You are on page 1of 1

SK (FELDA) KERATONG 1

26900 Bandar Tun Abdul Razak


Pahang Darul Makmur
Telefon : 09-4457449
Faks : 09-4458916
E-mail : cba8015.skkeratong1@gmail.com

Ruj. Kami : CBA8015.600-3/1/42 ( )


Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017

Unit Kawalan Vektor,


Klinik Kesihatan Bandar Tun Abdul Razak,
26900 Bandar Tun Abdul Razak,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON SEMBURAN FOGGING DI SEKOLAH SEMPENA


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2017

Dengan hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Program


Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2017. Ketetapan adalah seperti berikut:

2.1. Tarikh : 29-30 September 2017


2.2 Peserta : 240 orang murid
2.3. Tempat : Padang SK (FELDA) Keratong 1

3. Justeru, saya ingin memohon kerjasama pihak tuan untuk membuat semburan fogging
di kawasan sekolah sebagai langkah untuk mengelak wabak Aedes dan Zika.

4. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Berkhidmat Untuk Negara”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………..
ZAID BIN ALI
Guru Besar
SK (Felda) Keratong 1
26900 Bandar Tun Abdul Razak
Pahang Darul Makmur

You might also like