You are on page 1of 11
NDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN Pm Pendilikan Da erwdiclikant Ne Jalan Pahang, 35000 Tapa PERAK DARUL RIDZUAN Telefon : 05-4011363 AH UNGGUL, MURID HOLISTIK Ruj. Kami: PPDBP.SPS.100-9/1/1 Bil (35) Tarikh I Oktober 2022 “PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOL/ SEPERTI SENARAI EDARAN Tuan, PERINGATAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM TRANSFORMAS! SEKOLAH 2025 (TS25) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah membuat semakan penggunaan peruntukan bagi program transformasi sekolah 2025 (TS25) melalui e-SPKWS pada 30 Oktober 2022 dan mendapati pihat tuan belum membuat perbelanjaan bagi tujuan maksud berkenaan 3. Sehubungan itu, pihak tuan perlu membaca, memahami dan menguasai tatacara pengurusan dan surat pekeliling kewangan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya salah urus pengurusan kewangan dan sentiasa mematuhi prosedur dan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa. 4, Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, pihak tuan boleh berhubung dengan Encik Azman bin Ismon, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Batang Padang di talian 05-401 1363/011-14730450. Sekian, terima kasih “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah fe BIN MOHAMED RAHARI, AMP) Pegawai Pendidikan Daeral “PERAK SEJAHTERA 2030” We Del/ver “Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung” Paks: 05-4013527/ 05-4018701 Email + ppdbtgpdg@moe.gov.my PPDBP.SPS.100-9/1/1 Bil (35) SENARAI EDARAN S25 KOHORT 6 Pengetua, SMK Bidor Pengetua, SMK Felda Besout Pengetua, SMA Batang Padang Pengetua, SMJK Choong Hua Pengetua, SM Sains Tapah Guru Besar, SK Jernang Guru Besar, SK Felda Sungai Kelah Guru Besar, SJKT Khir Johari Guru Besar, SJKT Ladang Banopdane ©PNMHRYNS S25 KOHORT 7 Pengetua, SMK Sungkai Guru Besar, SK Toh Tandewa Sakti Guru Besar, SK Banir Guru Besar, SK Temoh Guru Besar, SK Sg Lesong Guru Besar, SK Besout 3 Guru Besar, SK Perlok Guru Besar, SJKC Pekan Getah Guru Besar, SJKT Ladang Bidor Tahan Guru Besar, SJKT Ladang Sungai Kruit Guru Besar, SJKT Sungkai ©MPNOHMAWNHO =@ “PERAK SEJAHTERA 2030” 1S PANDUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN BAG! PROGRAM TRANSFORMAS!I SEKOLAH 2025 (TS25) TUJUAN 1. Garis panduan ini bertuyjuan memastikan segala urusan penggunaan peruntukan kewangan di bawah OS42000 bagi sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dilaksanakan mengikut tatacara/prosedur kewangan dengan mematuhi dan mengikuti peraturan/pekeliling kewangan yang sedang berkuat kuasa LATAR BELAKANG 2. Pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) bermula pada tahun 2015 setelah mendapat mandat dalam Mesyuarat Taskforce KPM Bil.1/2015 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KPPM. Program PST ini kemudiannya dijenamakan menjadi TS25 yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PTS KPM Bil.1/2017. 3. Hasrat TS25 adalah untuk melahirkan modal insan unggul melalui Pembelajaran yang menyeronokkan dengan pelibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna. Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. 