You are on page 1of 36

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE

NO 21 & 23 JALAN RAJA IDRIS


45000 KUALA SELANGOR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA F432-005-2:2019 SINGLE PHASE ELECTRICAL


PROGRAM INSTALLATION AND MAINTENANCE

TAHAP 2

KOD DAN TAJUK UNIT


F432-005-2:2019 C01 SINGLE PHASE DRAWING
KOMPETENSI

1. PREPARE SINGLE PHASE DRAWING


REQUIREMENTS
NO. DAN PENYATAAN
2. PERFORM SINGLE PHASE DRAWING
AKTIVITI KERJA
3. CALCULATE MATERIALS REQUIREMENT
4. PROPOSE SINGLE PHASE DRAWING PAPERWORK

NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP(1/7) Muka Surat: 1/32

TAJUK:
KEPERLUAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang pengenalan kepada elemen lukisan elektrik, peralatan perlindungan diri,
keperluan lawatan tapak kerja dan jenis-jenis beban elektrik.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 2/35

1) ELEMEN LUKISAN ELEKTRIK

Dalam sesebuah lukisan,simbol-simbol akan digunakan bagi menunjukkan tempat


semua benda peralatan yang membentuk sebahagian pemasangan elektrik
itu.Penggunaan simbol yang standard mengelakkan masalah meminta pertolongan
petunjuk atau senarai yang diiringi demi untuki mentafsirkan sesebuah lukisan,ker-
ana simbol-simbol memang sudah difahami oleh arkitek atau juruelektrik. Terdapat 4
bahagian elemen dalam sesuatu lukisan elektrik iaitu:

1.1) Simbol elektrik

Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan


lokasi peralatan yang digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat
mengelakkan kekeliruan untuk mentafsirkan sesebuah lukisan.

Simbol-simbol pendawaian yang digunakan dalam pepasangan elektrik


ditunjukkan dalam Jadual 1.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 3/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 4/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 5/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 6/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 7/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 8/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 9/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 10/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 11/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 12/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 13/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 14/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 15/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 16/35
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 17/35

Rajah dibawah menunjukkan satu contoh pelan bangunan yang disiapkan


dengan melukis pelan arkitek mengikut simbol-simbol piawai.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 18/35

Rajah 1 : Pelan bangunan

Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap ba-
hagian bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang
pendawai akan membuat pelan pemasangan iaitu dengan menempatkan simbol-
simbol pemasangan pada ruang yang diperlukan oleh pelanggan.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 19/35

Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat membuat angggaran


taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya petunjuk bilangan
lampu, aksesori dan panjang kabel yang diperlukan.

1.2) Skala lukisan

Pelan boleh diperbesar atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak
sebaiknya dilukis bersesuaian dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurtera
mentafsirnya. Lukisan yang terperinci boleh diperbesarkan mengikut saiz skala
pelan dan dan boleh digunanan untuk memberi arahan yang lebih tepat. Saiz
bandingan tapak bangunan atau butir yang ditunjukkan pada sesuatu lukisan
yang ditentukan oleh skalanya. Ia dinyatakan dalam nisbah 1:50 skala ini
bermaksud bahawa lukisan itu adalah 1/50 dari angka yang diwakili. 20mm pada
lukisan bersamaan 1 meter.

Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara dua titik
dengan cara didarab mengikut skala lukisan tersebut.

Contoh pembaris skala

Pembaris Pembaris skala 1:1 Pembaris skala 1:100


NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 20/35

Mengira skala

Rajah 2 : Contoh lukisan

Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut


mestilah didarab dengan 2

Rajah 3 : Contoh lukisan

Lukisan tersebut berskala 1:100 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut


mestilah didarab dengan 100
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 21/35

1.3) Garis lukisan

Lukisan teknik merupakan lukisan garisan lurus dan lengkok. Garisan yang
mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu.
Ini membolehkan lukisan mudah difahami. Terdapat 10 jenis garisan mengikut
piawaian BS308 seperti:

a) Garisan objek
b) Garisan keratan
c) Garisan pandu
d) Garisan unjuran
e) Garisan dimensi
f) Garisan tersembunyi
g) Garisan tengah
h) Garisan pecah
i) Satah Pemotongan
j) Garisan penyambungan
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 22/35

Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan


NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 23/35

1.

