You are on page 1of 14

DRAF

PROSEDUR OPERASI STANDARD ( SOP )

UNIT PENGUATKUASAAN HARTANAH DAN PERHUTANAN

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGUATKUASA

1.1 PEMANTAUAN
Pegawai Penguatkuasa perlulah menyediakan jadual secara berkala
dikawasan/ditanah yang ada kecenderungan yang tinggi berlakunya kes -
kes pelanggaran undang-undang seperti pencerobohan tanah milik PKPS,
penyewa langgar syarat perjanjian, penyewa lewat menyelesaikan
sewaan, penyewa enggan keluar setelah tamat tempoh sewaan dan
sebagainya. Pemantauan juga ditumpukan kepada tanah-tanah yang
masih belum diusahakan/disewakan.
Pemantauan ke tanah sewaan / pajakan oleh Unit Penguatkuasaan
hendaklah dilaksanakan secara teratur dimana setiap lawatan atau
pemantauan yang dibuat hendaklah dilaporkan secara bertulis (memo).

1.2 PENYEDIAAN REKOD-REKOD YANG TERKINI


Rekod-rekod maklumat tanah milik PKPS yang telah
diusahakan/disewa/dipajak hendaklah disimpan dan dipantau secara
berterusan dari masa ke semasa. Selain daripada itu rekod-rekod
tindakan yang telah diambil hendaklah juga disimpan secara teratur
kerana tindakan undang-undang yang diambil terutamanya yang terlibat
dengan kes mahkamah akan memakan masa yang agak lama.

1
1.3 LAPORAN
Laporan-laporan/memo yang dikemukakan oleh staf Penguatkuasaan
hendaklah disusun mengikut urutan dan disimpan secara teratur supaya
dipenghujung tahun dapat dibuat laporan bagi kes-kes penguatkuasaan
supaya ianya dapat diambil tindakan susulan kepada mana-mana kes
yang tidak dapat diselesaikan dalam tahun semasa. Laporan yang
dikemukakan oleh staf mestilah mengikut format yang ditetapkan agar
ianya menggambarkan peristiwa sebenar yang berlaku di lapangan.
Laporan ini mestilah mengandungi butir-butir seperti lokasi, peta lakar,
luas kawasan, status kawasan, sejarah kawasan, siapa yang terlibat,
berapa ramai, sekiranya meneroka tanah milik PKPS maka kenal pasti
jenis tanaman dan berapa lama telah ditanam, ambil gambar kawasan
tersebut, tarikh rondaan dibuat, , dapatkan butir- butir mereka yang
terlibat dalam penerokaan tanah tersebut dan seterusnya
mengemukakan cadangan penyelesaian dan sebagainya.

1.4 TINDAKAN PENGUATKUASAAN


Pegawai Penguatkuasa mestilah bertindak berpandukan kepada arahan
dari Pengurus Hartanah dan Perhutanan dan CEO PKPS. Tindakan
penguatkuasaan ini hendaklah berhikmah, tegas dan adil berteraskan
peraturan yang sedia ada. Contoh jika ada pencerobohan ;

Tahap 1 Amaran lisan dan mencadangkan Penyelesaikan kepada Peneroka;

Tahap 2 Memberi Amaran bertulis dengan notis Kepada Peneroka

Tahap 3 Tindakan Penguatkuasaan yang lebih tegas seperti membuat


laporan Polis dan dirujuk ke Undang-undang PKPS.

2
Berikut adalah contoh SOP keselamatan yang mungkin boleh digunakan oleh
Unit Penguatkuasaan Hartanah dan Perhutanan mengikut situasi

Situasi : PENEROKAAN TANAH TANPA KEBENARAN

1. Penilaian Risiko :
Lakukan penilaian risiko menyeluruh untuk mengidentifikasi potensi bahaya yang
mungkin terjadi sepanjang kerja Penguatkuasaan dijalankan . Ini termasuk
mengenalpasti risiko fizikal ; seperti ketiadaan akses jalan , struktur jalan yang
mernahaya atau kemungkinan kehadiran binatang berbahaya. Selain itu ,
pertimbangkan juga risiko keselamatan lain termasuk kemungkinan ancaman
kekerasan atau konfrantasi daripada pihak peneroka tanah PKPS.

2. Memaklumkan setiap Pergerakan Pemantauan staf Unit Penguatkuasaan kepada


Pengurus Hartanah Dan Perhutanan PKPS.

