You are on page 1of 2

( ARTIKEL TAHUN 2020 – SELEPAS LANGKAH SHERATON )

Anwar Harus Iktiraf Ezam Dan Rafizi Wajib Kembali

Saya bukanlah ahli Parti Keadilan Rakyat. Tapi rakan-rakan saya ada yang terlibat secara
langsung dengan parti hebat ini. Saya hanyalah rakyat biasa yang mahu melihat perubahan
demi perubahan berlaku di dalam negara kita yang tercinta ini.

Saya hanyalah seorang insan yang mula tercetus kesedaran pada tahun 1998 ketika berusia 15
tahun, kemudian terlibat dengan serius sebuah ngo pelajar Universiti Bangsar Utama. Sebuah
NGO yang sering-kali diteropong oleh pihak berkuasa yang ketika itu berkuasa adalah Tun Dr
Mahathir. Saya juga pernah terlibat dengan majlis pelancaran gabungan Parti Keadilan
Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (ketika itu
suara kebebasan rakyat amat ditekan oleh PM yang ke4) persembahan teater walaupun
wataknya kecil sangat. Jadi kasihnya saya pada parti hebat ini tidaklah tebal tapi melekat di
dalam hati.

Melihatkan kudrat DSAI, saya sebagai insan yang ada sedikit kasih dengan parti ini mula
tertanya-tanya apakah akan jadi pada parti ini? Parti yang sinonim dengan gerakan jalanraya,
laungan reformasinya dibantai keras oleh sang penguasa, ramai pemimpinnya di era tahun
2000 ditahan dibawah ISA, OSA dan pelbagai akta lagi. Parti ini ada jatidirinya hanya kerana
insan yang bernama Anwar Bin Ibrahim. Insan dari zaman pelajar hingga ke saat beliau dipecat,
merupakan individu yang mudah menjadi crowd puller. Suaranya, tonasinya, gaya berucapnya
membuatkan kita semua akan naik semangat dan terpukau.

Hari ini saya terfikir, siapa selepas Anwar Ibrahim? Jujur saya katakan sebelum berlaku
pengkhianatan paling celaka dalam sejarah politik Malaysia, Azmin Ali merupakan satu watak
yang mampu membakar terus - menerus obor merah dan biru keADILan selepas Anwar Bin
Ibrahim. Karektornya, gaya cakapnya, gerak-kerjanya tersusun rapi. Ini membuatkan beliau
paling layak. Namun hatinya tisu, nafsunya besar, sifat tamaknya menjadi-jadi, sikap tidak sabar
menguasai diri dan akhirnya Azmin Ali jadi si Kitol yang sebenar atau bahasa mudah si
PENGKHIANAT BERHATI TISU.

Jadi siapa? Pelapisnya makin kurang. Ketua Pemuda entah siapa saya tak kenal. Ibu saya
sendiri tak kenal. Abang saya yang 2 tahun berusia dari saya pun tidak kenal. Wujud atau tidak
entah hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jadi siapa pelapis Anwar Bin Ibrahim. Yang mampu
menggalas obor merah biru ini. Parti yang bersifat berkobar-kobar ini saya amat bimbang akan
hilang taringnya. Apakah taring parti ini? Taringnya adalah apabila seseorang yang mampu
menjadi Crowd Puller!

Jadi siapa pilihan saya dan menjadi pilihan rakan-rakan lain. Ezam Mohd Noor! Ya Ezam.
Bukankah Ezam pernah mengkhianati Anwar dan parti? Kenapa harus terima dia balik?
Jujurlah, ini sahaja insan yang mampu memimpin parti ini ke destinasi seterusnya. Bukan
menidakkan kepimpinan yang ada, tapi sebagai rakyat dan ada sedikit kasih terhadap parti
tiada siapa yang mampu menandingi aura Anwar Bin Ibrahim untuk membawa dan membakar
obor merah biru ini setingginya. Kami rakyat hanya nampak sekarang ini Ezam.

Ezam harus dan wajib mendapat sokongan dan pengiktirafan dari Anwar Bin Ibrahim. Ini wajib
untuk memastikan semua ahli dan pucuk pimpinan akur. Ezam mampu. Saya yakin. Mampu
menggempur Umno, PAS, Bersatu dan sekutu. Kita perlu watak panglima garang. Hanya
panglima garang sahaja yang mampu menggerunkan pihak musuh. Kenapa Anwar ditakuti,
digeruni? Crowd puller dan susuknya sudah cukup menggerunkan. Ezam ada pakej tersebut.
Tanyalah Tun Mahathir betapa sesak nafasnya ketika berhadapan dengan Ezam Mohd Noor.
Ini fakta sejarah sehingga membawa kepada penangkapan di bawak akta sial ISA.

Tapi sang panglima harus ada watak pendamping. Sang strategist. Sultan Suleiman Al-Kanuni
Khalifah Agung Uthamaniyyah, hebat kerana ada watak di samping beliau. Ibrahim Pargali yang
menyusun strategi demi strategi hingga mampu menakluk bumi Hungrary. Ezam harus dan
wajib bergandingan dengan Rafizi. Jika Ezam berseorangan akan menjadi seperti Ibrahim Ali.
Hanyalah pembawa obor yang bakal keletihan apabila apinya mula malap.

Anwar Bin Ibrahim seharusnya melupakan kekecewaan akibat perbuatan Ezam yang
sebenarnya marahkan kepada Azmin. Jika Anwar Bin Ibrahim boleh berjabat tangan dengan
Tun Mahathir sebelum PRU, inikan pula ayam tambatan beliau sendiri. Buat Anwar Bin Ibrahim,
masanya sekarang. Bukan berlengah-lengah. Ya rakyat Malaysia masih memerlukan anda, tapi
bila saatnya tiba pengganti harus ada. Anda juga harus ada panglima garang dan strategi yang
hebat di kiri - kanan anda untuk menyakinkan rakyat. Kami tahu DSAI ada pemikir yang lebih
hebat dari Rafizi. Tapi keyakinan rakyat itu penting. Belah kanan DSAI ada Ezam dan di kiri
DSAI, Rafizi. Cukup menggerunkan bagi musuh dan cukup menyakinkan rakyat.

Ingatlah, pemimpin yang idealist jika tidak mampu menarik perhatian rakyat, partinya akan
dianggap penyeri sahaja. Parti Keadilan Rakyat ramai yang idealist tapi belum tentu rakyat
boleh terima dan memahami anda. Harus ada si pemegang “pedang” yang menggerunkan
musuh.

PARTI KEADILAN RAKYAT HARUS HIDUP SELAMA-LAMANYA!

You might also like