4. Objektif program TS25 adalah untuk: a) menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid: b) _ pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kreatif dan berkesan; ©) memperkasakan pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid; @) _peningkatan capaian dan penggunaan ICT: ) __pelibatan aktif komuniti setempat: dan ) __ pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental TATACARA PERBELANJAAN PERUNTUKAN 5, Tatacara perbelanjaan adalah seperti berikut 51 Semua pembelian atau perbelanjaan yang akan dilakukan menggunakan peruntukan ini mestilah untuk Kegunaan aktiviti murid Sahaja berdasarkan perancangan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PinTaS) seperti berikut a) penyediaan bahan PdP berkaitan aktiviti _melibatkan Pembelajaran Abad Ke-21; b) penganjuran dan penyertaan seminar, bengkel, Kursus, wacana, dialog atau forum untuk murid; dan ©) program perkongsian ilmu antara sekolah yang melibatkan murid 52 Perbelanjaan peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan bagi tujuan berikut a) _latihan untuk guru; b) perolehan harta modal dan penyelenggaraan; c) bayaran kepada penceramah program/aktiviti/projek, dan d) program kokurikulum, sukan dan kesenian yang telah sedia ada TATACARA PENGURUSAN PERUNTUKAN 6 Tatacara pengurusan peruntukan adalah seperti berikut: 6.1 peruntukan ini diberi berdasarkan kepada enrolmen murid yang berdaftar pada 31 Januari tahun semasa, 6.2 proses penurunan peruntukan TS25 setiap peringkat hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan peruntukan tersebut; 6.3 peruntukan ini akan diturunkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui Waran Peruntukan Kecil (WPK) oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). JPN akan menurunkan WPK ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Seterusnya, PPD akan mengkreditkan terus peruntukan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah-sekolah tersebut - Rujuk LAMPIRAN 3 (pihak sekolah hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan), 6.4 Semua terimaan hendaklah dikeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) atas nama “Pegawai Pendidikan Daerah” dan ditulis “Peruntukan Program Khusus Program Transformasi Sekolah” serta ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar atau pegawai lain yang diberi kuasa menandatangani resit. Terimaan hendaklah diakaunkan ke Buku Tunai 2 65 berdasarkan Resit Pejabat yang dikeluarkan. Salinan Resit hendaklah diserahkan kepada PPD untuk tujuan rekod; dan ‘Semua terimaan dan bayaran hendaklah diakaunkan dengan segera ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah Lajur Pelbagai dan Akaun Subsidiari sebaik sahaja resit atau baucar dikeluarkan TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM 7. Tatacara pelaksanaan program adalah seperti berikut 7A 72 73 74 Sekolah-sekolah di bawah TS25 hendaklah merancang dan menyelesaikan pelaksanaan program/aktivitiprojek pada atau sebelum 31 Oktober tahun semasa ‘Semua sekolah TS25 hendakiah menyediakan kertas kerja kepada Pengetua/Guru Besar masing-masing untuk mendapatkan kelulusan rujuk LAMPIRAN 4 Sekolah-sekolah tersebut hendaklah menyediakan laporan bertulis, serta bergambar seperti di LAMPIRAN 2 dalam tempoh 30 hari selepas programiprojek/aktiviti dilaksanakan dan didokumentasikan bagi tujuan audit; dan JPN/PPD yang terlibat dengan TS25 hendakiah memantau pelaksanaan program/aktiviti yang telah dirancang oleh sekolah- sekolah tersebut. (sila rujuk LAMPIRAN 5) AKAUNTABILITI 8 JPN/PPD hendakiah sentiasa mengingatkan Pengetua dan Guru Besar supaya mematuhi Prosedur dan Pekeliling Kewangan yang sedang berkuat kuasa seperti berikut: 84 8.2. 83 84 85 86. 87. 