You are on page 1of 35

KSK 3033

INTERNETWORKING:
SWITCHING & ROUTING
MANAGEMENT
SINOPSIS
◦kefahaman tentang prinsip komunikasi dalam rangkaian.
Prinsip yang dibincangkan termasuk peraturan
komunikasi dalam rangkaian, terminologi-terminologi
dalam komunikasi rangkaian dan contoh-contoh masalah
komunikasi yang berlaku dalam rangkaian.
MAKSUD RANGKAIAN
◦ Rangkaian adalah koleksi peranti dan sistem akhir yang disambungkan
kepada satu sama lain dan mampu untuk berkomunikasi antara satu
sama lain.

◦ Ini boleh menjadi komputer, pelayan, telefon pintar, penghala dan


sebagainya.

◦ Rangkaian boleh menjadi sebesar internet atau sekecil dua komputer


anda di rumah berkongsi fail dan pencetak.
Komponen-komponen Yang Terlibat
Dalam Membentuk Rangkaian
◦ Personal Computer (PC) – titik akhir (end point) rangkaian anda, menghantar dan menerima data

◦ Interconnections – Komponen yang memastikan data dapat bergerak dari satu peranti ke peranti lain.
Komponen ini termasuk:
◦ Network cards (NIC) – menterjemah data daripada komputer anda ke dalam bentuk yang difahami dalam rangkaian

◦ Media – kabel rangkaian, wireless

◦ Connectors – palam (plug) yang anda pasangkan pada kad rangkaian anda
KENAPA KITA MENGGUNAKAN
RANGKAIAN?
◦ Aplikasi – penghantaran data antara komputer, perkongsian fail
◦ Sumber – pencetak rangkaian, kamera (CCTV)
◦ Storan – NAS(Network attached storage) akan membolehkan storan anda boleh digunakan dalam rangkaian.
Membolehkan perkongsian fail, video, imej
◦ Backup – Menggunakan backup pelayan pusat untuk semua komputer menghantar data
◦ VoIP – Voice over IP telah menjadi amat penting pada hari ini dan menggantikan talian telefon analog.
PRINSIP ASAS KOMUNIKASI DALAM
RANGKAIAN
◦ Komunikasi adalah proses penghantaran mesej yang membawa
maklumat, di mana kedua-dua komputer boleh berkomunikasi dengan satu
sama lain jika kedua-dua keadaan berikut ada.

• Penterjemahan data ke dalam isyarat yang boleh dihantar antara kedua-dua


komputer. (translating data into signals)

• Menyediakan saluran komunikasi di antara kedua-dua komputer untuk


menghantar dan menerima isyarat melaluinya. (communication channel)
KOMUNIKASI DI ANTARA WORKSTATION DAN
SERVER MELALUI RANGKAIAN TELEFON
AWAM.

Model Komunikasi
ELEMEN UTAMA DALAM MODEL KOMUNIKASI
◦ Sumber/Source : Peranti yang menjana data untuk dihantar; contohnya telefon, komputer.

◦ Pemancar/Transmitter : Kebiasaannya data yang dihasilkan oleh sistem sumber tidak dihantar terus dalam bentuk di mana ia
dijana. Sebaliknya, a transmitter mengubah dan mengkodekan maklumat sedemikian rupa untuk menghasilkan isyarat
elektromagnet yang boleh dihantar melalui beberapa jenis penghantaran sistem. Sebagai contoh, modem mengambil arus bit
digital daripada yang dilampirkan peranti seperti komputer peribadi dan mengubah aliran bit ke dalam analog isyarat yang boleh
dikendalikan oleh rangkaian telefon.

◦ Transmission System : Ini boleh menjadi satu talian penghantaran (channel) atau rangkaian kompleks yang menyambungkan
sumber dan destinasi

◦ Receiver : Penerima menerima isyarat daripada sistem penghantaran dan menukarkannya kepada bentuk yang boleh dikendalikan
oleh peranti destinasi. Sebagai contoh, modem akan menerima isyarat analog yang datang daripada rangkaian atau talian
penghantaran dan menukarnya kepada aliran bit digital.

◦ Destination : Mengambil data masuk daripada penerima


SOURCE, CHANNELS AND DESTINATION IN NETWORK
◦ Komunikasi bermula dengan mesej, informasi atau data yang perlu dihantar daripada satu peranti ke peranti yang
lain.

