You are on page 1of 3

KERTAS KERJA JAMUAN AKHIR TAHUN

MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH TAWAU 2021

1.0 PENGENALAN

Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan ini menghimpunkan ahli-ahli majlis guru pemulihan
khas Daerah Tawau dan Pegawai-pegawai Unit Pemulihan Khas PPD Tawau. Majlis ini
merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun bagi menzahirkan apresiasi terhadap
khidmat bakti yang telah dicurahkan guru-guru pemulihan khas dalam menjayakan segala
program di bawah penganjuran MGPK Daerah Tawau. Program yang telah menjadi tentatif
tahunan MGPK ini turut diadakan sebagai usaha mengeratkan silaturahim antara guru-guru
pemulihan khas Daerah Tawau bersama para pegawai Unit Pemulihan Khas di Pejabat
Pendidikan Daerah Tawau. Majlis ini diadakan dalam keadaan santai dan tidak formal.
Antara pengisian majlis ini adalah meraikan ahli yang bersara dan berpindah disamping
menyaksikan sesi penyerahan portfolio daripada ahli jawatankuasa sesi lepas kepada ahli
awatankuasa sesi baharu. Penganjuran majlis ini diharap mencapai objektif yang
dihasratkan dan dapat memberi impak positif dalam kalangan semua yang menghadirinya.

2.0 OBJEKTIF PENGANJURAN MAJLIS

2.1 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli Majlis Guru Pemulihan
Khas Daerah.
2.2 Meraikan rakan-rakan ahli majlis yang berpindah dan bersara.
2.3 Menzahirkan penghargaan (apresiasi) terhadap jasa dan khidmat bakti para ahli majlis
dalam menjayakan program dan aktiviti sepanjang tahun 2021.
2.4 Menjadi simbolik kesepakatan ahli majlis dalam menjayakan suatu program,
bertepatan
dengan motonya ‘Sepakat Kita Hebat’.

3.1 KUMPULAN SASARAN

3.1 Semua ahli Majlis Guru Pemulihan Khas Daerah Tawau dan Pegawai-pegawai Unit
Pemulihan Khas PPD Tawau.

1
4.0 CADANGAN TEMPAT

4.1 Borneo Royal Hotel

5.0 CADANGAN TARIKH/MASA

5.1 Tarikh/Masa : 5 Disember 2021 ( Ahad)/ 8.00-11.00 malam

6.0 TEMA

Smart and Casual

7.0 JAWATANKUASA KERJA

Tugas Nama
Persiapan Tempat 1. Pn. Suriati binti Buraere ( Sk Batu 4 Jalan Apas)
2. Pn. Sofea ( Sk Batu 4 Jalan Apas)
3. Pn. Rahmatia binti Muin ( Sk Kukusan)
Jamuan 1. Pn. Hjh Norbayah Yambang (Sk Perdana)
2. Pn. Chung Shiau Yen ( SJKC Yuk Chin)
3. Pn. Rahmawati (Sk Bahagia)
Hadiah 1. Pn. Syarifah Norma ( Sk St Patrick)
2. Pn. Siti Khadijah Abd Aziz (Sk St Patrick)
3. Pn. Kalbi binti Japri ( Sk Blok 31)
Bacaan Doa 1. En. Rhoma Fasla ( Sk Andrassy)
Juruacara 1. Fahimah Mohamad Sadar ( Sk Bandar Tawau)
Protokol 1. Pn. Kamisah binti Sodek (Sk Tanjong Batu)
2. Cik Murni Amboawe ( SK Melati)
3. En. Jaulih bin Jauhali (Sk Wakuba)
Jurugambar/ Dokumentasi 1. Pn. Suriani Mohd Sape ( Sk Pasir Putih)
2. En. Jumadil Haruna ( Sk Batu Payung)
3. Pn. Natalie Sakim (Sk Bergosong)
Photo Booth 1. Pn. Nurfadhilah Zainal Abidin (Sk Bombalai)
2. Pn. Doreen binti Patta ( Sk Ladang Tiger)
3. Pn. Nani ( SK Ulu Kalabakan)
Buku Aturcara 1. Pn. Widya ( Sk Indersabah)
2. Pn. Junaida binti Sakka ( Sk Balung)
3. Cik Violet Chi Wai Hung ( SJKC Sin Hwa)
PA Sistem 1. En. Abdul Rahman bin Ismail (Sk Wallace Bay)
2. En. Arun Jamaluddin (Sr Islamiah)

2
8.0 TENTATIF MAJLIS

- Ucapan Pengerusi MGPK Sesi 2022/2023


- Ucapan Mantan Pengerusi MGPK Sesi 2020/2021
- Ucapan guru dan pegawai yang diraikan
- Sesi simbolik pertukaran portfolio
- Penyerahan Sijil dan Cenderamata AJK MGPK Sesi 2020/2021

9.0 SUMBER KEWANGAN / KOS PENGANJURAN

- Kutipan RM20 seorang


- Sumbangan RM15 daripada Tabung Majlis Guru Pemulihan Khas

10.0 PENUTUP

Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.

Disediakan Oleh,

_______________________
(FAHIMAH MOHD SADAR)
Naib Setiusaha
MGPK Daerah Tawau

Tarikh : 20 November 2021

You might also like