3. Jika berkeperluan , pastikan ada koordinasi yang baik dengan pihak berkuasa
setempat , seperti polis, pasukan keselamatan atau pimpinan setempat .
Memaklumkan mengenai tarikh, kawasan dan tindakan yang akan diambil.

4. Elakkan menghadapi secara Fizikal :


Hindari daripada menghadapi penyewa yang tidak membayar secara fizikal atau
melibatkan konfrantasi langsung yang boleh mengancam keselamatan
Tahap 1 Amaran lisan dan mencadangkan Penyelesaikan kepada Peneroka;

Tahap 2 Memberi Amaran bertulis dengan notis Kepada Peneroka

Tahap 3 Tindakan Penguatkuasaan yang lebih tegas seperti membuat


laporan Polis dan dirujuk ke Undang-undang PKPS.

3
Situasi : PENYEWA LEWAT / TERTANGGUH BAYARAN SEWAAN

Apabila berdepan dengan penyewa yang tidak membayar / lewat membayar sewa tanah,
terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan dan
menguruskan situasi tersebut. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil.

1. Berkomunikasi secara aman :


Cuba berkomunikasi dengan penyewa secara aman dan teratur. Sampaikan kepada
penyewa dengan berhemah mengenai tanggungjawap penyewa untuk menjelaskan
pembayaran yang tepat pada waktunya.

2. Rujuk Peranan Penguatkuasa 1 sub 1.4 :


Tindakan Penguatkuasaan
Tahap 1 Amaran lisan dan mencadangkan Penyelesaikan kepada penyewa;

Tahap 2 Memberi Amaran bertulis dengan notis Kepada penyewa

Tahap 3 Tindakan Penguatkuasaan yang lebih tegas seperti membuat


laporan Polis dan dirujuk ke Undang-undang PKPS.

3. Elakkan menghadapi secara Fizikal :


Hindari daripada menghadapi penyewa yang tidak membayar secara fizikal atau
melibatkan konfrantasi langsung yang boleh mengancam keselamatan.

4
Situasi : PENYEWA ENGGAN KELUAR SETELAH TAMAT PERJANJIAN SEWAAN

Apabila penyewa enggan keluar walaupun setelah tamat perjanjian sewaan tanah, berikut
adalah beberapa langkah yang bersesuai di ambil ;

1. Sentiasa kemaskini senarai penyewa dan tarikh akhir sewaan penyewa.

2. Periksa Perjanjian sewaan :


Rujuk semula syarat perjanjian sewa tanah antara PKPS dengan penyewa. Pastikan
kita memahami syarat-syarat mengenai tamatnya sewa, notis yang perlu diberikan
dan tindakan yang boleh diambil jika penyewa enggan keluar.

3. Menghubungi Penyewa secara bertulis dan juga Telefon :


Maklumkan penyewa melalui surat dan telefon menegaskan bahawa perjanjian sewa
tanah telah tamat dan menyatakan tarikh yang diharapkan bagi penyewa untuk
mengosongkan tanah. Nyatakan juga implikasi undang-undang yang mungkin jika
penyewa enggan berbuat demikian.

4. Membuat temujanji untuk bersemuka dengan penyewa untuk membincangkan


perihal ini.

5. Jika penyewa enggan memberi kerjasama , sila rujuk kepada bahagian undang-
undang PKPS untuk tindakan selayaknya.

( SOP keselamatan Penguatkuasaan akan sentiasa disemak dan disesuaikan mengikut


keperluan dan situasi semasa )

5
3.0 RINGKASAN KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH KANUN TANAH
NEGARA 1965

Menerusi siri ini juga diperturunkan sebanyak tiga puluh (30) kesalahan yang
dapat dicungkil dari Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 bagi memudahkan
pembaca mengenal pasti pelanggaran-pelanggaran yang mungkin dilakukan oleh
orang awam. Di samping itu juga dinyatakan

