You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI KE-2 PANITIA MATEMATIK

SK SRI AMAN 2021

TARIKH : 7 APRIL 2021


MASA : 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. PN SHARIMAH BINTI MD ZIN


2. CIK MAGALETCHUMI A/P VEERAPPEN (KP)
3. EN MUHAMMAD SUFIAN BIN MUSTAFA BAKRI
4. CIK AMIRAH SHUFIYAH BINTI MAT SHAH FEE
5. CIK VINEETHA A/P SINGARAVELOO
6. EN ASQALANI BIN SUHAIMI
7. PN BIBAH BINTI YAAKOB
8. PN NOOR HASLIZA BINTI ABDUL MAJID

AGENDA MESYUARAT :
1. Ucapan pengerusi
2. Ucapan penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua.
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pengurusan Panitia
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan
1. PENGERUSI MESYUARAT (CIK MAGALETCHUMI A/P VEERAPPEN)

Pengerusi mengalukan kedatangan guru dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat
menghadiri mesyuarat ini.
Tindakan: Semua Guru Matematik

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

Cadangan mengesahkan minit oleh : PN BIBAH BINTI YAAKOB


Disokong oleh : PN NOOR HASLIZA BINTI ABDUL MAJID

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru yang masuk mengajar perlu tegaskan kawalan kelas serta menepati masa semasa PdP.
Pastikan keadaan adalah kondusif untuk PdP serta mematuhi SOP yang ditetapkan
olehKKM.

3.2 Guru perlu mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dengan membuat
ABM yang sesuai dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah.
Amalkan PAK21 didalam kelas dimana PdP berpusatkan murid.

Tindakan : Semua guru matematik

4. PENGURUSAN PANITIA

4.1 Sukatan dan Rancangan Mata Pelajaran: Guru-guru hendaklah menjalankan PdP
berpandukan kepada rancangan pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran
tahunan perlu disamakan format dan mesti ditaip.

4.2 Penulisan refleksi dibuat berdasarkan objektif. Ayat objektif PdP perlu ditulis semula dalam
refleksi.

4.3 Pengurusan Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan: Panitia Matematik setuju sebulat suara
untuk menggunakan Soalan dan Modul Latih Tubi yang disediakan oleh guru yang
mengajar. Modul mengikut aras rendah, sederhana dan cemerlang telah di fotostat.

Tindakan : Semua guru matematik


5. PERUNTUKAN ALATAN P&P

5.1 Pengerusi memaklumkan panitia matematik yang masih belum mengisi nota minta. Beliau
meminta guru matematik menyenaraikan BBM atau alatan yang ingin dibeli.

5.2 Pn. Hasliza meminta supaya membeli jam contoh dan kad wang.

Tindakan : Semua guru matematik

6. ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH(PBD) TAHUN 2020

6.1 Pengerusi membentangkan keputusan PBD Matematik bagi setiap kelas.

6.2 Perbincangan antara sebab kegagalan murid dalam subjek matematik adalah kerana :

Tahun 1 -Terdapat murid yang masih tidak tahu membaca.

-Murid tidak dapat menyiapkan semua soalan dalam tempoh 1 jam.

-Murid gagal menjawab soalan penyelesaian masalah.

- Masalah kehadiran kerana Covid-19

Tahun 2 -Lemah operasi asas.

-Murid gagal menjawab soalan penyelesaian masalah.

- Masalah kehadiran kerana Covid-19

Tahun 3 -Soalan penyelesaian masalah sukar dijawab kerana masalah sukar


faham dan malas membaca masalah yang diberi.

-- Masalah kehadiran kerana Covid-19

Tahun 4 -Murid-murid lemah dalam soalan berdasarkan rajah.

-Tidak menguasai sifir

-Belum mahir menguruskan masa menjawab 40 soalan kertas 1 dalam


masa 1 jam.

-- Masalah kehadiran kerana Covid-19

Tahun 5 -Markah Kertas 1 cukup makan sahaja

-Murid boleh menjawab tajuk yang baru diajar tetapi tidak dapat
menguasai tajuk lama.

-- Masalah kehadiran kerana Covid-19


Tahun 6 -Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan
berkaitan penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga
barang.

-Cuai dan tidak mengariskan kata kunci soalan.

-Tidak dapat menukar soalan penyelesaian masalah yang mudah kepada


ayat metematik.

-- Masalah kehadiran kerana Covid-19

6.3 Langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk mengatasi kelemahan ialah :

1. Perbanyakkan latihan berbentuk soalan peperiksaan sebenar.

2. Congak sifir 5 minit sebelum mula kelas.

3. Bengkel teknik menjawab soalan Matematik.

4. Murid-murid diminta menghafal terus nilai pecahan dalam topik-topik seperti


Nombor perpuluhan, Jisim, Isipadu, Panjang dan sebagainya. Contohnya ¼ =
0.25, ¼ kg = 250 gram, ½ km = 500 meter.

5. Modul Latihan yang disediakan oleh KPM dan JPN digunakan oleh semua guru dan
diberikan kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6.

Tindakan : Semua guru matematik

7. HAL – HAL LAIN

9.1 GPK 1 meminta Panitia Matematik untuk mengemaskini fail yang berkaitan.

Tindakan: Semua guru Matematik


8. PENUTUP

8.1 Pengerusi merakamkan ribuan terima kasih kepada Penolong Kanan dan guru Matematik
yang sanggup memberi pandangan dan cadangan demi mempertingkatkan prestasi
Matematik murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

...................................................... ..........................................
(MUHAMMAD SUFIAN BIN MUSTAFA BAKRI)

You might also like