Garisan yang tebal dan


hitam, digunakan untuk
tebal garisan = 0.7mm menunjukkan garisan
objek/benda

Garisan objek
2. Garisan tebal dan
terputus panjang dan
tebal garisan = 0.3mm pendek
0.7mm
Digunakan untuk

Garisan keratan menunjukkan bahagian


keratan objek
3.

tebal garisan = 0.3mm


Garisan yang halus,
digunakan untuk asas
Garisan pandu membina objek

4.
Garisan yang halus,
digunakan untuk
mengunjurkan garisan
tebal garisan = 0.3mm
objek

Garisan unjuran
Selalunya digunakan
dalam lukisan
ortografik.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 24/35

5.
Garisan ini hitam dan
halus

tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk


mendimensi objek

Garisan dimensi Ditandakan dengan


anak panah dikedua-
dua hujung garisan

6. Garisan yang
diputuskan garis-garis
pendek
tebal garisan = 0.3mm
Digunakan untuk
Garisan tersembunyi menunjukkan garisan
objek yang tidak boleh
kelihatan

7.
Garisan yang
diputuskan oleh titik-
titik
tebal garisan = 0.3mm

Digunakan untuk
menunjukan bahagian
tengah objek yang
berbentuk
Garisan tengah
8
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 25/35

tebal garisan = 0.7mm Garisan ini dibuat sama


hitam dan tebal seperti
Garisan pecah garisan objek

Untuk menunjukkan
struktur dalaman bagi
sesuatu objek.

9
.

Untuk menunjukkan
struktur dalaman bagi
tebal garisan = 0.3mm
sesuatu objek
0.7mm
Satah Pemotongan

1.4) Templat lukisan

Untuk membangunkan lukisan secara manual, pelbagai peralatan asas


diperlukan seperti:
• Papan lukisan
• Sesiku T
• Sesiku 30
• Sesiku 45
• Pemadam
• Pembaris
• Pensil / pensil mekanikal
• Perisai pemadam
• Jangka lukis
• Pencontoh / Template
a) Papan lukisan (Drawing board)
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 26/35

Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut bersaiz 60cm x 80cm.


Permukaanya rata adalah penting disamping bucu kiri dan kanannya
diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan dilekatkan diatasnya. Kertas
boleh dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat.

b) Sesiku T (Tee Square)

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepala dan bilah. Ia adalah alat utama
dalam melukis lukisan teknik. Ia mestilah diletakkan diatas papan lukisan
dengan kedudukan melintang. Kepala mestilah ditolak rapat dengan tepi
papan dan boleh digerakkan ke atas dan ke bawah.

c) Sesiku segi tiga (Set Square)

Terdapat dua jenis sesiku iaitu bersudut 30° dan 45°, ia digunakan untuk
membuat garisan menegak dan bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan
boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan.

d) Pensil

Dalam lukisan teknik jenis pensil amat ditekankan untuk menentukan mutu
lukisan. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus
untuk garisan yang berlainan.

 Mata keras – 4H – 9H
 Mata Sederhana – untuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf (3H,
2H, H, F, HB)
 Mata lembut – untuk garisan nyata (B dan 2B)

e) Perisai pemadam (Eraser Guard)


NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 27/35

Diperbuat dari logam nipis yang mempunyai banyak lubang. Ia bertujuan


sebagai panduan pemadam supaya tidak terpadam garisan lain yang
berhampiran.

f) Pencontoh (Template)

Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis kerana tidak perlu


menggunakan peralatan lukisan lain. Terdapat banyak pencontoh seperti
pencontoh bulat, segiempat, segitiga dan simbol elektrik.

1.5) Beban Lokasi

Secara amnya, beban elektrik ialah bermaksud peralatan yang berasaskan


penggunaan elektrik (peralatan elektrik) untuk beroperasi seperti lampu, peti
ais, televisyen, radio, mesin, motor dan sebagainya.

Secara teknikalnya pula, sesuatu peralatan elektrik tidak dikatakan sebagai


beban elektrik kecuali selepas ianya disambungkan kepada voltan bekalan
elektrik dan menggunakan sejumlah kuasa elektrik untuk beroperasi.
Jenis-jenis beban elektrik yang digunakan pula ialah seperti berikut:-
i. Beban elektrik jenis rintangan (resistive load) seperti lampu tungsten
(incandescent), pemanas air dan sebagainya yang bersifat menukarkan
tenaga elektrik kepada haba serta tidak berkait secara langsung dengan arus
lonjakan permulaan (starting current / inrush current).
ii. Beban elektrik jenis induktif (induktif load) seperti motor dan pam elektrik
yang berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan dan
memerlukan sesuatu tempoh masa untuk kembali stabil pada nilai arus
penggunaan sebenar bergantung kepada nilai voltan, frekuensi dan jumlah
beban induktif yang digunakan.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 28/35

Perlu diingatkan bahawa proses mengenalpasti jenis beban elektrik dan


jumlah penggunaan adalah penting walaupun ianya hanya melibatkan
pepasangan yang dianggap mudah seperti pepasangan domestik rumah
kediaman. Ini adalah kerana tidak semua beban elektrik akan digunakan
secara serentak pada sesuatu masa, contohnya seperti permintaan arus,
mekanisma kawalan dan masa yang digunakan.

