You are on page 1of 14

MODUL SUMUR

Perlaksanaan
Tahun 2023

SMK Seri Tanjong,Melaka.

1
CADANGAN PENGISIAN Usrah SUMUR

1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan

Setiap ahli Usrah SUMUR hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi,
kemudian ahli yang lain dalam kumpulan Usrah SUMUR turut mengambil berat untuk menolong anggota
mengatasi masalah tersebut.

2. Perbincangan

Kita digalakkan untuk bertukar-tukar pendapat berkaitan semua perkara dalam kehidupan seharian.
Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan Usrah SUMUR,
janganlah ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Perbincangan hendaklah merupakan
penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang
datang daripada semua pihak.

3. Kajian buku

Kita juga digalakkan untuk mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu.
Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk membincangkan isi kandungannya
secara bersama dalam menjayakan erti persahabatan dan persaudaraan yang sebenar.

4. Program tambahan

Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli Usrah SUMUR, maka perkara berikut
perlu diambil berat :
i) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
ii) Mengadakan perkelahan pada masa terluang.
iii) Memupuk nilai saling ziarah menziarahi antara ahli dalam kumpulan Usrah SUMUR.
iv) Mewujudkan nilai simpati dan empati dalam diri setiap ahli Usrah SUMUR.
v) Saling bekerjasama dan memupuk nilai kekitaan di kalangan ahli Usrah SUMUR.

2
ADAB-ADAB Usrah SUMUR

1. Mengikhlaskan niat.

2. Datang ke tempat Usrah SUMUR tepat pada waktu yang ditetapkan.

3. Meminta izin untuk masuk dan keluar Usrah SUMUR serta memberi salam/ucap selamat sebelum
masuk Usrah SUMUR.

4. Datang ke majlis Usrah SUMUR dalam keadaan bersih tubuh badan dan pakaian.

5. Datang ke majlis Usrah SUMUR dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan
contohnya buku catatan.

6. Hadir aktiviti Usrah SUMUR dengan hasrat untuk mengukuhkan persaudaraan dan berazam untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan.

7. Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak
bergurau serta tidak banyak bertengkar.

8. Sentiasa berusaha untuk merapatkan persaudaraan di kalangan ahli Usrah SUMUR.

9. Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang
dibangkitkan.

10. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai sesi Usrah SUMUR.

3
TERAS
BERBUDI BAHASA

4
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua

AKTIVITI : Simulasi Salam

MASA : 30 minit

BAHAN : Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan


“Assalamualaikum/Salam Sejahtera”.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

➢ Menyatakan konsep salam/bertegur sapa.


➢ Melafazkan ucapan salam/selamat sejahtera dengan sempurna.

LANGKAH :
➢ Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yang mengandungi perkataan
“Assalamualaikum/Salam Sejahtera” di corong- corong radio.
➢ Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam/ucap selamat
sejahtera dan menjawab salam.
➢ Ketua kumpulan Usrah SUMUR merumuskan aktiviti dengan sebuah
kisah teladan berkaitan salam/ucap selamat sejahtera.

REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam/selamat sejahtera dan


mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

5
LAMPIRAN

Adab pertama

➢ Urutan salam/ucapan selamat sejahtera yang Menggalakkan :


o Orang berkenderaan memberi salam/selamat
sejahtera kepada yang berjalan.
o Orang yang berjalan memberi salam/selamat
sejahtera kepada orang yang duduk
o Rombongan yang sedikit memberi salam/selamat sejahtera
kepada rombongan yang lebih banyak
o Yang kecil (muda) memberi salam/selamat sejahtera kepada
yang besar (tua)
Adab Kedua
➢ Adab mendahulukan salam/selamat sejahtera kerana orang yang
memulakan salam ialah orang yang paling mulia.

Adab Ketiga
➢ Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam/selamat sejahtera,
adab yang indah bagi seorang ketika bertemu dengan saudaranya
adalah berjabat tangan dengan erat.

➢ Berwajah manis iaitu memberi senyuman dan


penampilan yang menyenangkan.
➢ Tidak memalingkan muka iaitu berusaha untuk
menatap orang ketika berjabat tangan.

6
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Mengutamakan orang dewasa dalam kebanyakan hal

AKTIVITI : Say… “Hello!”/Assalamualaikum

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar atau kad imbasan dengan kata sapaan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

➢ Mengenal pasti cara sapaan yang sesuai kepada orang dewasa


daripada aspek panggilan.

