You are on page 1of 4

ESEI : KERJAYA IMPIAN

Dalam era yang moden terkini, mengejar kejayaan individu yang juga akan
menyumbang kepada kemajuan negara begitu penting untuk setiap masyarakat.
Namun begitu, bidang yang seringkali menyukarkan seseroang untuk
menentukan hala tuju hidup mereka terutamanya para remaja yang telah habis
sekolah.

Kerjaya yang boleh para remaja cuba untuk menceburi ialah kerjaya sebagai
ahli sukan. Ahli sukan juga mampu menjanakan pendapatan ratusan juta ringgit
setahun. Antara contohnya,kita pasti akan berbangga dengan dua orang ahli
sukan dunia orang ahli sukan yang bertaraf antarbangsa, iaitu Datuk Lee Chong
Wei dan Datuk Nicol Ann David. Meraka pemain nombor nombor satu dunia
dalam sukan badminyon dan skuasy. Jika diukur dari segi pendapatan tahunan
mereka antara ahli sukan yang berpendapatan paling tinggi di Malaysia,
dianggarkan hampir mencecah jutaan ringgit setahun.Begitu juga beberapa
orang pemain bola sepak negara, seperti Safee Sali yang pernah bermain dalam
Liga Indonesia pada tahaun 2012 yang dibayar gaji hampir RM30 ribu
sebulan.Semua ini kisah kejayaan orang yang memilih sukan sebagai kerjaya
sepenuh masa.

Selain itu, sukan sebagai kerjaya merujuk pekerjaan yang melibatkan aktiviti
sukan seseorang memilih sukan untuk menggunakan kemahiran dan kebolehan
mereka dalam aktiviti sebagai sumber pendapatan tetap mereka. Aktiviti sukan
ini merupakan kerjaya utama mereka yang akan menjanakan pendapatan serta
menjadi pekerjaan sepenuh masa mereka. Pekerjaan dalam pengurusan sukan,
perniagaan sukan dan aktiviti lain yang melibatkan sukan tidak pula
didefinikasikan berkerjaya sebagai ahli sukan. Kerjaya sebagai ahli sukan ini
hanya menggunakan kemahiran sukan untuk menjanakan pendapatan utama

1
yang akan menyara. Kehidupan mereka. Hal ini bermakna seseorang yang
memilih sukan sebagai kerjaya perlu menghadapi risiko yang besar sekiranya
mereka tidak mampu menggunakan kemahiran sukan tersebut sebaik-
baiknya.Hal ini dikatakan demikian kerana prestasi semasa akan mempengaruhi
pendapatan utama mereka.

Seterusnya, kerjaya sebagai ahli sukan juga perlu menempuhi segala


cabaran. Cabaran utama bagi seseorang yang memilih bidang sukan sebagai
kerjaya ialah memastikan kecergasan fizikal dan mental yang perlu sentiasa
berada pada tahap kecergasan yang terbaik. Hal ini dikatakan demikian kerana
ahli sukan perlu mencapai tahap kecergasan fizikal yang sangat mantap. Semua
jenis sukan sangat memerlukan kesihatan fizikal yang baik. Begitu juga dengan
tahap kecergasan mental yang perlu sentiasa terkawal. Ahli sukan juga
seharusnya bijak mengasingkan kehidupan peribadi daripada prestasi mereka
dalam sukan. Kegagalan mengurus tekanan akan mempengaruhi prestasi
seseorang ahli sukan.Bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Oleh itu, ahli
sukan perlulah memastikan kecergasan fizikal dan mental dalam keadaan yang
konsisten dan baik serta dapat mengurus kerja dan kehidupan peribadi.

Cabaran yang seterusnya ialah sebagai ahli sukan, mereka amat


memerlukan dorongan serta sokongan daripada semua pihak, terutama sekali
dengan ahli keluarga mereka sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana
kejayaan seseorang ahli sukan bukanlah mudah untuk dikecap, proses mencipta
kejayaan dalam bidang sukan sepatutnya bermula dari daripada peringkat usia
yang muda.Pada peringkat kanak-kanak lagi ,mereka haruslah diasuh dan
diberikan latihan yang lengkap tentang sukan yang diminati mereka.Proses ini
memerlukan sokongan yang baik daripada ahli keluarga, terutamamya daripada
ibu bapa. Persis kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan itu, ahli sukan perlu mendapat dorongan serta sokongan daripada semua
pihak dan latihan dari sukan yang diminati sejak daripada bangku sekolah lagi.