Sesuatu rekabentuk elektrik yang tidak mengambil-kira faktor permintaan arus


masimum (maximum demand) serta faktor pelbagai (diversity factor) dan
hanya mengambil jumlah keseluruhan beban tersambung (connected load)
berkemungkinan adakan menjadi tidak praktikal dan dikira bersifat membazir
(over design).

2) ALAT PELINDUNGAN DIRI (PPE)

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat un-
tuk melindungi pancaindera semasa bekerja, memakai pakaian yang tidak sesuai
dan bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan diri perkara-perkara yang berikut
hendaklah dipatuhi:

a) Pakai pakaian bengkel yang sesuai saperti yang ditunjukkan dalam gambar se-
belah.Elakkan memakai pakaian longgar keranapakaian yang longgar mudah
tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau bergerak.

b) Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. Ini boleh mengelakkan


serpihan logam ataupun besi yang tajam terkena kaki.

c) Gunakan pelindung mata saperti cermin mata, gogel atau alat pelindung. Ini
dapat menghidarkan tatal atau serpihan logam daripada masuk kedalam mata.

d) Elakkan memakai barang-barang perhiasan atau barang-barang kemas saperti


jam tangan, cincin dan rantai, kerana barang-barang tersebut boleh menyebab-
kan kemalangan akibat terantuk ataupun tersangkut pada mesin atau alat-alat
lain.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 29/35

e) Jangan bergurau senda dan mempermainkan kawan-kawan lain sama ada


melibatkan peralatan bengkel ataupun tidak.

f) Rambut mestilah pendek dan kemas. Rambut yang panjang boleh tersangkut
pada mesin yang sedang berputar.

2.1) Kelengkapan pakaian keselamatan

a) Sarung tangan kulit


Sarung tangan kulit adalah digunakan untuk melindungi tangan dari sudut
tajam atau menggerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutamanya
semasa mencanai mata alat.

b) Sarung Tangan Getah.


Sarung tangan getah pula seharusnya dipakai untuk melindungi tangan
dari terkena asid, minyak pelarut, gelu dan sebagainya. Ianya digunakan
bagi melindungi tangan dari terkena habuk-habuk apabila satu-satu alat
itu dibersihkan dengan penyembur angin(air-blower).

c) Kasut Keselamatan.
Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya
mengandungi pelapik yang teguh dibahagian penutup jari. Oleh itu ianya
seharusnya dipakai bagi melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat
atau bahan- bahan berat yang terjatuh dari atas.

d) Kasut Getah Panjang.


Dipakai apabila difikirkan perlu untuk melindungi kaki dari terkena air atau
minyak-minyak pelarut yang merbahaya.

e) Cermin Mata Keselamatan.


Goggles yang terang mestilah dipakai untuk melindungi mata dari
kecederaan terutamanya apabila kerja memotong dilakukan.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 30/35

f) Topi Keselamatan.
Topi keselamatan mestilah sentiasa dipakai,terutamanya apabila bekerja
dan memasukki kawasan pembinaan. Ianya digunakan adalah untuk
melindungi kepala apabila terkena bahan-bahan atau alat- alat yang
terjatuh dari atas. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada
kepala dapat dikurangkan.

g) Barrier Cream.
Barrier cream adalah sejenis minyak pekat yang mana digunakan untuk
mencegah kuman melekat pada tangan.Ianya digunakan setelah selesai
membuat satu-satu pekerjaan, terutamanya setelah terpegang bahan-
bahan cecair yang merbahaya.

h) Pengadang Muka.
Pengadang muka hendaklah sentiasa dipakai apabila menggunakan
jentera kayu, terutama apabila menggunakan mesin pelarik, gergaji piring
dan lain-lain jentera. Pengadang muka ini dapat melindungi muka
daripada terkena serpihan kayu dan habuk.

i) Penutup Telinga.
Penutup telinga ini digunakan semasa bekerja dijentera kayu yang
mengeluarkan bunyi yang terlalu bising iaitu untuk melindungi telinga dari
lemah pendengaran.

j) Kayu Dan Papan Penolak.