LANGKAH : ➢ Ahli Usrah SUMUR menyebut contoh sapaan


semasa di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.
➢ Ahli Usrah SUMUR menyebut mengenai sebab
sapaan tersebut digunakan.
Contoh-contoh panggilan kepada orang dewasa seperti “Tuan”, “Puan”,
“Encik”, “Cik”, “Pak Long” dan sebagainya.
➢ Ketua kumpulan menjelaskan kesesuai sapaan mengikut
protokol.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.

7
LAMPIRAN

Kata Ganti Dan Sapaan dalam Masyarakat

Hubungan Umur Kata Ganti Diri


Erat Lebih tua daripada Pak, pak cik, mak, mak cik
penutur/
Separuh umur

Lebih Erat Lebih tua daripada Pak cik + nama Pak


penutur/ + nama
Separuh umur Contoh : Pak cik Man
Pak Abu Mak cik +
nama Mak + nama
Contoh : Mak cik Limah
Mak Bedah

Kurang Jauh lebih tua daripada Tok + nama


Rapat penutur Contoh : Tok Munah
Rapat Jauh lebih tua daripada Pangkat dalam keluarga Contoh
penutur : Tok Cik
Nek + gelaran pangkat
dalam keluarga
Contoh : Nek Ngah

Rapat Lebih tua daripada Abang + nama Contoh:


penutur Abang Zaki

Kak + nama Contoh :


Kak Tijah

Rapat Lebih muda daripada Nama sahaja (jika diketahui namanya)


penutur Kalau tidak tahu Usrah
SUMURunakan panggilan adik sahaja.

Rapat Sebaya Nama sahaja


Kurang rapat Sebaya Saudara (lelaki) Saudari
(perempuan)

8
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berdiri Ketika Bercakap Dengan Orang Lebih Dewasa

AKTIVITI : #Hormat

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

➢ Menyenaraikan cara menghormati guru.


➢ Menunjukkan simulasi menghormati guru.

LANGKAH :
➢ Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyebut cara-cara
menghormati guru.
➢ Tunjuk cara menghormati guru seperti berdiri, tunduk hormat,
ucapan dengan nada sopan, senyum dan sebagainya.
➢ Ketua kumpulan membuat rumusan tentang perbuatan tunjuk
hormat yang betul apabila bercakap dengan orang yang lebih
dewasa.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.

9
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berlapang Dada Dengan Perbezaan Pendapat

AKTIVITI : Telur @ Ayam?

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar ayam dan gambar telur.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

➢ Menyatakan maksud perbezaan pandangan dalam sesuatu


perkara.
➢ Mengetahui adab-adab perbezaan pandangan
dalam sesuatu perkara.

LANGKAH :
➢ Perbincangan tentang teka teki tentang kewujudan ayam atau
telur.
➢ Setiap ahli berpeluang memberi pandangan masing-masing.

REFLEKSI : ➢ Menghormati pandangan orang lain.


➢ Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.

10
11
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat-menghormati

CIRI-CIRI : Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Tanpa Syarat

AKTIVITI : Sebutan Pantas

MASA : 30 minit.

BAHAN : Gambar lori merah dan kuning, jari tangan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

➢ Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki oleh setiap


orang.

LANGKAH : ➢ Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara
bergilir-gilir.
➢ Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara
berulang-ulang.
➢ Ketua kumpulan membuat penilaian ke atas setiap ahli
seterusnya membuat rumusan ; ahli yang lancar menunjukkan
‘kelebihan’ dan ahli yang tergagap adalah sebaliknya.
➢ Ketua kumpulan meminta ahli melihat jari masing-masing dan
membuat refleksi.
➢ Ketua kumpulan mengaitkan aktiviti menyebut frasa di atas
dengan fungsi jari.

REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan umpama lima


jari; jempol (ibu jari) yang selalu berkata baik; telunjuk yang suka
memerintah; jari hantu yang sombong, paling panjang dan
menghasut jari telunjuk; jari manis menjadi teladan baik dan sabar
sehingga diberi hadiah cincin dan kelingking yang lemah tetapi
menurut perintah.
Namun, mereka tetap bersatu dan saling melengkapi.

12
13

You might also like