penalti yang sepatutnya dikenakan sekiranya sabit kesalahan. Ringkasan kesalahan


tersebut adalah sebagaimana berikut:-

BIL. KESALAHAN PENALTI/DENDA


1. Sek. 15 (1) (e) (i) Denda tidak melebihi RM
Gagal menyerah/menyampai apa-apa 500.00 atau penjara tidak
dokumen yang diminta mengikut Sek. 424 melebihi 1 bulan atau
atau Sek. 175B (1) (b) kedua-dua sekali.
Sek. 424 (1)
2. Sek. 19 (a) Tidak melebihi
Membocorkan maklumat RM1,000.00 atau penjara
tidak melebihi 6 bulan.
Sek. 429 (a)
3. Sek. 20 Tidak melebihi
Membeli tanah lelong. RM1,000.00 atau penjara
tidak melebihi 6 bulan.
Sek. 429 (b)
4. Sek. 30 Denda tidak melebihi
Memberi keterangan atau pernyataan palsu RM5,000.00. Jika gagal
untuk membayar denda,
boleh dipenjara tidak
melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Sek. 422
5. Sek. 127 Denda tidak melebihi

6
Melanggar syarat tetap dan jenis-jenis RM500.00 dan denda
penggunaan tanah tambahan tidak kurang
dari RM100.00 bagi tiap-
tiap hari pelanggaran
berterusan.
Sek. 127 (1A) (b)

Tanah dirampas.
Sek. 129
6. Sek. 375 (2) Denda tidak lebih
Mengalih DHD, Suratcara Buku Rekod dan RM1,000.00 atau penjara
dokumen lain yang mana keselamatannya di bawah tidak lebih 6 bulan.
tanggungjawab Pentadbir Tanah/Pendaftar Sek. 429 (c)
7. Sek. 379 (1) Denda tidak lebih dari
Tukar alamat tanpa memberitahu Pendaftar RM1,000.00 atau penjara
tidak lebih 6 bulan.

7
Sek. 429 (d)
8. Sek. 398A Denda tidak lebih
Kegagalan oleh Juruukur berlesen untuk RM5,000.00 atau penjara
menyempurnakan kerja-kerja ukur setelah Borang tidak lebih 6 bulan.
29D Sek. 422
9. Sek. 400 (1) Denda tidak melebihi
Tidak mengendahkan Notis Supaya Hadir RM100.00
Masa Ukur (Borang 29A) Sek. 400 (3)
10. Sek. 400 (2) Denda tidak melebihi
Tidak mengendahkan Saman Supaya RM100.00
Memberi Maklumat atau Mengemukakan Sek. 400 (3)
Suratan-Suratan (Borang 29B)
11. Sek. 400A Denda tidak lebih
Kerja-kerja ukur tanpa lesen yang sah RM10,000.00 atau
penjara tidak lebih dari
satu (1) tahun atau
kedua-dua sekali.
Sek. 400A
12. Sek. 403 Denda tidak melebihi
Mengganggu, merosakkan, memindah tanda RM500.00 atau
sempadan dan lain-lain. membayar kos
pemulihan
Sek. 403 (a) dan (b)
13. Sek. 422 (a) Denda tidak melebihi
Keterangan palsu:- RM5,000.00. Jika gagal

(a) Sebarang urusan berkaitan tanah/KTN untuk membayar denda,


boleh dipenjara tidak
(b) Semasa siasatan mana-mana
melebihi 3 tahun atau
kesalahan KTN
kedua-duanya sekali.
(c) Pemalsuan/pindaan maklumat
Sek. 422
14. Sek. 422 (b) Denda tidak melebihi
8
RM5,000.00. Jika gagal
untuk membayar denda,
boleh dipenjara tidak
melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Sek. 422
15. Sek. 422 (i), (ii), (iii) Denda tidak melebihi
RM5,000.00. Jika gagal
untuk membayar denda,
boleh dipenjara tidak
melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.

9
Sek. 422
16. Sek. 422 (d) Denda tidak melebihi
RM5,000.00. Jika gagal
untuk membayar denda,
boleh dipenjara tidak
melebihi 3 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Sek. 422
17. Sek. 423 Denda tidak melebihi
Mengubah, menambah, memadam, merosak atau RM3,000.00 atau penjara
memusnahkan mana-mana dokumen tidak lebih dari 3 tahun atau
hakmilik/suratcara dan lain-lain kedua-dua.
Sek. 423
18. Sek. 424 (1) Denda tidak lebih dari
Gagal mengemukakan dokumen:- RM5,000.00 atau penjara

(i) Borang 2B di bawah kuasa tidak melebihi 6 bulan atau

Pengarah Negeri, Pendaftar, kedua-duanya sekali.