Elemen Komunikasi dalam Rangkaian


• Message Source (Sender): pengguna, peranti elektronik yang menghantar
data/mesej/maklumat

• Encoder: Menukar mesej (teks, imej, audio) kepada bit digital (0 dan 1)

• Transmitter (modem) : Menukar isyarat/signal digital kepada isyarat/signal analog

• Transmission Medium (channel): Terdiri daripada media yang menyediakan laluan atau
saluran untuk penghantaran data/mesej daripada sumber (source) ke destinasi (destination).
Contoh media adalah jenis kabel atau transmisi tanpa wayar (wireless)

• Receiver (modem): Menukar isyarat/signal analog kepada bit digital

• Decoder: Menukar isyarat/signal digital kepada mesej/data asal yang difahami oleh
penerima

• Message Destination: pengguna atau peranti yang menerima data/mesej


PERATURAN KOMUNIKASI
◦ Komunikasi bermula dengan mesej atau maklumat yang perlu disampaikan daripada
sumber (source) ke penerima (destination).

◦ Fasa-fasa komunikasi dalam rangkaian ditadbir dan dikawal oleh set protocol.

◦ Protokol adalah set peraturan yang berperanan untuk menyediakan perkhidmatan


komunikasi rangkaian yang komprehensif.

◦ Protokol-protokol ini pula ditetapkan oleh organisasi piawai seperti:


• The Internet Society (ISOC)

• The Internet Architecture Board (IAB)

• The Internet Engineering Task Force (IETF)

• The Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE)

• The International Organization for Standardization (ISO)

• American National Standards Institute (ANSI)

• Internet Assigned Numbers Authority (IANA)

• Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN)

• Electronic Industries Alliance (EIA) & Telecommunications Industry Asscociation (TIA)


PERATURAN ATAU FASA KOMUNIKASI
DALAM RANGKAIAN
1. Establish a link / Mewujudkan pautan
◦ Device 1 akan menyemak kewujudan Device 2 dalam rangkaian dengan menghantar mesej khusus (enquiry).

◦ Jika link/pautan aktif dan Device 2 aktif, Device 2 akan menghantar respon dengan menghantar mesej
acknowledgement (ACK).

◦ Device 1 akan menjejaki masa yang diperlukan oleh Device 2 untuk memberi maklumbalas.
◦ Sekiranya Device 2 tidak memberi respon dalam selang masa yang telah ditetapkan oleh protocol, Device 1 akan
menganggap bahawa pautan sudah tidak aktif. Transmisi ini disebut ralat time-out.
2. Issue a command and command qualifier
◦ Device 1 akan menghantar mesej kepada Device 2 dalam bentuk format yang telah ditetapkan untuk memberitahu
Device 2 bahawa fail akan dihantar. Device 1 akan memberitahu Device 2 perkara yang harus dilakukan dengan
fail tersebut.
3. Acknowledgement of command
◦ Jika Device 2 telah menerima arahan daripada Device 1 dan boleh melaksanakan arahan tersebut, Device 2 akan
menghantar mesej ACK. Mesej ini akan memberitahu Device 1 bahawa ia boleh meneruskan tindakan selanjutnya
untuk menyelesaikan perintah.

◦ Sekiranya Device 2 tidak dapat bertindak ke atas arahan daripada Device 1, ia harus memberi respon dengan mesej
ralat(negative acknowledgment). Respon mesej ralat akan memberitahu Device 1 agar tidak meneruskan tindakan
atau proses.
Contoh mesej ralat
4. Dissection messages
◦ Semua mesej dan perintah perlu dipecahkan kepada saiz paket yang mudah dikendalikan untuk penghantaran.

◦ Sekiranya berlaku ralat, hanya paket yang terlibat sahaja perlu dihantar semula bukannya keseluruhan mesej.

◦ Apabila Device 1 menghantar fail yang besar kepada Device 2, fail akan dipecahkan kepada paket-paket dan
dihantar paket demi paket.
5. Error detection and correction / Pengesanan dan pembetulan ralat
◦ Apabila Device 1 menghantar paket kepada Device 2, ia melaksanakan pengiraan matematik (manipulasi) kepada
setiap unit data yang dihantar.

◦ Pengiraan ini akan dihantar kepada Device 2 selepas mesej.

◦ Device 2 akan melaksanakan proses pengiraan matematik yang sama pada data tersebut seperti yang dilakukan
oleh Device 1.

◦ Device 2 akan membaca pengiraan yang dihantar oleh Device 1 dan membandingkannya dengan pengiraan yang
telah dibuat.
◦ Jika kedua-dua pengiraan memberikan hasil yang sama, maka diandaikan bahawa mesej yang masuk tidak
rosak/tidak hilang.

◦ Device 2 akan menghantar respon ACK positif kepada Device 1 untuk menunjukkan bahawa ia bersedia untuk
menerima mesej seterusnya.