Walaupun bahan-bahan ini bukan tergulung dalam jenis pakaian tetapi
ianya juga perlu digunakan untuk keselamatan diri. Ianya digunakan
semasa membelah kayu pada jentera gergaji piring dan jentera ketam
perata iaitu untuk melindungi dan mengelakkan tangan dari terkena pisau
pemotong.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 31/35

k) Tali Pinggang Keledar.


Apabila bekerja ditempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah
meamakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada
terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana berfungsi sebagai
penghadang daripada jatuh.

Apabila bekerja ditempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah


meamakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada
terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana berfungsi sebagai
penghadang daripada jatuh.

3) KEPERLUAN MAKLUMAT TAPAK

Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang


dan mengenal pasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas,
teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah membuat
lawatan tapak bertujuan untuk menentukan:

3.1) Lokasi tapak kerja


3.2) Logistik
3.3) Susun atur tapak
3.4) Lokasi beban
3.5) Permit kebenaran
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 32/35

Rajah 4 : carta alir pemasangan pendawaian


NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 33/35

3.1) Lokasi tapak kerja

Sebelum melakukan pendawaian elektrik,seorang pelatih ataupun yang


memegang lesen kekompetenan perlu melakukan lokasi tapak untuk
mengelakkan dari sebarang kecederaan ataupun dari kemalangan yang
boleh mengakibatkan kematian.Oleh itu, lokasi tapak amat penting dalam
mana-mana kerja pendawaian.

1.2 Logistik

Adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah,produk,ubat-ubatan, peralatan,


makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan
hingga ke destinasi pengguna atau pembeli.

1.3 Susun atur tapak

Adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk,ubat-ubatan,


peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya
diwujudkan hingga ke destinasi pengguna atau pembeli.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 34/35

Rajah 5 : Pelan susunatur

4) JENIS BEBAN

Di dalam rekabentuk elektrik, antara langkah permulaan yang penting ialah


mengenalpasti jenis-jenis beban elektrik yang akan digunakan dan menentukan
jumlah penggunaan beban elektrik berdasarkan kepada permintaan maksimum
(maximum demand) pada sesuatu tempoh masa, contohnya dalam tempoh 30 minit
secara berterusan.

Secara amnya, beban elektrik ialah bermaksud peralatan yang berasaskan


penggunaan elektrik (peralatan elektrik) untuk beroperasi seperti lampu, peti ais,
televisyen, radio, mesin, motor dan sebagainya.
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 35/35

Secara teknikalnya pula, sesuatu peralatan elektrik tidak dikatakan sebagai beban
elektrik kecuali selepas ianya disambungkan kepada voltan bekalan elektrik dan
menggunakan sejumlah kuasa elektrik untuk beroperasi. Jenis-jenis beban elektrik
yang digunakan pula ialah seperti berikut:

a) Beban elektrik jenis rintangan (resistive load) seperti lampu tungsten


(incandescent), pemanas air dan sebagainya yang bersifat menukarkan
tenaga elektrik kepada haba serta tidak berkait secara langsung dengan arus
lonjakan permulaan (starting current / inrush current).
b) Beban elektrik jenis induktif (induktif load) seperti motor dan pam elektrik
yang berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan dan
memerlukan sesuatu tempoh masa untuk kembali stabil pada nilai arus
penggunaan sebenar bergantung kepada nilai voltan, frekuensi dan jumlah
beban induktif yang digunakan.

Perlu diingatkan bahawa proses mengenalpasti jenis beban elektrik dan jumlah
penggunaan adalah penting walaupun ianya hanya melibatkan pepasangan yang
dianggap mudah seperti pepasangan domestik rumah kediaman. Ini adalah kerana
tidak semua beban elektrik akan digunakan secara serentak pada sesuatu masa,
contohnya seperti permintaan arus, mekanisma kawalan dan masa yang digunakan.
Sesuatu rekabentuk elektrik yang tidak mengambil-kira faktor permintaan arus
maksimum (maximum demand) serta faktor pelbagai (diversity factor) dan hanya
mengambil jumlah keseluruhan beban tersambung (connected load)
berkemungkinan adakan menjadi tidak praktikal dan dikira bersifat membazir (over
design).
NO. KOD F432-005-2:2019-C01/KP (1/7) Muka Surat: 36/35
SOALAN:
1. Apakah tujuan lukisan skematik?
_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________

2. Berikan tiga jenis alat perlindungan diri.


_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Apakah tujuan merancang lawatan tapak kerja?


_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________

RUJUKAN:

1. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif


2. 2. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional)
Abd. Samad Bin Haji Hanif,Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa
Editor : Amirudin Bin Abdullah ISBN 967-902-285-4

You might also like