You are on page 1of 6

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN / SUKAN / PERMAINAN / BADAN BERUNIFORM

FASAL 1 NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT MESYUARAT


1.1 Nama persatuan kelab ini ialah ____________________________________________

1.2 Alamat berdaftar kelab ini ialah di SMK BUKIT KATIL ,JLN TUN KUDU, 75450 BUKIT KATIL , MELAKA

FASAL 2 PENAUNG
Penaung bagi persatuan/kelab ini ialah EN SHAHAR BIN BAKAR, PENGETUA SMK BUKIT KATIL ,JLN TUN
KUDU, 75450 BUKIT KATIL , MELAKA

FASAL 3 PENASIHAT
3.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru) yang sedang
berkhidmat di sekolah ini
3.2 Guru Penasihat ditentukan dan dilantik oleh Pengetua sekolah ini
3.3 Guru Penasihat adalah wakil Pengetua dalam segala hal yang berkaitan dengan kemajuan atau
kemunduran kelab/persatuan
3.4 Segala kegiatan kelab/persatuan hendaklah dijalankan atas nasihat Guru Penasihat
3.5 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, mencadangkan, merancang atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

FASAL 4 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta memupuk budaya yang positif di
dalam diri mereka. Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

4.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.


4.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari
4.3 Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
4.4 Berkongsi sumber dan peralatan.
4.5 Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
4.6 Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masingmasing ke
peringkat yang lebih tinggi

FASAL 5 OBJEKTIF

Objektif persatuan/kelab ini ialah:

5.1 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat dan potensi
mereka dengan sedaya upaya mereka
5.2 Menggalakkan murid menggunakan bakat yang dikurniakan ke jalan yang betul dan positif meliputi
kegiatan koakademik, kokurikulum, sukan, permainan dan ekstrakokurikulum.
5.3 Menyemai perasaan sayang terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang
setia dan proaktif

1 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )


5.4 Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani pelajar
5.5 Meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan pelajar dalam gerak kerja
yang diceburi
5.6 Meningkatkan disiplin diri melalui pemupukan nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan
hasrat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

FASAL 6 KEAHLIAN

6.1 Ahli adalah terbuka kepada semua murid sekolah yang sedang belajar dalam tahun semasa
Ahli adalah murid yang telah diterima dan didaftarkan di sekolah ini layak menjadi ahli
6.2 Ahli gabungan adalah terbuka kepada semua mund yang berminat dan berbakat tetapi bukan
ahil kelab. Ahli gabungan perlulah rmembuat pemohonan rasmi kepada AJK
Kelab/Persatuan dan mendapat kelulusannya
6.3 Ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab/persatuan ini

FASAL 7 HAK MUTLAK AHLI


7.1 Ahli layak menghadiri, mengambil bahagian, mengundi dan bercakap dalam semua mesyuarat kelab
7.2 Ahli layak memegang sebarang jawatan rasmi kelab/persatuan ini dan pemilihan jawatan ini dibuat
mengikut proses pemilihan
7.3 Ahli layak menggunakan kemudahan mengambil bahagian dalam semua aktiviti
kelab/persatuan kecuali bagi ahli yang sedang dikenakan tindakan tatatertib ke atasnya 7.4
Ahli layak mendapat markah penilaian kokurikulum tahunan dari aspek kehadiran, penyertaan,
jawatan dan pencapaian bagi kegiatan kelab/persatuan ini.

FASAL 8 KEWAJIBAN AHLI

8.1 Setiap ahli wajib menghadiri semua perjumpaan dan menjalani semua aktiviti yang dirancang dan
dijalankan oleh persatuan/kelab
8.2 Ahli yang melanggar peraturan persatuan atau/dan tidak hadir perjumpaan/ latihan kegiatan
yang dijalankan sebanyak 3 kali berturut-turut atau lebih daripada 25% perjumpaan latihan setahun
dikehendaki menulis tunjuk sebab kepada AJK Tertinggi dan Guru Penasihat. (Tindakan tatatertib
termasuklah memotong markah kehadiran dalam penilaian kokunikulum boleh diambil sekiranya
gagal berbuat demikian atau atas sebab-sebab yang diberikan tidak munasabah.)
8.3 Setiap ahli wajib membawa Buku Kegiatan Kokurikulum Pelajar pada setiap kali perjumpaan atau
aktiviti diadakan dan diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani kehadirannya.
8.4 Setiap ahli wajib membayar derma/sumbangan keahlian seperti yang ditetapkan dalam mesyuarat
agung. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti perkara 10.2
8.5 Ahli adalah wajib menyediakan segala keperluan untuk menjalani kegiatan persatuan temasuklah
pakaian seragam, peralatan dan sebagainya.