9. Arahan Perbendaharaan; Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61); Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan; Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (Edisi 2012); Surat Pekeliling Kewangan KPM; dan Pekeliling dan Surat Pekelling Perkhidmatan. Pengetua/Guru Besar perlu membaca, memahami dan menguasai tatacara Pengurusan dan surat pekeliling kewangan dari masa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya salah urus pengurusan kewangan. PELAPORAN PRESTAS! PERBELANJAAN PERUNTUKAN 40 Bagi membantu proses kawalan dan pemantauan belanjawan serta meningkatkan akauntibiliti dan integriti pengurusan kewangan dan perakaunan, Semua sekolah perlu menggunakan Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah (e-SPKWS) secara elektronik sepenuhnya mulai Januari 2016. (sumber rujukan’ Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia) +1, Semua sekolah yang telah diturunkan peruntukan TS25 perlu mengemaskini akaun kewangan. Laporan Prestasi Perbelanjaan hendaklah dikemukakan kepada {JPN yang diselaraskan terlebih dahulu oleh PPD masing-masing pada atau sebelum 3 hb. setiap bulan berikutnya (sila rujuk LAMPIRAN 4) 42. JPN hendaklah menyelaras dan mengumpul prestasi perbelanjaan sekolah TS25 masing-masing pada atau sebelum § hb. setiap bulan berikutnya dan dihantar ke BPSH. 13. Sekolah TS25 hendaklah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan $25 dengan kekerapan 3 kali setahun iaitu pada bulan April, Julai dan Oktober. Mesyuarat ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan TS25 hendaklah dihantar kepada PPD untuk tujuan perekodan. 14. Semua PPD dikehendaki melakukan pemeriksaan prestasi perbelanjaan peruntukan TS25 pada setiap bulan bagi sekolah-sekolah di bawah TS25. PENUTUPAN AKAUN 15. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku sebarang perbelanjaan tanpa peruntukan atau perbelanjaan melebihi peruntukan. Semua pembayaran bagi tahun semasa mestilah diselesaikan dalam tahun kewangan semasa juga PENUTUP Garis panduan ini diharap dapat membantu 1S25 — melaksanakan program/aktiviti/projek berkaitan murid bagi tujuan mencapai hasrat dan matlamatnya. Kementerian Pendidikan Malaysia 14 Februari 2017 Z LAMPIRAN 1 BUTIRAN MAKLUMAT KERTAS KERJA SETIAP PROGRAM / AKTIVITI/ PROJEK TS25 UNTUK MENDAPAT KELULUSAN 1 Tajuk Program/Aktiviti/ Projek. 2 Latar Belakang 3 Justifikasi. 4 Matlamat (Output/Outcome) 5 Tarikh, Masa, Tempat 6. Sasaran peserta (bilangan pelajar) 7, Implikasi kewangan 8 Tentatif program/projek/aktiviti 9 Pelan kontigensi LAMPIRAN 2 FORMAT BORANG PELAPORAN PROGRAM / PROJEK / AKTIVITI Laporan: Tajuk (Program/Aktiviti/ Projek) Tarikh/Hari Masa Tempat Bilangan kehadiran Guru Bilangan kehadiran Murid 1) 2) 3) 4) 5) Aktiviti Yang Dijalankan Kekuatan Program/Projek/Aktiviti Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti Disediakan Oleh : Disahkan Oleh LAMPIRAN 3 CARTA ALIR PENGAGIHAN PERUNTUKAN TS25 BAHAGIAN KEWANGAN turunkan sub-waran BPSH turunkan sub-waran JPN turunkan sub-waran PPD Kumpulan Wang Sekolah + SEKOLAH CARTA ALIR LAMPIRAN 4 PELAPORAN PRESTAS| KEWANGAN TS25 — ¥ = PPD/SEKOLAH Sekolah melaksanakan Mesyuarat JK Kewangan TS25 (3 kali setahun) ‘Sebelum atau pada 3 hb. bulan berikutnya JPN ‘Sebelum atau pada § hb. bulan berikutnya BPSH BPG TAMAT Laporan prestasi perbelanjaan mengikut sekolah TS25/PPD melakukan pemeriksaan prestasi perbelanjaan pada setiap bulan Mengumpul laporan prestasi kewangan Selaraskan laporan prestasi kewangan Melapor prestasi kewangan ke Bahagian Kewangan Tidak lulus LAMPIRAN 5. CARTA ALIR MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI / PROJEK BAGI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) Lut Mula ‘Sekolah membuat Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PITS) bersama Rakan ELIT PPD menilai, menyelaras dan mengesahkan PinTaS setiap sekolah ‘Sekolah menghantar kertas kerja kepada PGB untuk mendapat kelulusan mengikut PITS PGB memproses kelulusan kertas kerja Sekolah melaksanakan program/projek/aktiviti Mengikut peruntukan yang diterima JPN/PPD memantau pelaksanaan Program/projek/aktiviti ‘Sekolah menyediakan laporan bet rtulis/t dan didokumentasi a Tamat

You might also like