You are on page 1of 1

28 September 2022

Abu Bin Ali


120 Taman Bukit Kaya
70200 Seremban
Negeri Sembilan

Kepada,

Cik Siti Aminah


Guru Kelas 3 Bestari
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kaya
70200 Seremban
Negeri Sembilan

Cik,

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya adalah bapa kepada pelajar yang bernama Ayob Bin Abu dari kelas 3 Bestari
sukacita ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke
sekolah dari tarikh 21 hingga 23 September 2022.

2. Ketidakhadiran anak saya adalah disebabkan masalah kesihatan iaitu batuk dan
selesema pada tarikh-tarikh seperti di atas. Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga,
pihak kami mengambil keputusan untuk merehatkan anak saya dari menghadiri sekolah.

Saya berharap agar pihak sekolah memahami keadaan ini dan tidak mengambil tindakan ke atas
anak saya. Segala kerjasama daripada pihak sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar

Abu Bin Ali

s.k. Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kaya
70200 Seremban
Negeri Sembilan

You might also like