◦ Sekiranya kedua-dua pengiraan tidak konsisten, maka dianggap bahawa data telah rosak (corrupted) dan Device 2
akan mengeluarkan respon ACK negatif kepada Device 1, menunjukkan bahawa mesej data tersebut perlu
dihantar semula.
6. Termination of transmission
◦ Device 1 akan menghantar fail dalam pecahan paket dan memastikan paket-paket tersebut diterima oleh Device 2
dengan betul dalam fasa kelima.

◦ Setelah bahagian terakhir dari fail telah dihantar ke Device 2 dan respon ACK positif diterima maka Device 1 akan
menghentikan penghantaran.

◦ Device 1 akan menghantar mesej penamatan penghantaran (end of transmission) kepada Device 2.

◦ Ini membolehkan Device 2 memberhentikan proses penyimpanan data dan meneruskan dengan tugas yang lain.
TERMINOLOGIES IN NETWORKING
Message Encoding
◦ Encoding terjadi dalam komunikasi antara komputer/peranti dalam rangkaian.

◦ Encoding antara host perlu dalam bentuk yang tepat/sesuai untuk medium penghantaran.

◦ Mesej yang dihantar di seluruh rangkaian terlebih dahulu ditukarkan kepada bit oleh peranti
sumber/penghantar.

◦ Setiap bit akan dikodkan menjadi pola suara, gelombang cahaya atau impuls elektrik bergantung kepada
media rangkaian di mana bit dihantar.

◦ Penerima/destination akan menterjemah (decodes) isyarat-isyarat untuk menginterpretasikan mesej.


Message Formatting
◦ Apabila mesej dihantar dari sumber ke destinasi, ia harus menggunakan format atau struktur yang
spesifik.

◦ Format mesej bergantung kepada jenis mesej dan saluran yang digunakan untuk menghantar mesej.

◦ Proses menetapkan format mesej ke dalam format yang spesifik disebut encapsulation.

◦ Proses decapsulation pula adalah proses bertentangan untuk menterjemah semula mesej yang
dihantar kepada mesej asal.

◦ Setiap mesej akan diformat kepada rangka(frame) sebelum dihantar menerusi rangkaian.

◦ Rangka (frame) bertindak seperti sampul surat, ia mempunyai alamat destinasi dan alamat sumber.
Message Size
◦ Apabila mesej/fail yang bersaiz besar dihantar dari satu host ke host yang lain melalui
rangkaian, ia perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian rangka(frames).

◦ Peraturan-peraturan atau protocol yang menetapkan saiz rangka di seluruh rangkaian


sangat ketat.

◦ Ia juga berbeza, bergantung kepada saluran yang digunakan.

◦ Rangka (frame) yang terlalu panjang atau terlalu pendek tidak akan dihantar.
Message Timing
◦ Timing mempengaruhi berapa banyak maklumat boleh dihantar dan kelajuan penghantaran.

◦ Dalam komunikasi rangkaian, penghantar boleh menghantar mesej lebih pantas berbanding keupayaan
destinasi menerima dan memproses mesej.

◦ Sumber dan destinasi akan menggunakan flow control untuk berunding timing/tempoh yang betul
bagi memastikan komunikasi berjaya.

◦ Host dalam rangkaian mempunyai peraturan yang menetapkan berapa lama untuk menunggu respon
dan tindakan yang harus diambil jika waktu respon tamat.
Message Pattern
◦ Pattern adalah corak pola penghantaran mesej.

◦ Terdapat tiga piawai meesage patterns iaitu unicast, multicast dan broadcast.
◦ Unicast – message pattern one-to-one. Pola one-to-one bermaksud bahawa hanya terdapat satu sahaja destinasi
untuk penghantaran mesej.

◦ Multicast – Pola untuk penghantaran mesej one-to-many. Multicasting adalah proses penghantaran mesej yang
sama pada masa yang sama kepada sekumpulan host/peranti penerima/destinasi.

◦ Broadcast – Jika semua host dalam rangkaian perlu menerima mesej pada masa yang sama, broadcast akan
digunakan. Broadcast merupakan pola mesej one-to-all.
LATIHAN
1. Terangkan maksud rangkaian.
2. Nyatakan dua fungsi rangkaian.
3. Senaraikan tiga elemen dalam komunikasi rangkaian.
4. Lakarkan elemen komunikasi dalam rangkaian serta fungsi bagi
setiap elemen tersebut.
5. Senaraikan enam peraturan dan fungsinya dalam komunikasi
rangkaian.
6. Nyatakan Termonologi dalam rangkaian dan berikan maksud pada
setiap termonologi.

You might also like