2
Daripada perspektif yang berbeza, terdapat masyarakat yang masih
memandang negatif terhadap bidang sukan sebagai kerjaya. Memang tidak dapat
dinafikan lagi bahawa masyarakat sekarang telah terdedah dengan aktiviti sukan
daripada peringkat awal. Kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan bersukan
sememangnya tinggi dalam kalangan masyarakat. Masyarakat masih kurang
yakin bahawa bidang sukan mampu menjanakan pendapatan yang yang buat
mereka. Walaupun terdapat beberapa orang ikon sukan negara yang mampu
memperoleh pendapatan yang baik, masyarakat masih juga melihat sebagai
kerjaya yang berisiko tinggi.

Di samping itu ,persepsi masyarakat ini memberikan kesan terhadap proses


melahirkan ahli sukan profesional yang berjaya. Cabaran persepsi negatif ini
membayangi setiap ibu bapa di Malaysia. Ibu bapa yang tidak
berlatarbelakangkan pendidikan sukan pastinya akan pesimis terhadap kerjaya
sebagai ahli sukan. Mereka tentu akan melarang atau tidak memberikan
sokongan kepada anak masing-masing untuk cuba menceburi bidang sukan
sebagai kerjaya mereka.Sebagai ibu bapa ,mereka perlulah berharap agar anak
mereka mempunyai masa hadapan yang meyakinkan dan sempurna. Ibu bapa
tentu ingin akan anak mereka membina kerjaya yang mampu menjanakan
pendapatan yang untuk kehidupan mereka. Oleh itu, pemilihan kerjaya sebagai
ahli sukan tidak menjadi pilihan yang popular dikalangan ibu bapa di Malaysia.

Jika diteliti sejarah kejayaan ahli sukan di Malaysia, kebanyakan alhi


sukan dilahirkan daripada kalangan keluarga yang juga terlibat dalam bidang
sukan. Sebagai contoh, kejayaan pemain badminton negara sekitar 1980-an,
seperti Misbun, Razif, Jalani Rashid dan Rahman, hasil didikan dan dorongan
ibu bapa mereka seja kecil. Bapa mereka iaitu Datuk Sidek Kamar, yang
meminati sukan badminton telah melatih anaknya sejak usia yang muda.
Pendedahan awal ini telah membuahkan hasil apabila kesemua anaknya muncul
sebagai pemain badminton yang hebat pada peringkat antarabangsa. Walau

3
bagaimanapun, terdapat ahli sukan yang tidak mendapat pendedahan awal
seperti keluarga Sidek, tetapi masih juga mampu berjaya.Sebagai contoh,
Norsaiful Zaini Nasiruddin, yang berjaya mengumpul sebanyak 328 cap
antarabangsa dalam sukan hoki. Beliau merupakan antara pemain hoki negara
yang berjaya pada peringkat antarabangsa walaupun keluarganya tidak terlibat
dalam sukan hoki.Oleh itu , faktor kejayaan seseorang ahli sukan bukan terletak
100 peratus pada latar belakang keluarga.

Sebagai penutup wacana, kerjaya yang dipilih itu hebat atau atau tidak akan
tetapi pentingnya dalam pemilihan kerjaya ialah kesungguhan dan ketekunan
seseorang. Disisplin yang tinggi yang ada dalam diri setiap individu mampu
menjadikan mereka berjaya dalam kerjaya yang dipilih. Jika berminat untuk
menceburi bidang sukan dan memilih sukan sebagai kerjaya idaman,maka usaha
ke arah itu perlu dimulakan dari sekarang.Para remaja perlu merebut peluang
keemasan itu untuk masa hadapan yang cerah. Tepuk dada tanyalah hati.

( 900 patah perkataan )

You might also like