You are on page 1of 4

KELAB BOLA SEPAK SKBB 2

PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

Kertas Kerja
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 5 SEBELAH

1.0
PENGENALAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam takwim
Unit Bola Sepak SK Batu Berendam 2. Pertandingan ini terbuka kepada murid Tahun 3 –
Tahun 5. Setiap pasukan menyenaraikan lapan orang pemain termasuk seorang penjaga gol.
Setiap pasukan akan dikendalikan oleh 2 orang murid Tahun 6 yang akan menjadi jurulatih
dan pengurus.

Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK Batu Berendam 2. Aktiviti
ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping untuk memenuhi kehendak
Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum. Pertandingan
ini juga diadakan untuk mencungkil bakat baharu dan mencari pemain yang dapat mewakili
sekolah ke peringkat seterusnya.

2.0
MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Pertandingan yang diadakan ini juga menerapkan sifat kerjasama dalam
setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Pertandingan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang
strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.

Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola
sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam pertandingan ini. Pertandingan ini juga
akan dapat memberikan peluang kepada sekolah bagi menyediakan pasukan bola sepak
untuk pertandingan pada tahun ini.

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 1


KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

3.0
OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah pasukan.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
memerlukan daya ketahanan fizikal yang tinggi.
3.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0
4.1
KUMPULAN SASARAN

Semua murid lelaki Tahun 3 – Tahun 5 yang berminat.

5.0
CADANGAN PELAKSANAAN
7.1 Tarikh : 3 Disember 2022 (Sabtu)

7.2 Tempat : Padang Sekolah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2

7.3 Penganjur : Unit Bola Sepak, SKBB 2

7.4 Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari.

6.0
JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Penasihat : Puan Mastura Lim binti A. Ghani, Guru Besar


Pengerusi : En. Mohd Amin Atfi bin Najib , GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : Hj. Norazman bin Ghauth, GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Pn. Samsiah binti Wadio, GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3 : En. Zaiful Anuar bin Abu Samah GPK PPKI
Penyelaras : En. Muhammad Usaid bin Jamal, Ketua Unit Bola Sepak
Setiausaha : En. Norhezri bin Othman, Setiausaha Unit Bola Sepak
Bendahari : Nur Syazana Binti Mohd Sopian, Bendahari Unit Bola Sep

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 2


KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

Ahli Jawatankuasa

BIL TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS


1. JK 1. En. Norhezri bin Othman 1. Menguruskan
Pertandingan 2. En. Mohd Nasrul Hadi bin pendaftaran pasukan.
dan Urus setia Mohd Zin. 2. Menjadi urus setia
3. Nur Syazana Binti Mohd semasa hari
Sopian. pertandingan.
4. Pn. Zarifah binti Mustafa

2. Foto Dan 1. Pn. Siti Nurulhuda Aisyah binti 1. Mengambil gambar


Dokumentasi Tajudin semasa pertandingan.
2. Menyediakan laporan
pertandingan.
3. Penyediaan 1. En. Muhammad Usaid bin 1. Menyediakan padang
Padang. Jamal. untuk pertandingan.
2. En. Norhezri bin Othman 2. Memastikan padang
3. En. Mohd Nasrul Hadi bin dalam keadaan bersih
Mohd Zin semasa dan selepas
4. En. Mohd Faizal Iqbal bin pertandingan.
Abdul Manan.
4. Hadiah dan Sijil 1. Pn. Zuhairani binti Zahib. 1. Menyediakan medal,
Penyertaan hamper dan sijil
penyertaan.
5. Seranta 1. En. Muhammad Usaid bin 1. Mempromosikan
Jamal. pertandingan kepada
semua murid Tahun 3 –
Tahun 5.
6. Makanan dan 1. Pn. Nor Zakiah binti Mohd 1. Menyediakan makanan
Sani dan minuman semasa
minuman.
hari pertandingan.
7. Pengadil 1. Muhammad Usaid Jamal 1. Menjadi pengadil
2. 3 orang guru lelaki pertandingan.
8. Peralatan 1. En. Mohd Faizal Iqbal bin 1. Menyediakan peralatan
Abdul Manan. pertandingan seperti
bola, meja urus setia,
dan payung.
2. Menyediakan alat
pembesar suara.

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 3


KELAB BOLA SEPAK SKBB 2
PERTANDINGAN BOLA
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 SEPAK 5 SEBELAH

7.0
PERBELANJAAN

BILANGAN
BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH
UNIT
1. Medal RM 5 30 RM 150
2. Sijil Penyertaan RM 0.50 100 RM 50
Jumlah keseluruhan RM 200

8.0
SUMBER KEWANGAN

 Unit Kokurikulum

9.0
PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

( MUHAMMAD USAID BIN JAMAL) ( MASTURA LIM BINTI A. GHANI)


Penyelaras, Guru Besar,
Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.
Melaka.

| Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah 2022 4

You might also like