You are on page 1of 10

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu Bahagian D.

BAHAGIAN A
[25 markah]

1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Sebuah kilang memeroses getah dibuka di kampung itu pada bulan lepas.

(ii) Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah di
musim buah-buahan.

(iii) Penduduk di kampung itu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tidak
kira tua mahu pun muda.

(iv) “Kita tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat,” kata Amin setelah disuruh oleh
ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.

(8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Kamal menunton basikalnya yang rosak itu ke kedai untuk dibaiki.

(ii) Keperihatinan pegawai pertanian terhadap masalah pekebun-pekebun kecil di kawasan


itu amat dihargai.

(iii) Generasi pasca merdeka perlu mempunyai nilai patriotisme supaya tanah air terpelihara.

(3 markah)

3 Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama

1
(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) atau Frasa
Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

(i) Badan lelaki itu sungguh tegap dan sasa.

(ii) Perempuan yang berada di kaunter itu kakak saya.

(iii) Ayah sedang menebang pokok kelapa.

(iv) Encik Rosli seorang guru di Sekolah Menengah Taman Aman.

(v) Ibu saya seorang yang peramah.

(10 markah)

4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu

2
peribahasa yang sesuai.

(i)

(ii)

(4 markah)

BAHAGIAN B
[30 markah]

3
5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Malam itu saya dipeluk kepanasan demam. Lima hari berlalu, baru saya mampu bangun
hendak menunaikan janji, selepas menonton berita banjir yang kembali surut di kaca televisyen.
Tanda soal berbaur duKa menyambut kehadiran. Kenapa orang ramai membanjiri pekarangan
rumah Mak Piah? Belum sempat saya melangkah masuk, usungan jenazah dibawa keluar. Saya
mengikut sehingga ke tanah perkuburan. Apabila orang ramai mul beredar, mata saya menanda
soal ke wajah wanita yang merenung keharuan seorang lelaki mengusap kepiluan tanah yang
baru ditimbusi.
“Cik ini … Nana?”
Anak bongsu Mak Piah itu persis raut ibunya. Saya tidak perlu banyak bertanya kerana dia
menjawab lebih daripada disoal. Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan
isteri sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizin suami membantu ibu membersihkan rumah
selepas banjir. Khabarnya, wanita tua itu tergelincir jatuh dan kepalanya cedera. Setelah
tubuhnya kaku, barulah jenazahnya ditemui tetangga.
“Dua hari sebelum ini, dia bercerita kepada jiran-jiran. Katanya, saya kirimkan makanan
semasa banjir melanda. Seronok sangat dia dengan kiriman saya.”
Nana sebak dalam tanda soal. Matanya menyimpan takungan. Tidak seperti mata Arwah Mak
Piah yang banjir dengan kebahagian.
“Tapi saya tak pernah kirim apa-apa kepada mak. Tak pernah telefon, sebab mak memang tak
berapa dengar. Kalau tak tengok muka, tak perhati gerak bibir, dia tak faham.”
Saya membiarkan Nana meluahkan emosi. Matanya bertakung ladungan air.
“Mulianya hati mak. Sanggup berbohong kepada masyarakat. Mak julang nama saya, anak
yang tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang
dapur … tak pernah pun. Saya tak bagi apa-apa. Sungguh.”
Nana terus meraung. Dalam keterharuan mengenang kebahagian Mak Piah di hujung usianya,
saya memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan.

(Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, halaman 56 - 57)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah yang telah berlaku kepada Mak Piah. (3 markah)

(ii) Pelbagai unsur gaya bahasa digunakan dalam petikan cerpen di atas.

4
Nyatakan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut beserta
contoh yang sesuai. (3 markah)

(iii) Kerja-kerja membersihkan rumah selepas banjir dilakukan oleh Mak Piah tanpa bantuan
sesiapa. Pada pendapat anda, adakah Nana patut menolong ibunya, Mak Piah
membersihkan rumah selepas banjir? Nyatakan alasan anda. (4 markah)

6 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pada Sekuntum Mawar

Sehelai kelopakmu gugur


adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin


pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar
bukan melontar harum lidah mu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.

(Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, halaman 30

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak Pada Sekuntum Mawar, nyatakan gambaran tentang

5
kekecewaan ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar. (3 markah)

(ii) Berikan dua persoalan yabg terdapat dalam sajak Pada Sekuntum Mawar. (3 markah)

(iii) Maruah diri sangat berharga bagi seseorang gadis. Jika anda seorang gadis, apakah yang
akan anda lakukan untuk menjaga maruah diri anda agar tidak tercemar? (4 markah)

7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

6
(i) Darah Titik di Semantan, karya Aman Sani

Nilai kemanusiaan merupakan segala perbuatan yang baik yang harus dijadikan contoh.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatàkan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam novel tersebut. Bagi setiap nilai kemanusiaan, anda perlu mengemukakan contoh
peristiwa yang sesuai. (10 markah)

BAHAGIAN C
[15 markah]

7
8 Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hinngga 100 patah perkataan.

FAEDAH BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER

BAHAGIAN D
[30 markah]

8
9 Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180
patah perkataan.

(i) Setiap murid perlu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.


Huraikan kepentingan kegiatan kokurikulum.

(ii) Telefon pintar kian menjadi kegilaan remaja kini. Pada pendapat anda, apakah punca
keadaan sedemikian berlaku?
Bincangkan.

(iii) Kantin di sekolah anda tidak menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. Pengusaha
kantin pula tidak menjaga kebersihan di kawasan kantin sekolah.
Tulis sepucuk surat kepada pihak pentadbir sekolah untuk memaklumkan perkhidmatan
kantin yang kurang memuaskan itu.

9
KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

(Pn. Haninah binti Umar Siddik) (En. Samsuh bin Musa) (Pn. Musriati binti Mustarin)
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa
SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau

10

You might also like