FASAL 9 MENARIK DIRI, GUGUR KEAHLIAN DAN PERLUCUTAN JAWATAN

9.1 Ahli yang ingin meletak jawatan atau menarik diri daripada persatuan/kelab hendaklah
memberikan notis dua minggu secara bertulis kepada setiausaha dan membayar semua yuran
persatuan / kelab yang telah ditetapkan

2 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )


9.2 Seseorang ahli akan gugur keahliannya apabila berlaku salah satu daripada perkara di
bawah,
9.2.1 Memohon berhenti menjadi secara bertulis
9.2.2 Diguqurkan melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa kelab / persatuan kerana
tindakan-tindakan yang menjatuhkan nama baik kelab, melanggar peraturan (perlembagaan)
kelab/persatuan dan sebagainya
9.3 Seseorang ahli yang memegang jawatan dalam kelab / persatuan akan terlucut jawatannya apabila
berlaku salah satu daripada perkara di bawah:
9.3.1 Digugurkan keahliannya seperti perkara 9.2
9.3.2 Dikenakan tindakan disiplin "Gantung Sekolah" dan/atau "Buang Sekolah" oleh pihak
sekolah
9.33 Ahli berkenaan memohon berhenti sekolah sebelum tempoh 9 bulan memegang jawatan
berkenan

FASAL 10 DERMA/SUMBANGAN KEAHLIAN

10.1 Setiap ahli boleh dikenakan sumbangan keahlian sebanyak RM __________________


(Ringgt Malaysia ____________________________________________________________) bagi setiap
bulan untuk tahun semasa seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat agung .
10.2 Ahli-ahli yang enggan membayar yuran keahlian seperti yang ditetapkan walaupun setelah
diberikan amaran bertulis boleh dikenakan tindakan tatatertib temasuk tindakan memotong markah
jawatan disandang dalam penilaian kokurikulum atau dilucutkan keahliannya dalam kelab/persatuan ini.

FASAL 11 KEWANGAN

11.1 Sumber utama kewangan kelab dan persatuan adalah melalui derma atau sumbangan atau apa-
apa sumber kewangan melalui aktiviti yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung
11.2 Kelab dan persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui sumbangan derma PIBG,
Peruntukan Kokurikulum, sumbangan Koperasi dan derma orang perseorangan/ pertubuhan/ badan-
badan dan institusi-institusi.
11.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan
derma/bayaran khas bagi membiayai aktiviti tersebut
11.4 Semua pungutan/penyimpanan wang hendaklah dimasukkan ke dalan Akaun Suwa
Sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua

FASAL 12 AHLI JAWATANKUASA

12.1 Ahli Jawatankuasa dilantik semasa Mesyuarat Agung


12.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir dengan menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
12.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh bagi melaksanakan tugas-tugas pertubuhan dan boleh dilantik oleh
Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat
12.4 Ahi Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat

3 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )


12.5 Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:
12.5.1 Pengerusi
12.5.2 Timbalan Pengerusi
12.5.3 Setiausahaa
12.5.4 Penolong Setiausaha
12.5.5 Bendahari
12.5.6 Penolong Bendahari
12.5.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
12.5.8 Dua orang Pemeriksa Kira-kira

FASAL 13 KEHADIRAN/PENYERTAAN/ PERJUMPAAN DAN LATIHAN

13.1 Persatuan akan mengadakan perjumpaan untuk menjalankan aktiviti paling kurang 12 Kali/Minggu
setahun.
13.2 Masa pertemuan/perjumpaan/latihan wajib bagi kelab/persatuan ini ialah pada hari SELASA mulai
jam 2.40 – 4.30 PETANG dan RABU 2.40 – 4.30 PETANG di tempat perjumpaan yang telah ditetapkan
13.3 Ahi persatuan/kelab dikehendaki hadir dalam semua aktiviti / perjumpaan / latihan yang dijalankan
oleh persatuan/ kelab sepanjang tahun.
13.4 Ahli-ahli yang tidak hadir sesuatu perjumpaan/latihan dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab(memberikan sebab-sebab secara bertulis) kepada AJK Tertinggi dan Guru Penasihat. Tindakan
tatatertib temasuklah memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

FASAL 14 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/LUAR BIASA

14.1 Mesyuarat Agung Tahunan persatuan akan diadakan pada pertengahan penggal kedua setiap tahun
untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang akan ada awal penggal
pertama tahun yang berikutnya.
14.2. Sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) daripada jumlah ahli persatuan hendaklah hadir pada
Mesyuarat Agung Tahunan supaya melengkapi korum dan sesuatu keputusan mesyuarat dapat
diputuskan dengan sah
14.3. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan apabila difikirkan perlu oleh Ahli Jawatankuasa
atau/dan atas permintaan sekurang-kurangnya 2/3 (dua pertiga) ahli biasa dengan menyatakan tujuan
dan sebab-sebabnya .

