You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan. (30 markah)

1. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan Rajah 1? (SP 1.1.1)

Rajah 1

A. Suhu air meningkat selepas dipanaskan selama 10 minit.


B. Air menjadi panas kerana menerima haba.
C. Semakin meningkat masa pemanasan, semakin meningkat suhu air.
D. Untuk mengkaji kesan masa pemanasan terhadap suhu air.

2. Antara pasangan alat dan fungsinya berikut, yang manakah tidak betul? (SP 1.1.3)

Alat Fungsi
A. Neraca spring Mengukur jisim objek
B. Termometer Menyukat suhu badan
C. Kertas graf Mengira luas bentuk objek tidak sekata
D. Kelalang kon Mengisi larutan

3. Nyatakan bacaan termometer dalam Rajah 2 di bawah?. (SP 1.1.3)

A. 82 °C
B. 83 °C
C. 84 °C
D. 85 °C Rajah 2

4. Susunan manakah yang betul?. (SP 1.1.7)

1
A. Anak Benih  Biji Benih  Anak Pokok  Pokok
B. Biji benih  Anak Pokok  Anak Benih  Pokok
C. Pokok  Anak Pokok  Anak Benih  Biji benih
D. Biji benih  Anak Benih  Anak Pokok  Pokok

5. Berikan inferens yang sesuai bagi Rajah 3 dibawah. (SP 1.1.4)

Rajah 3

A. Kayu balak terapung di atas air kerana ia ringan dari air.


B. Kayu balak terapung di atas air kerana ia kurang tumpat dari air.
C. Kayu balak terapung di atas air kerana ia lebih tumpat dari air.
D. Kayu balak terapung di atas air kerana ia tiada ruang udara di dalamnya.

6. Apakah fungsi tulang berdasarkan Rajah 4? (SP 2.1.1)

Rajah 4
A. Tengkorak melindungi otak kita daripada kecederaan.
B. Tulang belakang berfungsi untuk menyokong tubuh.
C. Tulang rusuk melindungi organ dalaman seperti peparu dan jantung.
D. Tulang tangan dan tulang kaki berfungsi sebagai sokongan dan pergerakan.
7. Berikut adalah kepentingan sistem rangka KECUALI.... (SP 2.1.4)

A. Mengeluarkan bahan kumuh dari badan.


B. Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan.

2
C. Melindungi organ dalaman.
D. Membantu pergerakan.

8. Peparu ialah ..... (SP 2.2.1)

A. Tiub laluan untuk darah mengalir.


B. Organ yang menjadi tempat pertukaran antara gas oksigen dengan gas karbon dioksida.
C. Organ yang mengepam darah ke seluruh badan.
D. Organ yang membawa oksigen ke seluruh badan.

9. Nyatakan laluan peredaran darah lebih oksigen. (SP 2.2.2)

A. Peparu  Jantung  Tubuh.


B. Tubuh  Jantung  Peparu.
C. Peparu  Tubuh  Jantung
D. Jantung  Tubuh  Peparu.

10. Sistem peredaran darah menjalankan tugas yang sangat penting kepada tubuh kita. Antara berikut yang
manakah BUKAN kepentingan sistem peredaran darah. (SP 2.2.3)

A. Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke seluruh badan.


B. Mengangkut karbon dioksida untuk disingkirkan dari tubuh.
C. Mengangkut bahan kumuh untuk disingkirkan dari tubuh.
D. Mengangkut makanan ke seluruh badan.

11. Untuk menjamin sistem peredaran darah yang baik kita perlu melakukan seperti yang berikut. (SP
2.3.3)

A. Menghindari merokok.
B. Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kandungan gula yang
tinggi.
C. Makan makanan yang kaya dengan serat.
D. Basuh tangan dengan kerap.
12. Rajah 4 menunjukkan murid yang tercekik. Bagaimanakah situasi ini akan menganggu sistem
pencernaan dan sistem pernafasan? (SP 2.3.1)

3
Rajah 4

A. Oksigen dapat masuk kedalam trakea manakala karbon dioksida tidak boleh masuk.
B. Esofagus akan rosak dan trakea akan luka.
C. Makanan itu akan cair dan masuk ke dalam trakea.
D. Makanan yang tercekik di bahagian atas esofagus akan menghalang udara masuk ke trakea dan
menyebabkan sesak nafas.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemandirian spesies haiwan? (SP 3.1.1)

A. Keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.


B. Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri.
C. Penyingkiran bahan buangan dari badan.
D. Cara haiwan melindungi diri dari cuaca yang melampau dengan berhijrah ke tempat yang lebih
panas.