Pentadbir Tanah Sek. 15(1)(e). Sek. 424 (2)

(ii) Warta bagi penggatian hakmilik


Sek. 175(1)(b).
(iii) Bila IDT diminta oleh Pendaftar bagi
urusan pengeluaran salinan IDT
kepada tuan punya bersama atau
permohonannya Sek. 343 (4)

1
0
19. Sek. 425 (1) (a), (b), (c) Denda tidak melebihi
Penerokaan/pendudukan tanpa sah RM10,000.00 atau

(i) Menduduki/membina bangunan penjara tidak lebih 1


tahun atau kedua-dua
(ii) Menerang/menanam
sekali
(iii) Memotong/mengalih kayu-kayan
Sek. 425 (1)
20. Sek. 425 (1A) Denda tidak melebihi
Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. RM10,000.00 atau
425 (1) (a), (b), (c) penjara tidak lebih 1
tahun atau kedua-dua
sekali
Sek. 425 (1A)
21. Sek. 425A Denda tidak melebihi
Menggunakan ruang udara tanpa permit RM2,000.00 atau penjara
tidak lebih 6 bulan atau
kedua-dua sekali.
Sek. 425A
22. Sek. 426 (1) Denda tidak melebihi
Mengeluar/mengalih atau mengangkut RM10,000.00 atau
bahan-bahan batuan tanpa permit. penjara tidak lebih dari 1
tahun atau kedua-dua
sekali.
Sek. 426 (1)

Dan sebagai tambahan


boleh dikenakan bayaran
sejumlah wang bersamaan
nilai bahan- bahan yang
dikeluarkan atau
dirosakkan kepada Pihak

1
1
Berkuasa Negeri.
Sek. 426 (2)
23. Sek. 426 (1A) Denda tidak melebihi
Memiliki, menyimpan bahan-bahan batuan di RM10,000.00 atau
bawah Sek. 426 (1) tanpa kebenaran. penjara tidak lebih dari 1
tahun atau kedua-dua
sekali.;
Sek. 426 (1B)

1
2
24. Sek. 426 (1B) Denda tidak melebihi
Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. RM10,000.00 atau
426 (1) dan Sek. 426 (1A) penjara tidak lebih dari 1
tahun atau kedua-dua
sekali.;
Sek. 426 (1B)
25. Sek. 427 (1) Denda tidak lebih dari
Membiar binatang ternakan meragut rumput di RM100.00
atas tanah kerajaan/rizab Sek. 427 (2)
26. Sek. 428 (2) Denda tidak melebihi
Menghalang hak lalulalang Pentadbir RM2,000.00 atau penjara
Tanah/Awam tidak melebihi 6 bulan atau

(i) Jalan awam kedua-dua sekali.

(ii) Aliran air Sek. 428 (2)

(iii) Tempat Awam


27. Sek. 428A Denda tidak melebihi
Menerima maklumat dari cara yang salah RM1,000.00 atau penjara
tidak melebihi 6 bulan atau
kedua-dua sekali.
Sek. 428A
28. Sek. 428AA
Kesalahan yang dilakukan oleh Pertubuhan -
Perbadanan – Pengarah dan pegawainya adalah
dianggap melakukannya bersama.

1
3
29. Sek. 429 Denda tidak melebihi
Hukuman pelbagai:- RM1,000.00 atau penjara

a) Sek. 19 (yang melarang pegawai- tidak melebihi 6 bulan.

pegawai yang dilantik di bawah KTN Sek. 429


dari membuka perkara-perkara yang
sampai ke pengetahuannya dalan
menjalankan kewajipan-kewajipan
mereka, 20, 375 dan 379; atau
b) Sek. 20 (yang berkaitan dengan
pembelian tanah oleh pegawai-
pegawai yang dilantik); atau
c) Sek. Kecil (2) Sek. 375 (yang
melarang pengalihan daftar-daftar
hakmilik dll dari Pejabat Pendaftaran
dan Pejabat Tanah); atau
d) Sek. Kecil (1) Sek. 379 (yang
berkaitan dengan memberitahu
Pendaftar mengenai penukaran
alamatnya)
30. Sek. 429B Kompaun yang tidak
Kesalah-kesalahan yang boleh dikompaun – melebihi RM500.00
Kaedah Tanah Negeri Sek. 429 B (1)

4.0 PENUTUP

Kesalahan-kesalahan yang dipaparkan hanyalah untuk panduan dan ingatan sahaja.

Sekian.tq. jumpa lagi pada tahap kedua siri pembelajaran kita nanti.

1
4

You might also like