FASAL 15 RANCANGAN DAN TAKWIM AKTIVITI TAHUNAN

15.1 Ahli Jawatankuasa yang dipilih hendaklah merancang aktiviti/kegiatan tahunan/penggal/ mingguan
dalam tempoh masa dua minggu mereka dilantik
15.2 Rancangan Strategik (aktiviti) Tahunan dan Takwim Aktiviti Tahunan ini hendaklah dikemukakan
kepada pihak sekolah untuk diluluskan sebelum dilaksanakan
15.3 Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dilaksanakan seboleh dan sebaik yang mungkin 15.4 Setiap
aktiviti yang telah selesai dijalankan hendaklah dilaporkan secara bertulis dengan menggunakan
format/borang yang disediakan.

4 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )


FASAL 16 TINDAKAN DISIPLIN

16.1 Ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan boleh dikenakan tindakan disiplin atau tindakan tatatertib.
16.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
16.2.1 Amaran lisan
16.2.2 Amaran bertulis.
16.2.3 Pemotongan markah penilaian kokurikulum.
16.2.4 Gantung keahlian
16.2.5 Gugur/ singkir keahlian.
16.3. Ahli yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis. Keputusan Guru Penasihat adalah muktamad

FASAL 17 LARANGAN

17.1. Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan oleh tuan pengetua
sekolah tidak boleh dijalankan oleh persatuan/kelab.
17.2 Persatuan/kelab tidak boleh bergerak atau menjalankan kegiatan di luar kawasan sekolah.
Setiap kegiatan persatuan/kelab yang akan dijalankan di luar kawasan sekolah hendaklah
mendapat kelulusan tuan pengetua terlebih dahulu.
17.3. Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-undang negara tidak
boleh dijalankan.
17.4 Kegiatan persatuan/kelab tidak boleh dijalankan jika guru penasihat yang dilantik oleh tuan
pengetua tidak hadir sama.
17.5. Persatuan/kelab tidak boleh mendapatkan khidmat tenaga luar tanpa kebenaran pengetua. Surat
Menyurat mestilah melalui dan ditandatangani oleg Pengetua atau Pentadbir sekolah.
17.6. Ahli-ahli yang tidak mendapat kebenaran/keizinan daripada ibu bapa atau penjaga secara bertulis
(Borang Akuan Kebenaran Ibu bapa/Penjaga) tidak dibenarkan menyertai sebarang kegiatan di luar
sekolah.

FASAL 18 PENDAFTARAN KELAB/PERSATUAN

18.1. Pesatuan ini didaftarkan oleh Tuan Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub selaku Penolong
Pendaftar mengikut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peratuan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41 Perundangan
(A) P.I (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 .

FASAL 19 PENILAIAN PRESTASI KOKURIKULUM AHLI

19.1 AJK dengan bimbingan guru penasihat akan menyediakan suatu laporan lengkap mengenai aktiviti
persatuan sepanjang tahun, penyata kewangan serta pencapaian / kecemerlangan yang diperoleh
sepanjang tahun.
19.2 AJK dan Guru Penasihat akan menyampaikan suatu senarai pelajar yang mencapai kecemerlangan
dalam kegiatan yang dijalankan oleh persatuan/kelab pada akhir penggal persekolahan kepada pihak
sekolah untuk dicatatkan pada Sijil Berhenti, Surat Akuan Pelajar, Sijil Penghargaan, Sijil Penilaian
Kokunikulum Pelajar dan sebagainya.

5 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )


19.3 Guru Penasihat akan memberikan markah prestasi kokurikulum setiap ahli berdasarkan
garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan markah ini dicatatkan dalam
Buku Rekod Kokurikulum Murid.

FASAL 20 PEMBUBARAN PERSATUAN


20.1 Pengetua mempunyai kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika didapati melanggar
Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
20.2 Segala hutang wajib djelaskan. Kedudukan baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

FASAL 21 HAL-HAL LAIN

21.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri dalam aktiviti yang disertai
21.2 Setiap ahli perlulah bergiat secara aktif, cergas dan cemerlang dalam segala kegiatan
kelab/persatuan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa
bagi menjamin markah yang tertinggi dalam penilaian kegiatan kokurikulum Jika ada sebarang butiran
khas bagi kelab / persatuan ini hendaklah dikepilkan bersama perlembagaan induk ini.
21.3 Satu senarai AJK persatuan / kelab ini hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah semasa
mendaftarkan persatuan ini.

Perakuan dan Pengesahan

…………………………………………… ………………………………………
Nama: Nama:
Pengerusi: Guru penasihat:
Tarikh: Tarikh:

Kelulusan Penolong Pendaftaran Persatuan / Kelab /


Badan Beruniform / Sukan / Permainan Sekolah ( NAMA UNIT )

………………………………………………
TUAN SHAHAR BIN BAKAR
PENGETUA
SMK BUKIT KATIL , MELAKA

6 |PERLEMBAGAAN UNIT KOKURIKULUM ( NAMA UNIT )

You might also like