal
atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal;

(c) apabila terhapusnya jawatan yang dipegang oleh


pegawai itu;

(d) atas alasan kepentingan negara atau demi


kepentingan perkhidmatan awam;

(e) atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan


sukarelanya memperolehi kewarganegaraan, atau
menggunakan hak kewarganegaraan di dalam,
atau telah membuat suatu akuan taat setia
kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia
atau atas alasan bahawa pegawai itu telah
dilucutkan kewarganegaraan Malaysia yang
dimilikinya; atau

(f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi


maksud lantikannya ke perkhidmatan awam —

(i) membuat apa-apa pernyataan atau


memberi apa-apa maklumat, sama ada
secara lisan atau secara bertulis, sama
ada dengan mengangkat sumpah atau
selainnya; atau

(ii) membekalkan apa-apa dokumen,

yang adalah palsu, silap, tak tepat, tak lengkap,


atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan
dan lantikannya ke perkhidmatan awam telah
dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya
bersandarkan pernyataan, maklumat atau
dokumen itu:

Dengan syarat bahawa persaraan di bawah subperenggan ini


tidaklah boleh dilaksanakan melainkan jika pegawai itu telah diberikan
peluang yang munasabah untuk membuat representasi mengenainya kepada
Yang di-Pertua Negeri.
Sijil Perkhidmatan. 58. (1) Ketua-Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa Sijil Perkhidmatan dalam Borang D Jadual Keenam
disediakan berkenaan dengan setiap orang pegawai yang berkhidmat di
dalam Bahagian tadbiran atau jabatannya semasa pegawai itu bersara
daripada perkhidmatan awam.

(2) Sijil Perkhidmatan berkenaan dengan pegawai-pegawai


dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional memerlukan kelulusan
Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum diberikan kepada pegawai-pegawai
yang berkenaan.

(3) Sijil Perkhidmatan tidaklah boleh diberikan kepada —

(a) pegawai-pegawai yang perkhidmatan mereka

28
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching
bagi “THE STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang
dibuat kepadanya oleh Swk. L.N. 77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.
telah ditamatkan sebelum genap perkhidmatan
dua tahun yang memuaskan hati, sama ada oleh
sebab perletakan jawatan atau penamatan
perkhidmatan oleh Kerajaan, melainkan jika
penamatan itu disebabkan hal-hal keadaan
kesusahan amat berat atau tidak sihat; atau

(b) pegawai-pegawai yang meletakkan jawatan


tanpa memberi tempoh notis yang diperlukan
atau membuat bayaran sebanyak amaun gaji
yang bersesuaian sebagai ganti notis.
Surat perakuan peribadi. 59. Tiada pegawai, sama ada dirinya sendiri Ketua Jabatan ataupun
bukan, boleh memberikan surat perakuan peribadi kepada mana-mana
orang yang dahulunya seorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan atau
kepada seseorang pegawai yang sedang berkhidmat selain Sijil
Perkhidmatan yang ditetapkan dalam Perintah Am 58. Sekiranya
maklumat tambahan diminta oleh bakal majikan mengenai seseorang yang
dahulunya seorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan yang difikirkan
hendak diambil bekerja oleh bakal majikan itu, maka maklumat itu
hendaklah diberikan terus kepada majikan itu oleh Ketua Jabatan:

Dengan syarat bahawa Perintah Am ini tidaklah boleh dikira


sebagai menghalang Ketua Jabatan daripada memberikan surat perakuan
peribadi kepada mana-mana pegawai bagi menyokong permohonannya
untuk diterima masuk ke, atau didaftarkan sebagai seorang pelajar atau
ahli, mana-mana institusi pendidikan atau untuk mendapatkan visa
perjalanan ke negara asing.
Pingat Perkhidmatan
15
60. (1) Pingat Perkhidmatan Lama boleh dikurniakan kepada
Lama.
pegawai-pegawai yang memegang jawatan tetap yang telah genap
perkhidmatan terus-menerus selama dua puluh tahun atau yang telah
memberikan perkhidmatan berguna yang pada agregatnya selama dua
puluh lima tahun dengan Kerajaan tertakluk kepada pengemukaan suatu
perakuan kelakuan baik dan perkhidmatan yang memuaskan hati:

Dengan syarat bahawa, dalam hal-hal keadaan khas, pengurniaan


itu boleh juga diberikan kepada pegawai-pegawai tak berpencen, termasuk
Temenggong, Pemanca, Penghulu, Tua Kampung, Tuai Rumah dan Ketua
Kaum.

(2) Bagi maksud Perintah Am ini, perkhidmatan terus-


menerus yang dahulu di bawah Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa
Tempatan atau, dalam hal seseorang yang ditukarkan dari jawatan
sementara, perkhidmatan terus-menerus yang dahulu dalam jawatan
sementara itu, boleh dikira sebagai perkhidmatan bagi tujuan melayakkan
seseorang itu mendapat pengurniaan tersebut.

(3) Tiada pegawai layak dikurniai Pingat Perkhidmatan Lama


jika —

(a) dia telah diberikan pergerakan gaji statik pada


lebih daripada dua ketika berturut-turut
sepanjang perkhidmatannya;

(b) dia telah diturunkan pangkat disebabkan


tindakan tatatertib yang diambil terhadapnya
pada bila-bila masa sepanjang perkhidmatannya;
15
Gelaran ini kini ditukar kepada “Pingat Perkhidmatan Setia” oleh Surat Pekeliling (Perj. Bil.
19/1996) bertarikh 24.05.1996.

29
Teks ini hanyalah terjemahan oleh Kamar Peguam Besar Negeri, Tingkat 16, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching bagi “THE
STATE PUBLIC SERVICE GENERAL ORDERS, 1996” [Swk. L.N. 1/96] termasuk segala pindaan yang dibuat kepadanya oleh Swk. L.N.
77/98, Swk. L.N. 20/2000 dan Swk. L.N. 75/2003.
Ia bukannya perundangan.

atau

(c) pergerakan gajinya telah ditahan selama dua


tahun berturut-turut disebabkan tindakan
tatatertib selain kegagalan untuk mendapatkan
pengesahan dalam jawatannya.

______________________

30

You might also like