14. Antara haiwan berikut, yang manakah mengeluarkan racun berbisa apabila diancam musuh? (SP 3.1.2)

A. C.

B. D.

15. Rajah 5 menunjukkan sejenis haiwan.

Rajah 5
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri haiwan di atas untuk melindungi diri daripada musuh?
(SP 3.1.2)
4
P – Mempunyai cengkerang
Q – Mempunyai sisik keras
R – Mempunyai duri tajam
S – Boleh menggulungkan diri

A. P dan Q C. Q dan R
B. P dan R D. Q dan S

16. Rajah 6 menunjukkan sekawan burung layang-layang.

Rajah 6
Mengapakah burung layang-layang bermigrasi ke kawasan yang lebih panas sewaktu musim sejuk? (SP
3.1.3)

I. Untuk mencari makanan


II. Mengelakkan diri daripada kesejukan yang terlampau
III. Mencari pasangan untuk membiak
IV. Melarikan diri daripada musuh mereka

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. I, II dan III
17. Rajah 7 menunjukkan seekor beruang kutub.

Rajah 7
Selain mempunyai bulu tebal, apakah ciri lain yang membolehkan haiwan ini berlindung daripada cuaca
sejuk yang melampau? (SP 3.1.3)

A. Berhibernasi
5
B. Berendam di dalam air panas
C. Mempunyai lapisan lemak yang nipis
D. Bermigrasi ke tempat yang lebih panas

18. Berikut adalah maklumat tentang seekor haiwan. (SP 3.1.4)

 Bertelur dengan banyak.


 Telurnya diselaputi lendir bagi menyukarkan haiwan lain memakan telurnya.
Apakah haiwan tersebut?

A. C.

B. D.

19. Antara haiwan berikut, yang manakah bertelur dengan banyak untuk memastikan kemandirian
spesiesnya? (SP 3.1.4)

A. C.

B. D.

20. Maklumat di bawah menerangkan tentang haiwan X dan haiwan Y. (SP 3.1.5)

Bagi memastikan kemandirian spesiesnya, haiwan X menyusukan anaknya manakala haiwan


Y membawa anaknya di dalam mulut

Antara haiwan berikut, yang manakah haiwan X dan haiwan Y?

Haiwan X Haiwan Y
A. Ikan tilapia Kucing
B. Gajah Kanggaru
C. Kucing Singa
D. Lembu Ikan tilapia

6
21. Rajah 8 menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan cara pembiakan.

Kumpulan X Kumpulan Y

Rajah 8
Antara haiwan berikut, yang mankah dikelaskan dalam kumpulan X dan Y dengan betul? (SP 3.1.4)

X Y

A.

B.

C.

D.

22. Ana menghasilkan haiwan imaginasi bernama Muri-Muri. Mengapakah Muri-Muri mempunyai bulu
tebal? (SP 3.2.2)

7
Rajah 9

A. Untuk melindungi diri dari cuaca yang panas.


B. Untuk melindungi diri dari musuh.
C. Untuk melindungi diri dari haiwan karnivor.
D. Untuk melindungi diri dari cuaca yang sejuk.

23. Antara yang berikut yang manakah Pengeluar? (SP 3.3.2)

A. Cendawan.
B. Bunga Raflesia.
C. Pokok Kaktus.
D. Ayam.

24. Antara yang berikut yang manakah Pengguna? (SP 3.3.2)

A. Pokok padi.
B. Bunga Raflesia.
C. Pokok Kaktus.
D. Ayam.

Soalan 25 – 27 adalah berdasarkan Rajah 10.

25. Rajah 10 menunjukkan suatu rantai makanan.

Rajah 10

Nyatakan habitat bagi rantai makanan tersebut. (SP 3.3.2)

8
A. Kolam.
B. Ladang Jagung.
C. Ladang Kelapa Sawit.
D. Padang Pasir

26. Apakah yang akan berlaku jika beberapa ekor burung hantu di pelihara di habitat berikut? (SP 3.3.6)

A. Bilangan helang akan bertambah.


B. Bilangan ular akan bertambah.
C. Bilangan tikus akan bertambah.
D. Bilangan tikus akan berkurang.

27. Antara hidupan dalam Rajah 10, yang manakah mempunyai populasi terendah?
(SP 3.3.6)

A. Pokok Jagung.
B. Tikus.
C. Ular.
D. Helang.

28. Apakah maksud Siratan Makanan? (SP 3.3.4)

A. Hubungan di antara pemangsa dengan mangsa.


B. Hubungan makanan antara hidupan.
C. Gabungan beberapa rantai makanan.
D. Gabungan beberapa hidupan di dalam suatu habitat.

29. Rajah 11 menunjukkan populasi empat jenis hidupan yang diwakili dengan beberapa bentuk geometri
dalam suatu habitat. (SP 3.3.5)

Rajah 11
9
A.

B.

C.

D.

30. Tumbuhan sebagai pengeluar membuat makanan dengan menggunakan tenaga dari ______________.
(SP 3.3.3)

A. Bulan.
B. Matahari.
C. Bumi.
D. Karbon dioksida.

KERTAS SOALAN TAMAT.

10

You might also like